Tun Seri Lanang

 Tun Seri Lanang

Nama penuhnya ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad atau nama timangan Tun Sri Lanang. Dilahirkan pada tahun 1565 di Seluyut, Johor. Anak keturunan Bendahara Kerajaan Melayu Melaka dan Johor Lama. Cucu kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Menjadi Bendahara Johor (1570-1579) dengan gelaran Paduka Raja III pada zaman Sultan Alaudin Riayat Shah III dan Raja Abdullah Maayah Shah.
Tun Seri Lanang telah ditawan dan dibawa ke Acheh. Tun Seri Lanang belajar agama dengan Sheikh Nuruddin Al Raniri. Tun Seri Lanang mengajar bahasa Melayu kepada Syeikh Nurudin Al raniri. Tun Seri Lanang meninggal dunia di Acheh sebagai Raja di Samalanga, Aceh 1659

Tun Seri Lanan berperanan sebagai penyusun sastera sejarah. Beliau menulis semula buku Sejarah Melayu (1612) atau Sulalatus Salatin iaitu peristiwa sejarah atau bukan sejarah raja-raja Melaka sehingga abad ke 17 setelah mendapat perintah daripada Raja Abdullah Maayah Shah.

Tun Seri Lanang juga bertindak sebagai Penulis atau Pengarang istana. Tun Seri Lanang seorang yang sangat luas pengetahuannya tentang sejarah pertuanan Melaka dan Johor. Beliau merupakan seorang yang sangat teguh pegangannya kepada sistem feudal dan taat setia kepada raja.

Tun Seri Lanang sebagai penasihat kepada Sultan Kerajaan Melayu Acheh. Tun Seri Lanang dijadikan Penasihat setelah ditawan oleh Kerajaan Acheh iaitu Sultan Iskandar Muda, Sultan Iskandar Thani dan Sultan Tajul Alam Safiatuddin Shah.


Sumbangan Tun Seri Lanang dalam perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional antaranya adalah mengarang dan menyusun Sulalatus Salatin . Pada tahun 1612 atas perintah Raja Abdullah Maayah Shah berdasarkan naskah Sejarah Melayu. Naskah ini ditulis di negeri Melaka yang telah dibawa Portugis ke Goa, kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Sogoh.

Tun Seri Lanang bertindak memperbaiki naskah atau menyusun semula Sulalatus Salatin. Pelbagai perubahan dan tokok tambah sehingga lengkap menggambarkan sejarah orang Melayu dan pemerintahan Melayu terutama kegemilangan kerajaan Melayu Melaka hingga kejatuhan diserang oleh Peringgi (Portugis).

Tun Seri Lanang menghasilkan karya ini dalam bentuk menarik . Tun Seri Lanang menggambarkan kebijaksanaan, pengetahuan luas serta kreatif dan estetik. Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu ini telah menjadi perhatian dan rujukan sastera bagi orang Melayu sejak zaman berzaman.

Tun Seri Lanang berusaha untuk mengangkat martabat atau kedudukan raja-raja Melaka. Beliau merakamkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sesebuah negara-kota dan dinasti raja-raja Melayu dari zaman Raja Iskandar abad ke-15 sehingga Sultan Alauddin Riayat Syah 111 di abad ke-17.

Comments