Pulang



PULANG
(Adi Badiozaman Tuah)


MAKSUD
Rangkap 1
Pertemuan antara dua orang dan telah menjalin persahabatan sebagai anak watan. Mereka juga berkongsi kesukaan dan kegembiraan bersama.

Rangkap 2
Walaupun sudah semusim mengembara penyajak masih ingat sahabat yang pernah ditemui dan dikenali. Penyajak juga menyeru sahabatnya agar turut mengembara mencari pengalaman dan tabah menghadapi cabaran hidup.

Rangkap 3
Penyajak semakin mengerti kepulangannya ke kampung dinanti-nantikan oleh keluarga dan masyarakat setempat.

Rangkap 4
Penyajak akan pulang membawa hadiah dan kejayaan untuk adiknya yang begitu setia menantikan kepulangannya.

MAKSUD KESELURUHAN
Senario keluarga atau masyarakat setempat yang menanti kepulangan anak atau warga kampung yang keluar mengembara untuk menimba pengalaman dan kejayaan. Si penyajak juga rindu untuk pulang ke kampung menemui keluarga dan sahabat lama yang pernah berkongsi suka dan tawa bersama.


TEMA
Kehidupan sebagai seorang perantau dan hubungannya dengan kampung halaman
Contohnya:
segulung kertas bertinta emas
buat dirimu di lamun rindu

PERSOALAN
Persoalan kepentingan pelajaran.
Contohnya: segulung kertas bertinta emas

Persoalan semangat kekitaan dan persahabatan.
Contohnya: kita jalin persabahatan

Persoalan ketabahan menimba ilmu.
Contohnya: terbanglah bersama beburung di gunung

Persoalan kasih sayang keluarga dan masyarakat.
Contohnya: pulang anak kembara pulang

NADA
Romantik
kegembiraan kerana pertemuan ahli keluarga dan sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Contoh:
seakan matamu berkata
rerambut hitammu berbisik

BENTUK
Puisi ini mempunyai empat rangkap.

Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Contohnya:
Rangkap 1 – 6 baris
Rangkap 2 – 9 baris

Jumlah perkataan dalam baris tidak sama
Terdapat antara 1 hingga 6 patah perkataan.

Jumlah suku kata dalam baris tidak sama
Terdapat antara 2 hingga 15 suku kta sebaris.

Rima akhir setiap baris tidak sama – bebas. Contohnya:
Rangkap 1 – abbcde
Rangkap 2 – abcdefgch

Keseluruhannya sajak ini berbentuk bebas.


GAYA BAHASA
Pemilihan diksi yang tepat.
Contohnya: bertinta emas

Asonansi – pengulangan vokal ‘a’
Contoh: setia anak watan

Aliterasi – pengulangan vokal ‘m’
Contohnya: menguntum senyum

Sinkof
contohnya: ‘tak’

Personifikasi
Contohnya: padi menguning melambai pulang

Anafora – pengulangan perkataan di awal baris
Contohnya: pulang anak kembara pulang
pulang pulang anak kembara pulang

Epifora – pengulangan perkataan di akhir baris
Contohnya: pulang anak kembara pulang
pulang pulang anak kembara pulang

Kata ganda
Contohnya: beburung, rerambut

Asonansi
Contohnya: kita jalin persahabatan pengulangan vokal ‘a’

Aliterasi – pengulangan konsonan ‘m’
Contohnya: menguntum senyum

Anafora
contohnya:
pulang anak kembara pulang
pulang pulang anak kembara pulang

Epifora
contohnya:
pulang anak kembara pulang
pulang pulang anak kembara pulang

NADA
Romantik
kegembiraan kerana pertemuan ahli keluarga dan sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Contoh:
seakan matamu berkata
rerambut hitammu berbisik


PERASAAN PENYAJAK
Rindu
contohnya:
Air kali berkocak rindu

Cinta / sayang
contohnya:
Penyajak sayangkan kampung halaman dan keluarganya

Sayu
contohnya:
Seruling senja sayu berlagu

Sedih – contohnya:
Penyajak terpaksa berjauhan dengan keluarga dan kampung halamannya


NILAI
Kasih sayang
contohnya kasih sayang penyajak kepada keluarga dan sahabatnya.

Kepentingan pelajaran
contohnya: segulung kertas bertinta emas. (R4 B4)

Kecekalan / ketabahan
contohnya: terbanglah bersama beburung di gunung.

Kerajinan
contohnya: penyajak rajin menimba ilmu pengetahuan untuk diri dan keluarga.

PENGAJARAN
Kita hendaklah tabah dan cekal menimba ilmu pengetahuan.
Contohnya:
terbanglah bersama beburung di gunung.

Kita haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup.
Contohnya, penyajak rajin berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan.

Kita hendaklah sentiasa menjalin persahabatan yang ikhlas.
Contohnya: kita jalin persahabatan.

Kita hendaklah saling menyayangi contohnya, penyajak menyayangi keluarga dan sahabatnya.

Kita janganlah lupakan kampung halaman.
Contohnya:
kini aku mengerti
padi menguning melambai pulang

Comments