Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur III

SINOPSIS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR 


BAB 31
Sani yang bersetuju untuk menetap di kampong atas cadangan Sudin berada dalam kekeliruan tentang masa depannya jika menerima tawaran kerja sebagai wakil kepada wakil rakyat.Dia bimbang kerana politik akan berubah dalam setiap 5 tahun sekali. Dia sebenarnya berharap agar YB menawarkan kerja di kilang papan yang tidak berisiko. Sudin menasihatinya supaya menerima saja tawaran tersebut.
YB datang untuk mendapat jawapan dari Sani, kesempatan tersebut digunakan oleh Sani untuk mengetahui akan kedudukan ayahnya. Sani sedar ayahnya semakin uzurdan memerlukannya kerana dia adalah anak tunggal. Sebenarnya persaraan ayah sani akan memberi peluangkepada imam pecan Tualang kembali ke tempat asalnya di Pekan Kuala dan mudah-mudahan ayah Sudin akan dilantik sebagai imam di Pekan Tualang.
YB mengajak mereka ke rumah Datuk mahmud untuk berbincangtentang pembelaan terhadap penduduk kampong. Tujuannya untuk meninggikan taraf hidup mereka. Satu rancangan telah diatur untuk menempatkan mereka di tanah rancangan FELDA. Tetapi masalah yang mungkin akan wujud ialah golongan tua termasuklah imam Saad. Mereka ingin mendapatkan pandangan Datuk Mahmud bagi melantik Imam Saad sebagai imam Pekan Tualang.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sani keliru samaada mahu menerima tawaran kerja dengan YB, kerana masa depannya tidak terjamin kerana ia melibatkan politik yang akan berubah 5 tahun sekali.
2.Sani akhirnya akur dengan nasihat Sudin supaya menerima tawaran tersebut demi untuk ayahnya yang semakin memerlukannya kerana uzur.
3.Sani juga telah dimaklumkan tujuan ayahnya dipersarakan dari jawatan imam di pekan Kuala.
4. Penduduk akan dibantu dengan menempatkan mereka di rancangan FELDA.

BAB 32
Pak Salim tiba-tiba menantang cadangan untuk menjadikan gerainya sebagai tempat perbincangan dengan penolong pegawai daerah dan pegawai FELDA. Sudin meminta maaf kerana menyusahkan Penghulu Salim dan dia mahu Penghulu Salim memaklumkan kepada orang ramai tentang perubahan tempat untuk taklimat di surau.
Sudin dalam perjalanan ke rumah Datuk Mahmud telah menumpangkan Mat Akil dan rakan-rakannya, Sudin menyindir mereka tidakkah mereka takut dengan pengikut-pengikut Pendekar Omar. Sudin juga mengingatkan mereka supaya hadir sama pada hari Isnin di surau dalam majlis penerangan nanti. Mat Akil memaklumkan sebenarnya Pak salim marah kerana tinggal dia seorang orang tua yang nanti terpaksa mengikut anaknya ke tanah rancangan. Sedangkan Imam saad telah diterima sebagai Imam di pekan Tualang. Mengikut Mat Akil Penghulu Salim rasa ada pilih kasih dalam soal tersebut. Di rumah Datuk mahmud semuanya telah ada bagi berbincang tentang pembelian tanah penduduk Kampung Pulai,bagi sudin semuanya telah beres kecuali masalah kecil tentang Penghulu salim. En. Muhammad berharap agar YB dapat mengusahakan sebuah tapak kedai dengan rumahnya sekali di tanah rancang kepada Penghulu Salim dan mereka berharap Penghulu salim akan bersetuju.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Pak salim enggan membenarkan gerainya digunakan sebagai tempat taklimat yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai daerah dan Pegawai FELDA.
2. M.Akil memaklumkan sebenarnya Penghulu Salim sedih kerana dia seorang orang tua yang terpaksa ikut anaknya ke tanah rancangan sedangkan Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan tidak.
3. En. Muhammad meminta supaya YB usahakan tapak gerai dan rumah untuk Penghulu Salim di tanah rancangan untuk kemudahannya berniaga

BAB 33
En. Muhammad berasa tenang apabila dia menghadap tuhan pada hari jumaat di Kampung Pulai sempena pengumuman Syarikat Lombong Lembah Tualang akan membeli tanah penduduk kampong. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara penentangan dari seorang pemuda berjubah yang menuduh En. Muhammad bertujuan untuk mengusir mereka bagi mendirikan hotel peranginan yang akan membawa maksiat. En. Muhammad dikatakan hanya mementingkan keuntungan.

Jamaluddin turut membuat tuduhan bahawa perpindahan mereka ke rancangan FELDA mempunyai maksud tertentu. Menurutnya orang-orang tua di kampong itu telah dibeli dan dijanjikan dengan pangkat dan kesenangan supaya tindakan mengusir penduduk kampong tidak berhadapan dengan masalah.

En. Muhammad kesal dengan tuduhan tersebut, mereka tidak sedar hasrat murninya untuk meninggikan taraf ekonomi penduduk kampong. Dia berdoa agar mereka yang menentangnya diberi petunjuk dan pengertian akan niatnya. Selepas makan di rumah datuk Mahmud mereka telah mengadakan bedah siasat bagi mengenalpasti punca penentangan tersebut. Andaian yang dibuat jamaluddin menentang kerana ayahnya tidak dilayan selayaknya sepertimana Imam Saad dan juga Tuk Empat Dahlan. Manakala Pemuda berjubah itu pula dikatakan hanya bersifat sentiment politik. Menurut YB masalah Pak salim telah dapat diselesaikan, dia juga mencadangkan agar majlis pada hari Isnin nanti ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui oleh En. Muhammad. Penentangan itu mengingatkan En. Muhammad pada zaman mudanya yang banyak menganiaya peniaga-peniaga yang tidak mematuhi kontrak. Dia juga teringatkan akan Mary yang pernah menjadi sebahagian dari hidupnya, tapi sekarang Mahani telah mengubah hidupnya yang dulunya penuh kemaksiatan.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Pengumuman tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang akan membeli tanah kepunyaan penduduk Kampung telah dibuat oleh En. Muhammad sebelum sembahyang Jumaat.

2. Jamaluddin dan pemuda berjubah menentangnya dengan mengatakan En. Muhammad hanya mementingkan keuntungan dan membawa maksiat.
3. Selepas sembahyang bedah siasat telah diadakan bagi mengenalpasti punca penentangan tersebut yang akan mengagalkan rancangan En. Muhammad.
4. En. Muhammad teringat zaman mudanya yang pernah menganiaya peniaga kecil dan hidupnya yang penuh kemaksiatan bersama Mary

BAB 34
En. Muhammad ke pejabat Datuk Tan untuk berbincang tentang masalah Syarikat Lombong Lembah Tualang seperti dalam laporan peguam. En. Muhammad dikejutkan dengan cadangan Datuk Tan supaya mengambil Mary bekerja, tetapi En. Muhammad menolaknya kerana berasa dirinya sudah tua. Beliau seterusnya menceritakan tentang kejadian pemusnahan ladang orkid dan juga pergaduhan, beliau mengesyaki ada motif tertentu disebalik kejadian tersebut. Beliau dapat rasakan orang yang mengupah Pendekar Omar untuk menakutkan orang kampong supaya tidak menandatangani petisyen persaraan Imam, sekiranya ia benar tentunya melibatkan soal politik ini kerana Ali ialah penyokong YB.
Motif kedua pula adalah untuk menakutkan En. Muhammad supaya tidak melabur di Kampung Pulai. Beliau turut mengesyaki tauke Chan yang menjadi dalangnya. Tetapi Datuk Tan tidak mempercayainya kerana dia kenal Tauke Chan yang tentunya tidak berani untuk menentangnya. Datuk Tan mengesyorkan supaya peguam terus membuat penyiasatan yang lebih terperinci. Datuk Tan bertanya sekiranya Kampung Pulai tidak berjaya dibeli adakah operasi perlombongan dapat dijalankan. En. Muhammad memberitahu operasi masih boleh dijalankan. Tapi beliau bimbang jika ini berlaku Kampung Pulai akan menjadi pulau dikelinlingi lombong.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. En. Muhammad ke pejabat datuk tan untuk berbincang tentang kejadian di kampong Pulai seperti yang dilaporkan oleh peguam.
2. En. Muhammad insaf dan berasa dirinya tua apabila Datuk Tan memberitahu tentang Mary yang berminat untuk berkerja.
3. Mereka keliru tentang motif sebenar disebalik kejadian tersebut samada ia melibatkan politik atau Tauke Chan.
4. Datuk Tan mahu penyiasatan dilakukan untuk mengetahui punca kedua-dua kejadian tersebut.

BAB 35
Sudin menyerahkan wang kepada Mat Akil sebagai imbuhan di atas sumbangan mereka. Semasa di kedai pak Salim, Mat Akil turut bertanyakan tentang Jamaludin dan Lebai Maarup yang lantang menentang rancangan En. Muhammad. Mat Akil menyatakan yang Lebai Marup sebenarnya pengintip. Mereka kemudian ke pondok tempat mereka berkumpul. Semasa dalam perjalanan mereka telah terserempak dengan Mak Ngah dan anak gadisnya yang diminati oleh Man.
Mat Akil mengapi-apikan Man dengan mengatakan tentunya Lebai Endut akan memilih Lebai Marup sebagai calon menantu.
Mat Akil seterusnya membahagi-bahagikan wang yang diberikan oleh Sudin . Pembahagian tersebut sebenarnya digunakan oleh Sudin untuk membayar hutang kepada rakan-rakannya. Beliau bijak memainkan peranan tanpa diketahui oleh rakan-rakannya yang wang tersebut sebenarnya untuk mereka.
Mat Akil seterusnya ke rumah Sudin untuk kali yang keduanya setelah kali pertama dulu dia telah dihalau oleh Mak Minah. Mat Akil sebenarnya masih menaruh harapan untuk memiliki Gayah tetapi dia terpaksa berbaik dengan Sudin untuk mendapatkan wang.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Mat Akil membuat spekulasi bahawa di kampong mereka sudah ada pengintip yang ditujukan kepada Lebai Marup yang mahu menghasut penduduk kampong supaya tidak menjual tanah mereka.
2. Mat Akil kemudian mengapi-apikan Man dengan Lebai Marup dengan mengatakan Lebai Marup adalah calon menantu pilihan Lebai Endut.
3. Mat Akil membahagi-bahagikan wang yang diberikan oleh Sudin dengan jumlah yang kecil dan sebahagian lagi wang adalah bayaran hutangnya.
4.Mat Akil ke rumah Sudin bagi kali kedua.


BAB 36
Mat Akil melaporkan kepada Sudin yang Lebai Marup sebenarnya ejen politik yang mahu mengagalkan usaha YB. Dia juga turut menceritakan tentang latarbelakang Lebai Marup di samping tokok tambahnya. Menurutnya Lebai itu sekarang menumpang di rumah Lebai Endut kerana mereka bersaudara. Mat Akil resah menunggu kedatangan rakan-rakannya di kedai Pak Salim berhubung dengan rancangan mereka hendak menakut-nakutkan Lebai Marup. Sementara menunggu Mat Akil cuba mendapat penjelasan tentang penentangan Jamaludin, menurut P. Salim anaknya tidak berminat ke tanah rancangan sebaliknya berhastar untuk berniaga. Dia sebenarnya buat helah untuk mendapat peluang berniaga di Pekan Tualang, Mat Akil mengesyorkan P. Salim meminta bantuan YB, semuga dia mendapat peluang untuk berniaga. P. Salim turut bertanyakan rancangan Mat Akil dan rakan-rakanya tentang rancangan mereka nanti di tanah rancangan. Mereka sebenarnya tidak berminat sebaliknya mereka mahu menjolikan wang ayah mereka. Rancangan menakut-nakutkan Lebai Marup telah berjaya dilakukan oleh rakan-rakan Mat Akil.Man memberitahu yang Lebai Marup teruk dibelasahnya. Mat Akil menggunakan kesempatan tersebut untuk mengapi-apikan Man. Man mencadangkan agar mereka memerangkap Labai Marup dengan anak-anak gadis yang belajar mengaji dengannya dan juga menghebahkan tentang Lebai Marup mengajar ajaran sesat. Mat Akil seterusnya memaklumkan kepada Sudin yang Lebai itu telah dibelasah, Sudin berharap perbuatan mereka kali ini akan mendapat balasan.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Lebai Marup didakwa oleh Mat Akil sebagai ejen sebuah parti politik yang cuba untuk mengagalkan rancangan YB.
2. Penentangan Jamaludin sebenarnya sebagai helah untuknya mendapat peluang perniagaan di Pekan Kuala atau Pekan Tualang.
3. Rancangan untuk menakut-nakutkan Lebai marup telah berjaya dilakukan- Lebai telah dipukul oleh rakan-rakan Mat Akil.


BAB 37
Sudin terfikir yang orang Kuala Lumpur termasuklah En. Muhammad hanya mementingkan wang. Dia juga teringatkan cerita Mat Akil tentang Lebai Marup, dia juga teringatkan kata-kata ayahnya yang menyanjung Lebai Marup kerana berani mengajak golongna muda ke jalan yang benar. Bagi Mat Akil, L. Marup ejen parti politik yang hendak mengagalkan rancangan kerajaan membangunkan masyarakat di situ. Sudin ingin menghubungi Mat Jerangkung agar Mat Akil dan rakan-rakannya ditangkap atas perbuatan mereka.
Sani memberitahu cerita tentang pendekar Omarlah yang bertanggungjawab merosakkan kebun orkid dan dia sebenarnya diupah oleh Tauke Chan – Ini mungkin benar kerana En. Muhammad telah mengagalkan rancangannya untuk bekerjasama dengan Penghulu Mahmud. Sudin juga berharap agar dia dapat membantu Lebai Marup dengan menangkap Mat Akil dan rakan-rakanya di samping membalas dendam atas perbuatannya menajisi cadar pengantinnya dulu. En. Muhammad pula seorang yang bijak memainkan peranannya sehingga perbuatannya tidak dapat dikesan kerana kebaikan yang dilakukkannya telah mengabui masyarakat malah dia dianggap sebagai penyelamat. Sudin terkenangkan ayahnya yang sedih kerana tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai Imam.Sudin sebenarnya mengagumi usaha Leabai Marup tetapi dia tidak setabahnya, dia mahu ke Kuala Lumpur untuk bersama dengan En. Muhammad menjalankan perniagaan. Sudin juga teringatkan kata-kata Jamaluddin yang orang-orang tua telah berjaya dibeli dengan pangkat dan kedudukan, orang kampong pula telah berjaya dimenangi dengan pesta keraian Sultan dan perkahwinannya dengan Gayah juga sebahagian daripada rancangan En. Muhammad untuk mengula-gulakan keluarganya.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sudin dalam usaha untuk memerangkap Mat Akil dan rakan-rakannya kerana perbuatan mereka.
2. Penentangan Lebai Marup dan juga Jamaludin sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan politik.
3. Kesedihan Imam Saad kerana gagal dalam usahanya untuk memperteguhkan imam penduduk kampong Pulai.
4.Kebijaksanaan En. Muhammad dalam mengabui mata masyarakat dengan sikap baiknya sehingga masyarakat tidak dapat mengesan perbuatannya.

BAB 38

En. Muhammad resah memikirkan masalah yang baru di laporkan oleh Sudin. Situasi itu turut membimbangkan Cik Puan Tipah . En. Muhammad sebelum ini begitu yakin bahawa semua pihak yang terlibat telah dapat dikuasainya. Ini termasuklah tuntutan Jamaluddin yang mahu tapak kedai di Pekan Tualang. Tetapi masalah yang ditimbulkan oleh Labai Marup benar-benar menganggu fikirannya.

Peristiwa-peristiwa Penting
1. En. Muhammad dimaklumkan oleh Sudin tentang maklumat yang berkaitan dengan penentangan Jamaludin dan Lebai Marup.

BAB 39
Lebai Marup dan Imam Saad datang menemui Sudin untuk memberitahu yang dia telah dipukul. Walaupun mengetahuinya, Sudin pura-pura terkejut. Dia mencadangkan agar Lebai Marup buat laporan polis tetapi Labai Marup tidak mahu kerana tiada bukti dan dia tidak mahu menuduh tanpa bukti. Lebai Marup memberitahu yang dia akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampong bagi memberi penerangan kenapa dia dipukul. Sudin cuba untuk mendapatkan penjelasan, namun Lebai Marup tetap berahsia dan mahu Sudin hadir sama.
Sudin seterusnya pergi berjumpa dengan Mat Akil dan Kemat Jerangkung memberitahu rancangan Lebai Marup . Sudin dan YB ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan En. Muhammad, dalam perjalanan YB menyalahkan Lebai Marup kerana menganggu orang kampong tapi bagi Sudin Lebai Marup ada hak untuk berbuat demikian.
Masalah berkait dengan Labai Marup menganggu fikirannya kerana dia menyangka semuanya telah dapat dikuasainya.

Peristiwa-peristiwa Penting
1. Lebai Marup datang berjumpa dengan Sudin untuk memberitahu yang dia dipukul serta menjemput Sudin hadir sama dalam majlis penerangannya.
2.Lebai Marup akan mengadakan satu pertemuan dengan penduduk kampong bagi memberi penerangan tentang kenapa dia dipukul,
3. Mat Akil dan Kemat Jerangkung diberitahu oleh Sudin berhubung dengan perjumpaan yang dianjurkan oleh Lebai Marup.
4. YB berasakan Lebai Marup menganggu kehidupan orang kampong

BAB 40
Lebai Marup dan orang-orang tua di kampong Pulai terperangkap di surau kerana hujan. Mereka cuba mendapat maklumat darinya namun Lebai Marup tetap berahsia. Di Kedai Pak Salim ramai yang menunggu untuk ke Balai raya bagi mendengar penjelasan Lebai Marup. Mat Akil dan rakan-rakannya menuduh Lebai Marup sekarang dah naik daun, mereka semua menuju ke Balai raya termasuklah 2 orang pemuda yang tidak dikenali. Di Balai raya Lebai Marup menjelaskan kenapa dia dipukul, dia menjelaskan dia sebenarnya bukan orang asing sebaliknya dia pulang untuk menetap di kampung Pulai. Beliau juga ingin menjernihkan keadaan kerana niatnya hanya untuk mengajar agama. Mat Akil dan rakan-rakannya cuba menganggu majlis dengan memburuk-burukkan Lebai Marup. Dia dituduh bersikap kurang ajar apabila menuduh En. Muhammad hendak membawa maksiat . Man pula menuduh Labai Marup pengacau anak bini orang. Lebai Marup menjelaskan dia hanya hendak mengingatkan penduduk supaya wang pampas an yang diterima tidak disalahgunakan . Dia juga berasa puas apabila En. Muhammad menarik balik pembinaan hotel. Dia juga sanggup dihukum jika sekiranya dia menganggu anak bini orang. Man yang marah telah membaling batu dan kena pada muka Lebai Marup, serentak itu Mat Akil meluru untuk menikam Lebai Marup. Kemat Jerangkung tak sempat menghalangnya pisau tersebut kena di bahu Lebai Marupdarah banyak keluar. Seterusnya semua dikejutkan dengan tembakan dan 2 orang yang tidak dikenali telah berjaya menangkap dan menggari Mat Akil dan rakan-rakanya.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Lebai Marup tetap berahsia tentang situasi sebenar kenapa dia dipukul apabila ditanya oleh orang-orang tua kampung Pulai.
2. Penduduk kampong berkumpul di kedai Pak Salim, Mat Akil dan rakan-rakanya menuduh Lebai Marup telah naik daun.
3. Mat Akil dan rakan-rakanya menganggu penerangan yang disampaikan oleh Lebai Marup.
4. Man bertindak membaling batu, Mat Akil pula meluru dan menikam Lebai Marup dan kena bahunya, mereka kemudian berjaya ditangkap oleh 2 orang yang tidak dikenali

BAB 41
En. Muhammad baru saja menerima panggilan telefon daripda Sudin, mula berasa lapar. Dia mahu makan tengahari di tepi kolam apabila Cik Puan Tipah memberitahu yang Mak Enon akan masak gulai tempoyak. Dia kemudian memberitahu Cik Puan Tipah dia akan adakan kenduri dan ingin menjemput Lebai Marup untuk membacakan doa. Pada malam nanti dia akan berjumpa dengan Sudin dan YB untuk menyelesaikan beberapa perkara supaya ianya selesai dalam masa seminggu.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. En. Muhammad bercadang mengadakan kenduri doa selamat dan menjemput Lebai Marup untuk membacakan doa selamat.

BAB 42
Lebai Marup hamper pengsan ketika dibawa ke hospital kerana banyak kehilangan darah. Sudin dan Bilal Endut masih menunggu kerana Lebai Marup masih dalam bilik rawatan. Manakala yang lain-lain ke Balai Polis untuk memberi keterangan. Doktor memberitahu Lebai banyak kehilangan darah dan dia perlu berehat dan tidak boleh diganggu. Sudin dan Lebai Endut ke Balai Polis untuk beri keterangan. YB dan Sani juga turut hadir, Sudin ingin ke Kuala Lumpur nanti untuk memberitahu En. Muhammad tentang kejadian tersebut.
Sudin juga ke lokap untuk berjumpa Mat Akil dan rakan-rakannya , dia sebenarnya rasa puas tetapi berpura-pura akan melakukan sesuatu untuk membantu mereka.
Dalam perjalanan pulang keretanya ditumpangi oleh Imam Saad, Tuk Empat Dahlan. Bilal Endut dan juga Pak Salim. Tuk Empat Dahlan meminta maaf kepada Bilal Endut atas apa yang terjadi. Bilal Endut memberitahu yang Lebai Marup sebenarnya baik dia juga mahu menjual tanahnya untuk ke tanah rancangan. Imam Saad berharap Lebai Marup akan meneruskan perjuangan ke jalan Allah kerana berasa dirinya gagal dan sudah tua. Sudin bertekad untuk membantu sedaya upayanya.

BAB 43
Satu jamuan akan diadakan di rumah En. Muhammad untuk meraikan tetamu-tetamu penting, termasuklah peguamnya. Kini segala-galanya telah beres kerana Lebai Marup akan menjual tanahnya untuk ke tanah rancangan. En. Muhammad lega kerana dia tidak lagi akan dituduh membawa maksiat. Beliau berharap agar namanya dan Sudin tidak dikaitkan dengan perbuatan yang dilakukan oleh Mat Akil. Suasana majlis jelas meriah bagi Sudin perbualan tentang Lebai Marup boleh dijadikan umpan untuknya mendekati Mahani bagi mendapat maklumat tentang Rahim. En. Muhammad mahu Sudin datang menemuinya bagi berbincang dengan peguam berhubung dengan kes Mat Akil. Dalam perjalanan pulang YB memuji En. Muhammad dan Datuk Tan kerana handa

BAB 44
Kejadian di balai raya masih lagi dapat dirasai ketegangannya ketika majlis perjumpaan dengan Penolong Pegawai Daerah dan pegawai FELDA. Sudin memulakan majlis dengan memberitahu tanah orang-orang kampung akan dibeli oleh SLLT dengan harga yang tinggi. Manakala mereka yang tidak mempunyai tanah dan menumpang di tanah orang akan diberi pampasan. Sudin juga turut memuji YB dan juga kemurahan keluarga Datuk Indera Mahmud.
Sudin terpaksa meminta diri untuk ke Kuala Lumpur bagi berjumpa dengan En. Muhammad dan peguam bagi menjual urusan beli tanah. Sudin juga turut menziarahi Lebai Marup. Sudin rasa berpuashati apabila Lebai Marup mahu peristiwa tersebut dilupakan. Lebai Marup juga turut menceritakan tentang dirinya yang bekelulusan SPM. Sudin terpaksa minta diri kerana bimbang takut terlewat.
Di pejabat En. Muhammad semuanya telah beres, En. Muhammad mahu peguam memudahkan perbicaraan ke atas Mat Akil dan rakan-rakannya. Sudin juga bertjanji akan menyelesaikan masalah hak milik tanah Lebai Marup yang masih atas nama ayahnya dalam menyelesaikan masalah.

BAB 45
Sudin dapat merasai akan penderitaan yang dialami oleh ayahnya yang bimbang penduduk kampung akan dilingkari dengan perbuatan mungkar. Sudin teringat kata-kata Lebai Marup kehidupan lebih bermakna jika mematuhi perintah tuhan dan kita mengabdikan diri kepadanya. Pegangan hidup itu berbeza dengan pandangan En. Muhammad yang hanya memikirkan kebendaan.
Sudin juga teringat akan kata-kata Mahani yang perkahwinannya dengan Rahim mungkin akan ditangguhkan kerana En. Muhammad mahu Rahim mengerti akan isi dan stail dia bekerja. Sudin berharap agar Rahim akan dapat mengubah sedikit pendirian En. Muhammad. Semuga perubahan sikap itu nanti akan menjadi penawar derita batin ayahnya.

BAB 46
Semua ahli keluarga Datuk Indera Mahmud berkumpul untuk urusan pembahagian harta kerana tanah milik keluarganya akan dibeli oleh SLLT. Mengikut risalah yang diedarkan oleh peguam mereka yang layak menerimanya ialah Datuk Indera Mahmud, En. Muhammad dan 3 orang adik-beradiknya yang telah meninggal serta warisnya. Suasana menjadi bising kerana ramai diantara mereka yang tidak memahaminya. Ketika Datuk Indera Mahmud bercakap suasana masih lagi bising, situasi ini tidak disukai oleh En. Muhammad yang menganggap mereka semua tidak menghormati yang tua selaku ketua keluarta Datuk Indera Idris. Ketika beliau meminta pendapat tentang pembahagian harta tersebut dia telah ditanya oleh Muahammad Ali iaitu anak Maimunah untuk melaburkan wang hasil jualan tanah dalam SLLT, pada peringkat awal En. Muhammad rasa ketokohan tercabar, tetapi apabila anak buahnya menerangkan dia sebenarnya pensyarah ekonomi di Universiti Malaya dan lulusan London barulah dia rasa terpanggil untuk beri respon. Majlis tersebut berlangsung dengan meriah kerana ada di antara mereka saling tidak mengenali antara satu dengan yang lain. En. Muhammad dan Sudin kemudian ke surau untuk bertemu dengan Lebai Marup. En. Muhammad dikejutkan dengan hasrat Lebai Marup yang mahu mewakafkan tanah milik ayahnya. Keadaan itu menyebabkan En. Muhammad rasa serba salah. Beliau dengan tegas mengatakan semua tanah di Kampung Pulai akan dilombong. Namun Lebai Marup tetap mahu tanahnya digunakan untuk tujuanagama apabila syarikat tersebut mula beroperasi. En. Muhammad yang putus idea telah menyerahkan urusan itu untuk diselesaikan oleh Sudin.

BAB 47
Sudin tidak pernah melihat En. Muhammad begitu marah. Kemarahan itu meresahkan Sudin. Tetapi Lebai Marup memberitahu Sudin jangan bimbang kerana segala-galanya akan selesai. Kemarahan En. Muhammad sebenarnya berpunca dari keegoan dan ketamakkanya. Di pejabatnya, Sudin menerima panggilan telepon daripada Mahani yang bertanyakan tentang apa yang terjadi sehingga En. Muhammad tidak datang ke pejabat. Sudin akan memaklumkannya nanti di pejabat En. Muhammad. Dalam pertemuan itu Mahani mengemukakan cadangan untuk mendamaikan Rahim dengan ayahnya serta menerima rancangan Lebai Marup. Dia yakin En. Muhammad akan menerimanya dan itulah jalanyang terbaik untuk menyelesaikan pertentangan pendapat antara En. Muhammad dengan Rahim. Sudin gembira dengan apa yang dirancangkan mereka.

BAB 48
Kepulangan Rahim dan Robert telah disambut oleh Mahani tanpa pengetahuan En. Muhammad sekeluarga. Sebenarnya Mahani ingin mengambil kesempatan tersebut untuk menerangkan rancangannya kepada Rahim agar keegoan dan ketamakan En. Muhammad dapat diatasi. Robert turut menyokong cadangan tersebut kerana pembangunan , perniagaan perlu bagi orang Melayu tetapi jangan sampai lupa nilai kemanusiaan seprti mana pandangan Robert terhadap ayahnya dan orang Cina yang menganggap wang itu adalah tuhan

BAB 49
Berita kepulangan Rahim telah disambut dengan gembira .Dalam perjalanan pulang Ana paling banyak bertanya kepada Rahim. Di rumah Mak Enon menangis kerana Rahim masih lagi menghargainya. En. Muhammad kemudian telah memanggil Rahim ke bilik kerjanya. Di bilik tersebut Cik Puan Tipah dapat rasakan suasana yang hangat dan tegang. Keadaan tersebut telah mendorongnya untuk masuk, apa yang dilihatnya mereka berdua ketawa kerana berceritakan tentang Robert yang banyak mengkaji falsafah ketuhanan. Cik Puan Tipah cuba menyuarakan tentang kerja di SLLT, namun Rahim meminta supaya perkara tersebut dibincangkan kemudian. Cik Puan Tipah gagal mendapat maklumat tentang perbincangan antara Rahim dan En. Muhammad.

BAB 50
Rahim kemudian memberikan hadiah kepada semua orang, Rahim kemudian meminta izin untuk ke rumah Mahani. Di sana Rahim telah menceritakan tentang persetujuan yang telah dicapai antara dia dengan ayahnya berhubung dengan tawaran kerja di SLLT.Mengikut Rahim dia akan tinggal di kompleks di kawasan lombong yang akan didirikan di atas tanah wakaf yang di wakafkan oleh Lebai Marup. Walaupun pada peringkat awal, ayahnya menentang dan menganggapnya ekstrimis, radikal , hijau dan tidak rasional namun Rahim menyatakan yang ayahnyalah sebenarnya tidak berfikiran jauh, tidak berfikir berteraskan kebudayaan sendiri kerana hanya mementingkan dunia dan kebendaan. Tan Sri setuju dengan Rahim dan baginya En. Muhammad bukanlah orang jahat namun bagi En. Muhammad dalam dunia perniagaan perlukan kekuatan dan gigih untuk mencari peluang . Rahim juga setuju, namun ayahnya melakukan itu semua kerana kepentingan diri sendiri. Berbeza dengan Lebai Marup dan Imam Saad yang sanggup melakukan sesuatu kerana pengabdiannya kepada Allah. Rahim menafikan yang dia menyertai kumpulan dakwah sebaliknya dia banyak membaca buku-buku agama milik Robert. Dia kini bersyukur kerana ayahnya telah sedar bahawa pembangunan ekonomi tidak boleh meranapkan agama, akhlak dan budaya orang Melayu. Ayah akhirnya bersetuju dengannya untuk terus mengekalkan kompleks tersebut walaupun perlombongan di hentikan nanti. Mahani memberitahu Rahim bahawa dia perlu memaklumkan kepada Sudin tentang kemenangan ayahnya yang sabar dan ikhlas. Mereka berdua memandang ke depan , ke dunia baru yang akan bermula.

Comments

  1. macam mana nak beli buku ni .. saya nak beli tlg lah balas plesss

    ReplyDelete
  2. di mana ada jual buku nie..saya perlukan buku nie untuk siapkan assigment saya

    ReplyDelete

Post a Comment