Sayembara Penulisan Kreatif KPM


 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435 H. Ia terbuka kepada pegawai, guru dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah dan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh tutup sayembara ini ialah pada 30 September 2013.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Urusetia Sayembara, Ustaz Ruzain Syukur b Mansor, Penolong Pengarah Sektor Dakwah dan Kepimpinan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia:

Nombor telefon : 03-83217288

SYARAT PERTANDINGAN SAYEMBARA PENULISAN KREATIF
(CERPEN BERUNSUR ISLAM)
PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1435 H

A. PENDAHULUAN
Syarat pertandingan ini digubal bagi memberikan panduan kepada para peserta Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 1435 H. Ia dianjurkan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema sayembara pada kali ini adalah Cerpen Berunsur Islam. Tema sayembara akan berubah setiap tahun. Sila baca syarat pertandingan dengan teliti.

DEFINISI CERPEN BERUNSUR ISLAM
Karya sastera berunsur Islam ditakrifkan sebagai:

1.1 Karya yang menampilkan segala keperihalan ideal dan realiti manusia yang menggalakkan kesedaran tentang fungsinya sebagai hamba dan khalifah Allah.

1.2 Unsur-unsur penceritaan atau plot hendaklah menampilkan aspek simplisiti dan kompleksiti serta menerima unsur-unsur kebetulan dan ketentuan Allah selaras dengan pandangan dunia Islam.

1.3 Karya yang menonjolkan nilai-nilai murni, mulia dan aspek-aspek makruf. Sebaik-baiknya, eleman keburukan, kehinaan dan aspek mungkar tidak diberi penonjolan yang keterlaluan, malah wajar dibanteras dan dielakkan.

1.4 Karya hendaklah mempertahankan unsur estetika seni dan kebenaran.

1.5 Karya yang dihantar mestilah mengangkat nilai-nilai kesucian Islam, memaparkan konsep hubungan manusia dengan Allah serta pelbagai persoalan yang dapat membawa khalayak memahami dan menghayati unsur keislaman dengan lebih baik.

1.6 Karya hendaklah disampaikan dalam gaya bahasa yang hidup dan bernas, baik yang tersurat mahupun yang tersirat.



B. SYARAT PERTANDINGAN
1.0 Syarat Am Pertandingan
1.1 Pertandingan ini terbuka kepada pegawai, guru dan kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.2 Karya hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
1.3 Karya hendaklah sesuai untuk bacaan umum.
1.4 Karya yang dihasilkan mestilah karya ASLI penulis. Sebarang karya plagiat, terjemahan, atau karya yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan cetak atau digital terbatal secara AUTOMATIK.
1.5 Karya tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan negatif mana-mana pihak.
1.6 Setiap peserta boleh menghantar sekurang-kurangnya sebuah cerpen tetapi tidak lebih daripada tiga.
1.7 Sekiranya selepas keputusan diumumkan, urusetia mendapati peserta melanggar syarat pada 1.4 , urusetia berhak menarik kembali hadiah pertandingan.
1.8 Karya yang dihantar hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar.
1.9 Para peserta perlu mengisi borang penyertaan dan pengakuan keaslian karya yang dilampirkan. Ia perlu dihantar bersama dengan karya.
1.10 Keputusan panel juri adalah muktamad.

2.0 Syarat Khas Pertandingan
2.1 Setiap cerpen mestilah menerapkan elemen yang mengandungi hubungkait dengan ilmu-ilmu Islam.
2.2 Sekiranya karya tersebut mengandungi perbincangan ilmu-ilmu Islam, karya itu perlu bersandarkan kepada rujukan muktabar berdasarkan pegangan ahli sunnah wal jama’ah.
2.3 Panjang cerpen adalah di antara 1500-2000 patah perkataan, bertaip bersih pada sebelah muka surat A4 dengan jarak langkau dua baris dan menggunakan saiz 12 jenis Arial.
2.4 Sila catatkan bilangan patah perkataan pada akhir karya.

C. INSENTIF
1.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang:
1.1.1 Hadiah utama:
Tempat Pertama : RM 1500.00
Tempat Kedua : RM 1000.00
Tempat ketiga : RM 750.00

1.1.2 Penghargaan : 10 tempat (RM 250.00)
Hadiah iringan: sijil penyertaan dan buku.
1.2 Setiap penyertaan akan mendapat sijil.
1.3 Hadiah akan disampaikan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435 H Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

D. PENGHANTARAN KARYA

1.0 Karya perlu dihantar dalam dua bentuk:
1.1 .1 Salinan keras (hard copy) diposkan kepada :

Urus setia Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam)
Peringkat Kebangsaan,
Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435 H ,
Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
No. 2251, Aras 2, Bangunan Mustafa Kamal,
Jalan Usahawan 1,
63000, Cyberjaya Selangor Darul Ehsan.
No telefon : 03-83217288 dan faksimili : 03-83217337
(U.P. Ustaz Ruzain Syukur b Mansor, Penolong Pengarah Unit Kepimpinan)

*Urus setia tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan karya yang dikirim melalui pos.

1.1.2 Salinan lembut (Soft copy), juga mestilah di-e-mel ke : sayembaracerpenislamkpm@gmail.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Comments

Post a Comment