20 Jul 2013

Pengurusan Produksi Kreatif


Pengurusan Produksi Kreatif

Sebuah proses perancangan pengaturan kerja, penyelarasan dan pengawalan guna tenaga untuk mencapai sasaran mahupun tujuan yang efektif dan efisyen. Pengendalian kerja-kerja dikendalikan oleh seorang yang bernama Pengurus.

Pengurus adalah individu yang bekerja dengan orang lain bagi menyelaraskan kerja-kerja berkaitan bagi mencapai sasaran produksi. Di dalam produksi, individu ini juga dikenali sama ada Penerbit Eksekutif, Pengurus Produksi, Pengarah Produksi atau Pengurus Pentas.

Pengurusan produksi merujuk kepada produksi dan organisasi yang berorientasikan seni persembahanyang berbentuk kumpulan teater, kumpulan tarian,kumpulan muzik dan segala yang berhubungkaitdengannya yang bertujuan untuk persembahanberbentuk komersial ataupun bukan berbentukkomersial.

Sistem Pengurusan Produksi
Fokus pada satu aktiviti kesenian.- hanya menumpukan kepada satu bentuk aktiviti kesenian sahaja.- kumpulan yang tidak berorientasikan komersial.

Mempunyai pelbagai aktiviti kesenian.- mempunyai pelbagai aktiviti seni yang lain.- mempunyai sistem pentadbiran yang lengkap dari segi kumpulan kerja kreatif dan juga pengurusan- kumpulan yang tidak berorientasikan komersial.

Fokus pada satu aktiviti dengan sistem pentadbiranyang lengkap.- hanya menumpukan satu aktiviti kesenian sahaja.- melibatkan fungsi pengurusan seperti produksi, pemasaran,kewangan dan guna tenaga manusia.(kumpulan ini adalah berbentuk komersial)

Fokus kepada pelbagai aktiviti dengan sistem pentadbiran yang lengkap. Ia mempunyai pelbagai aktiviti kesenian. Organisasi mempunyai pengarah kreatif yang tetap seperti tatarias, busana, pereka tata cahaya dan sebagainya.(kumpulan ini adalah berbentuk komersial)


Elemen Pengurusan Produksi

Pra-Produksi
Penubuhan jawatankuasa pengurusan produksi,pentadbiran & produksi kerja kreatif.

Penyediaan kertas kerja / kertas cadangan

Pelaksanaan mesyuarat produksi.

Perancangan belanjawan dan kewangan produksi.

Perancangan jadual latihan produksi.

Pemilihan lokasi, masa, tarikh.

Pemilihan aktiviti kesenian & pengisian program.

Pengendalian sidang media

Perancangan pemasaran, publisiti, pengiklanan, penajaan

Penyediaan press kit, kad jemputan, hebahan media,flyers, banner, bunting, poster, door gift, buku program, aturcara program, teks ucapan, pengacara majlis, tiket

Produksi
Acara mahupun program yang dianjurkan sedang berlangsung.

Semua tenaga kerja manusia harus memastikan semua perancangan berjalan denganlancar mengikut apa yang telah dirancangkan diperingkat Pra-Produksi

Post-Produksi / Pasca-Produksi
Memperlihatkan kejayaan dan keberkesanan serta kelancaran perlaksanaan sesebuah program

Acara yang telah dilakukan mengikut perancangan produksi.

Mengemaskini laporan produksi untuk post-mortem, pengstoran barang, dan kebersihan tempat.

Perancangan Produksi diringkaskan sebagaimana jadual di bawah

PerkaraCaraRundinganTujuan
SkripHubungi penulis/ penerbitBayaran royalti/ sagu hatiPenulis atau penerbit memberi kebenaran
Barisan pelakonPilih pelakon
Pelakon Utama Lelaki
Pelakon Utama Wanita
Pelakon 1
Pelakon 2
Pelakon 3
Pelakon 4
Pelakon 5
Pelakon Pembantu 1
Pelakon Pembantu 2
Pelakon Pembantu 3
Fahami dan hayati dialogKenal watak masing-masing
Melancarkan dialog
Hilang gugup/ segan/ gementar
Tenaga ProduksiPengarah
Penolong Pengarah
Pengurus Produksi
Pengarah Seni
Koreografer
Pengurus Pentas
Pengurus Latihan
Pengurus Props
Pengurus Artis
Penolong Pengurus Produksi
Publisiti
Sambutan
Penata Cahaya
Seting
Penata Rias
Rekabentuk Penerbitan
Kostum
Kebajikan
Penata Cahaya
Pembantu Tekni
Pembantu Kebajikan
Pembantu Penerbitan
Jurugambar
Menentukan peranan
Ada jadual kerja masing-masing
Persembahan drama bermutu
Bila dan di mana mahu dipenyaskanTempahan tempat persembahan
Pastikan tidak ada persembahan lain pada tarikh yuang ditetapkan
Menetapkan tarikh rehersal
Menetapkan tarikh persembahan
Jdual latihan
Jadual waktu persembahan hari pertama dan hari berikutnya
Menyiapkan pentas
Mudahkan urus pelepasan tugas
Kebenaran ibubaoa/ penjaga pelajar
Makluman kepada ibubapa/ penjaga
Mudah untuk pengiklanan
Pentas dapat disempurnakan pada tarikh ditetapkan
Apa tujuan drama dipentaskan?Pertandingan drama
Projek seni
Persembahan kokurikulum
Persembahan kebudayaan sekolah
Tubuhkan jawatankuasaMenguatkan motivasi/ keyakinan diri pelajar
Melatih pelajar berfikir/ membuat keputusan dalam kumpulan
Di mana tempat latihan?Dewan sekolah
Bilik darjah
Ruang terbuka/ kawasan lapang
Makluman kepada Pengetua/ guruDapatkan tempat yang sesuai dan selesa untuk latihan
Pastikan kegiatan dilakukan di tempat dan kemudahan yang ada
Siapakah penontonnya?Tentukan masa, tarikh dan
hari pementasan/ persembahan
Menggunakan ruang iklan di papan notis
Membuat sepanduk/ poster/ kain rentang
Menggunakan facebook/ twitter/ g plus
Menaikkan semangat pelajar
Biasakan diri berhadapan khalayak
Reka bentuk pentasJenis drama :
Purba
Moden
Aneka warna
Peralatan yang boleh dibawa oleh pelajar
Peralatan yang boleh dipinjam
Peralatan boleh disewa
Peralatan yang sedia ada di sekolah
Melihat kreativiti pelajar dalam mereka bentuk pentas
Membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar
Kerjasama/ perpaduan dipupuk
Pakaian/ PeralatanSuaikan dengan kehendak skrip/ pengarahBawa dari rumah
Gunakan peralatan/ pakaian yang sedia ada
Pinjam
Sewa
Melahirkan kreativiti pelajar
Mengenal diri/ watak melalui penggunaan kostum
Kewangan
Penaja
Kutipan wang : jualan kerja tangan
Jualan hari kantin
Kutipan derma
Kewangan sekolah
Sediakan kertas kerjaSetiap aktiviti perlukan kewangan
Membuat penilaian kos pementasan/ persembahan dari aspek penggunaan spot light, setting, kostum
Memahami kepentingan kos dalam sebuah produksi
Iklan
Risalah
Surat Siaran
Kad Undangan
Tubuhkan jawatankuasaKumpulan pelajar terlibat
Ahli kelas/ tingkatan
Ahli persatuan/ kelab akademik
Ahli persatuan/ kelab sukan/ badan beruniform
Bekas Pelajar/ Alumni
PIBG
Mencari khayalak audien
Promosi
Hebahan yang kerap/ berkesan melalui pelbagai media


Produksi Teater

Dalam membuat sesuatu produksi, kerjasama semua ahli produksi merupakan sesuatu yang sangat penting bagi menghasilkan satu pementasan yang membuatkan penonton tehibur yang seterusnya membuatkan mereka meminati teater. Tanpa kerjasama dari semua pihak biar dari bahagian pengurusan luar mahupun pengurusan kreatif. Tanpa kerja sama teater itu tidak akan berjaya.

Pengarah
Dalam pengurusan produksi teater, orang yang paling penting sekali ialah pengarah. Antara peranan pengarah ialah mengetuai dan mengendalikan sesuatu produksi. Beliau merupakan orang penting dalam pengurusan produksi, ini kerana perjalanan produksi adalah mengikut visi dan misinya. Antara tugas pentingnya ialah
1. Orang yang bertanggung jawab memilih naskh yang bakal dipentaskan.
2. Mewakili penulis dalam menyampaikan isi kandungan naskha.
3. Memilih pelakon.
4. Mengarah lakon dan produksi.
5. Memastikan produksi berjalan lancar

Pengurus Pentas
Orang kedua yang sangat penting dalam pengurusan teater ialah pengurus pentas/stage manager (sm). Pengurus pentas memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan perjalan pentas berjalan dengan pentas. Dalam menjadi seorang pengurus pentas, seseorang itu mestilah mempunyai keupayaan yang tinggi dalam pengurusan pentas. Antara peranan pengurus pentas ialah;
1. Memantau perjalanan proses latihan pelakon
2. Menyediakan jadual latihan
3. Menyediakan buku prompt yang mengandungi segala data berkaitan dengan persiapan produksi
4. Memastikan setiap pelakon ada sebelum persembahan bermula
5. Memastikan semua prop harus ada sebelum persembahan
6. Menyediakan skrip teknikal

Pengurus Produksi
Manakala orang ketiga dalam pengurusan produksi ini ialah pengurus produksi. Pengurus produksi hanya terlibat dalam bidang pengurusan luar dan tidak terlibat dalam pengurusan kreatif. Antara tugasnya ialah;
1. Mewujudkan produksi
2. Memilih sutradara
3. Menjaga kepentingan skrip dan hak penulis
4. Menyelaraskan kewangan untuk setiap bahagian porduksi
5. Menyediakan surat
6. Memantau pengendalian promosi, publisiti dan penjualan tiket

Pereka Set
Pereka set juga merupakan orang yang penting dalam menjayakan sesuatu produksi. Set yang bagus akan menjadikan persembahan itu menarik dan juga membantu pelakon dalam menghidupkan watak. Antara tugasnya ialah;
1. Memindahkan lakaran perspektif kepada lukisan mekanikal untuk menerangkan idea set
2. Menyediakan lakaran ground plan
3. Menghasilkan model set dan pentas
4. Memantau kerja petugas teknikal


Penata Cahaya
Orang yang mengendalikan bahagian pencahayaan juga merupakan orang yang sangat penting dalam menjayakan teater. Pencahayaan membantu dalam mewujudkan suasana dan juga menghidupkan emosi pelakon. Antara tugas penata cahaya ialah;
1. Mengenal pasti dan memahami terlebih dahulu jenis pentas yang akan diberi pencahayaan
2. Menyediakan pencahayaan mengikut idea dan pemikiran pengarah
3. Memastikan semua lampu berfungsi
4. Menyediakan gel lampu yang sesuai dengan mod pelakon

Penata bunyi
Penata bunyi berfungsi sebagai;
1. Menyediakan bunyi yang sesuai bagi menghidupkan emosi pelakon
2. Memastikan semua bentuk bunyi ada biar rakaman mahupun yang secara life

Tatarias
1. Melakar idea-idea rias bagi sebuah persembahan
2. Mencipta perwatakan, menghasilkan ekspersi pada wajah, warna dan bentuk serta stailisi dalam persembahan

Pereka kostum
1. Mereka, menyiapkan dan menyediakan kostum pelakon
2. Memastikan kostum bersesuaian dengan persembahan

Prop
1. Menyediakan prop kepada pelakon
2. Memastikan semua prop mesti ada semasa sebelum persembahan
3. Menyediakan jadual penggunaan prop.

Semua bahagian ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan persembahan berjalan dengan lancar dan berjaya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena