31 Aug 2013

Adibah Amin Tokoh Terjemahan Negara


Ramai yang membesar dengan novelnya Seroja Masih di Kolam. Tidak sedikit yang menjengahnya dalam kolum As I Was Passing di New Straits Times. Tidak kurang pula yang pernah belajar Bahasa Melayu melalui kolumnya di The Star. Beliau dianggap guru oleh murid-muridnya meski terpisah antara jarak dan pertemuan. Banyak pula karya-karya besar tanahair telah diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris. Karya-karya yang ditulis oleh penulis ternama negara dilebarkan   medan bahasanya menerusi terjemahannya. Malah beliau muncul dengan peranan watak yang sukar dilupakan sebagai Cikgu  Bedah menerusi filem Adik Manja. Beliau meraih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik menerusi lakaran watak tersebut. Beliau dianugerahkan Tokoh Terjemahan Negara 2012 hasil dari sumbangan besar beliau dalam bidang terjemahan. Beliau tiada duanya, Khalidah Adibah Amin atau dikenali sebagai Adibah Amin.

Sama-samalah kita berdoa agar beliau sentiasa dianugerahi Allah rahmat dan kesejahteraan dari segala sulit penyakit yang dialaminya.

Selembar Riwayat 

Adibah Amin (lahir 19 Februari 1936) ialah seorang ahli akademik, ahli bahasa, penulis bahasa Melayu serta bahasa Inggeris, dan pelakon Malaysia. Sri Delima merupakan nama penanya. Karya-karyanya termasuk tiga buah novel dalam bahasa Melayu (Bangsawan Tulen, Seroja Masih Di Kolam, Tempat Jatuh Lagi Dikenang) bersama-sama dengan lebih kurang 200 drama radio ("Hanya 10 adalah baik", beliau berkata dengan rendah hati kepada majalah Asiaweek), dan sebilangan cerpen pendek. Dalam bahasa Inggeris, beliau menulis untuk akhbar The Star, dan kini paling diingati untuk ruangnya "As I Was Passing" yang ditulis semasa beliau bertugas dengan akhbar New Straits Times. Terbaru, pada November 2006, Adibah melahirkan novel pertamanya di dalam Bahasa Inggeris, "This End of The Rainbow" yang memaparkan sebuah fiksi tentang kehidupan mahasiswa sekitar tahun 50an. Novelnya "Seroja Masih di Kolam" telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Jepun dengan judul "Surojya No Hana Wa Mada Ike Ni (1986)." Adibah juga turut menterjemahkan karya-karya sastera besar Malaysia termasuklah No Harvest But Thorns tulisan Sasterawan Negara Malaysia, Shahnon Ahmad (judul asal Ranjau Sepanjang Jalan) dan Jungle of Hope (tulisan SN Keris Mas, judul asalnya, Rimba Harapan). Sehingga tahun 2006, Adibah masih giat menulis terutamanya mengenai artikel-artikel pendidikan di suratkhabar (The STAR).

Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, dengan nama Khalidah Adibah bt Amin, ibunya, Tan Sri Zainon Sulaiman atau lebih dikenali sebagai "Ibu Zain" merupakan seorang pejuang kemerdekaan terhadap penjajah British bersama-sama Tunku Abdul Rahman dalam UMNO, dan tidak mahu ahli-ahli keluarganya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Ibunya hanya bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anaknya, dan menghantar mereka ke sekolah Melayu dan Arab.
Ketika berumur sepuluh tahun, Adibah mendaftar masuk ke sekolah bahasa Inggeris. Sekolah itu hanya membenarkan murid-muridnya bertutur dalam bahasa Inggeris. Pada mula-mulanya, beliau menghadapi banyak masalah untuk berbuat demikian, tetapi buku-buku bahasa Inggeris, dengan gambar-gambar yang menarik, menawan hatinya.

Dalam sebuah temu bual dengan majalah Asiaweek pada sekitar 1999, Adibah berkata:
"Saya cinta akan bahasa Inggeris. Anda boleh membuat apa-apa sahaja dengannya. Saya suka akan bahasanya yang tidak kemas. Peraturan-peraturannya tidak tegar. Saya juga tidak kisah tentang ejaannya yang gila. Saya tak nak pembaharuan untuk bahasa itu. Sudah tentu, kesemuanya bergantung kepada bagaimana bahasa itu digunakan. Bahasa itu boleh bersifat penuh gah yang menggerunkan. Bagaimanapun, saya masih lebih cinta akan bahasa Melayu. Apabila saya menulis sesuatu dengan mendalam, ia ternyata ditulis dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris, saya hanya menulis dengan cara yang tidak serius kerana bahasa itu merupakan bahasa kedua saya, dan saya tidak suka mencuba dengan bersungguh-sungguh. Hasilnya tidak sebegitu baik seperti yang saya kehendakinya."
Pada tahun 1953, Adibah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

Adibah memulakan kerjayanya sebagai seorang guru pada tahun 1958 ketika berumur 22 tahun di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun 1970, beliau merupakan Guru Besar di Sekolah Menengah Sri Puteri, Kuala Lumpur. Beliau kemudian menjadi pensyarah di Maktab Bahasa (sekarang Institut Bahasa), Kuala Lumpur.


Pada tahun 1971, ketika berumur 35 tahun, Adibah menyertai The New Straits Times Press Sdn Bhd (NSTP) sebagai seorang wartawan. Beliau mempergunakan kekuatannya dalam bidang pendidikan untuk menggabungkannya dengan bidang kewartawanan. Salah satu hasilnya ialah ruang "As I Was Passing" yang mencetuskannya ke barisan depan kewartawanan negara dan mencapai untuknya setakat kemasyhuran. Beliau pernah dilantik sebagai Penasihat Editor Majalah Jelita, keluaran NSTP.

Pada tahun 1984, Adibah meninggalkan syarikat NSTP untuk menjadi penulis bebas serta untuk mengajar bahasa Melayu. Kemudian, pada awal 1990-an, beliau menyertai akhbar The Star dan tidak lama kemudian, menulis satu siri ruang mengenai pembelajaran bahasa Melayu yang merupakan kekuatannya untuk bahagian akhbar, Pendidikan Star Terbitan Ahad (Sunday Star Education). Antara ruang-ruangnya semasa bertugas akhbar, The Star, ialah:
Bahasa Kemas Kini (Bahasa Update)
Operasi Sangat Bersih (Operation Squeaky Clean)
Datanglah ke Kelas Adibah - Bahasa SPM (Come to Class with Adibah - SPM Bahasa)
Datanglah ke Kelas Adibah - Bahasa PMR (Come to Class with Adibah - PMR Bahasa)
Datanglah ke Kelas Adibah - Bahasa UPSR (Come to Class with Adibah - UPSR Bahasa).

Filem

1990: Mat Som
1989: Hati Bukan Kristal
1980: Adik Manja, sebuah filem komedi yang diarahkan oleh Othman Hafsham, dan dilakon bersama-sama dengan Dharma Harun Al-Rashid serta Noor Kumalasari.

Anugerah

1980: Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Adik Manja dalam Pesta Filem Malaysia Pertama
1983: Anugerah Penulisan SEA (SEA Write Award)
1991: Anugerah Pengembangan Sastera Esso-Gapena
1996: Anugerah Wartawan Cemerlang Negara oleh Persatuan Wartawan Melayu Malaysia
1996: Anugerah Kesusasteraan Johor
1998: Anugerah Tun Razak untuk sumbangan yang cemerlang kepada pendidikan, serta persefahaman antara kaum dan keharmonian di Malaysia


Pada 21 Julai 2010, Badan Amal Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Adibah yang menderita angin ahmar. Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan bantuan itu bagi menampung kos rawatan fisioterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Karya


Glimpses : cameos of Malaysian life , MPH Group Publishing, 2008.
Rhymes for children , K Publishing Sdn. Bhd., 2008.
As I was passing II , MPH Group Publishing, 2007.
Bagaimana mengurus prestasi : 24 pengajaran bagi meningkatkan prestasi / Robert ,McGraw-Hill (Malaysia), 2006.
Mengurus atur di tempat kerja : 24 pengajaran untuk menetapkan matlamat,menentukan keutamaan,dan mengurus masa anda / Kenneth Zeigler; penyunting : Adibah Amin ; penterjemahan : Leo Ann Mean ,Zeigler, Kenneth , McGraw-Hill (Malaysia), 2006.

Panduan kejayaan jualan : 20 pengajaran untuk membuka dan menutup jualan sekarang / Linda Richardson; penyunting : Adibah Amin ; penterjemahan : Leo Ann Mean : McGraw-Hill (Malaysia), 2006.
As I was passing , MPH Group Pub., 2006
Menjayakan pasukan : 24 pengajaran untuk menjayakan kerjasama / Michael Maginn ; penterjemah Leo Ann Mean ; penyunting Adibah Amin Maginn, Michael , McGraw-Hill, 2006.

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja : 24 taktik terbukti bagi menyemarakkan produktiviti di tempat kerja / Anne Bruce, penterjemah : Leo Ann Mean, penyunting : Adibah Amin ,Bruce, Anne ,McGraw-Hill Education, c2005.
Menghadapi orang bermasalah : 24 pengajaran untuk memperlihatkan yang terbaik dalam semua orang / Dr. Rick Brinkman & Dr. Rick Kirschner, penterjemah : Leo Ann Mean, penyunting : Adibah Amin :McGraw-Hill Education, c2005.

Panduan pengurus baru : 24 pengajaran bagi menguasai peranan baru anda / Morey Stettner, penterjemah : Leo Ann Mean, penyunting : Adibah Amin dll , McGraw-Hill Education, c2005.
Panduan untuk pemimpin : 24 pengajaran bagi kepemimpinan luar biasa / John H. Zenger, Joseph Folkman, penterjemah : Leo Ann Mean, penyunting : Adibah Amin dll ,McGraw-Hill Education, c2005.

Grammar builder : a remedial guidebook for students of English Book 3 ,bersama Farida J. Ibrahim, Adibah Amin, Rosemary Eravelly, Cambridge University Press, 2002.
Glimpses : cameos of Malaysian life , Ericane & Webb, c2002.
Grammar builder : a remedial guidebook for students of English; Book 4 / Farida J. Ibrahim, Adibah Amin, Rosemary Eravelly. ,Cambridge University Press, 2002.
Brainless Sang Bedal , Khadijah Hashim ; Terjemahan Adibah Amin, K Publishing, 2001.

The lucky gong / Khadijah Hashim ; Terjemahan Adibah Amin, K Publishing, 2001.
Ungrateful Sang Bedal / Khadijah Hashim ; Terjemahan oleh Adibah Amin, K Publishing, 2001.
A big feast / Khadijah Hashim, terjemahan oleh Adibah Amin,K Publishing, 2001.
The sky is going to fall / Khadijah Hashim ; terjemahan oleh Adibah Amin, K Publishing, 2001.
Jungle of hope / Keris Mas ; terjemahan oleh Adibah Amin, DBP, 2000.
Utamakan yang utama : untuk hidup, menyayangi, belajar, meninggalkan warisan / Stephen R. Covey, A. Roger Merrill, Rebecca R. Merrill ; penterjemah, Leo Ann Mean ; penyunting, Adibah Amin :Prentice Hall Malaysia, 1998.

Come to class with Adibah PMR Bahasa ,Star Publications, c1998.
Come to class with Adibah Amin : SPM Bahasa , STAR Publications , 1997.
Tujuh tabiat orang yang amat berkesan : memulihkan etika akhlak / Stephen R. Covey ; penterjemah : Leo Ann Mean ; penyunting : Adibah Amin ,Prentice Hall ; Simon & Schuter, 1996.
Tempat jatuh lagi dikenang [rakaman suara] / Adibah Amin ; bacaan Ras Adiba Radzi :DBP,1996.


Daim : the man behind the enigma / Cheong Mei Sui, Adibah Amin ,Pelanduk Publications, 1995.
Selected plays by Usman Awang / Usman Awang,DBP, 1995.
Melawat pasar malam , Longman Malaysia, 1993.
Jangan tebang pokok saya / Adibah Amin; Beatrice Abraham dan Faridah Ibrahim,Longman Malaysia, 1993.
Putera berjiwa rakyat / Adibah Amin, Beatrice Abraham dan Faridah Ibrahim,Longman Malaysia, 1993.
Asian folk tales , Adibah Amin, Farida Ibrahim, Beatrice Thiyaga Rajah,DBP,1993


Puteri Ratna yang bijak / Adibah Amin , Beatrice Abraham dan Farida Ibrahim, Longman Malaysia, 1993.
Limbang / Adibah Amin, Beatrice Abraham dan Faridah Ibrahim,Longman Malaysia, 1993.
Warisan nusa : Shell book of Malaysian heritage / Ilse Noor ; terjemahan oleh Adibah Amin,Pustaka Cipta, 1991
Sebelum terlewat / Aurelio Peccei, Daisaku Ikeda ; diterjemahkan oleh Adibah Amin,Fajar Bakti, 1988.
Perkembangan politik / Adibah Amin, Gilbert Khoo,Pelanduk Publications, 1987.
Perkembangan politik, Pelanduk Publications, 1987.
Perkembangan kemasyarakatan / Adibah Amin, Gilbert Khoo,Pelanduk Publications, 1987.

Pencampuran British / Adibah Amin dan Gilbert Khoo,Pelanduk Publications, 1987.
Peperangan Di Johor, Pelanduk Publications, 1987.
Epik-epik Sabah dan Sarawak, Pelanduk Publications , 1987.
Tokoh-tokoh menentang British:Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd., 1987.
Bahtera hitam di Melaka / Adibah Amin, Gilbert Khoo: Pelanduk Publications, 1987.
Tak kenal maka tak cinta : Bimbingan Bahasa Malaysia ,Pustaka Cipta ; 1986.
Tempat jatuh lagi dikenang ,DBP,1985


Pulang gadisku pulang : kumpulan drama radio / Adibah Amin dan Habsah Hassan :DBP, 1977.
No harvest but a thorn / Shahnon Ahmad; Terjemahan oleh Adibah Amin: Oxford University Press, 1972.
This End of the rainbow: The Phooenix Press; 200?
Malaysian tales: Ladybird Books , (19??).
Belanda menceroboh Melaka.
Sharpen up Bahasa Malaysia: Federal,
Come to class with Adibah: UPSR Bahasa : Star,


Sharpen up your Bahasa Malaysia : Federal
Tokoh-tokoh menentang British
Perkembangan ekonomi
Percampuran British.
Perkembangan ekonomi
Tokoh-tokoh menentang British
Perkembangan politik.


BEBERAPA CATATAN LAIN

Adibah Amin Tokoh Terjemahan Negara 2012


PUTRAJAYA - Bekas wartawan Khalidah Adibah Amin atau lebih dikenali sebagai Adibah Amin hari ini diumumkan penerima Anugerah Tokoh Terjemahan Negara 2012.

Adibah, 76, anak kelahiran Johor itu dipilih berdasarkan sumbangannya membangunkan psikologi pemikiran bangsa menerusi medium terjemahan.

"Saya amat terharu dan berterima kasih...semoga anugerah seperti itu dapat diteruskan untuk mengiktiraf usaha para penterjemah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau menerima wang tunai RM10,000 dan sijil penghargaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Adibah, bekas guru, pernah menterjemah buku hasil nurkilan dua Sasterawan Negara iaitu Shahnon Ahmad menerusi 'Ranjau Sepanjang Jalan' pada 1972 dan Keris Mas menerusi buku 'Rimba Harapan' pada tahun 2000.

Menyifatkan usaha menterjemah buku Ranjau Sepanjang Jalan sebagai paling sukar dilakukan, beliau lantas mendedikasikan anugerah tersebut kepada penulis buku berkenaan.

"Golongan muda perlu berani terbabit dalam bidang terjemahan untuk memastikan lebih banyak karya terjemahan berkualiti dapat dihasilkan," katanya yang kelihatan uzur, namun tetap menyimpan hasrat menghasilkan lebih banyak karya terjemahan.

Selain aktif dalam bidang penterjemahan, Adibah seorang pencinta Bahasa Melayu pernah menghasilkan novel dan buku bacaan umum antaranya buku 'Seroja Masih Di Kolam' pada tahun 1968 diikuti dengan 'Tempat Jatuh Lagi Dikenang' (1985), 'As I Was Passing 1' (2006) dan 'As I Was Passing 2' (2007). - Bernama

Sumber : sinar harian


Arshad Ayub, Adibah Amin Diumum Tokoh Melayu Terbilang
Oleh : Ropikah Ahmad

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Sambutan Ulang tahun UMNO ke-66 dimeriahkan dengan pengumuman dua orang penerima yang diangkat sebagai tokoh Melayu terbilang iaitu mewakili kategori lelaki dan wanita.

Tokoh tersebut ialah Tan Sri Ashad Ayub yang mempunyai latar belakang dalam dunia pendidikan dan perkhidmatan awam serta Khalidah Adibah Amin yang mempunyai ketokohan dalam persuratan, bahasa dan sastera.

Arshad berpengalaman luas dalam pentadbiran awam dengan kariernya bermula seawal tahun 1951 apabila bertugas di Lembaga Pembangunan Industri Desa atau RIDA sebagai Penolong Pegawai Kemajuan Kampung.

Khidmat dan jasa beliau banyak tertumpah dalam perancangan agenda pembangunan negara khususnya pada era selepas kemerdekaan Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia selain menjadi pelopor dalam pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sementara Khalidah Adibah atau lebih dikenali sebagai Adibah Amin yang merupakan anak kepada pejuang kemerdekaan Tan Sri Zainon Sulaiman atau Ibu Zain mempunyai latar belakang dalam pendidikan yang kemudiannya berkecimpung dalam dunia kewartawanan, penulisan novel, cerpen, skrip drama radio, rencana, buku akademik dan artikel pendek sehingga naskah bukunya turut diterjemah ke bahasa asing termasuk bahasa Jepun.

Sumber


Dunia Kreatif Khalidah Adibah Amin
Oleh Nazmi Yaakub di Berita Harian, 16 November 2006

BAGAIMANAKAH Khalidah Adibah Amin atau Adibah Amin mula berkarya?
Saya tidak tahu sama ada saya memang masuk dalam dunia sastera atau tidak, tetapi saya memang menulis sejak kecil. Ketika berusia 14 tahun, guru saya menangkap saya kerana menulis di dalam kelas tetapi tidak dimarahi. Sebaliknya, beliau menunjukkan hasil tulisan saya kepada rakannya Ronald Conarry yang bertugas di Radio Malaya Singapura. Cerita yang berkisar mengenai kucing itu menarik perhatian Conarry sehingga beliau meminta saya menulis cerita berkenaan dalam 13 siri. Saya bukan saja menulis cerita itu, bahkan turut melakonkan watak kucing. Saya turut menghasilkan dua novel yang dipadankan daripada novel berbahasa Inggeris, sebelum menghasilkan karya itu dalam bahasa Melayu pada 1968 dan 1983.

Mengapakah Adibah mengambil keputusan menulis novel kembali selepas menyepi dalam dunia sastera?
Mungkin kesibukan menghalang saya menulis novel. Bagaimanapun, novel This End of The Rainbow ini sebenarnya hasil tulisan saya secara sedikit demi sedikit sejak berusia 16 tahun. Cerita berkenaan saya simpan di dalam kotak, sebelum tergerak untuk membukukannya.

Apakah yang menjadi kesukaran kepada Adibah untuk menulis novel ini?
Sebenarnya, saya lupa bahagian paling sukar kerana saya sudah menulisnya sejak dulu. Bagaimanapun, bahagian yang sedikit sukar ialah hubungan antara kaum kerana saya perlu berlaku adil tetapi serentak itu, bersikap jujur. Lazimnya saya tidak dapat menulis sekiranya saya mengerah minda. Oleh itu, saya biarkan perasaan saya mengalir sendiri. Novel saya tidak semata-mata berdasarkan perspektif peribadi, sebaliknya turut membabitkan sudut pandangan rakan saya.

Apakah novel Adibah menggambarkan kehidupan peribadi?
Saya tidak tahu untuk menulis fiksyen kerana tidak pernah mencubanya. Ia mungkin bersifat biografi walaupun tidak banyak mengenai saya, sebaliknya turut membabitkan rakan sehingga saya terlebih dulu meminta izin mereka. Keizinan itu turut saya minta kepada watak kontroversi yang sekarang menetap di Kanada. Beliau bersetuju dan meminta saya menulis kisah yang benar.

Mengapakah Adibah memilih kehidupan pelajar untuk diangkat ke dalam novel?
Saya tidak memilihnya. Ia sudah berada dalam diri saya. Saya banyak belajar mengenai kehidupan dan paling menderita dalam tempoh 1953 hingga 1954, sekali gus banyak meninggalkan perubahan pada saya. Saya rasa kehidupan itu perlu untuk ditulis, selain kenangan zaman remaja datang kembali. Saya hanya menulisnya semula dalam tempoh beberapa bulan. Saya tidak mahu menghasilkan novel yang tebal kerana ia menyebabkan orang tidak berminat membacanya. Mungkin beberapa tahun lagi, saya akan mengangkat pengalaman kewartawanan sebagai latar belakang buku saya.

Apakah watak dan latar dalam novel This End of The Rainbow?
Watak utamanya kalangan remaja lelaki berbangsa Cina dan perempuan Melayu iaitu Han, Ayu, Ima serta Po Po. Novel ini mengambil latar Singapura dan turut membabitkan imbas kembali di kampung di Johor Bahru. Saya tidak menganggapnya sebagai novelet kerana istilah itu mempunyai konotasi romance. Saya akui, ada sedikit babak romance tetapi tidak sehingga cerita cinta sebenar.

Apakah novel This End of The Rainbow mempunyai persamaan dengan Seroja Masih di Kolam?
Memang jauh berbeza. Novel berbahasa Inggeris itu boleh dikatakan mirip juga kepada Tempat Jatuh Lagi Dikenang kerana menyentuh zaman kecil saya. Sungguhpun demikian, Tempat Jatuh Lagi Dikenang tidak mengangkat persoalan perkauman kerana ia lebih kepada cerita kanak-kanak.

Apakah yang Adibah harapkan daripada pembaca novel ini?
Saya mengharapkan pembaca membaca novel ini dengan fikiran terbuka kerana ia impian kita bersama dan cinta terhadap keharmonian. Bagaimanapun, novel yang sudah dipersembahkan kepada masyarakat, tidak lagi menjadi hak pengarang. Terpulanglah kepada pembaca untuk mengkritik. Saya rela menerima apa juga pandangan mereka kerana boleh menjadikannya sebagai pengajaran.

Sumber : Khabar Lewat Kawat


As I was Passing by Adibah Amin

As I was Passing I and II are books which I would recommend everyone to read. Put in an amusing anecdotes format, readers will be enthralled by the way the author, Adibah Amin has crafted her book with so much warmth, love and understanding. She used her family, friends and neighbors as subjects for her books to sum up the heart and soul of Malaysian lifestyle and idiosyncrasies. As I Was Passing I and II are compilations of Adibah’s column of the same name published in The New Straits Times in the 1970s and 1980s under her pen name, Sri Delima. Relevant today as it was then, Adibah prose and writings makes an interesting read. She analyzed the Malaysian culture with a humorous angle, always adding a light twist to her musings. The reader will thus realize that she is affectionately appreciative of the events and experiences that shape Malaysian life.

With such books, there is usually a moral behind the stories and here, we can find that characteristic. The reader may not quite realize it until they came to the end of the story. At this point, most will laugh heartily over it. She crafted the stories to encompass the emotions and beliefs of her subject never in a heavy-handed manner but always in a light touch, not to offend the reader.

We can look at ourselves and laugh at all of our Malaysia idiosyncrasies. In fact, laughter and at times, tears are never far away when I read the many stories presented in these books.

One of the stories that really touched me in this book is ‘Memories and songs in the night’ where she described the magic of Christmas and how Malaysians of all races celebrate this festival in their own way. She looked back at the memories of Christmas that she had when she was young, singing Christmas songs with an Eurasian family next door on Christmas night. This reminds me of how Malaysian of all races share the joy of any festival. Malaysia with it wide myriad of cultures brings us all together in peace and harmony.

Another story which reminds me of my dad and his loves for birds is ‘The day Pak Mat Merbuk met Ujang the Untameable’. My father used to tell me stories about his children days when he reared birds after trapping them. In this story, Pat Mat Merbuk, a person who trained birds, heard the sweet whistling of Ujang, a wild merbuk and caught him to be reared to become a champion singer. How he doted on the bird! He gave Ujang a special powder to make its singing more spectacular. He refused to sell the bird to anyone for any amount of money. However Pat Mat Merbuk started to realized that nothing could beat the singing of Ujang when he was free in the wilds. Finally, he set Ujang free. When asked what made him do what he did, Pat Mat Merbuk smiled and quoted this old pantun:

Indah bunga bakawali,
Diusik dipetik jangan;
Hati loba merangkuli,
Hati kasih melepaskan.

(Beautiful is the bakawali flower,
Do not touch, do not pluck;
The covetous heart clutches,
The loving heart lets go.)

Below are my favorites stories in the book:
Malaysian Time
Tourist Notions
Getting up for sahur
The mystery of Thaipusam
Dear Monster revisited
Memories and songs in the night
The day Pak Mat Merbuk met Ujang the Untameable
Marital fighting, Malaysian Style

This interesting and funny read is available at Tan Sri Loy Hean Heong Library, Main Campus. The call number is 959.5 ADI.

About the Author
Adibah Amin, born in 1936 is an academician, a linguist and a writer in both Bahasa Melayu and English. She also has acted in a few Malay films in the 80s. She has written three Malay novels, Bangsawan Tulen, Seroja Masih di Kolam and Tempat Jatuh Lagi Dikenang. Seroja Masih di Kolam was translated to Japanese in 1986 with the title Suroyja No Hana Wa Mada Ike Ni. She also has written nearly 200 radio dramas, numerous short stories and an English novel, The End of the Rainbow.

Reviewed by Librarian, Belinda Sta Maria, Tan Sri Loy Hean Heong Library, Main Campus.

Sumber : Blog  Of Taylor's Library


Adibah Amin still a 'cikgu' to students
Sat, Jul 24, 2010
The Star/Asia News Network

PETALING JAYA, MALAYSIA: She may have left the classroom years ago, but the "cikgu" in Adibah Amin continues to reach out to students all over the country through her books on Bahasa Malaysia for public examinations.

Her commitment to those she taught was such that she would fret over the students who were less proficient and give them extra classes to ensure they did sufficiently well in their exams.

And now, this 74-year-old novelist and award winning journalist plans to take on a new "project".

When asked what subject would she write about once she regains the full strength of her right hand - she suffered from a stroke three years ago - she said: "Racism, because it is still (out) there."

"It's very bad," added the soft-spoken Adibah in an interview at her sister's home here shortly after she was given a cheque for RM50,000 (S$21,380) from the Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers (Bakti) on Tuesday for her medical treatment.

Adibah, whose real name is Khalidah Adibah Amin, used to teach at secondary schools and language institutions.

"I was a teacher when I met a journalist and thought I could try my hand in journalism.

"My mentor was A. Samad Ismail, who gave me the greatest advice that I still hold on to this day and that is to treat children like adults," she said.

On her recovery from stroke, Adibah said she derived strength from her faith to overcome her condition and the support of her sister, Fadzilah, 71.

And she continues to indulge in one of her favourite activities - tackling crossword puzzles - as well as keep in touch with friends.

"Some friends do call to chat or find out how I'm keeping; some would come over for a visit," said Adibah, who is recovering well and is able to walk slowly.

It may be a while before the talented actress and "pretty good singer" (quipped Fadzilah) is able to dance to the tunes of her favourite singers Eartha Kitt and Frank Sinatra, but anyone who knows Adibah knows that she will not sit still for long.-The Star/ANN

Sumber



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena