Penghayatan Karya : Kesusasteraan Melayu Komunikatif




Kesusasteraan Melayu Komunikatif 

Matlamat
Sukatan pelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan pelajar tentang Kesusasteraan Melayu Komunikatif melalui penghayatan karya, bina insan, dan pembangunan kreativiti berasaskan teks sastera terpilih. Fokus terasnya adalah untuk merangsang pertumbuhan dan perkembangan sahsiah dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani; kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan; patriotisme, kenegaraan, nilai murni, estetik, budi bahasa, ketahanan diri serta keutuhan pendidikan berasaskan teks sastera terpilih di samping menerokai disiplin, mengkomunikasikan ilmu, penulisan kreatif, prinsip pengurusan, dan elemen multimedia dalam sastera.

Objektif
Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar
(a) mengapresiasi karya kesusasteraan;
(b) mengkaji dan menelusur ilmu kesusasteraan serta penerapan ilmu bantu;
(c) menghuraikan konsep sastera dan pembangunan meliputi pembangunan insan, masyarakat, dan negara berasaskan teks sastera terpilih;
(d) menghasilkan karya kreatif;
(e) menyunting karya kreatif;
(f) menguasai dan menghuraikan prinsip pengurusan dalam organisasi sastera;
(g) mengkaji dan memahami ilmu pengurusan dalam karya; dan
(h) menguasai dan mengaplikasikan elemen multimedia dalam teks sastera terpilih.

Kandungan
Kandungan sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu:
(a) Penghayatan Karya;
(b) Sastera dan Pembangunan;
(c) Kreativiti, Pengurusan, dan Multimedia.

Untuk aspek penghayatan, pembelajaran berfokus kepada analisis teks prosa dan puisi Melayu. Aspek sastera dan pembangunan pula ditelusuri melalui teks karya agung dan novel terpilih. Aspek kreativiti memberi fokus kepada penulisan kreatif, pengurusan, dan multimedia dalam sastera.
Bilangan waktu pembelajaran untuk sukatan pelajaran ini diagihkan berdasarkan tiga penggal persekolahan, iaitu 120 waktu pengajaran bagi setiap penggal.

Penggal 1
PENGHAYATAN KARYA
Puisi
Puisi tradisional
Pantun Syair Seloka Talibun Gurindam Teromba Mantera
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri puisi tradisional terpilih;
(b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu tradisional;
(c) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(d) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(e) menjelaskan nilai kemanusiaan, kemasyarakatan, kepercayaan, dan keagamaan dalam puisi tradisional;
(f) menganalisis karya.

Puisi moden
Sajak
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri puisi tradisional terpilih;
(b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu tradisional;
(c) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(d) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(e) menjelaskan nilai kemanusiaan, kemasyarakatan, kepercayaan, dan keagamaan dalam puisi tradisional;
(f) menganalisis karya.

Prosa Tradisional
Epik
Cerita Rakyat
Keagamaan
Ketatanegaraan
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional terpilih;
(b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu tradisional;
(c) menjelaskan watak dan perwatakan;
(d) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(e) menerangkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(f) menghuraikan kandungan karya;
(g) menganalisis karya.

Prosa Moden
Cerpen
Drama
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan menjelaskan aspek intrinsik dan ekstrinsik dalam prosa moden terpilih;
(b) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(c) menerangkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(d) menghuraikan kandungan karya;
(e) menganalisis karya.


Pentaksiran Kesusasteraan Melayu Komunikatif

922/1 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 1
Bahagian A: Puisi
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan

Bahagian B: Prosa Tradisional
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan

Bahagian C: Prosa Moden
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan

Teks Kajian
Majlis Peperiksaan Malaysia (Penyelenggara), 2012. Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Comments

Post a Comment