Masih Ada Yang Bertamu

MASIH ADA YANG BERTAMU

segalanya begitu bermakna
berbekas indah

Terima Kasih

Tak pernah terduga bahawa perjalanan Mimbar Kata akan begitu panjang.
Antara kesukaran mencari khalayak apa lagi dalam degup
Sastera Melayu yang semakin tidak dipedulikan
Alhamdulillah, Allah Yang Maha Menetapkan

Kembara di laut ilmu ini tak ada penghujungnya
Meski sendirian berteman bulan jauh dan camar sesat
yang sesekala menyapa
berkayuh di laut ini tak harus terhenti
kerana jauh dari sini, ramai yang berkunjung tiba
menyapa dan meninggalkan pesan

Terima kasih atas kerjasama dan sumbangn ikhlas 
saudara/ saudari/ tuan/ puan
yang memungkinkan Mimbar Kata masih boleh
berkayuh

Daftar pengunjung yang ada setakat pag ini yang tertera
begitu memberi kekuatan untuk saya meneruskan perjalanan


Naik dan turun mereka yang bersama juga memberi dorongan yang
tak terhargakan

Sekalung terima kasih buat semua
kerana 
Masih Ada Yang Bertamu 
di 
Mimbar Kata

sekali lagi, terima kasih

Comments