Tagung


TAGUNG
(WITER GUNIK)

TEMA
Bertemakan usaha untuk mempertahankan alat muzik tradisional warisan budaya.
Contoh: Atuk cuba menghidup semula permainan tagung dengan mencadangkan agar tagung digunakan dalam pesta keamatan.

PERSOALAN
Persoalan tentang kepupusan penggunaan alat muzik tradisional akibat perubahan zaman.
Contoh : Tagung yang dulu digunakan dalam majlis keramaian semakin dilupakan oleh generasi muda.

Persoalan tentang kesedaran untuk menghargai warisan kebudayaan tradisional. Contoh : Ito memilih untuk membuat kajian tentang penggunaan alat muzik tagung dalam kebudayaan masyarakat di Borneo.

Persoalan tentang keruntuhan nilai murni akibat kemajuan teknologi.
Contoh : Cucu-cucu atuk tidak mempedulikannya yang sedang mencari pemalu tagung kerana memberi perhatian kepada permainan komputer.

Persoalan tentang pertentangan pandangan generasi muda dengan generasi tua
Contoh : Ursula berasa malu dan marah dengan sikap ayahnya yang ingin mempertahankan permainan tagung dalam Pesta Kaamatan.

Persoalan kasih sayang suami terhadap isteri.
Contoh: Atuk sering merindui isterinya yang telah meninggal hampir setahun lalu.


WATAK DAN PERWATAKAN

AKU
Ayah kepada Ursula.
Berbangsa Kadazandusun.
Isterinya Leona telah meninggal dunia setahun yang lalu.
Mempunyai empat orang cucu.
Selalu menghabiskan masa di buaian.
Kecewa dengan sikap generasi baru yang tidak lagi berminat dengan warisan budaya leluhur mereka.
Seorang penempa dan pemain tagung yang handal ketika zaman mudanya.

Seorang yang gigih mempertahankan alat muzik tradisional.
Contoh : ‘Aku’ cuba menghidupkan semula muzik tradisional tagung dengan memasukkan acara paluan tagung ketika sambutan Pesta Kaamatan. ‘Aku’ juga mencadangkan pemuda Kadazandusun yang hendak berkahwin hendaklah memenuhi syarat iaitu pandai memalu tagung dan menjadikan tagung sebagai barang hantaran.

Seorang yang penyayang.
Contoh: masih merindui isterinya Leona yang meninggal hampir dua tahun yang lalu.

Seorang yang tabah.
Contoh: Atuk tabah melayan sikap cucu yang meminggirkannya.

Seorang yang penyabar.
Contoh : ‘Aku’ bersabar dengan sikap anak dan cucu-cucunya yang tidak menghormati orang tua.

URSULA
Anak tunggal ‘aku’.
Hasil perkahwinannya dengan David, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uji, Ito, Atom dan Atin.
Mempunyai kelulusan ijazah dari universiti.

Seorang yang mudah mempercayai cerita orang lain.
Contoh : Dia mempercayai bulat-bulat cerita Annie berhubung dengan sikap ayahnya ketika mesyuarat.

Seorang yang tidak menyokong perjuangan ayahnya.
Contoh : Ursula tidak menyokong cadangan ayahnya untuk menghidupkan semula tagung di kalangan masyarakat Kadazandusun.

ITO
Anak lelaki sulung Ursula dan David.
Belajar di universiti luar negara.
Balik ke kampung ketika cuti semester dan hendak mengkaji tagung.

Seorang yang penyayang.
Contoh : Ito sangat menyayangi adik-adiknya dan membeli permainan komputer yang diminati oleh mereka. Ito juga sangat menyayangi ‘aku’

Seorang yang menghargai warisan bangsanya.
Contoh : Ito membuat keputusan untuk mengkaji tagung sebagai satu warisan budaya.

ATIN DAN ATOM
Anak-anak Ursula dan David.
Belajar di sekolah menengah.
Gemar bermain permainan di komputer.

Tidak menghormati orang tua.
Contoh : Mereka tidak mengendahkan pertanyaan ‘aku’ dan asyik bermain komputer.


TEKNIK PLOT

MONOLOG
Contoh:Monolog antara watak dengan dirinya sendiri dalam cerpen ini ini berlaku semasa ‘aku’ sibuk mencari tagung yang tak tahu di mana.

IMBAS KEMBALI
Contoh: ‘Aku’ mengingat kembali kenanganya mersama Leona, mendiang isterinya yang begitu menghargai tagung

KONFLIK
Contoh: Wujud konflik antara ‘aku’ dengan ahli mesyuarat kerana mereka menolak cadangan ‘aku’ untuk menghidupkan semula tagung.

KEJUTAN
Contoh: Pembaca dikejutkan apabila Ito pemuda yang telah melanjutkan pengajian ke luar negara memberitahu bahawa dia mahu membuat kajian tentang tagung dalam suasana ‘aku’ telah berputus harapan kerana semua orang menolak cadangannya.


STRUKTUR PLOT

PERMULAAN
Pengarang memulakan cerita dengan peristiwa ‘aku’ mencari tutuntung. ‘Aku’ tidak dipedulikan oleh dua orang cucunya iaitu Atom dan Atin kerana mereka sibuk bermain permainan di komputer.

PERKEMBANGAN
Pengarang mengembangkan cerita dengan kekecewaan ‘aku’ dengan sikap cucu cucunya yang tidak acuh dengan tagung. Cucu-cucunya lebih gemar bermain komputer.

Pengarang turut menggarap teknik imbasan kembali apabila ‘aku’ teringat mendiang isterinya Leona ketika dia memainkan alat muzik tradisional tagung.

“Aku’ turut teringat peristiwa dia menghadiri mesyuarat sempena Pesta Kaamatan. ‘Aku’ telah mencadangkan supaya tagung dijadikan hantaran perkahwinan dan dan lelaki harus pandai memalu tagung.

Ahli mesyuarat salah anggap dengan cadangan ‘aku’ dan ada di antaranya beranggapan ‘aku’ cuba mengaut keuntungan hasil daripada cadangannya.

Konflik semakin rumit apabila ‘aku’ bertikam lidah dengan anaknya Ursula. Ursula malu dengan tindakan bapanya ketika mesyuarat.

PUNCAK/KLIMAKS
Cerita ini mencapai klimaks apabila Ito pulang bercuti dari pengajiannya di luar negara dan menyatakan hasratnya untuk mengkaji tagung sebagai warisan kebudayaan di Borneo.

PELERAIAN
‘Aku’ bersyukur kerana Ito cucunya menghargai tagung sebagai warisan kebudayaan leluhurnya.


LATAR

LATAR MASA
Pengarang tidak menggunakan latar masa yang spesifik dalam cerpen ini. Namun, pengarang memberi gambaran kebanyakan peristiwa yang berlaku dalam cerpen ini berkisar kepada persiapan kaum Kadazandusun untuk membuat persiapan sambutan Pesta Kaamatan.

LATAR TEMPAT
RUMAH URSULA
Contoh: ‘Aku’ mencari tutuntung tetapi tidak diendahkan oleh Atom dan Atin yang asyik bermain komputer.

Contoh: ‘Aku’ mencari Uji cucu perempuannya untuk bertanyakan tutuntung. Bagaimanapun, ‘aku’ teringat Uji telah mengikut ibunya ke lapangan terbang menyambut kedatangan Ito dari luar luar negara.

DI BUAIAN
Contoh: Tempat ‘aku’ selalu menghabiskan masanya dan mengimbas kembali kenangannya bersama dengan mendiang isterinya Ursula.

BALAI RAYA
Contoh:Tempat mesyuarat untuk membuat persiapan menyambut Pesta Kaamatan.

Contoh: ‘Aku’ mencadangkan supaya tagung dihidupkan kembali. Pemuda kampung yang hendak berkahwin hendaklah pandai memalu tagung dan menjadikan tagung sebagai hantaran perkahwinan.

Contoh: Cadangan aku telah diselahertikan oleh ahli mesyuarat dan beranggapan ‘aku’ hendak mengaut keuntungan hasil daripada cadangannya.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang menghargai alat muzik tradisional.
Contoh : ‘Aku’ begitu mencintai kesenian warisan tradisional dan mahu menghidupkannya semula.

Masyarakat muda yang masih meminati muzik tradisional.
Contoh : Ito mahu membuat kajian tentang tagung yang menjadi warisan bangsanya.

Masyarakat yang suka kepada muzik moden.
Contoh : Pesta Kaamatan dan majlis perkahwinan meminggirkan pertunjukan tagung kerana dianggap tidak menarik lagi.

Masyarakat yang lalai dengan perkembangan komputer.
Contoh : Cucu-cucu ‘aku’ begitu berminat dengan permainan komputer dan tidak tertarik dengan permintaan ‘aku’nya untuk permainan tagung.

Masyarakat yang tidak menghormati orang tua.
Contoh : Perbezaan pendapat antara ‘aku’ dengan Ursula yang menentang cadangan ayahnya untuk menghidupkan permainan muzik tagung. Begitu juga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Atin dan Atom yang mengeluarkan kata-kata tidak sopan kepada ‘aku’.


GAYA BAHASA

Kata ganda.
Contoh : kartun-kartun, mengangguk-angguk, bersama-sama

Sinkof.
Contoh : ku, nak, ni

Simpulan bahasa.
Contoh : membuang muka

Personifikasi.
Contoh : Permainan komputer itu telah menelan roh jasad kedua-dua cucu itu.

Metafora.
Contoh : Jejarum tawa, bongkah kelu

Pemilihan diksi Bahasa Inggeris.
Contoh : band, survey,

Pemilihan diksi bahasa Kadazandusun.
Contoh : tagung, aki

Inversi
Contoh : Berhartakan warisan budaya sebagai kekayaan, memang kejam amat. Sepatutnya amat kejam.


NILAI

Nilai kesabaran.
Contoh : ‘Aku’ sentiasa bersabar dengan kerenah cucunya Atin dan Atom yang tidak mengendahkannya. Dia juga bersabar dengan tindakan ahli mesyuarat yang salah anggap dengan cadangannya, begitu jugan dengan tindakan Ursula anaknya yang menentang tagung.

Nilai kegigihan.
Contoh : ‘Aku’ gigih mempertahankan tagung sebagai satu warisan bangsanya.

Nilai tanggungjawab.
Contoh : ‘Aku’ bertanggungjawab untuk mempertahankan tagung daripada terus pupus di kalangan generasi muda.

Nilai menghargai.
Contoh: Ito merupakan cucu ‘aku’ yang masih menghargai tagung dengan tindakannya yang mahu membuat kajian tagung sebagai warisan budaya masyarakat di Borneo.

Nilai kasih sayang.
Contoh : Atuk masih merindui isterinya yang telah meninggal dua tahun lalu.

PENGAJARAN
Kita hendaklah sentiasa menghargai warisan yang melambangkan jati diri bangsa.
Contoh : Ito mahu membuat kajian tentang tagung yang dimainkan oleh ‘aku’.

Kita hendaklah sentiasa menghormati orang tua dan tidak melukakan hati mereka.
Contoh : Atin dan Atom sepatutnya menghormati ‘aku’ walaupun sibuk bermain komputer

Kita perlulah belajar mewarisi permainan alat muzik tradisional bagi kesinambungan warisan budaya pada masa akan datang.
Contoh : Mesyuarat Pesta Kaamatan sepatutnya menerima cadangan ‘aku’ agar tagung dibudayakan semula di kampung mereka.

Kita perlulah mencontohi perjuangan insan yang mempertahankan warisan budaya daripada pupus ditelan zaman.
Contoh : Perjuangan dan kegigihan ‘aku’ mempertahankan tagung harus dicontohi.

Kita perlu memanfaatkan masa depan dengan sebaik-baiknya dengan melakukan perkara yang mendatangkan faedah.
Contoh : Perjuangan ‘aku’ untuk menghidupkan kembali permainan tagung perlu diajar kepada generasi muda agar tidak hilang.

SUDUT PANDANGAN
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama dengan menggunakan watak ‘aku’. Pengarang memfokuskan keadaan perasaan dan fikiran watak utama. Gambaran ini diberikan secara terperinci berbanding dengan gambaran terhadap watak lain. Pengarang juga turut mengalhkan fokus kepada watak sampingan seperti Ursula, Ito juga Atin dan Atom.


Bacaan Lanjutan :

Sila rujuk  di sini untuk mengetahui budaya kaum kadazan-dusun
Sejarah Asal Usul Masyarakat Kadazan Dusun, sila ke sini


Comments

  1. wah banyak yang saya belajar ni di sini...

    ReplyDelete
  2. nak tnya, thn brapa cerita ni ditulis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tagung karya Witer Gunik diterbitkan dalam antologi Alangkah Indah Salju 2005 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

      Karya ini dipilih menjadi teks kajian KME SPM dan tersiar dalam Madu Ilmu (200) diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

      Tarikh karya ini pertama disiarkan tak dapat saya pastikan

      Terima kasih

      Delete
    2. Tersiar dalam Madu Ilmu 2009.

      Delete
  3. blog ini memang terbaik !!

    ReplyDelete

Post a Comment