Perlahan sahaja

perlahan sahaja
kabus itu menutup 
segala yang  penuh warna
kembali ke dalam rangkul putih
melingkari masa
membatas ruang

perlahan sahaja
cahaya terang itu pergi
berganti ketika
bertukar suasana

perlahan sahaja
hanya bayang-bayang
berbalam di lantai waktu

Comments