4 Apr 2013

Perpisahan




PANTUN LAPAN KERAT – PERPISAHAN

Siapa membakar di tepian,
Jangan dahulu balik pulang
Rusa terdampar di tanah pamah,
Ekornya hitam terkena bara;
Kakanda belayar ke lautan,
Banyak memetik bunga kembang,
Adinda tinggal di tengah rumah,
Tidur bertilam air mata.

MAKSUD
Seorang kekasih @ isteri yang merindui suami yang belayar / merantau untuk mencari rezeki



TEMA

Puisi ini bertemakan kesedihan atau kesayuan hati seorang kekasih atau isteri yang berjauhan dari kekasihnya atau suami.
Contoh:
Adinda tinggal di tengah rumah.
Tidur bertilam air mata

PERSOALAN

Persoalan kesetiaan terhadap suami atau kekasih
Adinda tinggal di tengah rumah.
Tidur bertilam air mata

Persoalan kerisuan atau kebimbangan isteri akibat suami merantau
banyak memetik bunga kembang.

Persoalan masyarakat yang merantau/ meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki atau pengalaman hidup
Kakanda belayar ke lautan

Persoalan kesukaran hidup ditinggalkan suami/ kekasih
Tidur bertilam air mata

Persoalan kasih sayang terhadap orang yang dicintai/isteri/ suami
Adinda tinggal di tengah rumah,
Tidur bertilam air mata.

Persoalan kelebihan merantau atau meninggalkan kampung halaman akan menambahkan pengalaman hidup
Kakanda belayar ke lautan,
Banyak memetik bunga kembang


BENTUK

Puisi ini terdiri daripada satu rangkap

Puisi ini mempunyai lapan baris serangkap

Bilangan perkataan sebaris adalah seimbang
Terdapat antara empat hingga lima perkataan sebaris.
Contoh:
Jangan dahulu balik pulang – 4 perkataan
Rusa terdampar di tanah pamah, - 5 perkataan

Bilangan sukukata sebaris tidak sama
Terdapat di antara 8 hingga 10 sukukata dalam sebaris
Tidur bertilam air mata. – 8 sukukata
Rusa terdampar di tanah pamah – 10 sukukata

Rima akhir berselang
Contohnya : abcdabcd

Puisi ini terdiri daripada pembayang dan maksud
Empat baris pertama adalah pembayang dan empat baris berikutnya maksud
Siapa membakar di tepian,
Jangan dahulu balik pulang
Rusa terdampar di tanah pamah,
Ekornya hitam terkena bara; (baris pembayang)
Kakanda belayar ke lautan,
Banyak memetik bunga kembang,
Adinda tinggal di tengah rumah,
Tidur bertilam air mata. (baris maksud)

Puisi ini merupakan puisi bentuk terikat

GAYA BAHASA

Asonasi
Siapa membakar di tepian (pengulangan bunyi vokal a)

Aliterasi, contoh
Jangan dahulu balik pulang (pengulangan bunyi konsonan n)

Hiperbola
contoh Tidur bertilam air mata.


NILAI

Kesetiaan
contoh: Isteri setia menunggu suaminya yang pergi belayar

Kasih sayang
contoh: Isteri merindui suaminya yang pergi belayar

Ketabahan
Contoh : Isteri/ kekasih tabah menunggu kepulangan suami/ hidup sendirian


PENGAJARAN

Kita janganlah sedih menghadapi sesuatu perpisahan atau kehilangan
Contoh: Isteri / kekasih sedih merindui suaminya yang pergi belayar.

Hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
Contoh : Suami tabah menghadapi tekanan hidup di rantau orang
Isteri tabah hati hidup tanpa suami/ kekasih

Jangan lupakan tugas dan tanggungjawab
Meski berada di rantau suami simpati dengan kehidupan isteri yang hidup sendirian



Jangan Pernah Berubah - ST12

5 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena