Kuingin Pulang


Terbang bangau, satu ketika kembali ke belakang kerbau jua. Belut pulang ke lumpur.
Begitulah ungkap kata kepada yang jauh merantau, berkelana, 
dan mengungsi meninggalkan
kampung laman, ayah ibu, sanak saudara,
 kekasih, isteri dan anak-anak. 

Sampai ketika, detik memanggil, masa meminta untuk pulang menemui mereka yang
lama ditinggalkan. Terasa begitu bercambah kenangan dalam pusar fikir saban masa. 
Semakin lebaran tiba, semakin imbauan menguak lebar. 
Semakin menggoncang jiwa.
Segalanya bertunas tiba-tiba. Bayang-bayang masa lalu yang jauh
terjelma secara tiba-tiba.


Berputar masa, dari masa remaja, ke masa kecil, masa mula bersekolah, masa mula berkenalan
dengan sang kekasih. masa di pelamin, masa di universiti, masa melahirkan anak pertama, masa kehilangan orang tersayang, pertemuan, perpisahan, kehilangan
Semuanya berdatangan dalam imbau jiwa.
Kampung laman menanti, rindu memberat


Tak ada kata yang dapat menggambarkan keseronokan dan  kegembiraan
dalam perjalanan pulang.
Memang berlaku kesesakan, banyak halangan, banyak perkara yang tak terduga
terjadi. 
Sabarlah menghadapi segala detik begitu
Kita sudah pusatkan fikiran siapkan emosi dan fikiran
Kepulangan kali ini mesti teruk kesesakan jalan. Rimas. Lambat. Susah dapat kenderaan.
Tidak tepat masa. Sibuk. Macam-macam gelagat manusia.
Sabarlah ...


Sebenarnya yang berada di sekitar kita
mereka pun mahu balik kampung
mahu pulang
mereka pun dipanah rindu
kampung laman
Kata orang tak kan lari gunung dikejar
Kita sedar itu benar, tapi kita sedang mengejar
rindu ..... ia begitu memberat


Tak ada siapa terlepas dari rindu dan ingin lekas tiba
Kita pulang dengan cinta dengan kasih sayang
Dengan rasa keprihatinan, kesabaran, dan kesyukuran

 Kita sudah memiliki pengangkutan terbaik untuk pulang. Kita sudah
memiliki lebuh raya terbaik untuk berkenderaan balik kampung.
Semua orang mahu pulang kerana semua ini
Ada kemudahan, ada kesempatan
Ada rindu yang memberat

 
Semuanya memiliki cinta
Selamat pulang
ke kampung laman

Comments