Pantas Sastera


Halangan besar dalam kajian sastera adalah kegagalan penguasaan glosari atau istilah sastera. Istilah sastera merupakan alat yang digunakan dalam kajian sastera. Sebuah karya sastera akan melalui proses bacaan, penikmatian, penelitian, dan kupasan yang dilakukan untuk sama ada dari aspek bentuk atau isi karya berkenaan. 

Halangan istilah menjadikan karya sastera tidak dapat dilihat dari sudut atau elemen sastera yang tepat. Dalam kalangan pelajar misalnya, kegagalan penguasaan isitilah menjadikan mereka ragu dan kurang yakin atas apa yang perlu diperhati, dirujuk atau dibedah dalam karya sastera. Penelitian akan menjadi longgar dan tidak tepat. Ketepatan istilah atau penguasaan literary device amat mustahak kepada peneliti karya sastera.

Prasyarat penting dalam kajian sastera adalah keupayaan seseorang itu menguasai istilah. Ia bukanlah perkara yang mudah. Terdapat pelbagai istilah dikemukakan dalam penelitian karya sastera. Oleh itu dalam memudahkan persiapan sebagai peneliti karya sastera, beberapa istilah asas perlulah difahami dan dikuasai.

Pantas Sastera merupakan sebuah nota ringkas sebagai garis panduan untuk memahami isitilah sastera yang menjadi asas atau keperluan kajian. Ia merupakan dokumentasi istilah yang dianggap sebagai penting dan kerap digunakan dalam kajian di peringkat sekolah menengah. 

Semoga  Pantas Sastera dapat dijadikan rujukan terutama dalam menyemarakkan kefahaman istilah dan glosari sastera.

Dapatkan e-nota tersebut di sini (format pdf) - klik banner di bawah


Semoga bermanfaat untuk semua...


Comments