Kebaikan Yang Ranap

Apabila Kebaikan Tidak Lagi  Berharga


KEBAIKAN YANG RANAP 
(Arbak Othman)


MAKSUD

Rangkap 1
Seseorang yang melakukan kebaikan kepada kita belum tentu akan menjadi teman yang baik dan setia.

Rangkap 2
Kebaikan yang dihulurkan itu mungkin dari sudut luaran sahaja bukannya lahir dari hati yang ikhlas

Rangkap 3
Kebaikan itu mungkin di bibir sahaja bukan dari ketulusan hati.

Rangkap 4
Kebaikan yang ditunjukan mencerminkan rahsia peribadi.

Rangkap 5
Kebaikan juga melambangkan ketulusan hati seseorang.

Rangkap 6
Kebaikan itu merupakan halangan kepada manusia yang melakukan kesilapan.

Rangkap 7
Kebaikan juga adalah sebagai alat kepada sesiapa yang pandai berpura-pura untuk kepentingan diri.

Rangkap 8
Kebaikan adakalanya tidak dipentingkan dalam kehidupan. Orang yang melakukan kebaikan belum tentu disanjung kerana kebaikan yang dilakukan semata-mata untuk menutup rasa pransangka.

Rangkap 9
Seseorang yang melakukan kebaikan belum tentu disanjung malah ada yang dihina. Terdapat juga kebaikan yang dihulurkan adalah berpura-pura sehingga ada insan yang teraniaya. Ada yang berlandaskan nafsu dan dendam menyebabkan timbul persengketaan. Kesetiaan telah hancur dan hanya tinggal janji sahaja.

MAKSUD KESELURUHAN SAJAK
Penyajak menjelaskan tujuan seseorang melakukan kebaikan. Kebaikan yang dilakukan sama ada secara ikhlas atau berpura-pura untuk menutup syak wasangka dari orang lain semata-mata untuk kepentingan diri.



TEMA
Sajak ini bertemakan kepelbagaian sikap dalam melakukan kebaikan. Kebaikan itu adakalanya ikhlas dan ada yang menunjukkan sikap berpura-pura
contohnya
Kebaikan itu telus kata
Belum tentu jiwa raga

PERSOALAN
Persoalan kebaikan mencerminkan budi pekerti seseorang
contohnya
Kebaikan itu budi
Yang mencorak rupa nurani.

Persoalan kebaikan untuk kepentingan diri sendiri
contohnya
Kebaikan itu cenderahati
Buat pengipas peraga-diri
(R7 , B1 & B2)

Persoalan melakukan kebaikan untuk menutup keburukan peribadi seseorang,contohnya
Yang baik kerap terbalik
Menutup prisma wasangka
(R8, B3 & B4 )

Persoalan kebaikan adakalanya dicerca bukan mendapat pujian,
Contohnya :
Kebaikan orang belum tentu teman setia
Seranah cerca jua yang sering bersua.
(R9, B1 & B2)

BENTUK

Sajak ini mempunyai 9 rangkap semuanya.

Bilangan baris setiap tidak sama

Rangkap 1 hingga 7 dua baris serangkap. Rangkap 8 ada 6 baris manakala Rangkap 9 terdapat 14 baris.

Bilangan perkataan setiap baris tidak sama
Terdapat antara satu perkataan hingga enam perkataan.

Bilangan suku kata sebaris tidak sama
Terdapat di antara empat suku kata hingga empat belas suku kata.

Rima akhir setiap rangkap tidak sama
contohnya R1, R3, R5, R6 dan R7 rimanya aa, Rangkap 2 dan Rangkap 4 rimanya ab. Rangkap 8 rimanya aabbcd, Rangkap 9 rimanya aaaaaabcaaddba.

Kesimpulanya sajak ini berbentuk bebas.




GAYA BAHASA

Diksi yang indah dan sesuai dengan maksud
contohnya telus kata, rupa nurani, peraga diri dan cerca.

Asonansi
Contohnya : Kebaikan bagi kita (pengulangan vokal ‘a’)

Aliterasi
contohnya : Yang mencorak rupa nurani (pengulangan konsonan ‘n’)

Kata ganda
Contohnya ‘di cela-celah’ ‘ nafsu-nafsi’.

Anafora
contohnya
Yang baik belum tentu daya penarik
Yang baik kerap terbalik

Personifikasi
Contohnya Kebaikan itu sering tergelincir. (R8 B1)

Simpulan Bahasa
Contoh : bertalam dua muka
Metafora
contohnya prisma wasangka, landasan fikir, keranda aniaya.

Hiperbola
Contohnya Dalam satu keranda aniaya ( R9, B6)

Simbolik
contohnya Buaya jantan ( R9, B6)

NADA
Sajak ini bernada sinis kerana penyair tidak yakin dengan kebaikan seseorang. Contohnya,
Kebaikan itu telus kata
Belum tentu jiwa raga

SIKAP DAN PERASAAN PENYAIR

Kesal terhadap sikap manusia yang berpua-pura
Contohnya : berwajah dua cerita
bertalam dua muka

Kesal atas tindak tanduk manusia menggunakan kebaikan untuk tujuan yang lain
Contohnya : kebaikan itu cendera hati
buat pengipas peraga- diri


PENGAJARAN

Hendaklah berlaku jujur dalam hidup
Contoh : kebaikan orang belum tentu teman setia
seranah cerca jua yang sering bersua

Jangan mudah terpengaruh dengan kebaikan seseorang
Contoh : kebaikan bagi kita
belum tentu teman setia

Elakkan diri dari besifat dendam dan bermusuhan
Contoh : berakar umbikan nafsu-nafsi
dari arus pertimbangan dendam

Hidup dalam kepura-puraan hanyalah menimbulkan pergolakan/ dendam
Contoh : buaya jantan kehilangan teman
Ranap di celah-celah kehidupan

Kebaikan adalah amalam yang mulia
Contoh : kebaikan itu budi
yang mencorak rupa nurani

NILAI

Kejujuran
Contoh : kebaikan itu budi
              yang membuka rahsia sendiri

Kesopanan
Contoh : seranah cerca jua yang sering bersua
              menyimpul, memintal timbang rasa

Comments