26 May 2013

Saudagar Basar Dari Kuala Lumpur II

SINOPSIS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR 


BAB 16
Bas sewa khas yang tiba di Kampung Pulai menjadi perhatian kanak-kanak, sehingga menyebabkan anak Pak Salim menasihati pemandunya supaya berhati-hati. Mat Akil dan rakan-rakanya menganggap diri mereka sebagai kucing kurap kerana tidak diundang menghantar rombongana perkahwinan Sudin. Pemandu bas itu memberitahu anak Pak Salim basnya menghadapi masalah kekurangan angina dan terpaksa ke pecan dahulu. Mat Akil kecewa dengan budak yang diupahnya untuk merosakkan tayar bas sebaliknya dia hanya mengurangkan angina sahaja. Mat Akil dapat rasa Sudin telahpun menang pertandingan untuk memiliki Gayah. Kekecewaan dan kemarahan menyebabkan Mat Akil pulang ke rumah Pak Alangnya kemudian mencuri sejumlah wang dia kemudiannya ke rumah Sudin dan dia telah menajisi cadar pengantin Sudin.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Perkahwinan Gayah dan Sudin akan dilangsungkan di Kuala Lumpur.
2. Mat Akil yang kecewa telah mengupah seorang budak untuk merosakkan tayar bas, tetapi malangnya budak itu hanya mengurangkan angin tayar bas.
3. Mat Akil menyedari Sudin telahpun berjaya dalam pertandingan merebut Gayah dan ini menyebabkan kemarahannya memuncak.
4. Mat Akil menncuri wang Mak Alangnya dan telah menajisi cadar pengantin Sudin.

BAB 17
Rumah En. Muhammad telah menjadi tempat kenduri perkahwinan antara Sudin dan Gayah, suasana di rumah itu meriah dengan ramai yang hadir. En. Muhammad rasa bertanggungjawab ke atas Gayah kerana abangnya Yaakob telah meninggal dunia. En. Muhammad rasa bersyukur kerana perkahwinan yang dicadangkan oleh YB itu telah menjadi kenyataan. Perkahwinan tersebut diharap akan menjadi penyambung silaturahim antara dua keluarga yang pernah bersengketa suatu masa dulu. Ianya akan menyatukan dua keluarga yang cukup berpengaruh iaitu keluarga Penghulu Mahmud dan juga Imam Saad.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Perkahwinan antara Sudin dan Gayah telah dilangsungkan di rumah En. Muhammad.
2. En. Muhammad seolah-olah berlakon apabila dia begitu ramah dengan beberapa orang tua kampong Pulai, dia tidak berniat jahat sebaliknya cuba mencari pengaruh.
3. En. Muhammad melihat perkahwinan antara Sudin dan Gayah yang menyatykan dua keluarga yang berpengaruh akan memudahkan urusannya memenangi hati penduduk kampong Pulai.
4. Hubungan antara En. Muhammad dengan Imam Saad mula terjalin.

BAB 18
Sudin dilantik menjadi Pegawai Hubungan raya Syarikat Lombong Lembah Tualang, beliau telah diamanahkan untuk membentuk jawatan kuasa bagi mengadakan sambutan sempena kunjungan Sultan ke Wilayah Tualang. Mat Akil juga turut disenaraikan dalam AJK tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan Mat Akil dan rakan-rakannya dari menghuru-hara keadaan. Di samping itu juga, penglibatan beliau adalah untuk memudahkan urusan jual beli tanah nanti kerana Mat Akil juga memiliki tanah. Tuk Empat Dahlan juga diminta pandangannya berhubung dengan penglibatan Mat Akil di samping itu juga beliau adalah salah seorang yang berpengaruh yang harus didekati untuk meudahkan urusan tanah nanti.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sudin dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Raya Syarikat Lombong Lembah Tualang.
2. Sambutan besar-besaran perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Orangkaya Indera akan diadakan dan akan melibatkan semua pihak yang menelan belanja RM 10, 000.00 ditanggung oleh En. Muhammad.
3. Mat Akil dan rakan-rakannya juga turut disenaraikan sebagai AJK dalam jawatankuasa sambutan.
4. Jahid dan Sudin menemui Tuk Empat Dahlan bagi mendapat pandangannya serta untuk mempengaruhinya.

BAB 19
Isi surat yang dibaca oleh Mahani menbayangkan Rahim menentang penubuhan Syarikat Lombong tersebut. Bagi Rahim tindakan ayahnya seperti memusnahkan sebuah kampong. Kebanyakkan surat Rahim yang diterimanya menjelaskan Rahim tidak bersetuju dan menentang apa yang dilakukan oleh ayahnya tambah mengelirukan apabila Rahim membuat kesimpulan yang tindakan ayahnya akan menganiayai penduduk di Kampung Pulai . Mahani sedar perasaannya terhadap Rahim , berikutan kenyataan Rahim mengatakan antara mereka berdua tidak pernah berubah tetap seperti dulu. Mahani resah dan keliru dengan kenyataan Rahim yang sentiasa menentang ayahnya. Mahani dapat merasakan apa yang berlaku kerana Rahim tidak dinyatakan dengan jelas situasi sebenar di Kampung Pulai. Mahani telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Jahid bagi mendapat maklumat selanjutnya untuk diberitahu kepada Rahim.

Peristiwa-peristiwa Penting
1. Surat Rahim membayangkan penentangannya terhadap penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang yang pada pandangannya akan memusnahkan sebuah kampung.
2. Hubungan antara Rahim dengan Mahani menjadi semakin intim dimana mereka saling berutus surat.
3. Mahani mengambil keputusan untuk bertemu dengan Jahid bagi mendapat maklumat lanjut tentang situasi Kampung Pulai untuk disampaikan kepada Rahim.

BAB 20
Di kedai Pak Salim orang mulai bercakap tentang pampsan yang akan diterima, senario itu telah mencetuskan pertengkaran di antara mereka yang memiliki tanah diwakili oleh Mat Akil dengan penduduk yang menumpang tanah orang lain.diwakili oleh Kemat Jerangkung. Sudin yang kebetulan berada di situ telah berjaya meleraikannya. Sudin kemudiannya mengarahkan Mat Akil yang telah menjadi orang penting Sudin untuk mengedarkan risalah berhubung dengan perpindahan penduduk kampong. Majlis penerangan itu akan diadakan pada hari jumaat dan jamuan disediakan. YB akan memberi penerangan tentang projek perpindahan penduduk ke rancangan FELDA. Penduduk di situ belum mengetahui tujuan sebenar rancangan tersebut. Sudin juga bimbang sekiranya ada yang tidak mahu berpindah, ini kerana tugasnya adalah memastikan semua orang akan berpindah. Sejak sambutan perayaan Penghulu Mahmud mendapat gelaran Datuk Indera penduduk Kampung Pulai mulai dapat dimenangi begitu juga dengan perubahan Mat Akil walaupun Sudin dapat merasakan bahawa perubahan itu tidaklah sepenuhnya.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Berlaku pertengkaran di antara penduduk yang memiliki tanah dengan penduduk yang tidak ada tanah.
2. Mat Akil dan rakan-rakanya mulai terlibat secara langsung dalam projek Syarikat Lombong Lembah Tualang.
3. Penduduk Kampung Pulai tidak mengetahui muslihat sebenar disebalik perpindahan mereka ke rancangan FELDA yang diuruskan oleh YB.
4. Sudin sedar penduduk Kampung Pulai sudah dapat dimenangi dan Mat Akil masih belum berubah sepenuhnya.

BAB 21
Golongan pemuda sedang sibuk memasak bagi jamuan sempena majlis penerangan YB tentang penyertaan penduduk Kampung Pulai ke rancangan FELDA. Mat Akil menyampaikan maklumat kepada Sudin tentang ada pihak-pihak tertentu yang telah datang memujuk penduduk Kampung Pulai supaya menjual tanah mereka. Namun semuanya dapat diatasinya. Majlis itu turut dihadiri oleh En. Muhammad , selepas YB berucap ringkas majlis diteruskan dengan ucapan En. Muhammad, beliau berjanji akan membayar pampasan yang sewajarnya kepada mereka yang tidak memiliki tanah dan menumpang di tanah keluarganya. Sudin kesal dengan tindakan En. Muhammad yang tidak menjelaskan tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang. En. Muhammad mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan penduduk kampong termasuklah Mat Akil.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Majlis jamuan diadakan di surau Kampung Pulai bagi meberi penerangan tentang perpindahan penduduk ke rancangan FELDA yang anakn disampaikan oleh YB.
2. Kehadiran En. Muhammad dan janjinya untuk membayar pampasan kepada penduduk kampung yang menumpang di tanah keluarganya menunjukkan dia seorang yang baik hati.
3. Sudin keliru dengan tindakn En. Muhammad yang tidak berterus-terang tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang.
4. En. Muhammad menggunakan kesempatan tersebut untuk beramah mesra dan mahu Sudin memastikan Imam Saad menjadi imam P. Tualang.

BAB 22
En. Muhammad tidak memahami tindakan Datuk Tan yang tidak mahu bekerjasama dengan syarikat orang putih di samping mahukan dua jawatan penting dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang. Bagi En. Muhammad ia akan menjanjikan pulangan yang cepat tanpa risiko. En. Muhammad kini mulai yakin penduduk Kampung Pulai telah dimenanginya, ini berdasarkan sambutan ketika majlis yang diadakaqn sebelumnya. Persoalan yang kini timbul ialah tanah yang dimiliki oleh golongan tua yang mereka ini tidak layak untuk menyertai rancangan FELDA. Mereka pula adalah golongan penting dan berpengaruh. En. Muhammad berharap agar YB dapat menyelesaikannya . Antara rangkanya Imam Saad akan dilantik menjadi imam di Pekan Tualang dan Tuk Empat Dahlan pula akan mengantikan abangnya sebagai penghulu. En. Muhammad seterusnya memaklumkan kepada Cik Puan Tipah tentang surat Rahim yang diterimanya.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. En.Muhammad yang mahu menggunakan khidmat syarikat asing tidak dipersetujui oleh Datuk Tan.
2. En. Muhammad mulai yakin hati penduduk Kampung Pulai sudah dapat dimenanginya.
3. Kebimbangan yang mungkin akan menyulitkan keadaan ialah tanah yang dimiliki oleh golongan tua dan mereka berpengaruh - beliau berusaha mengatasinya dengan harapan Imam Saad akan dilantik sebagai Imam di Pekan Tialang dan Tuk Empat Dahlan sebagai penghulu.
4. En. Muhammad memberitahu Cik Puan Tipah tentang surat Rahim.

BAB 23
Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk meminta bantuannya menyelesaikan masalah hutang-hutangnya. Ini kerana dia sudah pun ada idea untuk menyelesaikannya. Apa yang dimintanya bantuan untuk diperkenalkan dengan Pengurus Syarikat Kewangan. Sudin telah berjanji untuk membantunya tetapi bukan apa yang dicadangkan oleh Sani. Sudin sebaliknya menawarkan kerja kepada Sani sebagai wakil wakil rakyat – Ini kerana Sudin ingin menggunakan situasi sani bagi membantu En. Muhammad menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Imam Saad. En. Muhammad mahu Sudin menggunakan situasi itu untuk memerangkap Sani tanpa disedarinya.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk meminta bantuannya yang terdesak untuk menyelesaikan hutang-hutangnya.
2.Sudin mengesan yang masalah Sani dapat dieksploitasi untuk kepentingan rancangan En. Muhammad.
3. Sudin telah memaklumkan kepada En. Muhammad akan peluang tersebut dan dia minta Sudin mengurusinya dan beri apa yang diminta oleh Sani supaya dia tidak mengsyaki nya.

BAB 24
Rahim akan pulang ke tanah air pada bulan Julai dan mengikut Jahid Rahim akan bekerja di SLLT sebagai pegawai pengurusan perlombongan. Topik tentang Rahim menjadi isi perbualan di antara Jahid dengan Mahani. Mahani cuba menggunakan kesempatan tersebut untuk mengcungkil maklumat yang berkaitan tentang perpindahan Penduduk Kampung Pulai ke Rancangan FELDA. Jahid pula bertanyakan tentang hubungan Rahim dengan Mahani. Mahani berharap agar maklumat itu nanti akan disampaikan kepada Rahim n penentangan Rahim terhadap rancangan ayahnya dapat dibendung.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Rahim menjadi topik/ isu perbincangan di antara Mahani dan Jahid.
2. Surat-surat Rahim banyak yang menentang ketidakadilan/ penganiayaan terhadap penduduk Kampung Pulai
3. Mahani cuba mendapat maklumat daripada Jahid tentang perpindahan penduduk ke rancangan Felda untuk disampaikan kepada Rahim.
4. Mahani keliru siapa yang hendak disebelahinya dan harap penentangan Rahim terhadap ayahnya dapat dibendung.

BAB 25
Berita tentang kehadiran keluarga Datuk Mahmud telah menyebabkan Mahani tertanya-tanya siapa sebenarnya yang hendak meminangnya. Mahani bimbang sekiranya Jahid yang datang merisik, kerana dia teringatkan Rahim yang sudah lama dikenalinya.Apabila Tan Sri Syed Aris pulang mereka telah berbincang akan keputusan Mahani-Mahani masih keliru tentang siapa yang merisiknya, apabila uminya bertanyakan tentang tidakkah dia berutus surat, Mahani sedar yang datang ialah wakil Rahim.Mahani diminta memberi jawapan keesokkan harinya. Tapi semasa makan malam Mahani minta diberi tempoh 24 jam. Mahani seterusnya menghantar telegram kepada Rahim tentang status perasaanya terhadap Mahani. Keesokkan harinya Mahani ke pejabat untuk menyediakan fail-fail penting En. Muhammad. Dia kemudiannya pulang. Mahani menerima telegram daripada Rahim.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Mahani tertanya-tanya tentang siapakah jejaka yang datang merisiknya.
2.Mahani diberikan tempoh untuk memberi jawapan, namun Mahani meminta diberi tempoh 24 jam.
3. Mahani menghantar telegram kepada Rahim untuk mengetahui status perasaannya terhadap Mahani

BAB 26
Majlis pertunangan Mahani dan Rahim diadakan meriah walaupun sederhana,kerana inilah yang dikhendaki oleh Mahani dan dipersetujui oleh Walidnya. Mahani teringat akan surat yang ditulis oleh Rahim yang mengajaknya berjuang menentang ibubapa mereka yang jahil tentang nilai kemanusiaan. Jika sekiranya surat tersebut dibaca oleh ibu bapanya tentu mereka akan menentang pertunangan tersebut. Mahani berasa amat bahagia apabila cincin pertunangan disarungkan oleh isteri Datuk Mahmud. Mahani teringatkan Rahim yang baginya seorang yang praktis dengan gagasannya menentang akan kemusnahan kemanusiaan. Kerana pada pendapat Rahim cara yang dilakukan oleh ayahnya seperti meruntuhkan kemurnian bangsanya sendiri. Ini kerana cara pemikiran ayahnya ialah pemikiran barat yang melahirkan hokum-hukum kehidupan yang buruk kerana kasih saying sesama manusia dilakukan mengikut kepentingan atau tujuan tertentu.. Pada keesokkan harinya Mahani terlewat bangun, dia menghubungi ibunya yang berada di rumah Cik Puan Tipah berbincang tentang persiapan kenduri kahwin. Mahani memberitahu yang dia hendak ke rumah Datin Tan, kerana dia hendak mendapatkan maklumat tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk disampaikan kepada Rahim.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1.Majlis pertunangan Mahani dan Rahim dijalankan dengan meriah namun sederhana mengikut kehendak Mahani.
2. Rahim pula dalam surat-suratnya memperlihatkan dirinya seorang yang rasional dan praktikal apabila dia melihat pembangunan yang akan berlangsung adalah acuan barat yang tidak sesuai dengan bangsa.
3. Mahani ke rumah Datin Tan untuk mendapatkan maklumat tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk disampaikan kepada Rahim.

BAB 27
En. Muhammad teringatkan surat Rahim yang memberi amaran kepadanya supaya tidak mementingkan kekayaan sehingga sanggup menyingkirkan penduduk Kampung Pulai.Bagi Rahim itu suatu penganiayaan dan satu bentuk kezaliman. Rahim juga belum lagi menerima tawaran kerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Jika dia bekerja dia akan menentang rancangan yang hanya mementingkan kekayaan dengan mengenepikan kebajikan dan nilai-nilai moral. Bagi En. Muhammad Rahim belum mengerti erti kehidupan yang sebenar . Surat Rahim juga turut meresahkan Cik Puan Tipah. En. Muhammad mengaturkan rancangan untuk menjodohkan Mahani dengan Rahim, kerana baginya Mahani boleh dijadikan umpan untuk mengubah cara pemikiran Rahim. Ditambah mereka berdua saling mencintai. Ketika dia menelefon Sudin, En. Muhammad dikejutkan dengan satu insiden yang baru terjadi. Pada masa yang sama YB juga turut membuat laporan tentang satu insiden telah berlaku di pecan Kuala. Kedua-dua berita itu menyebabkan En. Muhammad berfikir tentang apakah sebenarnya insiden tersebut.Beliau seterusnya menuju restoren tempat pertemuan yang dijanjikan.

Peritiwa-peristiwa Penting:
1. En.Muhammad berjaya menyatukan Rahim dengan Mahani dalam ikatan pertunangan
2. Surat-surat Rahim kebanyakkan isi kandungannya menuduh ayahnya menganiaya penduduk Kampung Pulai.
3. En. Muhammad dikejutkan dengan insiden yang berlaku di Kampung Pulai yang dilaporkan oleh Sudin dan juga YB.

BAB 30
Mahani, En. Muhammad dan Cik Puan Tipah ke sebuah restoren yang sering dikunjungi oleh En. Muhammad. Mereka kemudiannya telah memesan makanan barat iaitu steak kerana menurut En. Muhammad disinilah paling enak dan pula dia memiliki syer dalam restoren ini. En. Muhammad memberitahu Mahani bahawa Rahim tidak cerewet tentang makan, Cik Puan Tipah memberitahu Rahim paling suka gulai tempoyak. Mahani juga turut menggemarinya, tetapi umi dan walidnya tidak mengemari durian. Mahani turut bertanyakan tentang kes kemusnahan lading orkid, En. Muhammad memberitahu yang kes itu sudahpun selesai dan hari perbicaraanya akan diadakan pada hari Isnin nanti. Mahani turut menceritakan tentang surat Rahim yang banyak memperkatakan tentang teori pembangunan dan ekonomi. Bagi En. Muhammad Rahim hanya belajar teori, hakikat kehidupan sebenar tidak seperti teori. Mahani berpendapat Rahim juga anak Melayu tentu dia memahami erti pembangunan. Tapi bagi En. Muhammad Rahim dibesarkan dalam masyarakat cosmopolitan dan tidak mengerti tentang masyarakat Melayu sebenarnya. Masyarakat melayu bukan masyarakat kota atau masyarakat niaga. Mahani turut disoal tentang masa depan mereka, menurut Mahani rahim hanya mahukan 4 orang anak. En. Muhammad memaklumkan tentang sikap Rahim yang suka mencari kebenaran dan dia berharap Mahani dapt bersabar. Bagi beliau tanpa Rahim dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang, syarikat akan tetap berusaha untuk meninggikan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Kampung.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Makan tangahari antara Mahani. Cik Puan Tipah dan En. Muhammad untuk berbincang tentang Rahim.
2.En. Muhammad dan Cik Puan Tipah sebenarnya mahu mengetahui akan tanggapan Mahani terhadap rahim
3. Topik perbincangan lebih berfokus pada sikap Rahim yang mempunyai prinsip yang berbeza dengan ayahnya tentang pembangunan.
4. En. Muhammad berharap agar Mahani dapat bersabar dengan Rahim yang suka mencari kebenaran.

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena