Bila Tiba Matahari


tak usah bertanya lebih jauh lagi
kerana setiap tiba matahari
kita perlu kembali melangkah
mengusung mimpi
yang tiba tadi malam
kerana segala mimpi itu
tak tertemukan selagi kita hanya diam
menatap cahaya


bila tiba matahari
segenap mimpi pun bermula
untuk kita hambat harap
untuk kita genggam impian
kerana mimpi tak pernah tertunai
dalam lena dan tidurmu


bila tiba matahari
ia hanya warna dan cahaya
tertulis di bingkai langit
terbenam awan atau terang memanaskan
hanya cahaya itu pedoman
menyuluh langkah
mengatur jejak
mengejar segala mimpi


tak lama matahari itu
akan terbenam dan kembali memudar
segenap yang kaucari
perlu terngenggam di jemari
sebelum malam menutup cahaya

Comments