31 May 2013

Asiah Samiah

SINOPSIS ASIAH SAMIAH  (Johan Jaafar)

BABAK SATU


Asiah Samiah dan Marga Tua sedang bernyanyi yang seterusnya membawa kepada luahan hati Marga Tua tentang raa tidank senangnya terhadap Asiah Samiah yang dianggapnya gila. Sejak 15 tahun yang lalu Marga Tua berada di jalan itu mendengar Asiah Samiah tua menyanyi.

Kesetiaan dan keistemewaan Asiah Samiah dalam berkata-kata seperti seorang sasterawan menyebabkan Marga Tua tetap mengikuti perkembangannya. Marga Tua berasa simpati dengan Asiah Samiah yang menjadi gila kerana teringatkan anak yang baru dilahirkannya.

BABAK DUA


Peristiwa zaman muda Asiah Samiah, yang amat dikasihi oleh kedua orang tuanya Tuan Setiawan Tanjung dang Puan Suari Alimin. Keistemewaan , kecerdikan serta kecantikan Asiah Samiah turut menjadikan beliau seorang yang sangant istemewa.

Marga Tua menceritakan bagaimana dia mengenali Asiah Samiah menerusi tugasnya sebagai guru bahasa yang turut memupuk minat Asiah Samiah dalam bidang sastera menerusi cerita-cerita yang diceritakannya. Imbas kembali hubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda yang tidak dipersetujui oleh keluarga Asiah Samiah.

BABAK TIGA


Marga tua teringatkan tentang anas samanda pada zaman mudanya begitu juga dengan misa sagaraga yang lebih hebat daripada segi kekayaan dan pengaruh sehingga orang ramai mengkaguminya. Kehebatan Misa Sagaraga digambarkan menerusi keupayaannya membeli syarikat besar termasuklah syarikat yang haram

Asiah samiah tua teringatkan pada zaman mudanya dia dijaga oleh pembantu orang tuanya iaitu siti bunirah dan pak leh lak lak yang menjaganya dengan penuh kasih sayang.asiah samiah dinasihati agar sentiasa menjaga diri dan jangan terpengaruh dengan kehidupan luar

BABAK EMPAT


Peristiwa imbas kembali pada zaman muda antara Marga Muda dan Anas Samanda tentang Misa Sagaraga yang sangat berpengaruh dan berkuasa. Anas Samanda menceritakan tentang tindakan Misa Sagaraga dan pengikut-pengikutnya yang datang ke rumah bapanya dengan tujuan untuk menghalau bapanya.

Anas Samanda cuba mempertahankan hak dan maruah keluarganya namun dinasihati oleh Marga Muda yang dia parti akan tewas jika menentang Misa Sagaraga.

Marga Muda menceritakan apa yang telah terjadi kepada keluarganya apabila ayahnya cuba memperjuangkan tanah yang bukan miliknya menyebabkan ayahnya dianggap penjenayah serta keluarganya yang musnah apabila ayahnya dipenjarakan. Marga Muda terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adik-adiknya dan apa yang menyedihkannya apabila adiknya didera oleh jiran tetangganya yang hidup senang hasil perjuangan ayahnya.

BABAK LIMA


Asiah Samiah meminta Sari Saribiru membantunya dengan kebolehan Sari Saribiru dalam pembomohan tetapi ditolak kerana dia belum betul-betul menguasai ilmu pembomohan. Tuan Setiawan Tanjung bimbang akan perkembangan pemikiran Asiah Samiah yang agak tertutup kerana hanya berkawan dengan orang suruhannya sahaja.

Peristiwa Misa Sagaraga berkunjung ke rumah Asiah Samiah hingga mendorongnya menyuruh pembantunya menyiasat tentang Asiah Samiah. Ibubapa Asiah Samiah lebih mementingkan kebendaan apabila mereka sanggup menolok Anas Samanda yang merupakan pilihan anaknya. Peristiwa Marga Tua merungut tentang ketidakadilan hidup yang dialami olehnya manakala Misa Sagaraga yang hidup dalam kekayaan sejak dilahirkan.

Marga Tua juga merungut tentang ketidakadilan itu yang akan terus menghantui Anas Samanda sampai bila-bila

BABAK ENAM


Penduduk kampung meminta bantuan Misa Sagaraga dalam pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka dan Misa Sagaraga berjanji akan membantu mereka menyelesaikannya. Ibubapa Asiah Samiah berbincang tentang lamaran Misa Sagaraga , Ibubapa Asiah Samiah lebih mementingkan kekayaan daripada kebahagiaan anaknya. Asiah Samiah berada dalam kekeliruan antara kebahagiaannya dengan kemahuan ibubapanya menyebabkan dia mula berubah sikap.

Asiah Samiah Tua beranggapan bahawa ayah dan ibunya mempergunakannya sebagai alat bagi mendapat kekayaan daripada Misa Sagaraga. Sari Saribiru,Siti bunirah dan Pak leh lak lak bimbang dengan kaedaan Asiah Samiah yang termenung di luar rumah, Asiah Samiah masih mentah sedangkan Misa Sagaraga sudah 20 kali berkahwin.

BABAK TUJUH


Marga Tua teringatkan tentang kawannya seorang wartawan yang berhenti kerja ketika dia berada di kemuncak kerjayanya kerana terjerat dengan kebebasan dalam memperjuangjkan isu-isu rakyat. Marga Tua teringatkan bagaimana dia terjebak dalam konflik antara Asiah Samiah, Misa Sagaraga dan Anas Samanda yang berpunca daripada keakrabanya dengan Asiah Samiah. Marga Tua teringat bagaimana perjuangan ayahnya telah menyebabkan keluarganya berantakan. Beliau mengagumi Misa Sagaraga kerana keturunan serta nasib baik, kehebatannya kerana penampilannya yang menggunakan jenama antarabangsa.

Misa Sagaraga meminta pembantunya menukar imej Asiah Samiah agar standing dengan dirinya menerusi barang-barang berjenama antarabangsa. Marga Tua berasa dia telah mengecewakan Anas Samanda dan Asiah Samiah kerana tidak mahu membantu mereka berdua menentang Misa Sagaraga. Asiah Samiah mengalami pergolakkan jiwa apabila dia terpaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga sedangkan Anas Samanda tidak dapat dikesan kerana berjuang mempertahankan hak dan maruah diri dan keluarganya.

BABAK LAPAN


Perubahan mulai dirasakan dalam kehidupan keluarga Tuan Setiawan Tanjung apabila Misa Sagaraga masuk dengan pengaruh, kekayaan serta kuasanya dia telah dapat menguasai segala-galanya. Perkahwinan Asiah Samiah dengan Misa Sagaraga yang dilangsungkan dengan satu amaran jika sesiapa cuba menghalangnya mereka pasti akan dihukum.

Asiah Samiah berdepan dengan pergolakkan jiwa apabila terpaksa menghadapi malam pertama dengan orang yang tidak dicintainya. Asiah Samiah pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup menghadapi kehidupan dengan Misa Sagaraga namun dia masih ingatkan agama beliau juga hendak membunuh Misa Sagaraga tapi bimbang keselamatan ahli keluarganya menyebabkan dia tidak jadi untuk membunuh Misa Sagaraga. Asiah Samiah akhirnya melarikan diri dari rumah Misa sagaraga kerana ingin melupakan segala keperitan yang terpaksa dilaluinya.

Sari Saribiru, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak saling berdialog antara satu sama lain tentang hak ke atas hasil usaha mereka. Semuanya telah dirampas dan menjadi milik Misa Sagaraga. Bagi Asiah Samiah pula mengalami nasib yang lebih menyakitkan. Dirinya telah dimiliki secara paksa oleh Misa Sagaraga tanpa kasihan belas. Lalu lahirlah zuriat daripada hubungannya dengan Misa Sagaraga yang bernama Laila Anurisah yang beliau benci.

BABAK SEMBILAN


Laila Anurisah lahir tetapi ditinggalkan oleh ibunya. Ibunya, Asiah Samiah menjadi tidak siuman dan Misa Sagaraga juga membenci anak kecil itu. Misa Sagaraga telah menghalau Laila Anurisah dari rumahnya kerana anak itu telah mengingatkannya kepada Asiah Samiah yang sudah gila. Marga Tua telah mengambil Laila Anurisah untuk dijaga selepas anak itu dihalau dari rumah oleh Misa Sagaraga.

Asiah Samiah berkelakuan seperti orang tidak siuman kerana menyanyi, bergurindam, berpantun, dan berseloka tanpa hala tuju. Anas Samanda telah berjuang dengan menentang Misa Sagaraga untuk mendapatkan haknya.Anas Samanda membenci Misa Sagaraga yang telah merosakkan hidup Asiah Samiah. Anas Samanda meminta Marga Muda agar menjaga Laila Anurisah.

Anas Samanda telah dibelasah oleh orang- orang atau pengikut Misa Sagaraga semasa memberi ucapan malah Marga Muda juga turut dibelasah apabila dia cuba untuk membantu Anas Samanda.Misa Sagaraga telah merampas semula Laila Anurisah dari tangan Marga Muda.


BABAK SEPULUH

Mayat Anas Samanda diikat pada dua batang kayu dan tubuhnya berayun mengikut rentak orang yang membawanya dengan membiarkan mayatnya tergantung dalam perarakan yang besar. Marga tua dipenjara selama 2 tahun kerana dianggap bersekongkol dalam perjuangan Anas Samanda untuk bertemu dengan Laila Anurisah.
Asiah Samiah teringatkan malam semasa dia melahirkan Laila Anurisah dengan diterangi cahaya bulan yang penuh dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Asiah Samiah terlalu merindui Anas Samanda sehinggakan dia merasa Anas Samanda sentiasa berada di sisinya.

Pada usia 24 tahun Laila Anurisah berjumpa dengan Marga Tua untuk bertanya tentang ibunya,Asiah Samiah. Laila Anurisah terkejut kerana diberitahu oleh Marga Tua bahawa ibunya telah meninggal dunia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena