8 Jun 2013

Suara Jiwa (Final)




DALAM TAMAN JIWAMU ....

"Music gives a soul to the universe,
wings to the mind,
flight to the imagination,
and life to everything."
~ Plato ~

Muzik suara jiwa
ia berbicara kepada hati
berbicara kepada akal
bila bahasa tidak mampu mendekatkan
muzik mengambil ruang untuk menemukan

ketika kauhilang kata-kata
muzik membawamu seribu bahasa
ketika ramai yang tak mengerti dirimu
muzik yang kaudengar terasa lebih tahu

apa yang berladung dalam jiwamu
muzik tak pernah bersuara tentang permusuhan
tetapi ia selalu mengajakmu
pada tenteram dan kasih sayang
barangkali kita tak perlu bersama
atau saling mengenali
tapi muzik yang kita dengar
mengajak kita bersama mengongsi emosi

muzik yang kita dengar
tidak melalui telinga
tetapi melalui hati
dan fikir

Its language is a language which the soul
alone understands,
but which the soul can never translate.
~ Arnold Bennett (1867 - 1931) ~


Doa Ku by Hadad Alwi


khusnul khotimah - opick 


Law Kana Bainana Al-Habib


bagaimana muzik berakhir
semuanya hanya sunyi
begitulah suara jiwa
hanya sampai di sini

2 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena