13 Sep 2013

Warisan : Tulisan Jawi



Zaman gemilangnya telah dilalui dengan cukup bermakna. Rakaman sejarah menjadi bukti bahawa zaman itu tertanda dengan pelbagai perisitiwa yang menunjukkan ketinggian maryabatnya terutama pada abad ke-18. Penjajah Inggeris yang menjajah di Tanah Melayu ketika itu perlu belajar menulis dan membaca di dalam tulisan jawi. Hal ini dapat dibuktikan melalui koleksi warkah Francis Light yang tersimpan di Muzium Perpustakaan British yang bertarikh antara 1786 hingga 1794, perjanjian Sir Stamford Raffles dengan pihak Sultan Johor, Perjanjian Pangkor 1874, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957. Begitu hayat tulisan jawi dalam gelombang masa.

Tulisan jawi merupakan salah satu pengaruh Islam yang meresap ke alam Melayu serta sudah lama wujud di Nusantara. Terdahulu, tulisan jawi juga dikenali sebagai tulisan Melayu huruf Arab. Tulisan ini sampai ke alam Melayu bersama- sama dengan kedatangan agama Islam, yang dibawa oleh para pedagang Islam pada ketika itu. Tulisan Jawi juga merupakan tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan secara meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman pemerintahan Kerajaan Islam Pasai, kemudian tersebar secara meluas hingga ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Kerajaan Islam Acheh pada abad ke-17.Bukti kewujudan tulisan Jawi di Malaysia menjadi lebih kukuh apabila Batu Bersurat Terengganu telah dijumpai yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui pada pada akhir kurun ke-19. Hal ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi telah sampai lebih awal berbanding tulisan Rumi.

J.G de Casparis, seorang sarjana bahasa dari Belanda, dalam penemuannya iaitu inskripsi tulisan Jawi pada batu nisan Makam Shaeikh Ahmad Majanu di Kota Kempas, Port Dickson, Negeri Sembilan telah menterjemahkan tulisan Jawi yang terdapat pada batu nisan tersebut. Penemuan beliau telah diperturunkan oleh Prof. Othman Mohd. Yatim untuk dijadikan bahan rujukan para ahli bahasa tempatan dan luar negara. Antara yang disebut dalam inskripsi tersebut ialah:

“Bismillahirrahmanirrahim dara buta ata-mat Majanu berbawat daya/seda ahmat Pwan balat anak sadang Ahmad Majanu ma Malaga pada Allah""Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang, makam ini kepunyaan Ahmad Majanu, wira yang berjuang, Ahmad gugur bersama-sama isteri Balat dan anak lelakinya. Semasa berjuang dan gugur."

Selain itu, para ahli arkeologi telah menemui banyak artifak yang mempunyai tulisan Jawi. Hal ini telah mengukuhkan lagi tanggapan bahawa tulisan Jawi telah lama menapak di rantau ini berbanding tulisan Rumi. Antara penemuan itu ialah duit syiling emas pada zaman pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1661 –1687), iaitu ketika zaman kegemilangan pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah.


Tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad 10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995). Selain menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam. Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan huruf-huruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman,1999). Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab atau sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke sebelas hingga ke empat belas, tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara (Mohd Alwee Yusoff, 2005). Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik jawi.

Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu (Kang Yong Seock, 1990) perkataan “Jawi” (جاوي) berasal daripada bahasa Arab “Jawah” ((جاوة. Kemudian, orang Melayu menyelaraskan perkataan-perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa, 1999) perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan Arab. Kemudiannya dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita fahami sekarang ini. Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa Arab, perkataan Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain (Mohd Alwee Yusoff, 2005).

Oleh sebab itulah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering meletakkan nama al-Jawi sebagai gelaran, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-Fatani al-Jawi dan lain-lain (Ismail Hussein, 1981). Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moain, 1996). Istilah “tulisan Jawi” hanya dikenali di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei Darussalam dan Sri Lanka (bagi rumpun Melayu). Tulisan jawi di Indonesia terkenal dengan nama “tulisan Melayu Huruf Arab” atau “tulisan Melayu Arab”.


Penggunaan jawi (atau apa sahaja istilah yang semakna dengannya) digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain (Lutfi Abas et. al, 1979). Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren atau pondok-pondok pengajian agama di Jawa. Contohnya ialah kitab Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18).




Masih ada usaha-usaha untuk mengembalikan kegemilangan tulisan Jawi. Antara  yang terbaru adalah resolusi Munsyi Dewan (jawi).  Lima resolusi memartabatkan Jawi ini dikemukakan oleh Munsyi Dewan (Jawi) sempena Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan (Jawi) pada 26-28 Februari 2013 di Hotel De Palma, Shah Alam.

1. Mewujudkan jawatankuasa Munsyi Dewan (Jawi) yang akan menggerakkan segala aktiviti yang berkaitan dengan Jawi secara berterusan.
2. Menyediakan modul standard pengkaedahan Jawi untuk kegunaan para munsyi.
3. Menyediakan modul standard khusus untuk orang awam yang terdiri daripada Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan dan Peringkat Lanjutan.
4. Mengadakan Kursus Pembinaan Munsyi untuk melahir, melantik dan melatih lebih ramai para Munsyi Dewan (Jawi)
5. Memberi pendedahan kepada para munsyi tentang Kamus Daftar Ejaan Jawi Edisi ke-3 (yang akan diterbitkan oleh DBP).

Marilah bersama kita merenung kembali akan detik gemilang dan nasib Tulisan Jawi.
Ia menjadi khazanah warisan yang tiada duanya.
Semoga kita dapat bersama berfikir dan mencari ikhtiar untuk mengembalikan sirih jawi ke gagangnya...


PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DAN APLIKASINYA DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA
Oleh: Mohd. Alwee bin Yusoff * M.A
(Pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Cawangan Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan)
Jurnal Usuluddin, Bil 21 [2005] 23-38


PENGENALAN

Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad-abad lampau sekaligus membawa bersamanya abjad tulisan Arab, iaitu yang menjadi induk kepada tulisan Jawi Melayu dan abjadnya. Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan 'Dunia Melayu' yang bersejarah kerana kehadirannya ke rantau ini menjadi titik tolak pemisahan dari zaman gelap jahiliyah yang menyelubungi bangsa Melayu ke zaman terang-benderang, sama ada dari segi agama mahu pun kebudayaan. Jadi, bagi orang Melayu mempelajari Tulisan Jawi bukan suatu yang sukar, kerana ia bukanlah baru dalam masyarakat Melayu, bahkan orang Melayu sejak dari kecil lagi telah mengenali tulisan ini melalui pengajian al-Qur'an berbanding dengan tulisan Rumi yang dibawa oleh penjajah Barat pada abad ke-15 Masihi.
 Walau bagaimanapun, tulisan Rumi mempunyai nilai ekonominya yang tinggi kerana telah menjadi tulisan yang digunakan oleh pemerintah sehingga menyebabkan ia mengatasi tulisan Jawi.

Dalam artikel ini, penulis ingin membuat perbandingan antara dua skrip tulisan Melayu, iaitu tulisan Jawi dan tulisan Rumi dan peranannya sebagai skrip Melayu sejak dahulu sampai hari ini. Ini dirasakan amat perlu kerana ia berkait rapat dengan perubahan bentuk kata dan maknanya terutama apabila berlaku perubahan ejaan daripada Jawi ke Rumi kemudiannya. Kelainan ejaan menimbulkan kelainan pula pada bentuk kata dan makna dalam sesuatu bahasa itu. Lebih-lebih lagi jika perbendaharaan kata itu adalah kata pinjaman dari bahasa asing seperti Bahasa Arab. Perubahan ejaan daripada yang asal Bahasa Arab kepada ejaan dalam tulisan Jawi dan seterusnya ke tulisan Rumi Melayu ini sekurang-kurangnya melibatkan aspek morfologi dan semantik.

TULISAN JAWI

Tulisan Melayu huruf Arab atau lebih dikenali sebagai 'Tulisan Jawi' telah lama wujud dan digunakan sebagai tulisan rasmi Melayu, iaitu sejak abad ke 14 Masihi atau sebelumnya bahkan menurut Kang Kyong Seoek, dapat dikatakan Sejarah Melayu bermula dengan tulisan Jawi, iaitu serentak dengan
kelahiran kerajaan-kerajaan Islam yang silam. Makam-makam Diraja Melayu- Islam yang terdapat di Pasai, Acheh, Daya dan Geresik (Jaya) yang diperbuat daripada batu pualam yang bertulisan huruf-huruf Aram, jelas membuktikan hakikat ini.

Batu bersurat yang bertarikh tahun 702H/1303M yang menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya itu menunjukkan bahawa tulisan Jawi berusia hampir 700 tahun lamanya. Selama kira-kira 200 tahun ia berkembang selaras dengan perkembangan agama Islam. Sejak berdirinya Kerajaan Perlak (225H/840M), pendidikan Islam mendapat perhatian yang penting dalam pembangunan mental
dan fizikal negara, sehingga pada zaman Kerajaan Acheh (1511-1650M), agama Islam menguasai masyarakat Acheh dan menjadi jiwa bagi semua bidang kehidupan rakyat, sama ada ekonomi, sosial dan seni budaya. Pada masa itu, semua rakyat Acheh telah dapat membaca al-Qur'an, kitab-kitab dan hikayat- hikayat yang ditulis dalam bahasa Melayu, bahasa Acheh dan Bahasa Arab, semuanya adalah dalam skrip Jawi.

Bagaimana pun, selepas kedatangan orang-orang Eropah ke Tanah Melayu pada dekad-dekad berikutnya, tulisan Jawi mulai digunakan seiring dengan tulisan Rumi. Kemudian, ada usaha gigih dibuat oleh ahli-ahli bahasa untuk mengetepikan tulisan Jawi dan sekaligus menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi negara. Sejak itu, tulisan Jawi mulai tergugat kedudukannya sebagai tulisan utama bagi seluruh Kepulauan Melayu amnya dan Tanah Melayu pada masa itu khasnya, lebih-lebih lagi setelah pengisytiharan 'Akta Bahasa Kebangsaan' pada tahun 1963. Sungguhpun akta tersebut tidak melarang secara langsung penggunaan tulisan Jawi, tetapi kesannya amat besar terhadap penggunaan tulisan Jawi dan perkembangannya, di mana dari segi praktis orang-orang Melayu mulai meninggalkan tulisan Jawi, dan akibatnya mereka kian hari kian kurang memberi perhatian terhadap tulisan Jawi sehinggalah tahun 1984. Pada tahun 1985 Kementerian Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah menyedari kepentingan warisan 'Dunia Melayu' yang paling berharga itu, lalu pihak berkenaan mula mewajibkan pelajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah rendah agama. Selepas itu, tulisan Jawi mulai diberi perhatian semula oleh masyarakat Melayu, terutamanya oleh badan-badan bahasa dan persuratan Melayu. Seminar demi seminar telah diadakan, malah rencana demi rencana di akhbar  muncul sebagai usaha untuk menghidupkan semula tulisan Jawi dan meletakkannya pada kedudukannya yang sebenar. Walaupun terdapat usaha yang telah dilakukan, tetapi ia kurang berkesan kerana ramai anak-anak muda dan orang-orang dewasa yang telah buta Jawi akibat dari sistem itu. Untuk mengembalikan semula keagungan Tulisan Jawi, ia memerlukan masa yang lama dan perancangan yang rapi dan bersistematik serta usaha yang berterusan bermula dari peringkat pra-sekolah, sekolah dan universiti. Jika tidak, impian untuk mengembalikan semula zaman kecemerlangan tulisan Jawi pada kedudukannya yang sebenar tidak akan tercapai. Pada tahun 1993, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Dato' Dr. Abdul Hamid Othman telah mengemukakan satu saranan, di mana beliau telah menyatakan:
Di Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia), Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) telah menghantar satu memorandum kepada kerajaan bertarikh 27 Mac 1954 dengan mengemukakan pelbagai alasan bagi menunjukkan kelebihan tulisan Rumi dan tulisan Jawi sebagai media persuratan Melayu.
(Kang Kyong Seock)

Antaranya ialah Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu, Anjuran Yayasan Islam Terengganu dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada 8-11 April 1984, juga Persidangan Dan Pameran Tulisan Jawi, anjuran Perpustakaan Negara, Muzium Negara Dan Kementerian Kebudayaan Dan Warisan, bertempat di Auditorium Jabatan Muzium Dan Antikuiti, Kuala Lumpur pada 6 Mac 2006.
(Lihat tulisan Hasbiha, "Ramai tidak pandai baca jawi", Berita Harian, 2 September 1988)
 Pusat Islam akan menyarankan kepada Kementerian Pendidikan dan Universiti supaya mewajibkan penguasaan bacaan dan tulisan (Jawi) sebagai permarkahan bagi mendapatkan Ijazah 'Pengajian Melayu'.

Sejak tahun lalu (1992) kerajaan memperuntukkan kira-kira RM24 juta setiap tahun untuk merancang pelbagai program pembangunan bagi menyebarkan penguasaan Tulisan Jawi di kalangan generasi muda peringkat sekolah. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 26 juta untuk melaksanakan program pemulihan Jawi menerusi galakan membaca di seluruh negara untuk tahun 2006-2010. RM 25 juta akan digunakan untuk galakan membaca, sementara selebihnya lagi untuk penyelidikan dan perisian komputer Jawi. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Serf Utama Dr. Rais Yatim telah menyatakan: la membuktikan kementerian bertekad mahu menyelamatkan Jawi, di samping menghidupkan pembudayaan ilmu dan bahasa yang kini kian pupus dalam. masyarakat.

PENGGUNAAN TULISAN JAWI

Tulisan Jawi bukan sahaja pernah menjadi tulisan utama di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Selatan Thai, tetapi juga di Sri Lanka (bagi rumpun Melayu). Sungguhpun pada mulanya Tulisan Jawi bercampur-aduk antara abjad Arab dan askara Hindu seperti yang didapati pada prasasti yang ditemui di Minye Tujuh Acheh yang bertarikh 1380 Masihi,10 tetapi selepas itu digunakan abjad Jawi sepenuhnya. Sejak wujudnya alat cetak, peranan tulisan Jawi semakin bertambah, di mana ia digunakan pula oleh penerbit akhbar-akhbar, majalah-majalah, dan penulis buku-buku dan risalah-risalah dalam bahasa Melayu. Sri Lanka, sejak tahun 1869 Masihi lagi telah menerbitkan sebuah akhbar Melayu (Jawi) iaitu Alamat Langkapuri.

Sejak itulah Tulisan Jawi digunakan secara menyeluruh bagi menulis kitabkitab agama, karya-karya sastera, buku-buku, risalah-risalah dan juga prasasti, termasuk juga surat-surat perjanjian dengan negara-negara luar. Pada zaman ini, tulisan Jawi yang menggunakan abjad Arab terbukti kemampuannya menjadi media ilmiah, peradaban, komunikasi, pentadbiran dan politik. la digunakan dalam penulisan buku-buku ataupun kitab-kitab, akhbar-akhbar, majalahmajalah yang diterbitkan, malah warta-warta kerajaan, perutusan-perutusan, perjanjian-perjanjian dan pemasyhuran rasmi kerajaan juga adalah dalam tulisan Jawi.

Oleh itu, sejak ia mula digunakan sehingga abad ke 20 Masihi, Bahasa Melayu telah menghasilkan tidak kurang daripada 10,000 naskhah manuskrip Jawi, termasuk teks-teks undang-undang tubuh kerajaan-kerajaan negeri hingga kepada teks-teks 'Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu' pada 2 Ogos 1957. Jumlah itu belum termasuk 200 naskhah Melayu di Sri Lanka, surat-surat yang berkaitan dengan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Yang Tidak Bersekutu dan teks-teks Pentadbiran Inggeris di Sarawak.



KEPENTINGAN TULISAN JAWI

Kepentingan Tulisan Jawi sukar dinafikan oleh sesiapa. Seseorang yang ingin menyelidik tentang kesusasteraan, kebudayaan dan masyarakat Melayu khasnya, bahkan agama Islam dan perkembangannya di Alam Melayu amnya memerlukan pengetahuan tentang tulisan Jawi. Ini kerana terdapat manuskripmanuskrip lama Melayu yang begitu banyak, sama ada yang telah diteroka dan dirumikan atau yang baru diteroka dan dirumikan," ataupun yang masih belum memaparkan berbagai-bagai aspek yang berkaitan dengan kebudayaan dan tamadun Melayu dan agama Islam, di mana semuanya adalah dalam tulisan Jawi.

Walaupun sistem Tulisan Jawi yang mewarisi segala ciri tulisan Arab ini telah jauh terlepas daripada peraturan yang mendasari tulisan Arab, namun ia tetap mempunyai asas sistem tulisan Arab sehingga orang yang menguasai tulisan Jawi lebih mudah mempelajari bahasa Arab dan menyenangkannya mempelajari al-Qur'an.

ANTARA BUNYI ARAB DAN BUNYI MELAYU

Dalam hubungan ini, terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-duanya, di mana bahasa Arab tidak ada konsonan '£_' (ng), '^T (ny), '£_' (c), '.j' (p), 'u^'Cg) danjuga vokal 'e' dan 'o'. Sungguhpun bahasa Arab tidak mempunyai huruf-huruf di atas, tetapi hakikatnya kebanyakan huruf-huruf itu ada dalam sebutan bahasa Arab. Keadaan ini hanya diketahui melalui ilmu Tajwid.

Di samping itu, bahasa Melayu yang digunakan sebelum orang-orang Melayu menerima Islam tidak ada konsonan '£_' ('ayn), '£/ (ghayn), 'i' (dhal), 'y (zay), 'J>' (syin), V' (sad)' 'u*' (dad)' V fta'), 'Jj' (?a') dan V (hamzah), namun demikian bunyi '£_' ('ayn) dan '£_' (ghayn) ada dalam penuturan (sebutan) bahasa daerah khasnya di bahagian Utara Semenanjung Malaysia.

Berhubung dengan perkataan yang berulang-ulang sebutan hurufnya, iaitu huruf pertamanya senyap, tidak berbaris yang dalam bahasa Arab disebut 'tasydid' seperti perkataan 'madarrah' (pengulangan 'ra') yang dalam Bahasa Melayunya 'mudharaf, ia tidaklah secocok dengan lidah Melayu meskipun ia boleh dituturkan. Keadaan yang sama juga terdapat dalam tulisan Melayu yang dieja dalam tulisan Rumi, perkataan-perkataan yang menyamai fonem-fonem '£' (nga) dan 'Je>' (ga), di mana digandakan fonem-fonem 'nga' untuk '£_' dan 'g' untuk 'J»'. Misalnya 'langgar', 'hinggap', 'manggis', 'menggigil', 'menanggung', 'menenggelam' dan sebagainya.14 01 eh itu, pada dasarnya orang Melayu sememangnya berupaya menyebut huruf-huruf Arab dengan betul mengikut prinsip-prinsip fonemik Arab, meskipun berlaku perubahan bentuk kata dari segi morfologinya.

Apabila bangsa Melayu menganut Islam, sekaligus segala abjad Arab menjadi huruf-huruf tulisan orang-orang Melayu malah mereka dapat menyebut segala huruf itu dengan baik dan betul samalah seperti mereka menyebut dan menerima konsonan V dan 'y' dari fonem-fonem Latin.

TULISAN RUMI: ABJAD, FONEM DAN EJAAN

Tulisan Rumi berasal dari tulisan Latin yang menjadi tulisan seragam bagi bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dan kini penggunaannya begitu meluas sekali. Sejarah tulisan Rumi di Nusantara bermula dengan kedatangan Poitugis ke Melaka pada tahun 1511 Masihi15 yang sekaligus pula membawa agama Kristian ke rantau ini. Penerimaan tulisan Rumi sebagai skrip tulisan Melayu merupakan suatu kejayaan proses Kristianisasi dan sekularisasi terhadap16 penduduk Alam Melayu, iaitu seperti yang berlaku di Malaysia dan Indonesia. Tulisan Rumi berasal daripada abjad tulisan bangsa Tuscan moden, iaitu satu bangsa yang muncul lebih awal daripada bangsa Rumawi. Bangsa ini tinggal di Tuscany moden di daerah tengah Itali, tetapi memandangkan bangsa Rumawilah yang memberikan bentuk terakhir kepada tulisan huruf ini, sehingga kini tulisannya dikenali sebagai 'Tulisan Rumi'.

Abjad Rumi berasal daripada abjad Etruscan iaitu yang berkembang kirakira pada tahun 600 S.M. Ini dapat dikesan dari skrip Etruscan, Greek, Phoenisia dan abjad Semetik yang digunakan di Syria dan Palestin pada tahun 1100 M. Kemasukan abjad Etruscan dalam bahasa Latin mungkin pada abad ke-7 S.M. Ini berdasarkan kepada satu inskripsi yang bertarikh pada abad ke- 7 S.M. yang bertulis 'MANIOS MED FHEFH-KED NUMASIOP (Bahasa Latin klasik: MANIUS ME FECIT NUMERIO', iaitu 'Manius Made Me For Numerius'). Bagaimanapun, dalam inskripsi lain yang ditemui pada abad ke- 6 S.M. kemudiannya, iaitu yang dibaca dari kiri ke kanan,17 ia sama seperti abjad tulisan Rumi Melayu.

Pada masa dahulu, abjad/fonem tulisan Latin atau Rumi ini semuanya dalam huruf besar (MAJUSCULES). Manakala huruf-huruf (manuscules) baru dicipta kemudian, iaitu dengan mengubah huruf-huruf purba dengan menghapuskan sebahagian daripada huruf itu, contohnya 'h' berasal dari 'H' dan 'b' dari 'B' ataupun dengan memanjang sebahagian huruf yang sama, contohnya 'd' hasil dari 'D' yang dipanjangkan (dan diterbalikkan) bentuknya.

Selepas penaklukan Greek ke atas beberapa negeri di Eropah pada abad pertama Sebelum Masihi, sejumlah besar fonem-fonem Greek telah dipinjam oleh bahasa Latin. Pada waktu itu, simbol-simbol fonem 'y' dan 'z' telah diambil dari abjad Greek dan ditambah pada abjad Latin menjadikan 23 abjad semuanya. Setelah itu, beberapa tarnbahan baru dilakukan pada zaman pertengahan dan setelah itu, dapat ditentukan dan dibezakan antara nama-nama abjad dan jenis-jenis bunyinya (antara fonem-fonem 'u', V, T dan 'j' yang diperkenalkan oleh bangsa Normandy bagi bunyi Inggeris 'w' (semi vowel) dapat dibezakan dari V), maka, akhirnya abjad Rumi berjumlah 26 fonem semuanya, iaitu:
A a, B b, C c, D d, E e, F f, G g, H h, I i, J j, K k, L 1, M m, N n,
O o, P p, Q q, R r, S s, T t, U u, V v, W w, X x, Y y dan Z z.

Antara fonem-fonem itu, enam daripadanya vokal (huruf saksi) iaitu: a, e (taling), e (pepet), o dan u. Manakala yang baki, iaitu yang terbanyak adalah konsonan (huruf benar). Antara fonem-fonem itu ada yang mempunyai padanan selari dengan fonem Jawi dan ada yang tidak pasti padanannya dan ada yang memerlukan dua fonem bagi mengimbangi satu fonem Jawi. Tulisan Rumi, seperti juga bahasa-bahasa lain yang menggunakan huruf-huruf latin telah melalui proses perkembangannya yang tabi'i sebelum ia menjadi lengkap dan mantap sehingga ia mampu menyahut segala cabaran dunia moden.

Menyorot kembali ejaan Rumi Melayu, dari segi sejarah didapati sarjanasarjana Eropah pertama kali menulis bahasa Melayu dengan menggunakan ejaan Rumi, meskipun pada mulanya dilakukan secara perseorangan tetapi kemudiannya dilakukan secara beramai-ramai. Nama-nama seperti Willian Marsden,19 W.G Shellabear,20 R.J Wilkinson21 dan S.R Winstedt semuanya merupakan peneroka-peneroka awal perkamusan Melayu. Kemudian barulah  diikuti oleh Pendeta Za'ba dari kalangan sarjana-sarjana Melayu.

KAEDAH TULISAN RUMI MELAYU

Garis kasar kaedah tulisan ejaan Rumi Melayu telah dirintis oleh R.J Wilkinson pada tahun 1902 dan kemudian digunakan dalam kamusnya 'Kamus Melayu- Inggeris' dan sebahagiannya dalam kamus-kamus lain, kecuali kamus yang diterbitkan oleh W.G Shellabear pada tahun 1902 dan 1916. Sejak itu, buku-buku Melayu yang dicetak di Tanah Melayu waktu itu adalah mengikut kaedah ejaan tersebut dengan sedikit pindaan sahaja. Kaedah yang sama juga diikuti oleh Pendeta Za'ba dalam bukunya 'Daftar Ejaan Melayu', cetakan tahun 1941 dan 1949; dan kemudian kaedah ini juga digunakan dalam 'Pelita Bahasa Melayu' Penggal 1, cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1964.

Sungguhpun Wilkinson seorang sarjana Barat yang mempunyai motif tertentu dalam penulisannya tetapi beliau lebih memelihara keaslian tatabahasa Arab dan ia berjasa besar terhadap perkembangan bahasa Melayu dan tulisannya dengan tidak menyekat keseragaman ejaan Jawi dengan ejaan Rumi.

Penggunaah kaedah ejaan yang dibuat oleh para sarjana silam dan hari ini serta oleh institusi-institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka tidak digunakan secara seragam. Media tempatan nampaknya masih tidak memberi perhatian yang sewajarnya terhadap istilah-istilah Arab ini. Oleh itu, penyelarasan dan keseragaman ejaan, serta transliterasi yang betul amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah merumikan huruf grafen Arab kepada fonem Latin atau Rumi.

PENYELARASAN EJAAN

Dalam usaha untuk menyelaraskan ejaan Rumi antara kedua negara serumpun (Malaysia dan Indonesia contohnya), maka jawatankuasa demi jawatankuasa telah ditubuhkan antara negara-negara di rantau ini, misalnya Jawatankuasa Ejaan Malindo yang telah ditubuhkan dan telah beberapa kali mengadakan pertemuan. Kali pertama pertemuan diadakan di Jakarta pada bulan Disember 1959 dan kali kedua pada bulan September 1966. Seterusnya pada 16 Ogos 1972, diisytiharkan ejaan baru secara rasmi di kedua-dua negara serumpun itu.

Ejaan baru yang dikenal sebagai 'Ejaan Malindo' ini mengambil jalan tengah antara ejaan Inggeris dan Belanda dan ini menjadikannya lebih ekonomis dan terselaras. Namun demikian, dalam hal penyesuaian antara hukum / grafen Arab dengan fonem Rumi, nampaknya ia masih berada di takuk lama, di mana masing-masing negara bebas menggunakan ejaan sendiri, terutama yang berkaitan dengan padanan hukum / grafen Arab dengan fonem Rumi. Ini kerana Jawatankuasa Ejaan Malindo yang bertemu di Bogor iaitu pada Ogos 1976 telah bersetuju bahawa istilah transliterasi hanya akan digunakan dalam bidang agama Islam sahaja iaitu tidak merangkumi seluruh perkataan Arab yang digunakan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Untuk menyahut usaha murni tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengambil tanggungjawab awal. Berikutnya, dalam buku Istilah Agama Islam terbitannya pada tahun 1977, antara lainnya, institusi tersebut memberi padanan kepada huruf 'jj' dengan 'z', 'J>' dengan 'sy\ '£.' dengan 'h',
'^' dengan 't', 'j' dengan 'z' dan 'o' dengan 't'. ( Engku Ibrahim Ismail & Abdul Ghani Samsudin (1988), op.cit., h. 30. Jurnal Usuluddin, Bil 21 [2005] 23-38)

PEDOMAN TRANSLITERASI DEWAN

Untuk menyesuaikan ejaan Jawi Melayu dengan ejaan Ruminya, maka beberapa padanan huruf dan transliterasinya dibuat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, yang diharapkan dapat mengelakkan kekeliruan. orang awam terhadap ejaan beberapa perkataan Arab dalam bahasa Melayu.

Pedoman ini merangkumi aspek-aspek berikut:

1. Konsonan

2. Vokal

3. Kaedah penggunaan alif (f), wau (j) dan ya (c5).

4. Huruf konsonan '5' (ta' marbutah) di akhir kata

5. '«.' hamzat (un)

6. jju (maddat)

7. jjx$3 (sydddat atau tasydid)

8. jij£ (tanwin)

9. J\(al-)

10. Penulisan kata dan huruf

11. Huruf Besar.

la dianggap dapat menyelesaikan sebahagian dengan masalah transliterasi huruf / grafen Arab ke fonem Rumi walaupun tidak secara keseluruhannya. Kemudian di dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi, terbitan Dewan Bahasa tahun 1998, didapati beberapa padanan kepada huruf Arab yang diberi padanan Ruminya berbeza sedikit daripada buku Istilah Agama Islam. Huruf 'i' dipadankan dengan fonem 's (th)', '£_' dengan 'a' dan 'k', 'J' dengan 'k/q\ 'j' (waw titik di atasnya) dengan V, '£.' dan V dengan 'h', '*)' dengan 'k', '«.' dengan 'y, i dan e', '£_' dengan 'c', '^' dengan 'ng', 'Lj' dengan 'p', 'Jp' dengan 'g' dan '&' dengan 'ny'. ( Dewan Bahasa Dan Pustaka (1988), Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 152)

KESIMPULAN

Tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf al-Qur'an menekankan konsep keseragaman dalam sebutannya. la perlu disanjung tinggi dan dipelajari oleh orang-orang Melayu, kerana ia bukanlah suatu perkara yang sukar dan baru dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu sejak dari kecil lagi telah diorientasikan dengan tulisan ini melalui pengajian al-Qur'an. Jika dikatakan tulisan Jawi tidak sekata dan tidak konsisten, maka ia bukanlah boleh dijadikan alasan untuk kita mengenepikannya. Bahkan tulisan Latin (Rumi) yang digunakan oleh bangsa-bangsa Eropah sejak dahulu hingga sekarang pun masih tidak terlepas daripada kelemahan dan kekurangannya, malahan lebih teruk lagi daripada tulisan Jawi dan Rumi Melayu. Ini kerana tidak adanya suatu sistem tulisan dan ejaan yang lengkap dan seragam. Bahasa Inggeris yang diagung-agungkan itupun masih ada kekurangannya. Fonem 'a' dalam bahasa Inggeris misalnya, kadang-kadang disebut semacam 'alifmadd' dalam bahasa Arab, seperti pada perkataan 'man', kadang-kadang disebut dengan baris di atas (fathah), seperti pada 'about' dan yang lebih menyulitkan lagi ialah fonem 'u', di mana dibaca dengan pelbagai bunyi di kalangan orang-orang Eropah, termasuk juga penutur bahasa Inggeris. Fonem ini kadang-kadang disebut secara berbaris di atas (nasb) seperti pada 'cut' dan ada pula dibaca semacam berbaris di depan (dammah) seperti pada 'put'. Oleh kerana kesulitan inilah maka terdapat kalangan sarjana Barat yang beralih kepada usaha mencipta berbagai-bagai lambang bunyi bagi menyelesaikan masalah bunyi bahasa yang tidak sekata sebutannya dalam bahasa Barat.

Penggunaan lambang-lambang tertentu kini jelas terdapat dalam bahasa Perancis. Oleh itu tiada bahasa di dunia ini yang sempurna pada mulanya dan apabila berlaku pinjam-meminjam perbendaharaan kata antara bahasa-bahasa di dunia berlakulah pula perabahan pada perkataan-perkataan pinjaman itu dalam proses penyesuaiannya dengan bahasa ibunda, sama ada dalam bentuk kata, tatabahasa mahupun maknanya, iatu suatu yang tidak dapat dielakkan.

Ringkasnya, kata-kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu dan kesesuaian antara huruf-huruf 'Arab/Jawi dan Rumi perlu diberi perhatian sewajarnya. Huruf-huruf tertentu seperti '£,', '£_', '£_', 'J>\ 'jfi' dan sebagainya perlu diberi perhatian khusus terutama apabila ia berkait dengan istilah-istilah agama Islam agar keaslian bentuk dan maknanya yang melibatkan aspek-aspek morfologi, sintaksis dan semantik terpelihara dengan baik, sekaligus keseragaman ejaan dan sebutan (kefasihannya) persis seperti sebelumnya.

Oleh itu dalam usaha kita untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan tulisan Jawi dengan tidak menafikan tulisan Rumi, malah biarlah kedua-duanya berjalan seiringan, dan ini menampakkan kekayaan skrip Melayu. Kedua-duanya juga harus dapat mengeja segala bentuk bunyi bahasa asing khasnya bahasa 'Arab yang lebih rapat hubungannya dengan agama Islam. Segala kaedah ejaan seperti yang diutarakan oleh sarjana silam seperti William Marsden, W.G Shellabear, R.J Wilkinson, S.R Winstedt dan Za'ba perlu diberi perhatian. Saranan-saranan sarjana kini dan kaedah-kaedah ejaan dan transliterasi yang diutarakan oleh institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan Bahasa Kebangsaan, juga perlu diambil kira agar segala masalah yang merumitkan istilah Arab dalam tulisan Jawi dapat diatasi.


Sumber Pemulihan Tulisan Jawi


Martabatkan kembali tulisan Jawi
MOHAMAD SHAFIQ ROHAIZAD BUYONG

“HIDUP segan mati tak mahu” itulah pepatah Melayu yang sesuai untuk menggambarkan nasib tulisan Jawi ketika ini.

Seperti kita maklum tulisan Jawi telah bertapak di alam Melayu lebih kurang sekitar 700 tahun dahulu berdasarkan kepada penemuan batu bersurat tahun 1303 di Terengganu. Malah, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa tulisan Jawi telah digunakan seawal kedatangan Islam di alam Melayu lagi.

Tidak dinafikan tulisan Jawi telah mencapai zaman kegemilangan pada abad ke 18, hinggakan penjajah Inggeris yang menjajah di Tanah Melayu ketika itu perlu belajar menulis dan membaca di dalam tulisan jawi. Hal ini dapat dibuktikan melalui koleksi warkah Francis Light yang tersimpan di Muzium Perpustakaan British yang bertarikh antara 1786 hingga 1794, perjanjian Sir Stamford Raffles dengan pihak Sultan Johor, Perjanjian Pangkor 1874, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957.

Ditambah lagi, melalui tulisan Jawi, hasil kesusasteraan Melayu turut berkembang dengan pesatnya, apabila banyak hikayat lama dikarang dan disebar luaskan melalui tulisan Jawi seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Banjar, Hikayat Raja - Raja Pasai, Hikayat Iskandar Zulkarnia. Biar pun hikayat - hikayat ini tidak diketahui siapa pengarangnya. Namun, hasil sastera ini terus berkembang melalui tulisan Jawi. Tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi telah menjadi wadah kepada masyarakat Melayu dalam mengembangkan ilmu pengetahuan mencakupi bidang kesenian, kesusasteraan mahu pun aspek kebahasaan. Hal ini terbukti apabila akhbar - akhbar Melayu seperti Utusan Melayu dan Utusan Zaman menggunakan tulisan Jawi ketika awal penerbitannya. Malah tidak ketinggalan juga majalah Mastika yang turut menggunakan tulisan Jawi dalam penerbitannya dan mendapat tempat istimewa dalam kalangan masyarakat Melayu ketika itu.

Malah, tulisan Jawi tidak dapat dinafikan merupakan aspek penting dalam mengekalkan identiti budaya Melayu. Hal ini, dikuatkan lagi apabila tulisan Jawi dikaitkan dengan kedatangan Islam dan budaya al-Quran ke Tanah Melayu. Ditambah lagi, menurut catatan pengembara Eropah seperti Magellan, Tom Pires dan Van Ronkel, menggambarkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf sebagai bahasa penghubung utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara.

Tetapi pada hari ini kegemilangan tulisan Jawi umpama melalui zon gerhana yang cukup menyedihkan. Adakah masyarakat kita tidak cukup berbangga dengan zaman kegemilangan tulisan Jawi ketika dahulu yang sentiasa digunakan sebagai jabatan keilmuan. Kemerosotan peranan tulisan jawi di dalam dunia keilmuan dapat dikesan semenjak ketibaan kuasa - kuasa Barat yang mula menjajah Tanah Melayu pada abad ke-18 dan 19. Pada ketika ini tulisan Rumi telah diperkenalkan oleh penjajah barat terutama dalam sistem pendidikan yang berorientasikan pendidikan dunia barat. Pada ketika itu jugalah peranan tulisan Jawi sedikit demi sedikit mula terhakis dari perhatian masyarakat Melayu sendiri. Menurut Samat Buang dalam artikelnya Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi menyatakan “bahawa kita tidak harus mengekalkan mentaliti penjajah seperti R.J. Wilkinson yang dengan sengaja membunuh tulisan jawi dengan memperkenalkan tulisan Rumi. Dengan adanya tulisan Rumi sedikit - demi sedikit, British menarik masyarakat Melayu daripada akar umbinya”. Dari pada pandangan Samat Buang tersebut, dapat kita tafsirkan bahawa tahap kebimbangan para ahli akademik berkenaan survival tulisan jawi telah berada di tahap yang membimbangkan.

Hal ini ditambah lagi, pelbagai peristiwa yang sangat mengguris hati - hati pencinta tulisan Jawi yang mana 29 Januari 2006 akhbar Utusan Melayu yang merupakan satu-satunya akhbar yang menggunakan tulisan Jawi dihentikan penerbitannya kerana kurangnya sambutan daripada masyarakat terutama daripada masyarakat Melayu sendiri. Malah, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan nada kehairanan menyatakan bahawa tiada seorang pun yang mendengus, apatah lagi mempolemikkan penutupan akhbar itu baik di media elektronik mahu pun media cetak. Malah, Datuk Johan Jaaffar dengan nada sinis di dalam Persidangan dan Pameran Tulisan Jawi di Muzium Negara menganggap orang Melayu renyah dengan identiti warisan bangsanya sendiri. Pandangan beliau ini berpaksikan kepada populasi etnik Melayu yang merangkumi 13 juta orang Melayu, dan akhbar tulisan Jawi tidak boleh hidup dan dipedulikan sedangkan akhbar berbangsa lain dapat hidup subur walaupun komunitinya lebih kecil berbanding masyarakat Melayu. Satu persoalan yang perlu ditudingkan pada diri sendiri, di manakah silapnya?

Justeru, langkah memartabatkan semula tulisan Jawi wajar dilaksanakan supaya seni warisan ini tidak hanyut ditelan zaman. Banyak pendapat mahu pun cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para sarjan mahu pun orang perseorangan berkenaan langkah perlindungan tulisan Jawi. Antaranya ialah melalui sistem pendidikan negara. Melalui sistem pendidikan ini kemahiran menulis dan membaca tulisan Jawi mesti dijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah seluruh negara. Ditambah lagi, pengenalan tulisan Jawi perlu juga dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Hal ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menangkis dan memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap tulisan Jawi yang dianggap sebagai sinonim dengan agama Islam. Malah, di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam mahu pun Swasta (IPTA/IPTS), langkah memasukkan kemahiran dan sejarah perkembangan tulisan Jawi dalam subjek Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia adalah wajar sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan Jawi di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di negara ini. Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda dan petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika dikatakan boleh dibilang dengan jari.

Oleh yang demikian, penggunaan tulisan Jawi ini perlu dipergiatkan usahanya terutama peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan tempatan dalam merealisasikan impian negara bagi menghidupkan semula kegemilangan tulisan jawi yang pernah mencapai puncak kemasyhurannya satu ketika dahulu. Impian ini tidak terlaksana jika hanya dilakukan hanya sebelah pihak sahaja, malah semua pihak perlu berganding bahu tidak apa jua lapisan masyarakat agar tulisan Jawi ini bak kata pepatah Melayu “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Malaya

Sumber : Sinar Harian


Sejarah Melayu dan nasib tulisan jawi
Mazlan Nordin

PELBAGAI cerita dan laporan masa silam yang dicatat dalam tulisan jawi tidak begitu diketahui oleh orang Melayu dewasa ini. Hal ini terserlah, antara lainnya, dari buku mengajar tulisan jawi oleh M.B. Lewis, pensyarah bahasa Melayu Universiti London.

Bukunya berjudul: Tulisan Melayu: A Handbook of Malay Script dicetak pada tahun 1954. Antara kandungannya ialah petikan dari sejarah Melayu seperti berikut: “Kalakian maka datang sebuah kapal Feringgi dari Goa maka ia berniaga di Melaka. Maka dilihat oleh Feringgi itu negeri Melaka terlalu baiknya dan bandarnya pun terlalu ramai.

‘‘Maka segala orang Melaka pun berkampung melihat rupa Feringgi itu. Maka sekaliannya hairan melihat dia, maka kata orang Melaka, ia ini Benggali putih. Maka pada seorang orang Feringgi itu berpuluh-puluh orang Melaka mengerumuni dia, ada yang memutar janggutnya, ada yang menepuk kepala, ada yang mengambil chepiaunya, ada yang memegang tangannya.

‘‘Maka kapitan kapal itu pun naik mengadap Bendahara Seri Maharaja, maka Bendahara diangkat anak kapitan itu dipersalin, maka kapitan kapal pun persembah pada Bendahara Seri Maharaja rantai emas berpermata seutas ia sendirinya memasakkan kepada leher Bendahara Seri Maharaja.

‘‘Maka segala orang hendak gusar akan kapitan Feringgi itu tiada diperoleh Bendahara katanya jangan dituruti kerana ia orang yang (tiada tahu bahasa).

Demikian petikan dari sejarah Melayu. Jelas bahawa segalanya berlaku sebelum kemudiannya Portugis menyerang dan menakluki Melaka. Buku-buku sejarah mengisahkan pelbagai aspek penaklukan dan penjajahan Portugis tetapi tiada cerita mengenai orang-orang Melaka pada mulanya seperti hairan ajaib bila menemui mereka bagi kali pertama. Kedatangan mereka ialah dari Goa di India yang telah ditaklukinya.

Lewis juga memetik tajuk-tajuk berita akhbar-akhbar Utusan Melayu, Majlis, Warta Melayu, Warta Negara dan Melayu Raya serta pantun-pantun Melayu, antaranya berbunyi:

Jangan lurut padi muda
pecah batang kena tangan
jangan diturut hati muda
rosak binasa panjang-panjangan.

Belah durian berpangsa-pangsa
belah sepangsa isi merah
jangan tuan memilih bangsa
darah juga sama merah.

Di muka surat akhbar Warta Malaya 9 Januari 1933 dicatat: Yang diterbitkan hari-hari, Muafakat dan bantuan itulah tangga kemajuan berkekalan.

Mendapat tempat ialah kandungan surat kepada Sultan Ibrahim Shah, Negeri Selangor dari Residen Melaka, Walter Sewell Cracraft pada 26 April 1825 bersamaan 7 Ramadan 1240 mengenai Melaka menjadi pelabuhan bebas. Ayat pertama surat tulisan jawi itu berbunyi: “Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta kasih sayang yang tiada berkesudahan lagi selagi ada peredaran cakrawala matahari dan bulan...”

Lain-lain cerita tulisan jawi dipetik dari Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat Sang Lomeri dan Hikayat Bayan Budiman. Menarik perhatian ialah sikap rendah diri dalam surat yang dikirim kepada Ratu Elizabeth, berbunyi: “Mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen. Harap diampun Tuanku. Adalah patik sekalian yang bertandatangan di bawah ini iaitu yang Dipertua dan ahli-ahli Majlis mesyuarat undangan bagi pihak penduduk di negeri-negeri Melayu memohon ampun ke bawah duli mempersembahkan dengan beberapa hormat takzim dan takrim kehormatan dan tahniah pada hari kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.”

Pada peringkat permulaan Lewis mencatat sumbangan Pendita Za’ba (Zainal Abidin bin Ahmad) menyusun daftar ejaan Melayu. Lalu dijelaskan: “Tentang ejaan jawi ini hanyalah pada umumnya sahaja dikatakan mengikut kebiasaan penulis-penulis yang lebih ramai. Yang sebenarnya kebiasaan itu ada banyak tentangannya yang berlain-lain pada lain-lain orang. Banyaklah perkataan yang belum tetap ejaan jawinya.

Lewis menyatakan harapan bahawa “para pelajar Asia dan juga Inggeris” akan mendapat faedah dari buku panduan tulisan Melayu yang disusun olehnya itu supaya boleh membaca pelbagai bacaan jawi. Tetapi seperti diketahui semasa ini hanya Kumpulan Utusan Melayu menyiarkan sisipan khas akhbar tulisan jawi, iaitu pada tiap hari Isnin.

Jelas bahawa pelbagai hal kemudiannya ditelan masa. Ramai anak sebilangan ramai ibu bapa yang dulu fasih membaca jawi tidak boleh membaca jawi.

Sumber : Utusan Online



Memperkasa Tulisan Jawi Wadah Perpaduan

Bumi Malaysia pernah dikuasai oleh tulisan Jawi suatu ketika dulu. Ini bermakna rakyat Malaysia menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya ketika itu dan tulisan Jawi juga pernah menjadi wadah perpaduan rakyat sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Kalau kita selak majalah, akhbar atau buku pada zaman dahulu, hampir semuanya ditulis dalam tulisan Jawi. Namun kini tulisan Jawi telah dihapuskan dalam kehidupan kita seharian kendati ada usaha segelintir warga yang masih menggunakan tulisan ini tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Kemegahan jatidiri dan maruah Jawi yang malang itu, yang pernah menguasai zaman akhir 60-an, membawa ke zaman 70-an kini telah lenyap dimamah cabaran. Sekarang, generasi kanak-kanak terutamanya tidak kenal lagi tulisan Jawi malah mereka berasa amat pelik dengan tulisan tersebut.

Akhbar Utusan Melayu edisi Jawi yang berusaha mengembangkan kudupnya juga seperti hidup segan mati tak mahu dan akhirnya dihentikan edarannya. Sungguh jelu dan menyedihkan. Khabarnya, apabila akhbar Utusan Melayu edisi Jawi ini dihentikan, ia bukanlah kematian yang diratap oleh 10 juta bangsa Melayu (Buku Statistik Tahun 2000), apa lagi generasi sekarang yang 90% buta Jawi. Ia hanya ditangisi oleh sebahagian orang Melayu yang asas belajar dan membacanya adalah tulisan Jawi pada tahun-tahun 40-an, 50-an dan 60-an dan tahun-tahun sebelumnya sahaja. Yang selebihnya langsung tidak peduli terhadap nasib tulisan Jawi tersebut.

Justeru tulisan Jawi mesti diperkasakan semula. Ia adalah khazanah yang sangat bernilai untuk negara kita. Kita tidak boleh menjadikan alasan globalisasi, langit terbuka, dan kedominanan bahasa Inggeris sebagai sebab untuk tidak mempelajari tulisan Jawi. Tidak salah sekiranya tulisan Jawi digunakan secara bersama dalam sebuah negara majmuk di Malaysia. Akuilah hakikat bahawa tulisan Jawi sudah lama digunakan di negara ini. Sebelum merdeka dulu, semua akhbar dan majalah menggunakan tulisan Jawi malah semangat perjuangan menuntut kemerdekaan juga dicagunkan melalui tulisan Jawi. Justeru, untuk mengembalikan semula martabat dan generasi celik Jawi, kita mestilah bermula dengan pengajaran Jawi seperti dahulu.

Contohilah Korea Selatan, mereka menterjemahkan banyak buku kerana mereka mahu rakyat mereka menguasai bahasa Korea dan mempunyai skrip yang lebih banyak daripada bahasa lain. Bagi mereka, bahasa Korea dan skrip Korea adalah identiti orang-orang Korea. Justeru di Malaysia juga tulisan Jawi perlu diperkasakan dengan cara yang sama seperti di Korea kerana tulisan Jawi adalah identiti rakyat Malaysia. Lantaran itu, rakyat Malaysia perlu belajar Jawi untuk memastikan mereka mempunyai identiti Malaysia yang sebenar. Untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan muda menggunakan skrip Jawi, sistem ejaan Jawi perlu kembali kepada sistem ejaan Jawi Zaaba, yang ringkas dan mudah untuk dipelajari.

Tulisan Jawi juga perlu diperluaskan dalam semua penerbitan seperti risalah, brosur, akhbar, majalah dan sebagainya dan tidak lagi dilihat sebagai suatu khazanah klasik yang hampir lenyap ditelan zaman. Pembelajaran Jawi di peringkat sekolah rendah wajar dilanjutkan ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya pengajian tinggi supaya tulisan Jawi dapat diangkat tarafnya sebagai aksara Melayu yang tinggi nilainya.

Sekarang sudah tiba masanya kita menghidangkan satu resipi asli tulisan Melayu kepada penuturnya. Kita harus mengembalikan semula kecemerlangan sejarah tulisan Jawi di negara kita seperti dahulu agar ia tidak terus langka dan akhirnya pupus ditelan zaman.

Untuk mengembalikan kedudukan tinggi tulisan Jawi yang menjadi tulisan asli bahasa Melayu sejak hampir 1,000 tahun, maka langkah-langkah yang berkaitan dengan pengayaan penggunaan tulisan Jawi dalam persuratan ilmiah, awam dan bahan-bahan pendidikan perlu dicari oleh badan-badan pelaksana pengajaran dan pengguna tulisan Jawi. Papan-papan tanda di seluruh negara harus ada tulisan Jawi sebagai bahasa kedua selain dari bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia.

Langkah menggalakkan semula pengguna tulisan Jawi, tidak harus dilihat dengan kaca mata songsang oleh masyarakat pelbagai etnik negara ini. Ia bukan satu usaha untuk mengislamkan orang bukan Islam dengan tulisan tetapi sebagai satu usaha untuk memantapkan jati diri orang Melayu Islam di negara ini seterusnya sebagai wadah perpaduan pelbagai etnik di negara ini. Sejarah telah mencatatkan bahawa suatu ketika dulu tatkala masyarakat negara ini menggunakan tulisan Jawi, perpaduan antara kaum telah berjaya direalisasikan dengan megahnya. Tidak pernah berlaku sebarang bantahan terhadap penggunaan tulisan Jawi malah ramai pula orang yang bukan dari etnik Melayu boleh membaca dan menulis dalam tulisan Jawi.

Justeru, demi mengukuhkan kembali perpaduan seperti suatu ketika dulu, selain daripada penggunaan di dalam penerbitan tempatan, langkah mempopularkan tulisan Jawi ini harus lebih menyeluruh termasuk penggunaan di dalam laman-laman web tempatan, kerajaan (ada versi Jawi), perisian Microsoft Office Jawi, telefon bimbit dan lain-lain. Perisian komputer di dalam tulisan Jawi amat kurang malah susah untuk ditemui. Sekiranya, ia dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan gembelingan pihak kerajaan dan swasta matlamat ini pasti boleh dicapai dengan jayanya.

Tulisan juga Jawi amat berpontesi untuk dimajukan dan dipopularkan. Antara kebaikan lain tulisan Jawi ialah apabila ditulis, penulis boleh menulis dengan lebih cepat kerana bentuk kalimat atau perkataan yang bersambung. Suatu masa dulu, pelajar-pelajar sekolah diajar bagaimana menulis huruf roman cursive atau bersambung untuk membolehkan mereka menulis atau menyalin nota dengan cepat. Satu usaha yang mencabar sekarang ialah untuk memupuk perasaan cinta dan sayang kepada tulisan Jawi ini. Tulisan bangsa sendiri ini, bukan hanya dengan mengangguk kepala setuju tetapi hati juga harus turut sama memahami akan kepentingan membudayakan kembali tulisan ini.

Langkah Kementerian Kebudayaan dan Warisan menggalakkan penggunaan semula tulisan Jawi dilihat sebagai satu langkah positif untuk memartabatkan maruah bahasa Melayu di negara ini yang dilihat semakin hari semakin tercabar dengan pengaruh globalisasi. Langkah menanggung kos untuk menerbitkan semula Utusan Melayu dalam tulisan Jawi setiap hari Ahad merupakan satu langkah yang amat dialu-alukan.

Punca hakisan kepada adab susila, sopan santun dan budi bahasa orang Melayu harus dilihat secara menyeluruh. Ia boleh bermula dengan susunan huruf dan akhirnya diterjemahkan kepada susunan kata-kata dalam percakapan harian. Maksudnya kedominan pengaruh luar yang memasuki tetingkap atau skrin monitor, komputer, PDA, telefon mobile dan apa sahaja bukan penghalang kepada usaha untuk memantapkan jati diri dan tamadun orang Melayu Islam di negara ini.

Media harus memainkan peranannya dalam memastikan penggunaan yang luas tulisan Jawi dan berharap akhbar-akhbar yang menggunakan skrip Jawi seperti Utusan Melayu, akan diberi rangsangan dan galakan untuk menarik lebih ramai pembaca. Institut Terjemahan Malaysia dan Buku serta Dewan Bahasa dan Pustaka perlu banyak menterjemahkan buku-buku ke dalam tulisan Jawi.

Ada yang berpendapat bahawa memperkasakan tulisan Jawi adalah antara usaha kita mengukuhkan agama. Tanggapan ini mungkin benar kerana tulisan Jawi juga dikenali sebagai tulisan Melayu huruf Arab dan telah digunakan sejak kedatangan agama Islam di Nusantara. Program j-Qaf yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 2005, memuatkan tulisan Jawi bagi memperkasakan Pendidikan Islam walaupun program tersebut setakat di sekolah rendah sahaja.

Demi melestarikan warisan bangsa yang tercinta ini, semua pihak terutamanya kerajaan perlu memainkan peranan. Dewan Bahasa dan Pustaka yang dahulu pernah bangkit dengan inisiatif yang besar memertabatkan tulisan Jawi, perlu bangun kembali dengan langkah yang lebih gagah dan tegap. Semarakkan usaha-usaha seperti dahulu dengan mengadakan pelbagai bengkel, seminar dan sistemnya telah pernah diterima sebagai yang baik, yang berasaskan roh Pendeta Zaaba.

Dewan Bahasa dan Pustaka juga harus memainkan peranan dari segi penerbitan. Seminar dan pameran tentang tulisan Jawi juga boleh membantu memperkasakan tulisan Jawi, seperti suatu konvensyen yang pernah diadakan suatu ketika dahulu, iaitu Konvensyen Tulisan Jawi pada tahun 1980-an yang telah memperkenalkan Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan.

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran pula perlu menghidupkan semula tulisan jawi di sekolah-sekolah bermula dari sekolah tadika, rendah, menengah dan seterusnya universiti. Meniadakan Jawi di sekolah-sekolah bererti menafikan pelajaran Jawi untuk dipelajari oleh murid-murid, sedangkan murid-murid adalah generasi masa depan. Di sinilah impak yang cukup ketara dan lupusnya generasi berkemampuan membaca Jawi sudah tidak wujud lagi kerana mereka tidak pernah diperkenalkan secara asas. Bukan itu saja, mereka ditanam fahaman bahawa Jawi tidak mampu bersaing bersama bahasa dunia.

Sejarah telah mencatatkan bahawa sesuatu bahasa dan bentuk tulisannya akan terus hidup dan berkembang bila terdapat satu masyarakat bahasa yang menggunakannya secara aktif dan terdapat sehimpunan persuratan yang mencatat khazanah ilmu pengetahuan dan kesusasteraannya untuk digunakan, disebar luas, dinikmati dan diwariskan kepada generasi seterusnya.

Lantaran itu tulisan Jawi perlu disemarakkan semula bagi mengimbangi dominasi tulisan Rumi yang digunakan dalam semua bentuk persuratannya, iaitu sejak tahun 1963 apabila diisytiharkan sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu, dan sekali gus meminggirkan tulisan Jawi. Sejak itu tulisan Jawi tidak lagi menjadi bahan pendidikan di sekolah, kecuali untuk segelintir pelajar di sekolah Arab atau agama Islam sahaja.

Kesimpulannya, tulisan Jawi perlu diperkasakan semula seperti suatu ketika dulu. Inilah jatidiri bangsa Malaysia dan inilah citra bangsa Malaysia yang pernah bersenandung mersik di angkasaraya bumi Malaysia dan yang pernah pula padam dihubub ganas api zaman. Tulisan Jawi bak lantera yang nyalaannya pernah menerangi seluruh ceruk pelosok dan juzuk bumi Malaysia. Jawi pernah menjadi wadah perpaduan bangsa Malaysia sehingga negara mencapai kemerdekaan. Justeru kembalikanlah kecemerlangannya, suburilah semula perdunya yang pernah berdaun lebat dengan bunga-bunga yang menggerbak mengharum agar menjadi warisan generasi anak bangsa sehingga akhir zaman.

Sekali Pensel Diraut

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena