Ruang



katakan bahawa ruang ini tertutup segalanya
cahaya dan warna tak lagi bermain
di bingkai langit, matari tak terlindung awan
segalanya menjadi begitu diam
tak ada hembus angin
kalau pun hujan turun
hanya terlihat rintik dan awan
mengapungkan hitam


segala yang ternampak oleh mata
adalah pemberian dan anugerah
menyusup ke dalam bingkai kalbu
menjadi pedoman dan asuhan jiwa
bagaimana kita belajar menafsir dan menerima
segalanya rentak dan lagu kehidupan
yang bermain dalam muzik waktu

gelap dan terang
adalah kelazatan hidup
usah mengeluh dan meragukan
takdir


Comments