Suara Jiwa



Bunyi dan  irama yang bergetar dari taman jiwa
Berapungan menjadi muzik yang merentap sukma
Tidak ada batas sempadan 
Tidak ada bahasa yang menutup daerahnya
Tak ada kata-kata yang  membuka cerita
Begitu muzik bergema 
tanpa visa dan passport
menyerap ke akar kalbu
tanpa mengenal warna kulitmu, warna budayamu
tak perlu tahu apa bangsamu

Muzik mengetuk fikir menjamah tangkai emosi
menikmati dan merasa apa yang terpancar darinya
kerana ia suara jiwa

carilah makna darinya



GIOVANNI MARRADI - Renaissance(Album Romantico)



UMUT HOŞGÖR - KEMAN TAKSİMİ 


Ludovico Einaudi - Eyes Closed 





Comments

Post a Comment