20 May 2013

Sejarah Drama Malaysia Bahagian 1



SEJARAH PERKEMBANGAN DRAMA MALAYSIA

Pengenalan

ADA dua pendekatan yang boleh dan selalu digunakan dalam pembicaraan drama: pendekatan sastera dan pendekatan teater. Walaupun istilah drama dan teater kerap juga digunakan sebagai istilah yang boleh saling ganti-mengganti, iaitu sebagai dua istilah yang sama erti, namun untuk tulisan ini perlu membuat perbezaan. Beberapa definisi terhadap istilah drama telah dicadangkan oleh pengkaji-pengkaji drama sejak dulu hingga sekarang. Kesimpulannya drama ialah lakonan. Dengan lakonan dimaksudkan aksi yang dicipta oleh manusia untuk tujuan berkomunikasi secara simbolik clan dilakukan di hadapan penonton. Komunikasi secara simbolik ialah komunikasi melalui imej dan cerita-cerita yang imaginatif. Jadi drama ialah sejenis karya seni yang menggunakan trak, bahasa, pentas, kostum, bunyi dan cahaya. Melihatnya sebagai satu genre sastera iaitu dengan memberi penekanan yang Icbih kepada unsur sasteranya, bahasa merupakan media mutlak sastera. Dengan kata lain, pendekatan sastera lebih mengutamakan ceritanya dan bagaimana cerita itu disampaikan melalui media hahasa, tanpa melupakan pula hubungannya dengan unsur-unsur gcrak, pentas, kostum, bunyi dan cahaya di mana unsur-unsur ini nnemang tidak dapat dipisahkan dari drama. Demikianlah batasan pcngertian drama dalam konteks pembicaraan ini. Dengan teater pula dimaksudkan pementasan atau persembahan sesebuah cerita di mana bahasa hanya menjadi satu daripada unsurnya, yang kadang-kadang merupakan unsur terpenting dan kadang-kadang tidak begitu penting. Faktor-faktor gerak, pentas, kostum, bunyi dan cahaya merupakan faktor-faktor luaran bagi drama sastera, tetapi menjadi faktor-faktor dalaman dalam teater. Demikianlah perbezaan antara drama dan teater sebenarnya lebih merupakan pcrbezaan penekanan. Tumpuan utama tulisan ini seharusnya diberi terhadap karya-karya drama tercetak atau tertulis, dan bukan drama-drama pentas. Tetapi seperti yang akan kelihatan, perbincangan lebih banyak tertumpu pada drama pentas. Ini adalah kerana pertama, untuk melihat perkembangan ke arah lahirnya drama Melayu baru, sambil melihat juga faktor-faktor yang melambatkan perkembangan drama cetakan atau tulisan. Kedua, kebetulan memang amat sedikit drama tulisan sebelum perang yang dapat ditemui sehingga kini.


Bangsawan Sebagai Drama Transisi

Oleh kerana belum ada kajian yang lengkap dilakukan terhadap drama-drama tradisional Malaysia, hingga sekarang kita belum pasti ada berapa jenis drama tradisional yang pernah wujud di sini. Namun beberapa kajian yang pernah dilakukan mengenai beberapa bentuk penting drama tradisional telah berjaya memperlihatkan beberapa sifat penting yang terdapat pada drama¬drama tersebut. Sifat terpenting dalam drama-drama tradisional ialah improvisasi. Sifat ini kita katakan sebagai terpenting adalah terutamanya dilihat dalam hubungan perubahan yang akan terjadi pada drama baru. Improvisasi ialah cara persembahan drama yang dilakukan tanpa berdasarkan kepada naskhah bertulis, sebaliknya hanya berdasarkan kepada rangka dasar (tema dan plot dasar) sesebuah cerita sahaja. Pengembangan cerita dari tema dan plot dasar itu, termasuk dialog dan lakonan adalah hasil kreativili pelakon dan pengarah. Sifat improvisasi ini menyebabkan drama-drama tradisional tidak pernah melahirkan naskhah bertulis. Malah ia memang tidak memerlukan naskhah bertulis kerana konsep drama itu sendiri bukanlah untuk dibaca, tetapi untuk ditonton dan didengar. Sama halnya dengan sastera rakyat tradisional yang bersifat lisan. Dalam hal ini penglipurlara, satu daripada bentuk sastera rakyat yang terpenting itu, adalah juga merupakan satu bentuk teater tradisional, iaitu teater pengucapan, di mana unsur pengucapan lebih dipentingkan daripada unsur-unsur teater yang lain yang sebenarnya berfungsi untuk membantu pengucapan atau penceritaan itu.

Ada beberapa hal yang perlu dijelaskan mengenai tradisi lisan sastera dan tradisi improvisasi teater. Kedua-dua tradisi ini dilahirkan oleh masyarakat yang buta huruf. Karya-karya sastera disebar dan tersebar melalui lisan. Secara kasarnya proses penghasilan karya sastera lisan melibatkan dua peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat penyempurnaan, di mana sesebuah karya itu mula dilahirkan dalam bentuk yang belum sempurna lalu disebarkan dan diperbaiki secara kolektif oleh masyarakat itu hingga mencapai bentuk yang agak sempurna diterima oleh masyarakat tersebut. Proses pembaikan ke arah kesempurnaan ini adalah proses improvisasi. Setelah karya itu sempurna ia terus juga disebarkan. Di peringkat ini juga karya yang sudah sempurna itu akan terus mengalami beberapa perubahan kecil berdasarkan kecenderungan, kemahiran dan gaya bercerita seseorang pencerita pada bahagian pengembangan dari plot dasarnya. Manakala plot dasarnya serta ayat-ayat atau ungkapan deskripsi dan puisi yang indah terus dipertahankan secara hafal. Proses perubahan-perubahan kecil di peringkat ini juga adalah proses improvisasi. Ini menun¬jukkan bahawa tradisi lisan dan tradisi improvisasi berjalin antara satu sama lain dan berkembang dengan sejajar. Keadaan yang hampir sama juga berlaku dalam proses penghasilan karya drama atau teater improvisasi. Persembahan-persembahan wayang kulit dan makyong, misalnya, banyak juga menggunakan teknik menghafal cara tradisi lisan di samping teknik improvisasi, terutamanya pada puisi-puisi clan ungkapan-ungkapan deskripsi mengenai sesuatu.


Wujudnya sastera lisan dan drama improvisasi dalam masyarakat tradisional adalah disebabkan oleh sifat masyarakat yang buta huruf pada waktu itu. Pada kira-kira tahun 1870-an, di Pulau Pinang datang sebuah rombongan drama dari India yang dikenali dengan nama Wayang Farsi yang menunjukkan permainan mereka dengan menggunakan bahasa Hindi. Dengan mencontohi Wayang Farsi, pada tahun 1883 Mamak Haji Pushi telah men¬dirikan kumpulan drama bangsawan yang pertama di Malaysia dikenali dengan nama Wayang pushi, bertempat di Pulau Pinang. Sementara itu penerbitan suratkhabar menjadi bertambah maju pada awal kurun ke-20 hingga Perang Dunia Kedua. Dalam bidang drama, bangsawan juga mencapai kemajuannya yang boleh dikatakan selaras dengan kemajuan persuratkhabaran. Suatu hal menarik untuk diperhatikan di sini ialah bangsawan hingga ke hari ini pun, masih bersifat improvisasi dan tidak pernah melahirkan naskhah- bertulis. Ini menunjukkan pula sifat improvisasi pada bangsawan bukanlah lagi diarahkan oleh keadaan masyarakat yang buta huruf, tetapi lebih disebabkan oleh pengertian atau konsep drama itu sendiri: bahawa drama bukannya sesuatu yang dicipta untuk dibaca, tetapi adalah yang dicipta untuk dilakonkan, untuk ditonton dan didengtar. Ini adalah konsep yang diwarisi daripada drama atau teater tradisional.

Ciri-ciri teater tradisional yang masih terdapat pada bangsawan selain daripada improvisasi ialah cerita-cerita yang dipersembahkan didominasi oleh unsur-unsur dongeng dan khayal, struktur plot cerita-cerita tersebut bersifat episodik. Juga terdapat penggunaan puisi lama dan bahasa berirama, lakonan dilakukan secara stylize (tidak bersahaja), persembahan dimulakan, dengan upacara pembukaan yang agak ritualistik, dan persembahannya menggabungkan juga unsur-unsur muzik, nyanyi, tari (termasuk silat) dan jenaka. Walaupun dalam aspek-aspek tersebut bangsawan masih meneruskan ciri-ciri teater tradisional dan kerana itu dapat digolongkan sebagai satu daripada bentuk teater tradisional, tetapi dalam beberapa aspek yang lain ia telah membawa beberapa pembaharuan yang penting dalam perkembangan drama Malaysia, hingga tidak tepat lagi kalau hendak kita golongkan sebagai teater tradisional.

Dari segi penggunaan pentas, bangsawanlah jenis teater Malaysia yang mula-mula menggunakan pentas prosenium. Teater-teater sebelumnya, kecuali wayang kulit, adalah dimainkan sama ada di kawasan terbuka atau di dalam rumah-rumah tempat kediaman, khususnya istana, dengan menggunakan teknik pentus bulatan atau arena yang boleh ditonton dari semua sudut, atau pentas tapak kuda yang boleh ditonton dari tiga penjuru. Wayang Wit pula, sesuai dengan teknik bayang yang digunakannya serta tidak mempunyai pelakon hidup, tidak memerlukan pentas untuk lakonan, sebaliknya menggunakan kain layar untuk memancarkan bayang. Bangsawan juga menggunakan tirai penutup hadapan pentas yang tidak pernah digunakan oleh teater-teater sebelum ini. Teater-teater tradisional mempersembahkan cerita-cerita mereka tanpa berhenti untuk suatu persembahan. Sebuah cerita selalunya memerlukan lebih dari satu persembahan. Persembahan tanpa berhenti begini dapat dilakukan kerana teater-teater tradisional tidak menggambarkan latar ruang cerita-cerita mereka secara visual, yakni tempat berlakunya cerita tidak digambarkan pada pentas, sebaliknya digambarkan melalui dialog dan aksi pelakon kerana bangsawan membuat gambaran tersebut, ia memerlukan tirai hadapan untuk melindungi kerja-kerja persiapan dan penukaran setting pentas. Tirai ini juga berfungsi membahagikan cerita kepada babak-babak, di mana di antara babak-babak itu diadakan pula acara selingan yang dipanggil extra-turn, berupa nyanyian, tarian, dan kadang-kadang lawak jenaka. Bangsawan diolah dalam banyak babak, selalunya lebih daripada sepuluh, sesuai dengan struktur cerita episodik. Latar tempat dalam bangsawan digambarkan terutamanya dengan tirai pemandangan - tirai yang dilukis dengan gambar-gambar tertentu sesuai dengan kehendak cerita - yang digantung menutupi dinding belakang pentas, dan apabila perlu (tidak selalu) gambaran itu dilengkapkan lagi dengan perabot-perabot yang lain, seperti singgahsana raja dan sebagainya. Gambaran latar tempat atau setting pentas ini merupakan satu daripada ciri-ciri penting teater bangsawan. Lebih natural dan indah pemandangan setting tirainya boleh menyebab-kan kumpulan bangsawan itu lebih diminati dan terkenal.

Walaupun teknik lakon bangsawan adalah teknik lakon stylize iaitu lakonan yang menggunakan pergerakan dan pengucapan yang agak berbeza daripada pergerakan dan pengucapan dalam kehidupan sehari-hari, namun satu perkara yang dipanggil “tasmat" agak perlu diberi perhatian. Tasmat ialah suatu macam keajaiban yang diperlihatkan, melalui kemahiran-kemahiran teknikal secara sebenar di atas pentas; misalnya orang menjelma, rumah terbakar, orang terbang dan seumpamanya. Perkara¬perkara tasmat ini, sama halnya dengan setting, tidak ditunjukkan secara stailais ataupun simbolik, sebaliknya cuba ditunjukkan secepat mungkin. Apa yang dimaksudkan dengan sebenar di sini ialah tasmat sebegitu rupa agar penonton akan dapat melihat seolah-olah perkara-perkara itu adalah benar-benar berlaku. Bangsawan bukanlah drama realisme, tetapi dramatis-dramatis bangsawan sekurang-kurangnya dalam dua aspek tadi berbeza dengan dramatis-dramatis tradisional di mana telah mencuba menggunakan sedikit unsur realisme dalam bangsawan.


Teater tradisional mempunyai batasan cerita tertentu iaitu mementaskan cerita dari sumber tertentu sahaja. Misalnya, makyong mempunyai dua belas cerita asal: tiga cerita dari kumpulan Anak Raja Gondang, enam cerita dari kumpulan Dewa Tujuh, cerita Raja Muda La Leng, Raja Muda Lembek, dan Anak Raja Tangkai Hati. Kalau ada cerita-cerita selain daripada itu dimainkan dalam makyong, itu adalah dari pengaruh-pengaruh yang datang terkemudian. Cerita-cerita asal wayang kulit pula adalah cerita-cerita yang bersumberkan epik Hin¬du termasyhur Ramayana, atau yang dikenali dalam kesusasteraan Melayu sebagai Hikayat Seri Rama. Cerita-cerita selain daripada itu yang dimainkan dalam wayang kulit adalah dari pengaruh-pengaruh yang datang terkermudian. Bangsawan mempunyai sumber cerita yang tidak terbatas. Sama ada cerita-cerita itu datang dari dongeng, cerita rakyat, sejarah, Hindu, Timur Tengah, Jawa, Bali, China, Eropah - asalkan cerita-cerita itu dijangka akan mendapat sambutan dari penonton. Yang menentukan repertoire atau perbendaharaan cerita-cerita bangsawan ialah penonton, kerana ukuran mutu teater bangsawan, berbeza dari teater-teater tradisional, ditentukan oleh bilangan penonton yang datang menon¬ton, sesuai dengan sifatnya sebagai seni komersial-profesional. Sifat membuka diri kepada sebarang cerita inilah, walaupun kebanyakan cerita-cerita bangsawan bersifat dongeng clan khayal, apabila sam¬pai waktunya yang sesuai bangsawan pun mementaskan cerita-¬cerita baru yang diangkat dari kejadian-kejadian sezaman. Ini terjadi pada tahun-tahun tiga puluhan.

Teater tradisional keseluruhannya lahir dengan sifat dan fungsi yang ritualistik dan kemudiannya beransur-ansur mencapai fungsi hiburan tanpa terpisah langsung dari fungsi ritualnya. Bangsawan lahir dengan sifat dan fungsi hiburan dan terus berkem-bang menjadi bentuk hiburan popular di samping menjadi seni komersial dan profesional. Kalau ada sedikit-sedikit upacara yang ritualistik di dalamnya, itu lebih merupakan faktor luaran yang diwarisi dari kepercayaan lama. Teater tradisional yang terkenal, khususnya makyong dan wayang kulit, mencapai kemasyhuran dan ketinggian mutunya kerana dibiayai dan dinaungi oleh istana, manakala bangsawan mendapatkan kemasyhuran kerana mereka sentiasa berusaha untuk memenuhi kepuasan selera penonton dan penontonlah yang membiayai kehidupannya. Dapatlah dikatakan bahawa fungsi hiburan bangsawan lebih terbuka dibandingkan dengan teater tradisional. Isi dan bentuknya sentiasa terbuka kepada perubahan, asalkan perubahan itu menjaminkan penonton yang lebih ramai. Ini bermakna audien terlibat secara langsung dalam menentukan bentuk dan isi bangsawan. Kerana sifat yang flexible inilah maka bangsawan dalam konteks zamannya telah menjadi satu persembahan yang berjaya menghapuskan perbezaan kelas masyarakat yang meminatinya. Penonton bangsawan terdiri dari seluruh lapisan masyarakat, dari golongan atasan hingga golongan bawaharr. Walaupun makyong dan wayang kulit juga diminati oleh golongan atasan dan bawahan, namun mereka menikmatinya secara terpisah.

Kemunculan bangsawan sebagai satu bentuk teater atau seni hiburan yang bebas dari naungan pemerintah dan mendapat sam¬butan yang begitu hebat dari seluruh lapisan masyarakat hingga berjaya menjadi suatu macam perusahaan yang menguntungkan adalah merupakan suatu fenomena baru dalam kehidupan kebudayaan Melayu. Bangsawan tersebar ke seluruh pelusuk negara dengan menggunakan bahasa Melayu standard yang dapat difahami oleh penonton-penonton dari semua daerah, menjadi-kannya teater Melayu pertama bertaraf nasional. Sambutan hebat yang diberikan masyarakat kepada pertunjukan-pertunjukan bangsawan telah menggerakkan orang-orang kaya dan pengusaha-pengusaha untuk menjadikannya suatu perusahaan bagi mencari untung. Bangsawan menjadi seni teater Melayu yang pertama bersifat dan berfungsi komersial. Ini melibatkan pula bangsawan ke dalam satu sistem organisasi moden. Keperluan modal yang besar untuk mengadakan keperluan¬keperluan pementasan, membayar gaji para pelakon dan pekerja, perbelanjaan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat pertunjukan, pengurusan membuat pertunjukan, pengurusan ahli-ahli kumpulan, dan sebagainya, memerlukan satu sistem pengurusan yang cekap. Penglibatan bangsawan ke dalam satu organisasi yang bergerak luas, malah hingga ke luar negeri, dan bertujuan komersial, adalah suatu perkara baru dalam sejarah perkembangan kesenian Melayu.


Pelakon-pelakon bangsawan sejak pertengahan tahun 1880 lagi sudah bercampur lelaki dan perempuan di mana hal seperti ini tidak terdapat pada teater tradisional, kalau ada pun terlalu terbatas tetapi pergaulan dan akhlak mereka dikawal dengan ketat terutamanya orang-orang perempuan. Zaman perkembangan bangsawan, iaitu sejak akhir kurun ke-19 hingga Perang Dunia Kedua, kalau dilihat pada perkembangan sosial masyarakat Melayu adalah suatu zaman transisi. Perubahan pada nilai ekonomi, sosial dan moral ini turut mempengaruhi, malah membentuk cara hidup anak-anak bangsawan. Anak-anak bangsawan di tahap gemilangnya telah hidup dalam suatu komuniti tersendiri dengan nilai moral yang relatif bebas. Pengaruh kebendaan yang diterima bersama-sama tamadun Barat telah menyebabkan mereka menukar nilai-nilai sosial dan moral. Kalau dulu mereka berakhlak seperti "orang baik-baik", sekarang kerana mengikut arus peredaran zaman dan kemewahan material, mereka semakin bebas dari batasan-batasan akhlak yang ada. Apa lagi bila zaman kegemilangan bangsawan kebetulan pula dengan zaman kemewahan ekonomi orang-oranp Melayu akibat melambungnya harga getah selepas Perang Dunia Pertama. Penonton-penonton yang mewah tidak teragak-agak menghadiahkan wang ringgit dan benda-benda berharga kepada bintang-bintang bangsawan pujaan mereka. Waktu inilah anak anak bangsawan hidup seperti bintang-bintang filem Hollywood yang terkenal dengan kebebasan moral dan skendal-skendal seks. Mereka juga pernah menjadi ejen perubahan sosial di kalangan muda mudi waktu itu apabila fesyen-fesyen pakaian dan kebebasan pergaulan mereka menjadi ikutan golongan muda mudi.

Antara faktor-faktor mengapa bangsawan mendapat sambutan begitu hebat dari masyarakat waktu itu ialah persembahan yang berbeza daripada teater-teater tradisional. Ia juga berjaya melayan impian dan khayalan penonton secara lebih luas dan nyata. Bangsawan juga telah menggarap sensasi asas manusia berhubung dengan pembebasan desakan seksual melalui gambaran-gambaran percintaan bebas, hubungan bebas lelaki perem¬puan, kostum yang mendedah aurat dan tarian-tarian serta lagu-¬lagu yang sensasional. Melalui bangsawan juga penonton dapat melepaskan keinginan untuk menjadi hero atau heroin dalam kehidupan mereka dengan mengidentifikasikan diri mereka dengan bintang-bintang pelakon pujaan. Ini adalah berhubungan juga dengan kesedaran keindividualan yang terbit dari pengaruh kebudayaan Barat yang mulai berkembang. Semuanya ini dieksploit pula oleh pengusaha-pengusaha atau tauke-tauke menjadi perniagaan secara kapitalis dengan mengamalkan sistem organisasi moden.

Sebagai sejenis seni komersial, hasil yang diharapkan dari setiap pertunjukan bangsawan dan usaha-usaha yang berhubungan dengannya ialah keuntungan wang, bukannya meninggikan mutu seni teater. Faktor utama ke arah mencapai tujuan ini ialah pelakon-pelakon yang handal dan diminati malah digilai oleh penonton, bukannya cerita-cerita yang baik. Cerita yang akan dipentaskan mungkin sudah diketahui oleh audien, namun mereka pergi menonton untuk melihat pelakon-pelakon yang bermain dan juga teknik-teknik persembahan yang mengkagumkan, termasuk tasmat serta kostum dan tirai-tirai pemandangan yang indah-indah. Ini merupakan satu daripada faktor faktor mengapa walaupun pengaruh-pengaruh moden sudah kelihatan pada cara hidup anak-anak bangsawan, pada acara-acara selingan dan sistem penguasaan organisasi sejak tahun-tahun dua puluhan dan sebelumnya lagi, namun kemodenan dalam cerita cerita bangsawan baharu kelihatan pada tahun-tahun tiga puluhan.


Satu lagi faktor kelambatan pemodenan dalam cerita-cerita bangsawan ialah anak-anak bangsawan, khususnya pengarah-pengarahnya tidak terdiri daripada orang-orang terpelajar atau orang-orang pemikir, seperti penulis-penulis. Mereka hanya mahu menghambat sensasi audien dan tidak berusaha untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu. Kebanyakan anak-anak bangsawan adalah datang daripada golongan penganggur. Faktor yang lain pula berhubungan dengan satu tradisi teater tradisional, iaitu bahawa cerita-cerita yang dipentaskan bukanlah milik individu. Dalam masyarakat tradisional, hasil sastera adalah milik bersama. Walaupun pada tahun-tahun tiga puluhan sudah terdapai pengarah-pengarah bangsawan mencipta dengan cerita "moden", namun nama mereka sebagai pencipta bukanlah suatu perkara yang penting. Cerita-cerita itu akan dipentaskan pula oleh orang-¬orang lain dan nama penciptanya akan hilang. Selain daripada sebab-sebab tradisi sastera sebagai milik bersama dan cerita bukanlah perkara yang begitu penting dalam teater bangsawan. Ketiadaan skrip yang akan mencatatkan nama-nama pengarang berkenaan supaya kekal bersama karya-karya mereka dan diketahui umum juga menyebabkan peranan pengarang dalam bangsawan kelihatan seperti tiada dihargai. Ini menyebabkan dorongan ke arah penciptaan cerita-cerita baru amat tidak menggalakkan.

Perbendaharaan cerita bangsawan membuka dirinya kepada sebarang cerita asalkan dijangka mendapat sambutan penonton. Cerita-cerita pilihan bangsawan adalah cerita-cerita yang penuh imaginasi dan memungkinkan pementasan yang dapat menimbulkan kesan-kesan yang menarik clan mempesona, sesuai dengan daya terima audien. Bangsawan adalah sejenis teater hiburan yang menghibur melalui nyanyian, muzik, lawak jenaka dan juga tarian serta lakonan-lakonan yang stailistik, dengan kostum dan seting yang indah¬-indah belaka. Jadi cerita-cerita yang dipilih adalah cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur hiburan seumpama itu. Cerita-cerita mengenai masyarakat sezaman agak kurang sesuai dengan semangat teater bangsawan. Kita perhatikan bahawa cerita-cerita dari Eropah yang pernah dipentaskan oleh mereka pun bercorak begitu atau boleh disesuaikan kepada semangat itu - bolehlah kita katakan semangat romantik. Kisah mengenai hero yang gagah dan baik, yang sentiasa menang dalam perlawanan-perlawanannya dengan ejen-ejen kejahatan (seperti jin), dan akhirnya berjaya men¬dapatkan perempuan yang cantik dan baik pula, atau kisah-kisah lain yang serupa itu di mana dalam apa cerita pun watak peran atau lawak harus ada.

Pengaruh yang lebih jelas ke arah pemodenan cerita-cerita bangsawan terjadi pada tahun 1928 apabilarombongan Miss Ribut Opera dari Indonesia datang ke sini dan mementaskan cerita-cerita "moden" mereka. Bagimana modennya pementasan-pementasan Miss Ribut ini dapat difahami dari tulisan "Tengku Syed Abdul Kadir dan Zen Rosdy yang mengatakan "Miss Ribut sudah mulai membawa tema moden, cerita 'masa kini' pada zaman itu walaupun dalam repertoire masih banyak diutamakan tema heroic/ adventure dan tema-tema klasik. Tahun 193 datang pula kumpulan Dardanella oleh Boen S Oemarjati yang dikatakan telah "mengadakan perombakan-perombakan revolusioner" dalam perkembangan drama Indonesia." Persembahan-persembahan Dardanella telah meninggalkan kesao yang baik di kalangan penonton-penonton yang agak terpelajar.

Percubaan ke arah pembaharuan yang pen¬ting dalam perkembangan bangsawan telah dilakukan oleh seorang wartawan di Singapura pada tahun 1930. Abdullah Munshi, telah mengarang empat atau lima buah cerita untuk dipentaskan oleh kumpulan City Opera, dan ia sendiri telah mengarah pementasan-pementasan tersebut dengan menggunakan skrip yang dikarangnya, dan pelakon-pelakon dikehendaki menghafal skrip tersebut. Abdullah sendiri bukanlah seorang pelakon. Cerita-ceritanya adalah cerita-cerita sejarah tanpa unsur-unsur dongeng dengan jin, peri dan sebagainya seperti yang ter¬dapat dalam cerita-cerita bangsawan. Bentuk persembahannya masih lagi tidak berbeza dengan persembahan-persembahan bangsawan yang lain. Abdullah belum mencuba menghasilkan cerita-cerita dari kehidupan sezamannya. Namun percubaannya memasukkan penggunaan skrip ke dalam bangsawan adalah suatu pembaharuan yang penting dalam perkembangan teater Melayu. Cuma kerana teknik menghafal skrip yang dianjurkannya itu ber¬lawanan dengan amalan bangsawan dan menimbulkan kesukaran-kesukaran di samping kurang sesuai dengan semangat persembah¬an, khususnya lakonan bangsawan, percubaannya tidak mendapat sambutan dari artis-artis bangsawan yang lain. Dan teater Melayu pun terus berjalan tanpa penggunaan skrip.

Cerita "moden" dalam ertikata digubah berdasarkan peristiwa-peristiwa dari masyarakat sezaman selewat-lewatnya telah dipentaskan oleh bangsawan pada tahun 1932, iaitu "Anak Derhaka", yang dipentaskan di Johor. Oleh kerana "Anak Derhaka" dipentaskan sesudah kedatangan kumpulan Miss Ribut, kemungkinan dia dipengaruhi oleh drama-drama Miss Ribut tidaklah dapat dinafikan. Tetapi kita juga harus ingat bahawa dua tahun sebelum kedatangan kumpulan teater dari Indonesia itu majalah Tecuan Muda telah membuat kritik yang membina terhadap bangsawan, di mana satu daripada lima syor yang dikemukakannya untuk memperbaiki mutu bangsawan ialah: cerita-cerita kayangan yang senantiasa saja di pertunjukkan itu patutlah ditukar terkadang-kadang dengan cerita-cerita yang berkenaan dengan hal ehwal kehidupan bangsa kita pada zaman sekarang ini - iaitu bagaimana kelemahannya, kehendaknya, kemahuannya dan seumpamanya.

Kritik ini besar kemungkinannya telah mempengaruhi dan menggerakkan hati pengarah-pengarah bangsawan waktu itu untuk mencipta clan mementaskan cerita-cerita yang realistik, yang mencerminkan kehidupan sezaman. Ini bererti desakan ke arah pemodenan cerita-cerita bangsawan telah pun dilakukan oleh pengarang-pengarang tempatan lebih awal dari kedatangan pengaruh dari Indonesia."Anak Derhaka" mengisahkan seorang pemuda, Ahmad, setelah ditinggalkan oleh ibu bapanya kerana pergi menunaikan fardhu haji ke Mekah. Ia telah menderhakai keluarganya dengan menghalau anak isterinya setelah mengambil seorang perempuan jahat menjadi isteri mudanya. Semua hartanya ditukar hak miliknya, kepada isteri mudanya. Apabila ibu bapanya pulang dari Mekah, berlakulah pertengkaran antara Ahmad dengan ibu bapa¬nya serta isteri tuanya, Esah. Kerana ibu bapanya menyebelahi Esah, mereka pun dihalau oleh Ahmad. Selepas itu Ahmad pula dihalau oleh isteri mudanya yang selama ini memang menyimpan seorang kekasih. Berlaku pergaduhan yang akhirnya mengakibatkan Ahmad ditangkap dan dihukum penjara selama lima tahun. Sementara itu Muhammad, adik Ahmad, yang selama ini belajar di Malay College Kuala Kangsar telah tamat pengajiannya clan kini bekerja sebagai O.C.P.D. di Kelang. Anak isteri Ah¬mad dan ibu bapanya semua tinggal bersama Muhammad. Setelah selesai tempoh hukumannya, Ahmad pun keluar dari penjara dan pergi ke Kelang. Secara kebetulan di situ bertemulah semula Ah¬mad dengan keluarganya. Ahmad menyesali perbuatannya dan meminta ampun.


Selepas "Anak Derhaka", didapati ada sebanyak sembilan buah lagi drama moden/baru bangsawan yang telah dipentaskan dalam tahun-tahun tiga puluhan. Drama-drama itu ialah "Antara Dua Peti Mati," "Siapa Salah", "Apa kata Hukum Syarak" (atau "Dunia Terbalik"), "Gunung Banang", "Hassan Hasnah" (atau "Keranda Berdarah"), "Doktor Chepta", "Dua Puluh Lima 'Tahun Dalam Rahsia", "Bukan Kerana Ilmu", dan "Fatimah di Rimba Bambu". Dari segi tema, "Anak Derhaka" dapatlah dikatakan ber¬ternakan moral. Lain-lain drama yang mempunyai tema yang sama ialah "Doktor Chepta", "Bukan Kerana Ilmu" clan "Fatimah di Rimba Bambu". Drama-drama yang mengemukakan tema dan persoalan moral adalah bersifat didaktik, bertujuan untuk memberi pelajaran dan contoh kepada masyarakat: Bahawa orang yang berada di pihak yang salah dan jahat akhirnya tidak akan selamat, manakala orang yang berada di pihak yang baik dan benar akhir¬nya akan menang. Ishak dalam "Bukan Kerana Ilmu" adalah suami yang suka mencari hiburan dengan perempuan-perernpuan di luar rumah dan selalu meninggalkan isterinya manakala Hamidah ialah isteri yang setia clan berbakti terhadap suaminya. Dengan suatu taktik yang halus dan lucu akhirnya Hamidah dapat menginsatkan suaminya sehingga ia bertaubat tidak akan berpoya-poya lagi. "Bukan Kerana Ilmu" ialah karya Mat Dadida dan telah dipentaskan pertama kalinya oleh kumpulan Odeon Star di Pulau Pinang pada tahun 1939.

"Fatimah di Rimba Bambu" yang tidak diketahui pengarangnya pernah dipentaskan di Singapura pada tahun 1937 dan kemudian di pentaskan oleh kumpulan Diamond Star di bawali arahan Raden Saanan di Taiping, Perak pada tahun 1942. Idrus telah dihukum dengan cara diikat pada pokok dan dikawal selama dua bulan oleh Penghulu Pulau Seribu kerana mencederakan All dan kawannya dalam satu perkelahian. Perkelahian itu berpunca bila Ali bertemu dengan Idrus sedang bercakap berdua-duaau dengan Fatimah yang sudah menjadi tunangnya. Fatimah sebenarnya ialah kekasih Idrus yang ditunangkan secara paksa dengan Ali, pemuda kaya dari Singapura yang diambil oleh penghulu menjadi anak angkatnya. Dengan pertolongan bapa saudaranya, Idrus dapat melepaskan diri dan lari ke Singapura. Di Singapura dia menggadaikan cincin pertunangan Fatimah dengan Ali yang diberikan oleh Fatimah kepadanya. Rupa-rupanya cincin itu adalah cincin yang dicuri oleh Ali dan dia sedang dicari oleh polis. Ali akhirnya berjaya ditangkap oleh polis sewaktu upacara perkah-winannya dengan Fatimah. Penghulu menyesali tindakannya yank kurang usul periksa, dan Idrus pun selamat kembali kepada keluarga dan kekasihnya.
                                                                                                      ....... bersambung Bahagian 2

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena