Kabus Di Perbukitan

SINOPSIS NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
karya Mohamad Kholid Hamzah


Bab 1
Pada pagi itu Rohayu ( Ayu ) berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr. Hadi. Selepas bersarapan pagi itu, Ayu dan Azrul pergi ke perpustakaan. Ayu tiba-tiba tergambar satu kemalangan jalan raya. Kereta berpusing dan jatuh ke dalam gaung. Ayu menjerit dan pengsan.
Mastura dan Faridah membawa anak-anak istimewa ke Bukit Fraser. Faridah tidak tenang kerana hubungan pertunangan terputus. Semasa memandu ke Raub, dia terperanjat apabila Iqbal, salah seorang anak istimewa berada dalam vannya. Dia menekan brek dan kereta berpusing lalu terbabas ke dalam gaung.

Bab 2
Kemalangan itu dimaklumkan oleh Encik Said kepada ibu Salmah, ibu Faridah. Salmah begitu sedih menerima berita tersebut. Pasukan penyelamat mendapati Faridah dan Iqbal hilang. Mereka juga tidak menemui sebarang jejak sama jejak Faridah dan Iqbal atau jejak lain yang boleh dijadikan petunjuk. Sarjan Yusoff pula mencadangkan agar mereka gunakan khidmat bomoh

Bab 3
Mejar (B) Kamarudin terkejut mendapat berita kehilangan Faridah daripada Cikgu Raduan dari kampung di Sungai Besar. Hatinya hiba mengenangkan faridah yang ditinggalkan bersama Salmah yang diceraikan setelah berkahwin dengan Hamidah. Mejas (B) Kamarudin membawa Rahayu, kembar Faridah untuk hidup bersama mereka. Dia berkahwin dengan Hamidah kerana terpaksa setelah terlanjur. Mejar (B) Kamarudin segera bertolak ke Bukit Fraser. Satu jam setelah Mejar (B) Kamarudin berangkat, Hamidah telah menerima panggilan telefon dari UPM memaklumkan Rahayu dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disyaki menghidap kanser.

Bab 4
Rahayu ditemani oleh ibu tirinya Hamidah. Tubunya lemah. Rambut di kepalanya gugur. Rahayu menutup kepalanya dengan skaf kerana malu kepada kawan-kawan yang melawatnya. Dia diberitahu bahawa Suhaila iaitu pesakit yang berada di katil bersebelahan telah meninggal. Kakak Suhaila telah m emberikan novel-novel Suhaila kepadanya.

Bab 5
Faridah terjaga dari tidur. Dia mendapati dirinya berada di kawasan rehat pegawai Inggeris. Faridah hairan. Selepas mandi dia dijemput minum bersama pegawai Inggeris yang bernama Tuan Cecil Renking. Tuan Cecil Renking memberitahu Faridah berada di Bukit Kutu. Dia juga memberitahu bahawa Faridah dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Penghulu. Faridah kembali ke biliknya. Dia bingung dan tidur kembali. Rahayu di hospital masuk ke alam bawah sedar dan meracau. Di alam bawah sedarnya faridah meminta tolong Rahayu agar mengeluarkannya dari Bukit Kutu. Hamidah risau. Doktor menjelaskan bahawa hubungan saudara kembar agak unik dan boleh berhubung melalui transaksi bawah sedar.



Bab 6
Rahayu dapat merasakan ajalnya semakin dekat. Dia mahu Azrul berjanji untuk meneruskan cita-cita mereka untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Pihak polis telah membuat siding akhbar untuk memaklumkan bahawa gerakan mencari ditamatkan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Mejas (B) Kamarudin tidak berputus asa. Dia dan Buyung masuk ke dalam hutan untuk menjejak Faridah dan Iqbal. Dia yakin Faridah dan Iqbal masih hidup.

Bab 7
Mejas (B) Kamarudin dan Buyung meredah hutan menuju ke Bukit Kutu. Mejar (B) Kamarudin racauan Rahayu yang menyebut nama Bukit Kutu dan Sungai Kubu. Sesampai di puncak Bukit Kutu, mereka mendirikan khemah. Hamidah menelefon Mejas (B) Kamarudin dan memberitahu Rahayu melihat Faridah berada di perkampungan orang Asli dalam alam bawah sedarnya. Buyung menghubungi pegawai JHEO untuk memastikan perkampungan tersebut. Mereka akan bertolak pada sebelah pagi.

Bab 8
Mereka bertolak dari Bukit Kutu ke perkampungan orang asli suku Temuan. Mereka disambut oleh Tok Batin Senik. Faridah berada di rumah Tok Batin Senik dalam keadaan tidak sedarkan diri. Iqbal mengikut isteri Tok batin Senik ke sungai. Buyung menghubungi Meor untuk mendapatkan bantuan helicopter tentera. Setelah menunggu selama dia jam, mereka berjaya mengeluarkan Faridah dan Iqbal ke Hospital Kuala Lumpur.

Bab 9
Di Pekan Sungai Kubu. Siti Amah, oranggaji Tuan Cecil Renking membawa Faridah keluar ke pekan. Faridah dapat melihat aktiviti perdagangan yang terdiri daripada peniaga tempatan, Pahang dan pendatang Cina. Dia juga dapat melihat aktiviti perlombongan dan mengangkut bijih timah melalui sungai. Faridah pernah bertanya tentang Sungai Besar kepada Siti Amah. Namun Siti Amah tidak mengetahui tempat tersebut. Faridah semakin dapat menyesuaikan diri. Namun dia tetap merasakan bahawa dia berada di tempat yang asing.

Bab 10
Faridah berada di wad ICU dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rahayu berada di samping katilnya. Rahayu memegang tangan Faridah sambil menitiskan air mata. Rahayu keletihan dan meletakkan kepala di tepi dada Faridah. Rahayu dan Faridah telah bertemu di alam bawah sedar. Rahayu merayu kepada Faridah agar Faridah kembali kerana ibunya sedang menanti. Dia memberitahu Faridah bahawa sudah tiba masanya dia pergi. Rahayu meninggalkan Faridah disebalik cahaya. Faridah menjerit memanggil nama Ayu. Jeritan itu membuatkan ahli keluarga yang berada di situ terkejut. Faridah telah sedar dan jururawat mendapati Rahayu telah meninggal dunia. Sewaktu jenazah Rahayu dibawa ke tanah perkuburan, Faridah masih lemah dan berada di wad ditemani oleh Ghazali.


Bab 11
Salmah masih bermimpi dan menyebut nama Ayu. Salmah juga menghidap penyakit jantung. Keadaan itutambah menyedihkan Faridah. Hari itu mereka ke pasar Sungai Haji Dorani. Salmah membeli belacan daripada Pak Talib, seorang pembuat belacan terkenal di kawasan itu. Sewaktu perjalanan pulang mereka singgah di kubur Rahayu di Parit Satu untuk membaca Yasin. Ghazali menaruh perasaan kepada Faridah. Dia menemui Salmah untuk menyatakan hasratnya mengambil Faridah sebagai isteri. Salmah menerima Ghazali kerana peribadi Ghazali yang baik. Salmah menyampaikan hal itu kepada Faridah. Faridah menyerahkan keputusan itu kepada ibunya dan berharap hubungan itu akan kekal.

Bab 12
Azrul nekad untuk meneruskan cita-citanya walaupun tanpa Ayu. Dia meminta modal daripada ayahnya untuk memulakan penternakan kambing. Ketika menziarahi kubur Ayu, Azrul bertemu dengan Faridah.

Bab 13
Salmah masih ke sawah walaupun Faridah sudah bekerja. Faridah tinggal bersama ibunya kerana tidak sanggup meninggalkan ibunya yang sedang sakit. Ghazali, suami Faridah bertugas di Kelang dan pulang dua atau tiga hari sekali. Perasaan Salmah semakin tertekan kerana teringatkan Ayu. Dia pergi ke kubur Ayu sehingga dua kali sehari. Minah, jiran Salmah menenangkan perasaan rindu Salmah. Salmah semakin sedih mengenangkan penderitaan Rahayu semasa Mejas (B) Kamarudin menghantar Rahayu pulang.

Bab 14
Faridah bermimpi Ayu datang menggamit ibunya pergi. Dia tersedar dan menunaikan solat tahajud. Kemudian dia memasak nasi lemak untuk memenuhi selera ibunya Salmah. Dia mengejutkan ibunya untuk menunaikan solat Subuh. Namun dia mendapati ibunya sudah meninggal.

Bab 15
25 tahun kemudian. Faridah teolah menetap di New Zealand. Dia berkahwin dengan Soleh Johnsons, seorang penternak biri-biri yang berjaya. Mereka tinggal di Rosewood, 30 minit perjalanan dari Cristchurch. Faridah berhijrah ke New Zealand setelah kematian suaminya Ghazali akibat kamalangan jalan raya. Dia terlalu sedih dan tertekan. Kemudian dia meninggalkan tanahair untuk mengikuti kursus di New Zealand. Dia berkenalan dengan Soleh Johnsons dan akhirnya berkahwin. Mereka dikurniakan dua orang anak kembar iaitu Anne dan Melina. Faridah amat rindukan kampung halaman. Namun dia sudah tidak ada saudara di kampung untuk diziarahi.

Bab 16
Melina telah berkenalan dengan Jabbar al-Anbia (Benny) di Aucland Harbour. Mereka minum dan berbual mesra walaupun baru berkenalan. Melina tidak berminat lagi untuk belajar setelah gagal tahun pertama di University of Cunterbury. Dia meminta kebenaran untuk berhijrah ke Aucland untuk mencari pekerjaan. Dengan pertolongan ayahnya, dia mendapat kerja sebagai pembantu pelukis plan. Semasa tinggal di sana, dia selalu bertemu dengan Benny. Mereka saling jatuh cinta dan ingin berkahwin segera. Mereka berangkat dengan segera bertemu dengan Faridah dan Soleh Johnsons untuk meminta restu. Faridah dan Soleh Johnsons merestui hubungan mereka dan membenarkan mereka berkahwin.


Bab 17
Zain dan Asraf Ameen menerima kad jemputan perkahwinan Melina Soleh Johnsons. Mereka dijemput kerana mereka pernah bekerja sebagai tukang sembelih biri-biri di ladang Soleh Johnsons. Zain menyingkap pertemuan dan perkenalannya dengan Anne. Zain membantu Anne membetulkan kereta Anne yang rosak dalam dalam perjalanannya ke kuliah. Perkenalan itu telah membuahkan rasa cinta antara mereka.

Bab 18
Setelah berkahwin Melina mengikut Benny ke Malaysia. Benny akan bekerja dengan salah sebuah syarikat minyak milik keluarganya di Terengganu. Setelah sampai ke Kuala Lumpur, mereka menginap di Hotel Hilton. Benny menghadiri mesyuarat pada keesokan harinya dan diperkenalkan dengan ahli lembaga pengarah syarikat. Benny ditugaskan bahagian operasi yang berpejabat di Terengganu.

Bab 19
Di Terengganu Melina tertarik kepada sebuah rumah bunglo di tepi laut di Marang. Benny berusaha membeli rumah tersebut dengan cara menjual kapal layar yang ditempah di Pulau Duyong ke Singapura. Benny simbuk dengan tugas dan sentiasa meninggalkan Melina. Melina mengambil kesempatan untuk melukis. Kadang-kadang dia ke Kuala Terangganu atau ke Marang melihat orang mencanting batik. Benny semakin berubah kea rah yang lebih baik dan bertanggungjawab. Dia selalu menderngar usrah daripada Mohamed Attar tentang fahaman agama Islam.

Bab 20
Soleh kecewa dengan kegiatan vandalisme yang sedang berlaku dan An Noor Islamic Center turut menjadi mangsa. Perbuatan itu angkara daripada budak-budak punk. Faridah mencadangkan kepada Soleh agar mereka mengadakan majlis untuk merapatkan kembali hubungan kejiranan di tempat mereka. Soleh mencadangkan agar mereka menempah makanan untuk majlis tersebut bagi meringankan beban Faridah.

Bab 21
Zain berasa teruja berada di kampung untuk bercuti. Ayahnya datul Azrul menasihati supaya Zain pulang ke kampung setelah menamatkan pengajian di luar negara. Datuk Azrul mengingatkan Zain bahawa belajar di luar Negara adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman yang semakin maju. Datuk Azrul banyak berjasa kepada penduduk dengan memajukan industri pertanian sehingga dikurniakan gelaran datuk.

Bab 22
Zain menyedari banyak perubahan telah berlaku di kampung tersebut. Jemaah di masjid telah berkurangan. Banyak kebun dan tanah telah terbiar. Zain yakin tanah terbiar itu dapat dimajukan. Haji Zubair menjelaskan bahawa tanah pusaka sukar untuk diusahakan kerana nama pemilik yang ramai. Zain telah memberitahu ayahnya Datuk Azrul bahawa dia telah mempunyai gadis pilihan. Datuk Azrul tidak membantah tetapi menasihatkan agar Zain tidak melupakan kampung halaman.

Bab 23
Benny semakin berubah dan semakin sibuk. Keadaan itu menyebabkan Melina semakin terasa sunyi. Benny pergi ke Kuala Lumpur bersama kawannya Mohamed Attar dan Mehmood. Melina ditemani oleh anak Khadijah, Haji Awang. Dalam pada itu dia teringat akan kampung ibunya di Sungai Besar dan berhasrat untuk melawat tempat tersebut.

Bab 24
Zain berkunjung ke rumah Faridah. Hati Faridah sebak dan dia menitiskan air mata apabila Zain memberitahu bahawa dia berasal dari Sungai Besar. Faridah menyatakan rasa rindunya terhadap kampung halaman. Namun dia sudah tiada saudara-mara di sana. Zain menawarkan agar Faridah bertamu ke rumahnya di Kampung Parit Satu. Anne bersunguh-sungguh mengajak Faridak pulang ke Malaysia sambil melawat Melina.

Bab 25
Benny, Mehmood dan Mohamed Attar menemui Ustaz Hassan Syukri. Daripada perbualan mereka dengan Ustaz Hassan Syukri, Benny dan Mohamed Attar berpendapat bahawa Ustak Hassan Syukri tidak boleh diajak untuk sama-sama berjihad mendaulatkan syiar Islam seperti di Iraq atau Palestin. Pemikiran Ustaz Hassan Syukri berlainan dengan pemikiran mereka.

Bab 26
Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan keluarga Zain dan berbincang tentang perkahwinan Zain dan Anne. Mereka menginap di bonglo percutian di Cameron Highland. Di situ juga Soleh berkenalan dengan ramai warga asing yang menetap di tanah tinggi itu. Datuk Azrul, Datin Aishah dan Zain tiba untuk berbincang soal perkahwinan. Faridah mendapat tahu bahawa Datuk Azrul adalah bekas kekasih Rahayu. Mereka bersetuju untuk merapatkankembali hubungan yang telah terputus sekian lama melalui perkahwinan anak mereka.

Bab 27
Benny menerima email yang mengejutkan. Dia disyaki terlibat dengan kumpulan pelampau Islam. Mohamed Attar telah ditangkap dan menemui sejumlah besar bom di dalam begnya. Dia meninggalkan Melina dan terus memandu ke Pulau Pinang. Dalam perjalanan itu dia sedar bahawa Mehmood merupakan seorang anggota polis. Benny enggan menyerah diri. Dia ke Miami. Dari situ dia menaiki bot ke perairan antarabangsa. Sebuah helicopter yang disediakan oleh keluarga an-Anbia Family Limited untuk membawanya ke lokasi rahsia.

Bab 28
Ketika berbual dengan Datuk Azrul, Faridah menceritakan kembali kisah hidupnya. Dia tidak mahu anak-anaknya Melina dan Anne mengalami nasib yang sama. Melalui Datuk Azrul Faridah mendapat tahu bahawa ayahnya Haji Kamarudin masih hidup. Isterinya telah meninggal dunia dan Haji Kamarudin sedang uzur dengan usia sudah lebih 70 tahun.

Bab 29
Kehilangan Benny membuatkan hati Melina resah. Pihak syarikat Benny menghubunginya untuk bertanyakan tentang Benny. Beberapa hari kemudian Melina telah membuat laporan polis. Melina terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak polis bahawa rakan Benny, Mohamed Attar merupakan salah seorang yang dikehendaki oleh polis antarabangsa. Nama Benny tiada daalm senarai dikehendaki dan senarai tangkapan.

Bab 30
Melina dihubungi oleh wakil Jaafar al-Anbia. Dia memaklumkan bahawa sejumlahwang telah dikreditkan ke dalam akaun peribadi Melina. Melina juga telah diberikan sebuah kereta dan rumah banglo di tepi pantai Marang itu telah ditukar kepada namanya. Melina kemudian bersiap dan memandu sendirian dalam keadaan hamil ke Cameron Highland.

Bab 31
Majlis perkahwinan Zain dan Anne telah berlangsung. Faridah amat gembira kerana dia bekesempatan untuk pulang ke kampung halamannya. Dia melawat sawah padinya yang telah dipajakkan. Kemudian dia ke rumah peninggalan ibunya yang masih utuh. Dia bersolat dan sujud syukur. Dia juga menemui Pak Talib, penjual belacan yang telah uzur. Faridah menitiskan air mata. Sementara itu Soleh dan dan Melina bertolak ke Dubai untuk menemui Jaafar an-Anbia dan mendapat berita tentang Benny.

Bab 32
Soleh dan Melina tiba di Dubai dan Berjaya menemui Benny. Benny terus meminta maaf daripada Melina dan menjelaskan bahawa dia terpaksa meninggalkan Melina atas factor keselamatan dirinya. Benny tidak dapat keluar dari Dubai. Oleh sebab itu mereka telah mengambil keputusan untuk tinggal di sebuah banglo di pinggir pantai di Jalan Jumeirah. Soleh kembali ke Malaysia meniggalkan Melina di Dubai.


Bab 33
Perladangan biri-biri di New Zealand diserahkan kepada Zain dan Anne. Mereka telah mendapat dua orang anak kembar. Seorang bernama Rahayu atas kehendak Zain manakala seorang lagi dinamakan Melinda oleh Anne. Soleh telah bekerjasama dengan Datuk Azrul mengusahakan agropelancongan di Lojing. Mereka membina kotej-kotej yang kemudiannya mendapat sambutan. Benny membantu dengan mempromosikan tempat pelancongan tersebut di Dubai. Faridah rasa bahagia tinggal Cameron Highland, tempat yang berkabus yang mengingatkannya kepada Bukit Kutu.

Comments