Seekor Manusia Seorang Binatang

SEEKOR MANUSIA SEORANG BINATANG
(MUHAMMAD ISA al-JAMBULI)

TEMA
Bertemakan tentang keruntuhan moral dan akhlak remaja dalam masyarakat.
Contoh: Pergaulan bebas antara Zaniyah dan Zaney. Akibat pergaulan bebas Zaniyah telah mengandung dan bertindak membuang bayinya di hutan Lembah Dara Terbelah. Usahanya itu terbantut setelah disedarkan oleh seekor monyet yang mempunyai naluri keibuan dan kasih sayang tehadapa anaknya.

PERSOALAN
Persoalan gejala pembuangan bayi.
Contoh: Zaniyah membuang anaknya yang baru dilahirkan dipinggir sungai hutan lembah dara kerana tidak sanggup menanggung malu kerana anak yang dilahirkannya adalah anak luar nikah.

Persoalan Sikap tidak bertanggungjawab seorang lelaki.
Contoh: Zaney merupakan buaya darat yang telah merosakkan Zaniyah sehingga Zaniyah hamil. Sikap ketidak bertanggungjawab Zaney ini terserlah apabila dia menghilangkan diri tanpa berita.

Persoalan keturunan menentukan akhlak atau tingkah laku.
Contoh: Tingkah laku Zaniyah yang tidak baik dikaitkan dengan sikap ibu bapanya yang tidak baik.

Persoalan keinsafan daripada kesilapan.
Contoh: Zaniyah insaf daripada kesilapan membuang bayi, setelah melihat pengorbanan ibu monyet menyelamatkan anaknya.

Persoalan kasih sayang.
Persoalan ini dipaparkan melalui peristiwa seekor monyet berusaha menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya, sedangkan Zaniyah membuang darah dagingnya sendiri.

Persoalan pengorbanan seorang ibu
Seorang ibu sanggup berkorban untuk anaknya demi melindungi,menyelamatkan atau memelihara anaknya daripada apa jua bencana. Seekor monyet yang mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anaknya yang hanyut di dalam sungai.

WATAK DAN PERWATAKAN

ZANIYAH
Watak utama.
Seorang yang berasal dari kampung dan menetap di bandar.

Seorang yang liar dan bebas dalam pergaulan.
Contoh : Mempunyai anak di luar nikah

Seorang yang mudah mempercayai lelaki..
Zaniyah percayakan Zaney sehingga mengandung luar nikah.

Seorang yang tidak berperikemanusiaan.
Zaniyah sanggup membuang anaknya di dalam hutan kerana malu

Seorang yang insaf daripada kesilapan.
Zaniyah kembali mendapatkan anaknya setelah melihat pengorbanan seekor ibu monyet menyelamatkan anaknya.

Seorang yang kurang didikan agama.
Contoh: ibu bapanya mengabaikan pegangan agama dan tidak bertanggungjawab terhadap Zaniyah.

ZANEY
Mempunyai kekasih bernama Zaniyah
Telah terlanjur dengan Zaniyah
Seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Dia bertindak melarikan diri ketika Zaniyah mengandung.

BAPA ZANIYAH
Seorang anak muda yang gagah dan kacak

Seorang yang pentingkan diri sendiri
Bapa Zaniyah dianggap pentingkan diri sendiri apabila sanggup menjadi tali barut tentera Jepun demi memenuhi kepentingan dirinya.

Seorang yang kejam
Dia melarikan ibu Zaniyah ke Selatan Thailand dan berlaku pertarungan yang menyebabkan suami ibu Zaniyah terbunuh. Malah dia memfitnah suami ibu Zaniyah seorang tali barut Inggeris.

IBU ZANIYAH
Seorang yang materialistik
Ibu Zaniyah dikatakan materialistik apabila sanggup menduakan suaminya.

Seorang yang tidak bertanggungjawab
Sifatnya ini dapat dilihat apabila sanggup menduakan suaminya dan melarikan diri ke selatan Thailand. Dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan mencurangi suaminya.

IBU MONYET
Watak bukan manusia.

Ibu yang sanggup berkorban.
Contoh: sanggup mati kerana menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya.
Ibu yang penyayang.
Contoh: Menjaga anaknya dengan baik dan mencium anaknya.

STRUKTUR PLOT
Permulaan
Zaniyah meninggalkan anak luar nikahnya di atas batu besar di dalam Hutan Lembah Dara. Dia memilih hutan kerana jauh dari kota, supaya perbuatannya yang terkutuk itu tidak dikesan oleh sesiapapun. Anak yang ditinggalkan itu adalah anak luar nikah hasil daripada hubungannya dengan Zaney.

Perkembangan
Zaniyah terkenang semula perbuatan Zaney terhadapnya dan sikap tidak bertanggungjawab Zaney terhadap dirinya. Inilah akibat daripada kehidupannya yang liar dan bercampur gaul dengan rakan-rakan yang tidak bermoral. Zaniyah juga teringat sejarah kelahirannya yang merupakan anak luar nikah hasil daripada hubungan ibunya semasa penjajahan Jepun.

Klimaks
Jeritan binatang dari arah sungai mengejutkan Zaniyah dan dia tersentuh apabila melihat pengorbanan seekor ibu monyet yang sedang bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya.

Peleraian.
Zaniyah insaf dengan peristiwa itu dan berasa menyesal dengan perbuatannya. Dia berpatah balik untuk mengambil anak yang ditinggalkannya di tepi Sungai Lembah Dara Terbelah.

TEKNIK PLOT
Teknik Dialog
“percayalah , zan. Dia tu dah punya bini, dah punya anak pun. Aku kesiankan kau. Sebagai seorang kawan, aku berkewajipan mengingatkan kau.’ Zaney mempamerkan wajah simpatinya.

Teknik Pemerian
Matanya yang kuyu dan cengkung diwajahnya yang pucat lesi itu masih merenungi aliran air sungai yang menghayutkan sampah sarap dan reba itu

Teknik Imbas Kembali.
Contoh: Zaniyah terkenang kisah hitam bapa dan ibunya.

Teknik imbas muka.
Contoh: Zaniyah membayangkan keadaan anaknya yang di hutan Lembah Dara Terbelah.

Teknik Monolog
Anak monyetkah itu? Bagaimana anak monyet itu boleh berada di atas dahan kayu mati yang hanyut itu?

LATAR MASA
Zaman pendudukan Jepun di tanah Melayu.
Kisah ibubapa Zaniyah terlibat dengan cinta terlarang.

Waktu pagi
Zaniyah mengatur langkah menuju Hutan Lembah Dara Terbelah yang terletak tidak jauh di pinggir kota untuk membuang anaknya di hutan tersebut

LATAR TEMPAT
Di kota.
Contoh: Zaniyah terlibat dengan pergaulan bebas.

Hutan Lembah Dara Terbelah
Merupakan latar tempat yang mendominasi cerpen ini dimana ia adalah hutan tempat Zaniyah cuba membuang anaknya dan berlaku peristiwa seekor monyet yang menyelamatkan anaknya sehingga mengisafkan Zaniyah.

Sungai
Sungai ini terletak di Lembah Dara Terbelah. Peristiwa yang berlaku di sungai ini ialah kejadian seekor ibu monyet yang cuba menyelamatkan anaknya, tetapi ibu monyet itu sendiri terjatuh ke dalam sungai dan menjadi habuan buaya.

Batu bawah pokok
Terletak di hilir sungai. Adalah tempat Zaniyah meninggalkan bayinya .

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan
Zaniyah yang kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membuang anak sendiri. Juga

Masyarakat yang belot atau tidak setia
Digambarkan oleh watak ayah Zaniyah yang belot dan menjadi tali barut tentera Jepun.

Masyarakat yang mengamalkan pergaulan bebas
Zaniyah yang mengamalkan kehidupan bersosial yang bebas apabila menceburi alam hedonistik, berkawan dengan bohsia,bohjan dan menjadi seorang gadis yang liar.

Masyarakat Kota.
Zaniyah merupakan gadis kampung yang hidup mencari rezeki di kota.

Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Zaney merupakan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan Zaniyah setelah dia mendapat apa yang diingininya.

Masyarakat yang jahil tentang agama.
Zaniyah seorang gadis yang jahil tentang agama dengan membelakangkan garis panduan agama dengan terlibat dalam pergaulan bebas bohsia dan bohjan, terlanjur sehingga melahirkan anak dan cuba membuang anaknya itu.

Masyarakat haiwan yang penyayang dan sanggup berkorban.
Ibu monyet sangat menyayangi anaknya dan telah mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya.

GAYA BAHASA

Personafikasi
Cahaya siang sudah mula menyapu bersih saki-baki gelap malam. Kabus
menyelimuti hutan Lembah Dara Terbelah. Embun berjatuhan dari hujungan
daun-daun. Para unggas melafazkan zikir masing-masing, mensyukuri
kemunculan sang suria.

Dialek
...Keuzurannya ini menyebabkan sekujur badannya kenaling bergerunyut..
..Atau dahan pokok itu sekah, disoyak ribut atau sengaja ditutuh..

Simbol
Aku ceritakan ini semata-mata untuk menyelamatkan kau daripada menjadi
mangsa buaya darat itu. Nah lihatlah , ini gambar bininya!”

Terlepas daripada menjadi mangsa buaya darat, Zaniyah menjadi pasangan
belangkas darat kepada Zaney. .

NILAI

Nilai Kasih Sayang.
Ibu monyet sangat menyayangi anaknya.

Nilai Keinsafan.
Zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya.

Nilai Pengorbanan
Contoh: Ibu monyet sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya.

Nilai Bertanggungjawab.
Contoh: Zaniyah mengambil semula anaknya yang dibuangnya atas rasa keibuan.

Nilai ketabahan
Contoh: Zaniyah seorang yang tabah dan berani menghadapi saat-saat melahirkan anak seorang diri di hutan lembah dara walaupun risikonya tinggi.

PENGAJARAN
Kita mestilah insaf dan sedar setelah terlanjur melakukan dosa atau kesalahan.
Zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya. Akhirnya Zaniyah pergi mengambil kembali anaknya.

Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan menjaga batas-batas pergaulan
Zaniyah merupakan gadis liar yang mengamalkan pergaulan bebas sehingga terjebak dengan hubungan terlarang.

Kita janganlah mengamalkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan.
Zaniyah dan Zaney menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan sehingga Zaniyah hamil.

Kita mestilah menyayangi dan bekorban demi anak-anak.
Ibu monyet sangat menyayangi anaknya. Buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya

Kita hendaklah mempunyai sifat kasih sayang.
Ibu monyet sangat meyayangi anaknya.

Kita hendaklah insaf dan mengaki kesilapan
Zaniyah insaf apabila melihat gelagat ibu monyet.

Kita hendaklah berfikir sebaik-baiknya sebelum melakukan sesuatu.
Tindakan membuang bayi seperti yang dilakukan oleh watak Zaniyah adalah suatu tindakan yang dilakukan tanpa berfikir dengan sebaiknya terlebih dahulu.

SUDUT PANDANGAN

Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas.

Comments