24 Jul 2013

Lebih Jauh Kau Tinggalkan


pada ketika-ketikanya
kauperlu pergi lebih jauh
meninggalkan apa yang seringkali kautemui
belajar untuk melupakan dan menjauhkan apa yang terbiasa
mencari keasingan dan menjadi baru dengan persekitaran dan alam
ketika kau pergi dan meninggalkan
barangkali ada yang merasa kehilangan


bukan sengaja kautinggalkan kekosongan
di pintu hati mereka
atau menjauhkan dari segenap yang berharap
membiarkan mereka meratap dalam rindu
kau harus berada pada jarak dan waktu
yang berbeza dari dulu


bukanlah semua itu menghukum dirimu
atau menghukum hati-hati yang kautinggalkan
tidak sama sekali menyusun getir
pada mereka yang berharap
tapi sebenarnya kau pergi menguji dirimu
sekuat manakah kaumampu bertahan
dalam detik dan ruang baru
dan bagaimana dapat kau bangunkan keyakinan
bahawa kau memiliki kekuatan itu


dari sudut biasa kita  kehilangan  makna dan pengertian
bagaimana indahnya cinta
sehingga kau pergi dan meninggalkan
baru kau sedari bahawa
kau sudah memiliki sebuah bahtera cinta
dari sudut yang jauh 
segalanya begitu indah
dan kaupun mengerti
bahawa kau masih memiliki apa yang terbaik itu




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena