Cerita Legenda


CERITA LEGENDA

Definisi

Cerita Legenda dikenali sebagai dogengan sejarah, kerana cerita lagenda selalunya mengenaii seseorang tokoh yang terkenal pada sesuatu tempat. Masyarakat percaya bahawa tokoh tersebut pernah hidup dan wujud dalam sejarah. Kebenaran sejarah cuba dibuktikan dengan mengaitkan beberapa kesan ditempat tersebut yang menarik dan memang wujd hingga masa sekarang. Tokoh lagenda merupakan tokoh seorang pahlawan yang tidak ada tolok bandingannya. Dari itu tokoh ini diberi sepenuh kebanggaan masyarakat setempat. Tokoh ini amat istimewa mempunyai kelebihan yang tinggi dan bersifat kudus serta suci.

Ciri-Ciri Cerita Legenda

1. Isi dan tema. Isi dan tema berkaitan dengan tokoh-tokoh terkenal yang dipercayai pernah hidup suatu ketika dahulu, dikaitkan dengan sifat kepahlawanan yang tiada tolok bandingnya, menjadi kebanggaan masyarakat setempat yang dianggap mempunyai keistimewaan dan bersifat kudus

2. Latar tempat. Latar tempat berpusat kepada dunia nyata dan bukan dunia kayangan. Terdapat tanda-tanda atau kesan sehingga sekarang yang dapat dikaitkan dengan tokoh-tokoh legenda di negeri-negeri tertentu. Contohnya perigi Hang Tuah di Melaka dan Makam Mahsuri di Langkawi


3. Watak. Watak dalam cerita legenda terdiri daripada manusia biasa yang berhubung rapat dengan politik sesebuah negara dan menjadi lambang sesebuah negara. Watak-watak ini pula memiliki kuasa-kuasa tertentu yang diperoleh daripada ilmu-ilmu tertentu. Contohnya Hang Tuah, Badang dan lain-lain.
Fungsi Cerita Legenda
1. Memeperlihatkan bangsa Melayu juga mempunyai pahlawan-pahlawan yang gagah perkasa. Contohnya, peristiwa Badang dapat mengalahkan hulubalang Perlak dengan pahanya dalam satu majlis jamuan yang diadakan oleh Raja Singapura.

2. Sebagai bahan pengajaran kepada masyarakat Melayu. Banyak pengajaran boleh diambil melalui kisah-kisah di sebalik keistimewaan tokoh-tokoh legenda seperti kebijaksanaan, ketabahan, keberanian, berilmu dan lain-lain.

3. Sebagai bahan pendidikan. Contohnya, cerita nakhoda tanggang yang mendapat pembalasan semasa di dunia lagi boleh menjadi teladan kepada anak-anak yang mendengarnya


Jenis-Jenis Cerita Legenda

Legenda Kepahlawanan. Terdiri daripada Hang Tuah, Tun Perak, Tun Bija Sura. Mereka merupakan tokoh pahlawanan terbilang zaman kerajaan mereka.

Legenda Tempatan. Ia mengisahkan tokoh-tokoh legenda di sesuatu tempat @ negeri, tetapi kadang-kadang ia berkembang menjadi legenda kebangsaan. Contoh, Puteri Saadong dan Tok Janggut di Kelantan serta cerita Mahsuri di Kedah

Legenda menjelajah @ pindah randah. Ia merupakan cerita legenda yang tersebar luas melampaui sesebuah kampung @ negeri. Contohnya, cerita Nakhoda Tanggang yang derhaka kepada ibunya dan disumpah menjadi batu mempunyai persamaan dengan cerita Malin Kundang di Minangkabau.

Legenda pindah randah iaitu cerita legenda dari suatu negeri berpindah ke suatu negeri yang lain juga dikenal sebagi legenda antarabangsa. Contohnya, cerita legenda Iskandar Zulkarnain, Nabi Sulaiman, Puteri Balkis dan sebagainya.

Legenda orang-orang perseorangan. Cerita dikaitkan dengan tokoh pahlawan, tokoh agama, legenda pendosa dan legenda keramat. Ini termasuklah Hang Tuah yang memiliki keistimewaan sebagai pahlawan dan pemimpin, mempunyai sifat luar biasa seperti kebal dan berumur panjang serta pemimpin angkatan perang Melaka yang tiada tolok bandingnya.

Legenda keagamaan. Ia berkisar kepada kepada kisah yang berkaitan dengan nilai keagamaan. Contohnya Amir Hamzah yang mempunyai sifat kepahlawanan antaranya membunuh penjaga-penjaga tempat berhala mencabut pokok tamar dengan akarnya sekali ketika beliau masih kecil. Tokoh lain seperti Nabi dan alim ulama Islam misalnya Nabi Khaidir, Nabi Yusuf, Sayyid Abdul Aziz.

Legenda pendosa. Ia berkaitan dengan kisah pembelasan ke atas seseorang akibat tindakannya yang derhaka, tidak setia dan sebagainya Contohnya, cerita Nakhoda Tanggang yang derhaka kepada ibunya. Akhirnya kapalnya disumpah menjadi batu. Contoh lain Malin Kundang,

Legenda keramat. Ia merupakan cerita-cerita tentang kekeramatan, pusara, atau pokok yang dipercayai berpuaka atau memiliki roh orang terkenal di tempat itu. Contoh, pusara Mahsuri di Langkawi dan perigi Hang Tuah di Melaka yang dikatakan tidak pernah kering airnya

Legenda nama-nama tempat. Ia menceritakan tempat yang mendapat nama daripada tokoh legenda. Contoh, Kampung Tok Pasai diberi nama sempena dengan seorang Pasai yang dapat membuat ramalan tentang apa yang akan terjadi di tempat itu.


Legenda Kepahlawan
Contoh : Keistimewaan Hang Tuah seorang pahlawan terbilang, tidak ada pahlawan lain yang boleh menandingi keperwiraannya, sangat berani, sejak berumur 10 tahun bersama rakannya.
Berjaya mengalahkan lanun.
Berjaya menyelamatkan Bendahara Melaka (Tun Bija Sura) dengan mem yang bunuh orang mengamuk dengan sebilah kapak.

Bijak bermain senjata, kelebihan luar biasa, memiliki keris Taming Sari dan tidak lut (kebal) bermain senjata.

Sangat taat setia kepada raja. Misalnya melarikan Tun Teja dari Pahang.
Hang Tuah seorang diplomat, wakil kerajaan Melaka bijaksana, boleh bertutur dalam berbagai bahasa, pernah dihantar ke China, Keling, Siam dan Rom.

Mempunyai paras rupa yang lawa, gilang-gembilang, ramai wanita tergila-gilakan Hang Tuah.

Legenda Keagamaan
Keistimewaan nabi Khaidir seorang Nabi yang mempunyai kebolehan luar biasa dan tidak ada tandingannya. Kisah Nabi Khaidir ada disebut dalam sejarah Melayu.
Nabi Khaidir mewalikan perkahwinan Raja Iskandar Zulkarnain dengan Puteri Syahrul Beriah.
Ia mempunyai kebolehan dan mengetahui perkara yang berlaku pada masa akan datang atau hal yang menimpa yang tidak mungkin dijangka oleh manusia biasa dengan pandangan dan fikiran biasa. Misalnya Kisah Nabi Khaidir meminjam sebuah perahu untuk menyeberang sungai. Apabila ia sampai ke seberang, Baginda telah memecahkan perahu orang itu. Apabila ditanya mengapa Baginda telah mengkhianti perahu orang itu, maka Nabi Khaidir menyatakan bahawa jika perahu itu tidak dimusahkan ia akan digunakan oleh penyamun-penyamun ke seberang sungai untuk merompak dan menyamun. Sebelum berlaku perahu itu perlu dimusnahkan jelas kelebihan Nabi Khaidir.


Cerita Legenda Pejuang Negara
Keistimewaan Datok Bahaman – terkenal dengan kepahlawanan dan keberanian yang tinggi dalam menentang perlaksaan system Resident British di Pahang. Beliau tidak gentar berjuang. Ia mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dan dikatakan tidak lut senjata (kebal).

Cerita Lagenda Setempat
Keistimewaan Mahsuri – lebih daripada manusia biasa. Darah Mahsuri berwarna Putih. Sumpahan Mahsuri berlanjutan dan dipercayai benar terjadi – Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.


Fungsi Cerita-cerita Lagenda
Terdapat beberapa fungsi cerita-cerita legenda dalam masyarakat Melayu:
1. Untuk menguatkan atau mengukuhkan kepercayaan anggota masyarakat terhadap sesuatun tokoh dan peristiwa yang bercorak sejarah.
2. Sebagai kebanggaan dan dijadikan teladan dan panduan kepada masyarakat tentang kepahlwanannya dan kegagahannya. Misalnya, tokoh Hang Tuah menjadi kebanggaan bangsa Melayu; kata-kata Hang Tuah ”Tak Melayu Hilang Didunia’ menjadi sebutan orang Melayu.
3. Untuk menyanjungi keturunan tokoh-tokoh legenda sebagi orang yang gagah dan mulia.
4. Untuk mengingati serta mengenang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat melayu seperti keagongan kesultanan Melayu Melaka.
5. Untuk dijadikan sebagai idola/ modal seorang pahlawanan dan pemimpin bangsa untuk dicontohi oleh masyarakat.
6. Untuk menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap agama Islam (khasnya cerita-cerita legenda pengaruh Islam. Disamping itu untuk menggantikan legenda yang bersumber dari kepercayaan hindu-buddha).
7. Sebagai media untuk pendidikan bagi masyarakat melayu tradisional, khasnya cerita-cerita lagenda Pendosa. Biasanya cerita-cerita ini bersifat didaktik untuk menjadi ingatan dan teladan kepada anak-anak supaya tidak melakukan penderhakaan kepada ibubapa.
8. Fungsi cerita-cerita legenda juga bertujuan menjdai teladan kepada ibubapa agar tidak harus menunjukkan rasa kasih yang berlebihan kepada anak, terutama anaka tunggal. Sikap ibubapa ini akan membawa kesan buruk kepada jiwa anak-anak.


Kesimpulan
Tokoh-tokoh legenda dengan memasukkan unsur-unsur metos, dogeng dengan tujuaan membesar-besaran keistimewaannya. Menunjukkan kelebihan tokoh sehingga menjadi kebanggaan. Ia bertujuan sebagai teladan dan panduan kepada masyrakat. Akhirnya tokoh tersebut kemudian menjadi wira kebangsaan yang dibanggakan

Contoh Cerita Legenda



Kisah Mahsuri

Cerita tentang tuah anak yang dikandung isterinya bertambah hebat apabila suatu malam , Pandak Maya terdengar suara ular itek (ular cinta Mani) berdekatan rumahnya. Pandak Maya berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak untuk hidangan keluarga. Mengikut kepercayaan orang tua, siapa yang memakan daging itek ini akan beroleh rezeki yang melimpah. Jelaslah dari cerita di sekitar kehamilan Mak Andak Alang, keluarganya sudah berlimpah rezeki. Ini suatu petanda bayi bakal lahir membawa tuah.
Apabila tiba masa, Mak Andek Alang melahirkan bayi perempuan yang comel, dan dinamakan Mahsuri.
Rezeki keluarga ini semakin bertambah apabila Pandak Maya menjumpai batu kemian yang kemudiannya dijual kepada taukeh Cina di Padang Mat Sirat.

Mahsuri membesar seperti gadis-gadis yang lain tetapi kecantikannyalah yang membezakan. Kecantikannya menjadi buah mulut orang di Langkawi. Cerita kecantikan ini menarik minat pembesar Langkawi bergelar Dato Seri Kama Jaya untuk melihat sendiri wajah Mahsuri. Apabila datang melawat Kampung Mawat, ternyata Dato Seri Kama Jaya pun turut terpikat dengan kecantikan Mahsuri dan ingin menyunting sebagai isteri kedua. Bagaimanapun hasratnya ditentang isteri bernama Mahura. Mahura dikatakan seorang wanita yang pintar dan banyak membantu suaminya mentadbir Langkawi. Hal ini menyebabkan Dato Seri Kama Jaya sukar untuk mengenepikan begitu sahaja isterinya.

Apabila Dato Seri Kama Jaya menyuarakan hasrat hati kepada isterinya, Mahura telah menolak dan Dato Seri Kama Jaya terpaksa akur. Ini menunjukkan pengaruh Mahura sangat penting dalam masyarakat tradisional. Bagi penyelesaian masalah , Mahura mencadangkan supaya Mahsuri dipinang untuk anak lelaki mereka yang bernama Wan Mat Deris. Wan Mat Deris dikatakan seorang anakmuda yang gagah dn pintar dalam ilmu persilatan. Beliau dikatakan pernah terlibat dalam beberapa peperangan. Selain itu Wan Mat Deris juga seorang pedagang muda yang berjaya dan menjalankan urus niaga dengan Siam, Pulau Pinang serta dataran Kedah.

Perkahwinan yang diatur Mahura tidak menyelesaikan masalah kebimbangan kemerosotan pengaruhnya ke atas suami dan penduduk Langkawi. Mahura memastikan Mahsuri tidak menetap sebumbung tetapi terus tinggal di rumah Pandak Maya. Keluarga Pandak Maya tidak menolak malah bersyukur kerana menantunya akan menetap bersamanya, dan dia tidak terpisah dengan Mahsuri. Perkongsian hidup Wan Mat Deris dengan Mahsuri cukup bahagia, dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Wan Mat Arus.

Tragedi ke atas Mahsuri bermula dengan kedatangan seorang pemuda miskin bernama Deramang yang dikatakan berasal dari Melaka. Sesetengah sumber mengatakan asalnya dari Sumatera. Deramang telah merantau ke Pulau Pinang, Perlis dan kemudian ke Langkawi. Sebagai seorang celik huruf, Deramang gemar dan ahli membaca hikayat dan syaer. Pandak Maya meminta Deramang membacakan hikayat dan syaer pada waktu malam di rumahnya. Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Maya sebagai tempat tumpuan ramai. Mahsuri juga seorang peminat setia Deramang.

Sekali lagi peningkatan kepopularan Mahsuri membimbangkan pengaruh Mahura. Dia juga bimbang populariti suaminya merosot, dan khuatir suaminya masih menyimpan hasrat ke atas Mahsuri. Semasa Wan Mat Deris berdagang ke Siam, Mahura telah membuat tuduhan yang Mahsuri dengan Deramang mempunyai hubungan sulit. Buktinya cincin yang dipakai Deramang adalah hadiah pemberian Mahsuri.Sejauh mana hubungan intim Mahsuri dengan Deramang tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Dato Seri Kama Jaya tidak menyiasat dengan mendalam dan menolak semua alasan Mahsuri. Beliau telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Mahsuri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Sultan Kedah.

Apabila Mahsuri ditangkap, dibawa ke Padang Hangus dan diikatkan di pokok asam jawa. Dia diperintah dibunuh dengan rejaman tombak tetapi anehnya tombak-tombak tersebut tidak lut ke tubuh Mahsuri. Anehnya, Mahsuri sendiri memberitahu rahsia kekebalannya iaitu tombaknya sendiri. Apabila menggunakan tombak tersebut, darah terpancut berwarna putih. Demikian tragedi Mahsuri yang diceritakan dalam tradisi yang dibumbui dengan metos bagi mengambarkan protes terhadap ketidakadilan.Kesan Tragedi Mahsuri

Sebelum menghembus nafas terakhir, Mahsuri bersumpah-Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan. Aneh kerana yang bersalah ibu mertuanya Mahura dan bapa mertuanya Dato Seri Kama Jaya sahaja dan bukan seluruh Langkawi. Aneh lagi kerana selepas itu sememangnya Langkawi diserang askar Siam. Mahura dan Dato Seri Kama Jaya terbunuh. Ramai orang Langkawi ditawan dan dijadikan hamba. Bagaimanapun orang Langkawi terus berjuang menentang penjajahan di bawah pimpinan seorang lagi anak Dato Seri Kama Jaya iaitu Wan Mohd Ali.

Lagenda Mahsuri terus dikenang dalam pengertian pengajarannya. Kini Makam Mahsuri telah dibina begitu rupa sebagai kompleks sejarah dan budaya. Langkawi kembali makmur sebagai bandaraya pelancongan.

Sumber : Mahsuri

Comments

  1. terima kasih normi
    berkunjunglah lagi
    barangkali banyak yang boleh dikongsi

    ReplyDelete

Post a Comment