Pelopor Cerpen Melayu Moden

 Abdul Rahim Kajai

Latar belakang


Nama sebenar haji Abdul Rahim bin haji Salim, Nama penanya Pak Lacuk dan Wak Ketuk. Beliau lahir di Setapak, Kuala Lumpur pada tahun 1894, dan meninggal dunia pada 5 Disember 1943 di Geylang, Singapura. Keluarganya berasal dari Kampung Kajai Di Sumatera Tengah, Indonesia.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Setapak hingga lulus darjah lima. Beliau juga menerima pendidikan Inggeris dan lulus darjah tiga. Pada tahun 1906 menyambung pelajaran ke Mekah dalam bidang agama dan bahasa Arab. Pada tahun 1917 pulang ke Tanah Melayu

Beliau bekerja sebagai pengarang di pelbagai penerbitan akhbar dab Majalah, seperti Akhbar Majlis, Warta Ahad, Warta Jenaka, Utusan Melayu, Mingguan Edaran Zaman dan Mingguan Saudara. Pada tahun 1930 dilantik sebagai penolong pengarang akhbar saudara dan dianggap sebagai ‘Bapa Kewartawanan’ dan ‘Pelopor Cerpen Melayu Moden’

Sumbangan

Beliau menghasilkan cerpen. Beliau banyak menghasilkan cerpen antaranya ialah Awang Putat, Jamil Jamilah, dan Si Mat Pisang Rebus. Antologinya yang tekenal ialah Pustaka Kajai Jilid I-IV (1949), Banyak Udang banyak garam (1960), Lain Padang Lain Belalang (1961), dan Satira Kajai. Karya terjemahan ialah Hikayat Dzul Ruhain (1930-31)

Beliau telah memberi sumbangan dalam perkembangan akhbar. Pada tahun 1925 menjadi penulis khas akhbar “Edaran Zaman” di Pulau Pinang. Pada tahun 1928 penulis khas akhbar “Saudara”. Tahun 1931 menjadi pengarang akhbar “Majlis” di Luala Lumpur. Pada tahun 1935 wartawan khas akhbar harian “Warta Malaya” di Kuala Lumpur. Tahun 1936 sebagai Ketua Pengarang akhbar harian “Warta Ahad” dan “Warta Jenaka” di Singapura. Tahun 1936 juga sebagai Ketua Pengarang akhbar harian Utusan Melayu - “Utusan Melayu Press” di Singapura. Pada tahun 1939 menerbitkan “Utusan Zaman”. Pada tahun 1942 pengarang akhbar “Perubahan Baru” dan “Berita Malai”

Beliau melahirkan karya yang membawa pelbagai tema. Menyedarkan masyarakat Melayu tentang nasib bangsa mereka dengan menghasilkan karya-karya yang membawa tema nasionalisme, ( Awang Putat, Si Mat Pisang Rebus) politik, ekonomi ( Awang Putat, Ceretera Hiburan Raya Aidilfitri) dan agama(Siapa salah, Tercabut Iman Kerana Cinta)

Peranan 

Beliau digelar “Bapa Kewartawanan Melayu” kerana kegiatannya dalam perkembangan akhbar Melayu. Sumbangan dan jasanya dalam dunia kewartawanan Melayu amat besar dan sukar ditandingi.

Beliau dianggap sebagai “Pelopor Cerpen Melayu”. Beliau  menulis cerpen mulai tahun 1930 hingga 1942 dan menghasilkan sebanyak 48 buah cerpen. Beliau merupakan wartawan pertama yang berani menyuarakan istilah Darah Keturunan Keling(DKK). Rahim Kajai berani dan lantang mengkritik pemimpin Melayu yang melakukan penyelewingan

Ketokohan Abdul Rahim Kajai terserlah dalam penulisan genre cerpen sebelum perang dunia kedua, sesuai dengan profesionnya sebagai wartawan. Beliau memperlihatkan kepekaannya sebagai wartawan dengan memerhati, melapor, mengupas, mengkritik dan menganalisis pola masyarakat dalam karya-karya cerpennya. (Esei ”Cerpen-cerpen Abdul Rahim Kajai: Pemikiran dan Aspirasinya oleh Amida@Hamidah Haji Abdul Hamid, Dewan Bahasa dan Pustaka)


Isu Sosial Dalam Karya Abdul Rahim Kajai

Kehilangan jati diri Melayu apabila digantikan dengan budaya barat. Perubahan yang berlaku pada anggota masyarakat Melayu kesan dari pengaruh budaya barat yang bertentangan dengan budaya timur telah membimbangkan beliau lalu beliau luahkan menerusi cerpen beliau yang bertajuk ”Punggok Merindukan Bulan – Peperangan Moden dengan Adat Pepatih” (Mastika, September 1941 – Oktober 1941) yang mengisahkan perilaku keluarga Abdul Rauf yang terpesong daripada pola budaya Melayu dengan mengamalkan cara hidup barat menerusi sambutan hari jadi.

Bangsa pendatang menindas mentaliti orang Melayu. Nasib bangsa Melayu menjadi lebih genting apabila kehadiran bangsa pendatang khususnya dari kalangan keturunan Arab dan India Muslim. Kaum pendatang yang bergerak aktif dalam perniagaan ini memberi tamparan hebat kepada kehidupan orang Melayu. Cerpen Buang Bangsa Buang Harta Keranamu Tuan, jelas memperlihatkan kepekaan Abdul Rahim Kajai tentang ketaksuban orang Melayu terhadap kaum pendatang.

Orang Melayu mengagungkan status keturunan dan kekayaan. Ketaksuban orang Melayu terhadap keturunan kaum pendatang khususnya yang berketurunan Arab yang pada anggapan mereka perlu disanjung kerana mereka dikatakan dari kalangan orang yang baik-baik sehingga ada yang sanggup memaksa anak-anak mereka berkahwin dengan keturunan ini. Cerpen ” Cetera Harta, Cinta dan Roh Kebangsaan” (Utusan Zaman, 24 Disember 1939, 31 Disember 1939, 7 Januari 1940) yang mengisahkan Hj. Abd. Latif memaksa anaknya Salamiah berkahwin dengan Sayid Ambrus al-Mutaki dan lupakan kekasihnya iaitu Mas’ud.

Bangsa Melayu perlu bersatu untuk memartabatkan kedaulatan bangsa. Nasib orang Melayu juga terancam dengan kelicikan dan tipu muslihat kaum pendatang yang mahu mengaut keuntungan dengan melakukan pelbagai tipu muslihat. Cerpen ”Cerita Awang Putat” (Utusan Zaman 1 Nov 1941 – 8 Nov 1941) mengisahkan bagaimana Awang Putat menyeru orang-orang Melayu agar bersatu padu melalui penubuhan kedai kerjasama bagi mengatasi kelicikan tipu muslihat Ah Kau dalam perniagaan.

Bangsa Melayu harus celik ekonomi dalam membangunkan bangsa. Nasib orang Melayu yang mudah diperkotak-katikkan oleh kaum pendatang yang mengambil kesempatan diatas kemulian budi orang Melayu boleh ditebus menerusi celik ekonomi Cerpen ”Cerita Awang Putat” jela memaparkan celik ekonomi watak Awang Putat telah berjaya menyedarkan orang Melayu tentang kelicikan dan tipu muslihat kaum pendatang terutama orang Cina untuk mengaut keuntungan dengan menipu orang Melayu.

Harapan agar orang Melayu berpandangan jauh (futuristik) bagi memajukan bangsa Melayu. Masyarakat melayu jika hendak maju dan mencapai kejayaan seharusnya memberi penekanan kepada soal yang berkaitan dengan pelajaran dan sikap tolong menolong. Cerpen ” ”Punggok Merindukan Bulan – Peperangan Moden dengan Adat Pepatih” jelas memperlihatkan aspek pelajaran seharusnya dimanfaatkan oleh orang Melayu untuk kemajuan bangsa seperti yang dinyatakan oleh Cik Tiyana.

Persoalan persamaan hak wanita untuk mendapat pendidikan. Pendidikan juga seharusnya diberikan kepada kaum wanita agar mereka juga boleh membantu kaum lelaki membangunkan negara dan kemajuan bangsa. Cerpen Buang Bangsa, Buang Harta Keranamu Tuan jelas dapat dijejaki persoalan itu menerusi syarahan Syarifah Bardiah yang menyeru kaum ibu supaya memberi penekanan terhadap pendidikan sama dengan kaum lelaki.

Persoalan isu poligami. Poligami pada pandangan beliau sebagai penyelesai masalah yang melanda hati dan rumahtangga. Cerpen ”Cetera Hiburan Raya Aidilfitri” dan ”Air Sungai Kausar Disangka Racun” jelas membawa isu poligami, beliau melukiskan watak Cik Wan dan Ratna bersalam-salaman dengan muka yang manis .

Comments