25 Oct 2013

Ibnu Al Wazir



Pengkarya berkarakter tersendiri

ABU Abdillah, Iz Ad-Din, Muhammad bin Ibrahim bin Ali bin Al-Murtadha bin Al-Mansur terkenal dengan nama Ibnu Al-Wazir (775-840 Hijrah/1373 - 1436 Masihi) berasal daripada keluarga Al-Wazir - keluarga intelektual yang paling terkenal di Yaman.

Nasabnya bersambung kepada Imam Al-Hadi ila al-Haq Yahya bin Hasan (245-298 Hijrah/859 - 911 Masihi), pendiri negara Zaidiyah di Yemen.

Beliau dilahirkan di kota Hijrat Adh-Dhahran Yemen pada bulan Rejab tahun 775 Hijrah, bersamaan bulan Disember 1373 Masihi.

Dia membesar dalam lingkungan ilmu ketika Yemen menonjol dengan banyaknya ulama dan tokoh.

Bapanya, Sarim Ad-Din, Ibrahim bin Ali (782 Hijrah/1280 Masihi) adalah seorang pembesar ulama mazhab Zaidiyah.

Begitu juga saudara lelakinya yang bertanggungjawab atas pengajarannya, al-Hadi bin Ibrahim (882 Hijrah/1477 Masihi).

Para ulama yang semasa dengannya antara lain Al-Hadi bin Yahya, An-Nasir bin Ahmad bin Al-Mutahhar, Nafis Ad-Din bin Sulaiman al-Alawi, As-Sayyid Al-Wazir bin Al-Murtadha dan Muhammad bin Ali.

Beliau juga sezaman dengan pemuka ulama Yemen dan ahli fiqh, Imam Ahmad bin Yahya bin Al-Murtadha (763-840 Hijrah/1362-1437 Masihi).

Pada masa mencari ilmu dan pembentukan pemikirannya, Ibnu al-Wazir berkesempatan mempertajam arah pandangan, mazhab dan orientasi pemikirannya dengan belajar daripada banyak tokoh ulama dengan aliran mazhab yang berbeza.

Beliau tidak hanya belajar kepada ulama mazhab Zaidiyah dan Yemen sahaja, tetapi juga belajar di Mekah kepada Qadi Al-Qudat Mazhab Syafi'i, Muhammad bin Abdullah bin Abi Dhahirah, Muhammad bin Ahmad, Ath-Thabari, Syaikh Abul Yaman, Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim asy-Syafie, Syaikh Ibnu Mas'ud Al-Ansari Al-Maliki dan lain-lain.

Dari mereka Ibnu al-Wazir mempelajari bahasa Arab, fiqih, hadis, ilmu kalam, dan ilmu-ilmu lainnya.

Sejak awal kehidupan ilmiahnya, beliau lebih menonjol pada kemerdekaan berfikir dan bebas daripada beriltizam dengan satu mazhab tertentu.

Beliau cenderung pada ijtihad dan pembaharuan serta menolak kejumudan dan taklid.

Ketika ustaznya, Muhammad bin Abdullah bin Abi Dhahirah, Qadi Al-Qudat Mazhab Syafie di Mekah mengusulkan padanya untuk bertaklid pada mazhab Imam Syafie (150-204 Hijrah/767-820 Masihi), beliau berkata: "Jika boleh bagiku untuk bertaklid maka saya tidak akan pindah bertaklid kepada kedua-dua datukku Al-Hadi Yahya bin Al-Husein dan Al-Qasim Ar-Rassi kerana kedua-duanya lebih utama untuk ditaklidi daripada selainnya."

Pada ketika kecenderungan para ulama Zaidiyah berkisar antara iltizam (berketetapan) dengan mazhab Zaidiyah atau mencampur antara fiqh Zaidiyah dengan ushul Muktazilah yang lima, maka Ibnu Al-Wazir memperkenalkan langkah berbeza dan baharu dalam pandangan tersebut, kerana ia terbuka bagi ulama Ahlu Sunnah dan mazhab-mazhabnya, terutama ulama ahli salaf dan rijalul hadis.

Namun, hal tersebut tidak menghilangkan garis-garis umum mazhab Zaidiyah.

Beliau seakan-akan menggambarkan untuk keluar daripada mazhab yang sempit dan mengambil yang benar daripada mazhab apa saja, apabila ia benar.

Judul bukunya yang istimewa adalah Itsarul Haq 'alal Khalq fi Raddil Khilafat ilal Mazhab Al-Haq fi Ushulit Tauhid (Mengutamakan Kebenaran Atas Makhluk dalam Mengembalikan Perselisihan kepada Mazhab Yang Benar dalam Prinsip-prinsip Tauhid).

Sebagaimana judulnya, isi buku itu merupakan perwujudan daripada kecenderungan yang penting dan baharu.

Walaupun Ibnu Al-Wazir tidak menyendirikan pemikiran politik pada tempat yang khusus antara karya-karyanya, tetapi kita temukan di antara karya-karyanya tersebut satu kitab yang mengkritik kerangka berfikir Yunani dalam mencapai kebenaran dan membandingkan kerangka dan cara-cara Yunani dengan kerangka dan cara-cara al-Quran dalam berdalil dan berhujah.

Kitab tersebut adalah Tarjih Asalib al-Quran li Ahl Al-Imam 'ala Asalib Al-Yunan fi Ushul Al-Adyan (Kelebihan Cara-cara Al-Quran Bagi Ahli Iman Atas Cara-cara Yunani dalam Dasar-dasar Agama).

Dalam kitab ini, kita mendapati karya pemikiran yang menyerupai kritikan atas projek pemikiran Yunani dan mempersembahkan alternatif qurani.

Kitab tersebut merupakan salah satu cabang dalam falsafah peradaban dan pembebasan logikal Muslim daripada cengkaman pemikiran Yunani yang layak untuk memperoleh perhatian lebih.

Ibnu Al-Wazir telah melahirkan karya-karya pemikiran yang mempunyai perwatakan atau karakteristik tertentu serta amat jelas dalam ijtihad dan pembaharuan.

Dia meninggalkan warisan penting dalam ilmu kalam, musthalah hadis, sejarah, kritik sastera, tafsir, sebagaimana dia adalah penyair dan sasterawan yang syairnya dikumpulkan dalam diwan (buku).

Di samping itu, dia juga menulis tentang ilmu tasawuf, di mana dia mempunyai pengalaman dalam bidang tasawuf di masa akhir hidupnya.

Beliau telah menolak ajakan ustaznya Qadi Al-Qudat Mazhab Syafie di Mekah, Muhammad bin Abdullah bin Abi Dhahirah untuk mengikuti mazhab Imam Syafie, juga membantah Syaikhnya yang bermazhab Zaidiyah, As-Sayyid Ali bin Muhammad bin Abi Al-Qasim yang digelari dengan Jamaluddin, ketika dia bertindak dan bersangka tidak adil terhadap Ahlusunnah.

Beliau membantahnya dengan sebuah kitab yang termasuk salah satu kitab terpentingnya, iaitu Al' Awasim wa Al-Qawasim fi Adz-Dzib 'an Sunnat Abi Al-Qasim.

Dengan demikian, beliau merupakan contoh teladan bagi orang yang ingin mencermati permasalahan secara terperinci dan bertindak secara adil.

Ibnu al-Wazir meninggal dunia pada Selasa, 24 Muharam 840 Hijrah bersamaan Ogos 1436 Masihi.

Utusan Melayu Online


Ibnu al-Wazir


Beliau adalah Abu Abdillah, Iz Ad-Din, Muhammad bin Ibrahim bin Ali bin Al-Murtadha bin Al-Mansur, yang terkenal dengan Ibnu Al-Wazir (775-840 H/1373 – 1436 M). Beliau berasal dari keluarga Al-Wazir, keluarga intelektual yang paling terkenal di Yaman.

Nasabnya bersambung kepada Imam Al-Hadi ila al-Haq Yahya bin Hasan (245-298 H/859 – 911 M), pendiri negara Zaidiyah di Yaman.

Beliau dilahirkan di kota Hijrat Adh-Dhahran Yaman pada bulan Rajab tahun 775 H, yang bertepatan dengan bulan Disember tahun 1373 M.

Dia membesar dalam lingkungan ilmu, ketika Yaman menonjol dengan banyaknya ulama dan tokoh. Bapanya, Sarim Ad-Din, Ibrahim bin Ali (782 H/1280 M) adalah seorang pembesar ulama mazhab Zaidiyah. Begitu juga saudara lelakinya yang bertanggungjawab atas pengajarannya, al-Hadi bin Ibrahim (882 H/1477 M).

Para ulama yang semasa dengannya antara lain, Al-Hadi bin Yahya, An-Nasir bin Ahmad bin Al-Mutahhar, Nafis Ad-Din bin Sulaiman al-Alawi, As-Sayyid Al-Wazir bin Al-Murtadha dan Muhammad bin Ali. Beliau juga sezaman dengan pemuka ulama Yaman dan ahli fiqh, Imam Ahmad bin Yahya bin Al-Murtadha (763-840 H/1362-1437 M).

Pada masa mencari ilmu dan pembentukan pemikirannya, Ibnu al-Wazir memperoleh kesempatan untuk mempertajam arah pandangan, mazhab dan orientasi pemikirannya, iaitu belajar kepada banyak tokoh ulama dengan aliran mazhab yang berbeda.

Beliau tidak hanya belajar kepada ulama mazhab Zaidiyah dan Yaman saja, tetapi juga belajar di Mekah kepada Qadi Al-Qudat Mazhab Syafi’I, Muhammad bin Abdullah bin Abi Dhahirah, Muhammad bin Ahmad, Ath-Thabari, Syaikh Abul Yaman, Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim asy-Syafie, Syaikh Ibnu Mas’ud Al-Ansari Al-Maliki dan lain-lain.

Dia belajar kepada mereka ilmu bahasa Arab, fiqih, hadits, ilmu kalam, dan ilmu-ilmu lainnya.

Sejak awal kehidupan ilmiahnya, beliau lebih menonjol pada kemerdekaan berfikir dan bebas daripada beriltizam dengan satu mazhab tertentu. Beliau cenderung pada ijtihad dan pembaharuan, serta menolak kejumudan dan taklid.

Ketika ustaznya, Muhammad bin Abdullah bin Abi Dhahirah, Qadi Al-Qudat Mazhab Syafie di Mekah mengusulkan padanya untuk bertaklid pada mazhab Imam Syafie (150-204 H/767-820 M), beliau berkata, “Jika boleh bagiku untuk bertaklid maka saya tidak akan pindah bertaklid kepada kedua-dua datukku Al-Hadi Yahya bin Al-Husein dan Al-Qasim Ar-Rassi, kerana keduanya lebih utama untuk ditaklidi daripada selainnya.”

Pada ketikakecenderungan para ulama Zaidiyah berkisar antara iltizam (berketetapan) dengan mazhab Zaidiyah, atau mencampur antara fiqh Zaidiyah dengan ushul Muktazilah yang lima, maka Ibnu Al-Wazir merepresentasikan langkah berbeza dan baru dalam pandangan tersebut, kerana ia terbuka bagi ulama Ahlu Sunnah dan mazhab-mazhabnya, terutama ulama ahli salaf dan rijalul hadis.

Namun, hal tersebut tidak menghilangkan garis-garis umum mazhab Zaidiyah. Beliauseakan-akan menggambarkan untuk keluar dari mazhab yang sempit dan mengambil yangbenar daripada mazhab apa saja, apabila ia benar. Judul bukunya yang istimewa adalah Itsarul Haq ‘alal Khalq fi Raddil Khilafat ilal Mazhab Al-Haq fi Ushulit Tauhid (Mengutamakan Kebenaran Atas Makhluk dalam Mengembalikan Perselisihan kepada Mazhab Yang Benar dalam Prinsip-prinsip Tauhid). Sebagaimana judulnya, isi buku itu merupakan perwujudan daripada kecenderungan yang penting dan baru.

Walaupun Ibnu Al-Wazir tidak menyendirikan pemikiran politik pada tempat yang khusus di antara karya-karyanya, tetapi kita temukan di antara karya-karyanya tersebut, satu kitab yang mengkritik kerangka berfikir Yunani dalam mencapai kebenaran dan membandingkan kerangka dan cara-cara Yunani tersebut dengan kerangka dan cara-cara al-Quran dalam berdalil dan berhujah.

Kitab tersebut adalah Tarjih Asalib al-Quran li Ahl Al-Imam ‘ala Asalib Al-Yunan fi Ushul Al-Adyan (Kelebihan Cara-cara Al-Quran Bagi Ahli Iman Atas Cara-cara Yunani dalam Dasar-dasar Agama). Dalam kitab ini- Yang ditambahkan dengan penyempurnaan- kita mendapati karya pemikiran yang menyerupai kritikan atas proyek pemikiran Yunani dan mempersembahkan alternatif qurani. Kitab tersebut meruopkan salah satu cabang dalam filsafat peradaban dan pembebasan logika Muslim daripada cengkaman pemikiran Yunani yang layak untuk memperoleh perhatian yang lebih.

Ibnu Al-Wazir telah melahirkan karya-karya pemikiran yang mempunyai karakteristik tertentu serta amat jelas dalam ijtihad dan pembaharuan. Dia meninggalkan bagi kita warisan penting dalam ilmu kalam, musthalah hadis, sejarah, kritik satera, tafsir, sebagaimana dia adalah penyair dan sasterawan yang syairnya dikumpulkan dalam diwan (buku).

Di samping itu, dia juga menulis tentang ilmu tasawwuf, di mana dia mempunyai pengalaman dalam bidang itu (tasawwuf) di masa akhir hidupnya.

Beliau telah menolak ajakan ustaznya Qadi Al-Qudat Mazhab Syafie di Mekah, Muhammad bin Abdullah bin Abi Dhahirah, untuk mengikuti mazhab Imam Syafie, juga membantah Syaikhnya yang bermazhab Zaidiyah, As-Sayyid Ali bin Muhammad bin Abi Al-Qasim, yang digelari dengan Jamaluddin, ketika dia bertindak dan bersangka tidak adil terhadap Ahlusunnah.

Beliau membantahnya dengan sebuah kitab yang termsuk salah satu kitab terpentingnya, iaitu Al’ Awasim wa Al-Qawasim fi Adz-Dzib ‘an Sunnat Abi Al-Qasim. Dengan demikian, beliau merupakan contoh teladan bagi orang yang ingin mencermati permasalahan secara terperinci dan bertindak secara dil.

Beliau meninggal dunia pada hari Selasa, 24 Muharam 840 H bersamaan bulan Ogos 1436 M.

Susunan ROZIAH SALEH

Sumber : Ummatan wasatan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena