Menggapai Pelangi




MENGGAPAI PELANGI
KARYA : TAHA ABD KADIR

PEMIKIRAN
Drama “Mengapai Pelangi” ini telah menyerlahkan pemikiran tentang konflik kejiwaan daripada perjanjian dan sikap tanggungjawab terhadap sesuatu perbuatan. Dalam drama ini, konflik kejiwaan dihadapi oleh Imran apabila kekasih lamanya muncul semula dan Imran berasa bersalah dan mahu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada Norasma. Berkisar daripada hal itu, timbul pemikiran yang berkisar tentang sifat kemanusiaan yang tinggi.

PERSOALAN
Persoalan persahabatan yang ikhlas
Persahabatan yang ikhlas akan memberikan makna yang mendalam dalam kehidupan.
Contoh: Nasihat yang diberikan oleh Zahid kepada Imran merupakan nasihat yang berguna dan Imran menasihati Zahid atas dasar keikhlasan dalam bersahabat. Nasihat Zahid begitu bermakna kepada Imran ketika Imran mengalami kekacauan jiwa.

Persoalan tentang kebijaksanaan seorang suami dalam menjaga keharmonian keluarga
Kebijaksanaan seorang suami dalam menjaga keharmonian keluarganya sangat penting melalui perhubungan yang jujur dan ikhlas.
Contoh: Tindakan yang diambil oleh Imran untuk menyatakan hasratnya berkahwin dengan Norasma merupakan nilai kejujuran dalam perhubungan. Kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan sangat perlu bagi menjamin kehidupan yang lebih bahagia.

Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat
Menunaikan janji yang telah dibuat dalam kehidupan ini.
Contoh: Imran merupakan seorang yang berpegang teguh pada janji. Dia mahu menunaikan janjinya untuk berkahwin dengan Norasma walaupun dalam masa yang singkat.
Kasih sayang antara suami isteri
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Norhayati kepada Imran.
Contoh: Noryahati begitu sayang terhadap Imran sehingga sanggup memaafkan Imran atas kecurangan Imran pada masa lalu. Norhayati menganggap kejadian tersebut merupan suratan takdir.


WATAK DAN PERWATAKAN

IMRAN
Seorang yang mempunyai sahabat bernama Zahid

Seorang yang bersikap terlalu gopoh dalam membuat sesuatu keputusan.

Bekerja di syarikat Sinar Kejora Sendirian Berhad.

Mempunyai seorang kekasih bernama Norasma sewaktu belajar di kampus.

Mempunyai isteri yang bernama Norhayati

Seorang yang pernah mengalami kemalangan jalan raya bersama Norasma

Seorang yang berterus terang dan jujur.Contohnya dia berterus terang dengan isterinya tentang kemunculan Norasma dan janjinya dengan Norasma.

Mempunyai seorang anak yang bernama Hasnita dan bakal menerima anak kedua

NORASMA
Teman sekuliah dan bekas kekasih kepada Imran sewaktu di universiti.

Masih berstatus bujang

Bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah firma di Johor Bahru.

Merupakan pesakit kepada Dr. Mona disebabkan hilang keyakinan diri akibat kemalangan jalan raya dan kehilangan ahli keluarga.

Seorang yatim piatu kerana kematian ibu bapa.

Mempunyai seorang adik yang dimasukkan ke pusat serenti kerana kecewa kehilangan ibu bapa.

Pernah menjadi cacat dan hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya bersama Imran.

Seorang yang berputus asa untuk hidup yang menyebabkan dia menjadi pesakit kepada


NORHAYATI
Seorang guru di sebuah sekolah.

Isteri kepada Imran

Mempunyai seorang anak perempuan bernama Hanita.

Mempunyai seorang kawan karib bernama Dr. Mona.

Merupakan seorang ibu yang penyayang terhadap anaknya Hasnita

Digambarkan sedang mengandung anak kedua.

Seorang yang memiliki keperibadian yang tinggi kerana digambarkan seorang yang cantik, penyayang, baik dan taat kepada agama

Seorang yang sangat menghormati orang lain. Ini jelas tergambar semasa dia melayan Dr. Mona yang datang ke rumahnya.

Seorang yang pemaaf. Ini dapat dilihat ketika dia memaafkan suaminya yang berterus terang perihal kisah silamnya dengan Norasma.

DR MONA
Seorang doktor psikiatri

Seorang yang tidak suka berprasangka terhadap sesuatu perkara. Ini terbukti apabila dai menasihati

Norhayati agar tidak berprasangka terhadap Imran

Kawan karib Norhayati dan pernah belajar bersama-samanya di kampus.

Seorang yang berpegang kuat terhadap agama Islam. Ini dapat dilihat melalui nasihatnya kepada Norasma

Seorang yang bijak memujuk dan memberikan nasihat, terutama sekali semasa Dr. Mona menasihati Norhayati yang dalam kesedihan.

Seorang yang baik hati dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. Dia sanggup membantu Norhayati yang dalam kerisauan




ZAHID
Seorang ketua di tempat kerja Imran

Seorang yang prihatin. Ini dapat dilihat apabila dia mengesyaki masalah yang dihadapi oleh Imran sehingga menjejaskan prestasi Imran di tempat kerja.

Seorang yang baik hati dan suka membantu. Dia telah membantu menasihati Imran dalam menyelesaikan masalahnya.

Seorang yang berpegang teguh terhadap ajaran Islam. Ini dapat dilihat ketika dia menasihati Imran supaya berbincang semula dengan Norhayati atas dasar agama Islam.

PLOT

STRUKTUR PLOT

PERMULAAN
Imran terkejut menerima panggilan telefon daripada bekas teman sekuliah atau kekasihnya iaitu Norasma. Mereka telah mengatur untuk bertemu dalam masa yang terdekat.

PERKEMBANGAN
Norasma telah menceritakan segala peristiwa dan dugaan yang telah berlaku ke atas dirinya serta keluarga. Imran berasa bersalah dan menyesal. Dia ingin menunaikan janjinya kepada Norasma dan bertanggungjawab atas segala yang telah berlaku.

PUNCAK/KLIMAKS
Imran telah berterus terang kepada isterinya tentang perjanjian yang telah dibuat olehnya kepada Norasma. Isterinya berasa sedih namun isterinya dapat memaafkannya kerana kejadian tersebut merupakan suratan takdir. Isterinya merelakan apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Imran.
PENURUNAN
Imran telah bersedia untuk mengambil Norasma untuk dijadikan isterinya bagi memenuhi janji dan tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku terhadap Norasma.

PELERAIAN
Norasma dan Imran telah memilih arah hidup masing-masing. Norasma memilih untuk ke Mekah dan tidak mahu mengganggu kehidupan keluarga Imran.

TEKNIK PLOT
Imbas Kembali
Pengarang menggunakan teknik imbas kembali bagi membolehkan pembaca mendapat gambaran tentang punca kemalangan dan peristiwa perjanjian Imran kepada Norasma untuk mengahwininya. Contohnya:
IMRAN:Betul. Sumpah. Aku akan tetap mengambil kau sebagai teman hidup. Engkau
berjanjilah dengan aku......
NORASMA :Ya.... Asma berjanji.... (IMRAN memegang erat tangan NORASMA, IMRAN mengucup tangannya. (Halaman 295)

Saspens
Digunakan sewaktu kehadiran Imran ke kampung untuk berjumpa dengan isterinya. Pengarang telah memanipulasikan pendirian Imran untuk membolehkan teknik saspens ini berjaya. Ini dibuktiukan apabila Imran dan Norasma tidak jadi untuk berkahwin kerana masing-masing memilih jalan hidup sendiri.
IMRAN :Ya, Yati... abang dan Norasma telah mencapai kata sepakat Yati. (Diam seketika) Kami akan memilih jalan hidup masing-masing. Dia akan ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah malam esok. Kami sama-sama bertaubat, Yati... (Halaman 336)


Dialog
Teknik ini merupakan teknik yang menguasai keseluruhan teks drama ini. Teknik digunakan bagi menghubungkan interaksi watak antara satu sama lain. Interaksi ini menghubungkan jalinan serta kesatuan cerita yang menarik.
NORASMA :Helo. Boleh saya bercakap dengan Encik Imran?
IMRAN :Ya, saya Imran. Boleh saya tahu siapa yang bercakap tu? (Halaman 284)

Monolog
Imran telah bermonolog ketika kekasih lamanya menelefonnya dan dia mula terfikirkan janjinya. Dalam masa yang sama, dia terfikir akan keluarganya.
IMRAN:(Monolog) Asma? Apa sudah jadi pada kau? Aku ingat kau pasti sudah kahwin, sudah punya anak-anak. Atau, kau belum? Sayang..... ini semua sebab akulah. Macam mana kalau dia datang nak tuntut janjinya dulu, aduh! Parah aku. Macam mana pula dengan Yati? Hasnita? Dan yang bakal lahir itu? Aduh, pening kepala aku memikirkannya! (Halaman 285)



LATAR

LATAR MASA
Pada waktu pagi. Contohnya melalui perbualan telefon Imran bersama dengan rakannya Nazmi. Terdapat juga gambaran waktu pagi semasa Norasma bersama dengan Dr. Mona.

Pada waktu tengah hari.
Contoh semasa perjumpaan Imran dengan Norasma. Masa ini dilihat perjanjian mereka berjumpa pada 12.30 tengah hari semasa perbualan telefon.

Pada waktu petang.
Contoh semasa perbualan Imran dan Norhayati yang lewat untuk pulang ke rumah.

Pada waktu malam.
Contoh ketika Imran dan Norhayati berada di padang permainan.

Zaman yang sudah mencapai era kemodenan.
Contoh dengan penggunaan telefon, kereta dan motosikal.



LATAR TEMPAT
Pantai
Imran memberitahu Norhayati peristiwa kemalangannya bersama Norasma. Imran menyatakan hasratnya untuk menyelamatkan hidup Norasma.

Pejabat Imran
Norasma menelefon Imran. Norasma menyatakan hasratnya untuk bertemu Imran

Restoran
Norasma bertemu Imran. Masing-masing bercerita tentang masa lalu.

Kampung Norhayati
Imran bertemu Norhayati. Norhayati memohon maaf kerana balik ke kampung tanpa memberitahu Imran.

Pejabat Dr. Mona
Norasma bertemu Dr Mona.


LATAR MASYARAKAT
Masyarakat Melayu Islam yang moden.
Contoh keseluruhan cerita mengambarkan watak orang Melayu Islam Moden melalui watak yang berpegang pada ajaran Islam dan hidup pada masa kini

Masyarakat yang berpegang kuat pada ajaran agama.
Contoh dapat dilihat pada watak Norhayati yang warak dan taat pada perintah suami.

Masyarakat yang mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi.
Contoh Imran dan Norhayati mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi terhadap anak mereka.

Masyarakat muda yang bebas bergaul dalam perhubungan.
Contoh pergaulan bebas antara Imran dengan Norasma sewaktu mereka belajar melambangkan pergaulan tanpa mengira sempadan agama.

NILAI

Bertanggungjawab
Imran buka sahaja seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga, malah Imran sanggup bertangunggjawab terhadap janjinya bersama Norasma pada suatu ketika dahulu.

Kasih Sayang
Nilai kasih sayang perlu ada dalam menjalinkan hubungan yang lebih intim. Contohnya, Norhayati begitu risau apabila memikirkan tentang anaknya, Hasnita yang ditinggalkan sejak awal pagi lagi. Selain itu, dia begitu sayang terhadap suaminya.

Ketabahan
Setiap manusia harus tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan. Contohnya Norhayati yang tabah menjalani dugaan sebagai seorang isteri, tabah menerima keputusan Imran dan berserah kepada takdir Allah S.W.T

Hormat Menghormati
Nilai menghormati antara satu sama lain mampu membentuk kehidupan yang sihat. Contohnya, Norhayati menghormati apabila dia melayan Dr. Mona dengan baik ketika bertandang ke rumahnya. Begitu juga dia menghormati apa-apa sahaja keputusan yang dibuat oleh suaminya

Keprihatinan
Keprihatinan masalah individu lain mampu membantu mereka menyelesaikan masalah. Contohnya, Dr. Mona dan Zahid merupakan insan yang prihatin terhadap masalah rakan-rakannya. Keprihatinan itu membuatkan mereka membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Norhayati dan Imran

PENGAJARAN
Kita hendaklah sentiasa bertangunggjawab terhadap apa yang telah dilakukan.

Kita hendaklah berpegang teguh pada ajaran agama.

Kita haruslah mengamalkan sikap berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita.

Kita hendaklah jujur dan berterus terang.

GAYA BAHASA

Diksi
Terdapat penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris.
Contohnya, success (halaman 285), discharge (halaman 295), your immediate boss (313).

Selain itu, terdapat penggunaan kata yang melambangkan agama Islam.
Contohnya, Allah S.W.T (halaman 301), Islam (halaman 301).

Ayat Pendek
Terdapat penggunaan ayat yang pendek dan ringkas.
Contohnya, terima kasih (halaman 309), entah (halaman 310).

Ayat Panjang
Penggunaan ayat panjang ini boleh dilihat seperti berikut.
DR. MONA : Ah, lupakanlah soal itu. Tapi Yati, aku minta pada kau demi persahabatan kita, kalau kau ada masalah yang kurasa perlu dibincangkan atau hendak minta pandangan aku, janganlah malu beritahu aku. (halaman 310)

Simile
Penggunaan simile dalam drama ini dapat dilihat seperti contoh berikut.
NORASMA:....Lagipun aku tak mahukan hidup aku ni seumpama melihat pelangi.
(halaman 324)

Repitisi
Pengulangan kata dalam ayat yang digunakan oleh pengarang.
NORHAYATI: Cuma aku rasa buat masa ini biarlah aku cuba selesaikan sendiri
dahulu.(halaman 310)

Anafora
Pengarang menggunakan pengulangan kata pada awal baris.
DR. MONA: (Nada lembut) Awak tidak hilang segala-galanya, Asma. Awak masih mempunyai kekasih sejati. (halaman 301)
Peribahasa
Peribahasa turut digunakan oleh pengarang.
Contoh, NORASMA: Sudahlah Imran, nasi sudah menjadi bubur, Imran (halaman 298)


SUDUT PANDANGAN
Drama ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas.
NORASMA : (Ketawa kecil/sinis) Aku...? (Mengeluh) Entahlah.... aku tak ada keyakinan diri untuk kahwin. (Diam seketika) Empat tahun lepas kemalangan dulu tu, kedua-dua orang tua aku meninggal. Adik aku pula masuk pusat pemulihan.... semuanya hancur, Imran.... Aku sekarang ini hidup sebatang kara, Imran.
(halaman 288)

Comments