Dasar Industri Kreatif Negara

 DASAR INDUSTRI KREATIF NEGARA


Perkembangan semasa ekonomi global menunjukkan industri kreatif adalah salah satu sumber penting pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya di negara-negara maju. Contohnya, industri ini telah menyumbang sebanyak USD$3 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat. Dalam perspektif ekonomi dan sosiobudaya Malaysia, industri kreatif telah memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2008 dan berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi serta memartabatkan budaya bangsa. Justeru, amat penting industri ini dibangunkan secara bersepadu dan terancang melalui satu dasar dan hala tuju yang komprehensif.

Menyedari hakikat kepentingan industri ini, Kementerian telah mengadakan Persidangan Industri Kreatif pada 17 Mac 2009. Antara perkara yang menyentuh industri ini adalah ketiadaan penyelarasan dan dasar yang jelas tentang pembangunan industri kreatif di negara ini. Oleh yang demikian, satu dasar industri kreatif perlu diwujudkan bagi menjelaskan hala tuju dan pembangunan industri kreatif negara.

Bagi tujuan ini, Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) digubal sebagai dasar induk untuk menetapkan prinsip-prinsip asas pembangunan industri kreatif. Dasar ini akan menjurus dan memacu segala kegiatan kreatif secara lebih produktif dan ekonomik melalui sinergi sektor awam dan swasta.

Bajet 2010

Komitmen daripada kepimpinan tertinggi negara ini terkandung dalam pembentangan Bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri:
“Dalam memacu negara ke kemuncak kemajuan, kreativiti dan daya pemikiran di luar kotak perlu dicambah dan dirangsangkan. Lantaran itu, industri kreatif wajar dimajukan lagi untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri ini meliputi seni persembahan dan muzik, reka bentuk, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan. Bagi menyelaras perkembangan pelbagai segmen dalam industri ini, Kerajaan akan:
1 Menggubal Dasar Industri Kreatif yang komprehensif sebagai asas pembangunan industri kreatif negara;
2 Menyediakan Dana Industri Kreatif berjumlah 200 juta ringgit bagi membiayai aktiviti seperti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan. Dana berbentuk pinjaman dengan kadar faedah rendah akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional. Yang mustahaknya, urusan mendapatkan pinjaman ini akan dipermudahkan supaya boleh dimanfaatkan oleh industri; dan
3 Kepada para penggiat seni, mereka tidak sekali-kali diabaikan. Kerajaan akan menubuhkan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian. Dengan ini, sejumlah 3 juta ringgit akan diperuntukkan sebagai geran pelancaran.”
DIKN berupaya membuka lebih banyak peluang kepada pelbagai kumpulan karyawan sedia ada, generasi akan datang dan industri-industri sampingan untuk mencetus lebih banyak idea, kreativiti dan inovasi yang boleh dikomersilkan. Ini selaras dengan semangat dan cita-cita Gagasan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ ke arah pencapaian Wawasan 2020.


Beberapa mesyuarat disusuli dengan siri bengkel telah diadakan bagi membincang pembentukan dasar ini. Beberapa dokumen telah dijadikan sumber rujukan bagi membentuk dasar ini, antaranya adalah:
(i) Dasar Perfileman Negara;
(ii) Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Muzik Negara;
(iii) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan 2006- 2010;
(iv) Draf Dasar Strategi dan Program Pembangunan Kandungan Negara;
(v) Draf Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Kreatif Seni Budaya dan Warisan (Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan); dan
(vi) Memorandum Daripada Persatuan Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) mengenai Pembangunan Industri Perfileman dan Kandungan Negara.

Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan Dasar Industri Kreatif



PENGERUSI
Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

AHLI
Penasihat Komunikasi kepada YAB Perdana Menteri
Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan)
Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan)
Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi)
Pengerusi Semua Jawatankuasa Kerja DIKN
Pengarah NKEA-CCI, PEMANDU
Ketua Pengarah UPE,JPM
KSU MOSTI atau wakil
Ketua Pengarah RTM
Reaktor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
SUB Dasar dan Perancangan Strategik (Kebudayaan)
SUB Dasar dan Perancangan Strategik (Penerangan)
Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) RTM
Ketua Pegawai Eksekutif, MyCreative Ventures Sdn. Bhd.

URUS SETIA
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik (Kebudayaan), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK)

TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA (TOR)
1. Menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar, strategi dan pelan tindakan bagi menyokong pertumbuhan industri kreatif sebagai antara penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan sasaran bagi tempoh 2 tahun (2012-2013) sebanyak 0.5%.
2. Menyelaras dan memudahcara pelaksanaan strategi dan pelan tindakan industri kreatif dan menjadi penghubung antara sektor awam dan swasta.
3. Mengenal pasti masalah dan halangan bagi melaksanakan strategi dan pelan tindakan industri kreatif serta mencadangkan langkah-langkah yang bersesuaian untuk mengatasinya.
4. Mengenal pasti keperluan di dalam Industri Kreatif dari segi Penyelidikan dan Pembangunan serta penyediaan prasarana yang canggih dan dapat digunakan secara optimum.
5. Menyelaras laporan yang dikemukakan oleh setiap jawatankuasa kerja.



JAWATANKUASA KERJA DIKN

JAWATANKUASA KERJA DIKNAHLI JAWATANKUASA KERJA DIKN
Seni Visual dan KrafPengerusi: Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Setiausaha: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Ahli:
1) Balai Seni Visual Negara
2) Cliff Sdn. Bhd.
3) Great Esthetics Sdn. Bhd.
4) Ikarrtini Sdn. Bhd.
5) Persatuan Penggiat Seni Ukir
6) Persatuan Pembatik Pantai Timur
7) Karyaneka Sdn. Bhd.
Seni PersembahanPengerusi: Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Setiausaha: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Ahli:
1) Istana Budaya
2) Fenomena Seni
3) The Actor’s Studio
4) Kakiseni
5) Enfinity Vision
6) My Performing Arts Agency (MyPAA)
7) Capri Communications Sdn Bhd
Penerbitan Filem dan TVPengerusi: Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)
Setiausaha: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Ahli:
1) Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM)
2) Persatuan Penerbit TV Malaysia
3) MDeC
4) Pinewood Iskandar Malaysia Studios
5) Primeworks Studios Sdn Bhd
6) Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
7) Tayangan Unggul Sdn Bhd
MuzikPengerusi: Presiden Recording Industry Association of Malaysia (RIM)
Setiausaha: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)
Ahli:
1) Telekom Malaysia
2) Maxis Berhad
3) ASTRO Entertainment Sdn Bhd
4) Persatuan Karyawan Malaysia
5) Dream Corus Sdn. Bhd.
6) Recording Industry Association of Malaysia (RIM)
7) Music Author’s Copyright Protection Berhad (MACP)
Kandungan Digital dan MultimediaPengerusi: Naib Presiden Multimedia Development Corporation (MDeC)
Setiausaha: Multimedia Development Corporation (MDeC)
Ahli:
1) Malaysian Mobile Content Provider (MMCP)
2) Persatuan Pos-Produksi dan Animasi Malaysia (POSTAM)
3) Persatuan Animasi Malaysia (ANIMASI)
4) Addeen Multimedia Sdn Bhd
5) Universiti Multimedia Malaysia
Pemasaran, Jualan dan PengedaranPengerusi: Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Setiausaha: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Ahli:
1) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
2) Media Prima Berhad
3) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
4) Bahagian Muzik, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)
5) Pinewood Iskandar Malaysia Studios
6) Multimedia Development Corporation (MDeC)
7) Global Creative and Media Agency (GCMA)
8) Galeri Seni Petronas
9) Vision Plus Entertainment
10) Spencer Azizul Advertising
Pembangunan Modal InsanPengerusi: Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPKK
Pengerusi Ganti: Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) KPKK
Setiausaha: Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (Kebudayaan) KPKK
Ahli:
1) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
2) Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (Penerangan) KPKK
3) Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik),Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)
4) Creative Content Industry Guild (CCIG)
5) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
6) Pembangunan Sumber Manusia Berhad
7) Pinewood Iskandar Malaysia Studios
8) Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
9) Institut Kraf Negara
10) Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
Harta IntelekPengerusi: Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek (MyIPO)
Setiausaha: Perbadanan Harta Intelek (MyIPO)
Ahli:
1) Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)
2) Media Prima Berhad
3) Creative Content Industry Guild (CCIG)
4) Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM)
5) Balai Seni Visual Negara
6) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
7) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
8) Multimedia Development Corporation (MDeC)
KewanganPengerusi: Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia
Setiausaha: Kementerian Kewangan Malaysia
Ahli:
1) My Creative Ventures Sdn. Bhd.
2) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
3) Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (Kebudayaan) KPKK

PROJEK-PROJEK PEMANGKIN JANGKA PENDEK DIKN 2012-2013


Pembangunan sektor industri kreatif negara terus dirangsang dengan pengumuman beberapa lagi projek pemangkin jangka pendek yang direncanakan pihak industri bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Tujuh sektor industri kreatif negara akan diberi rangsangan tambahan dengan pengumuman projek jangka pendek itu susulan Mesyuarat Program Transformasi Ekonomi Kumpulan Peneraju Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi (NKEA CCI), baru-baru ini, yang dipengerusi Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Tujuh sektor berkenaan ialah seni visual dan kraf, penerbitan filem dan televisyen, seni persembahan, pembangunan modal insan, muzik, kandungan digital dan multimedia serta pemasaran, jualan dan pengedaran.


JAWATANKUASA TINDAKAN PELAKSANAAN DASAR INDUSTRI KREATIF NEGARA

Pelaksanaan Dasar Industri Kreatif Negara(DIKN) melibatkan satu Pelan Tindakan yang menyeluruh yang diterajui oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) dan dilaksanakan secara bersepadu oleh beberapa Kementerian, agensi Kerajaan, badan bukan Kerajaan (NGO) dan sektor swasta. Antara Pelan Tindakan DIKN adalah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan DIKN.

Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan DIKN telah ditubuhkan di bawah Kementerian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPKK dan dianggotai oleh pelbagai agensi pusat dan syarikat swasta serta penggiat yang terlibat dengan Industri Kreatif di Malaysia. Peranan utama Jawatankuasa ini bagi menyelaras pelaksanaan Dasar Industri Kreatif Negara di antara KPKK dan semua pihak terlibat termasuk penggiat industri bagi membangunkan industri kreatif negara.

Sebanyak sembilan (9) jawatankuasa kerja bagi bidang Industri Kreatif telah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan DIKN yang turut dianggotai oleh syarikat dan penggiat industri bagi memastikan dan memacu Industri Kreatif mencapai sasaran Kerajaan iaitu dalam tempoh dua (2) tahun bermula 2012 hingga 2013, Industri Kreatif menyumbangkan hasil sebanyak 0.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Setiap jawatankuasa kerja yang ditubuhkan perlu menyedia dan memperhalus terma rujukan (Term of Reference) serta merancang dan menyediakan Pelan Pelaksanaan setiap program/aktiviti bidang masing-masing secara komprehensif. Penyediaan Pelan Pelaksanaan ini perlu disediakan bagi mengetahui halatuju dan sasaran bagi tempoh dua (2) tahun (2012-2013).

Jawatankuasa kerja tersebut adalah seperti berikut:
1) Jawatankuasa Kerja Pembangunan Modal Insan
2) Jawatankuasa Kerja Kandungan Digital & Multimedia
3) Jawatankuasa Kerja Penerbitan Filem dan TV
4) Jawatankuasa Kerja Muzik
5) Jawatankuasa Kerja Seni Persembahan
6) Jawatankuasa Kerja Seni Visual dan Kraf
7) Jawatankuasa Kerja Pemasaran, Jualan dan Pengedaran
8) Jawatankuasa Kerja Harta Intelek
9) Jawatankuasa Kerja Kewangan

Satu sesi Makmal Pelan Tindakan DIKN telah diadakan pada 9 – 13 Januari 2012 bagi memperhalusi pelan tindakan pelaksanaan setiap jawatankuasa kerja Industri Kreatif supaya satu laporan yang komprehensif mengenai pelan pembangunan Industri Kreatif dapat dirangka. Hasil daripada sesi makmal tersebut, setiap jawatankuasa kerja tersebut telah merancang projek kajian pemangkin jangka pendek DIKN bagi tempoh dua (2) tahun (2012-2013).

DANA PINJAMAN INDUSTRI KREATIF NEGARA


Lanjutan dari pembentangan Bajet 2010 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23hb. Oktober 2009, sebanyak RM200 juta dana telah diperuntukkan sebagai pemangkin kepada pembangunan aktiviti industri kreatif seperti penerbitan filem, muzik, animasi, pembangunan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.


GERAN INDUSTRI KREATIF NEGARA

Geran Industri Kreatif adalah satu inisiatif Kerajaan yang diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011 – 2015). Sebanyak RM120 juta telah diperuntukkan melalui KPKK bertujuan untuk merancakkan pembangunan industri kreatif tempatan supaya mampu bersaing dan lebih kompetetif di peringkat antarabangsa.

GERAN MUZIK


Projek Pemangkin Jangka Pendek (Quick Wins) 2012-2013 telah dirangka oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bagi merancakkan lagi perkembangan industri kreatif negara. Projek-projek Quick Wins 2012-2013 ini telah dicadangkan dan direncanakan oleh pemain industri kreatif bersama KPKK. Kebanyakan projek-projek ini akan dilaksanakan oleh pihak industri dan pihak Kerajaan bertindak sebagai fasilitator.



Comments