22 Jun 2013

Anak Pulau




ANAK PULAU
Karya A AZIZ DERAMAN

MAKSUD
Rangkap 1
Anak pulau atau nelayan yang cekal dan tabah meredah laut untuk mencari rezeki. Walaupun penuh cabaran dan bahaya serta tiada jaminan keselamatan dan hasil harus diharungi juga demi sesuap nasi.

Rangkap 2
Sebelum musim tengkujuh, sang ayah nelayan mencari rezeki di laut namun taidak pernah mendapat hasil yang mencukupi. Oleh itu kehidupan masih susah dan belum pernah merasa kesenangan.

Rangkap 3
Sejak merdeka masih mengharungi hidup mencari rezeki dan menginginkan perubahan namun tiada keampuan.

MAKSUD KESELURUHAN
Golongan nelayan yang terpaksa berjuang mencari rezeki di laut meski terpaksa berdepan dengan cabaran dan bahaya. Kehidupan mereka juga tidak pernah senang walaupun berkeinginan untuk hidup lebih baik namun tiada kemampuan.


TEMA
Cabaran dan keperitan hidup masyarakat nelayan.
Mereka terpaksa mencari rezeki walaupun diancam bahaya dan belum mampu mencapai kesenangan walaupun sudah merdeka.
Contohnya anak pulau terjun ke laut
berani dan cekal hati

PERSOALAN
Perjuangan dan cabaran hidup nelayan
Contohnya anak pulau terjun ke laut
berani dan cekal hati

Nasib nelayan yang tidak terbela
Contohnya mereka sejak merdeka
mengintai angin perubahan

Kemiskinan hidup
Contohnya bapa dilambung gelombang
Tidak ketemu erti kehidupan

Peranan dan tanggungjawab
Contohnya tenggelam timbul harapan
Tiada siapa menakul badan

BENTUK

Berangkap
Contohnya 3 rangkap

Bilangan baris dalam rangkap tidak sama
Contohnya rangkap 1 – 6 baris, rangkap 2 – 6 baris, rangkap 3 – 2 baris

Jumlah perkataan dalam baris tidak sama
Contohnya 3 hinggga 5 perkataan sebaris

Jumlah suku kata dalam baris tidak sama
Contohnya 8 hingga 11 suku kata sebaris

Rima akhir dalam baris tidak sama / bebas
Contohnya rangkap 1 abcdef, rangkap 2 abcdef, rangkap 3 ab

Kesimpulannya, sajak ini berbentuk bebas


GAYA BAHASA
Diksi yang tepat
Contohnya gelombang,laut

Asonansi
Contohnya tiada siapa menakul badan(pengulangan vokal a)

Aliterasi
Contohnya mereka sejak kemerdekaan(pengulangan konsonan k)

Inversi
Contohnya cekal hati (sepatutnya hati cekal)

Metafora
Contohnya angin perubahan

Personifikasi
Contohnya dibalut duka berpanjangan

Hiperbola
Contohnya dibalut duka berpanjangan

Imejan
Contohnya laut, gelombang

NADA
Melankolik – penyajak sedih dengan keadaan hidup nelayan yang terpaksa menempuh cabaran di laut demi mencari rezeki. Walaupun kemerdekaan sudah dicapai dan mereka cuba memperbaiki taraf hidup namun belum mampu merealisasikannya.

Sinis – walaupun sudah merdeka tetapi kehidupan nelayan tetap tidak berubah.

NILAI
Prihatin
Contoh tenggelam timbul harapan
Tiada siapa menakul badan

Kegigihan
Contoh kegigihan nelayan untuk mencari rezeki di laut demi keluarga

Kecekalan
Contoh berani dan cekal hati


PENGAJARAN

Kita hendaklah tabah dan cekal menghadapi cabaran hidup jika contohnya berani dan cekal hati

Kita haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup contohnya nelayan tetap
turun ke laut walaupun laut bergelombang untuk mencari rezeki

Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab contohnya tiada siapa menakul badan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena