31 Mar 2013

Latiff Mohidin

Latiff Mohidin
(Abdul Latiff bin Haji Mohidin, A. Latiff Mohidin, Alma)
LAHIR : 20 Ogos 1938 di Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
ALAMAT : 73, Jalan AU5C/6, Lembah Keramat, Hulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur.

ANAK kepada bekas syeikh haji ini awal-awal lagi telah memperlihatkan bakat seninya. Sewaktu berumur sembilan tahun, beliau telah pun mencipta beberapa lukisan cat minyak. Pada awal tahun 1960-an, Latiff telah menunjukkan pula kebolehan yang lain, iaitu menulis puisi.

Latiff menerima pendidikan awalnya dari Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus darjah IV. Sesudah itu, Latiff menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian pada tahun 1954, beliau kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah King George V dengan biasiswa kerajaan negeri, hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959. Pertengahan tahun 1960, Latiff meninggalkan tanah air untuk menuntut di Academy of Fine Arts, Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah Republik Persekutuan Jerman.

Sehingga tahun 1971, Latiff cukup banyak mengembara sambil memperluas pengalaman dan mencipta pelbagai bentuk seni terutamanya seni lukis. Hasil ciptaannya telah dipamerkan dari semasa ke semasa sama ada pameran secara perseorangan ataupun bersama, baik di dalam mahupun di luar negeri. Sewaktu belajar di Berlin, Latiff sempat melawat seluruh Eropah Barat dan selepas itu ke beberapa buah negara Asia Tenggara. Dalam tahun 1969, Latiff mendapat hadiah (grant) dari Kementerian Kebudayaan Perancis untuk mengikuti kursus seni goresan di Atelier La Courrier, Paris dan kemudian ditawarkan pula Biasiswa Rockefeller untuk meneruskan kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat yang diakhiri dengan lawatan seni sekeliling dunia.

Dalam perjalanan dalam tahun-tahun 1960-an inilah Latiff mulai menghasilkan beberapa buah puisi, termasuk sebuah puisi yang terkenal iaitu “Sungai Mekong” yang kemudian menjadi judul kumpulan puisinya yang pertama.

Latiff mencipta dalam satu era pembangunan dan modenisasi yang telah bebas daripada tekanan pentadbiran kolonial dan justeru suasana yang begini memberikannya lebih banyak perhatian terhadap masalah pertumbuhan peribadi daripada masalah sosiopolitik. Latiff ialah penulis yang tumbuh dengan pendidikan moden yang liberal dan oleh sebab beliau ialah pelukis-penyair yang paling banyak mengembara di Eropah dan Asia, maka Latiff berkesempatan pula berkenalan dengan tradisi dan sastera dunia yang beragam.
Puisi-puisi Latiff tidak bertujuan membicarakan sistem atau ideologi yang besar kerana ia lahir terus daripada sumber batin dan pengalaman sehari-hari peribadi penyair sendiri. Sia-sia sahaja jika kita mahu mencari masalah “pertentangan kelas, penindasan kebebasan atau pesanan pembangunan” di dalam puisinya. Yang mengalir dalam puisinya ialah kesan-kesan perasaan, kenangan mimpi dan lapisan pengalaman melalui imaginasinya. Pembaca juga akan menemui banyak sekali imejan benda-benda yang biasa dan unsur-unsur yang lumrah seperti tiket, surat, sotong, burung gagak, cicak, dan sungai. Latiff tidak menampilkan benda dan unsur tersebut dengan terperinci sebagai gambar yang mati. Beliau berusaha melampaui garis kenyataan dengan tenaga imaginasinya serta melihat pelbagai kemungkinan getar peristiwa yang wujud di sebalik benda-benda dan unsur-unsur alam tersebut.

Latiff dapat dianggap sebagai penyair yang banyak mengelakkan diri daripada memperkatakan masalah politik dan kemasyarakatan dalam puisinya. Latiff lebih gemar mendekatkan dirinya kepada alam dan tata jalur kejadiannya. Dalam puisi-puisinya boleh ditemui suara hatinya sebagai seorang pengembara yang mencari erti kehidupan dan yang selalu ingin menyebatikan jiwanya dengan anasir-anasir alam. Di samping membawa kelainan tema pengucapan Latiff yang segar, dapat disamakan dengan kesegaran sebuah lukisan, penuh aneka palitan warna dan tafsiran.

Sungguhpun demikian Latiff cukup mengerti dan toleran terhadap “kesusasteraan yang komited” yang menjadi ciri penting dalam suasana kreatif di Malaysia. Diksi puisinya daripada bahasa dan kata-kata biasa yang diolah sepenuh dan sedapat mungkin bagi pengucapan isi jiwa dan fikirannya. Puisi Latiff padat, ekonomis kata-kata, berbaris pendek dan pada beberapa karyanya terlihat ‘bentuk-bebas’ yang menekankan kesan visual. Penekanan kesan visual ini hasil kemungkinan bentuk daripada `puisi konkrit’ Eropah, ‘canggahan kata’ pepatah Minang dan seterusnya daripada `sketsa budaya’ yang memang menjadi sebahagian daripada kehidupan seni kreatif Latiff sendiri.

Walaupun Latiff berhasil menggunakan bentuk bebas secara matang, tetapi puisinya tetap merupakan pengucapan jiwa manusia Timur yang masih erat dengan kekayaan dan keindahan alam sekitar. Meskipun melalui kata-kata, Latiff tidak menyatakan secara jelas pemberontakannya terhadap hal-hal yang lazim dan mundur, tetapi daripada cara dan gaya berpuisi beliau sebenarnya telah pun menyatakan sikap dan pendiriannya yang tersendiri itu.


Sehingga kini, puisi-puisi Latiff telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina, Jerman, Itali, Danish, dan Tamil. Terjemahan Inggeris banyak dilakukan oleh Adibah Amin dan Mansor Ahmad Saman.
Rasanya pembicaraan tentang Latiff ini tidak akan lengkap tanpa menyentuh secara umum penglibatan Latiff dalam dunia seni lukis kerana bidang ini juga adalah sebahagian daripada kehidupannya. Latiff pernah menyebut bahawa: “Umumnya seniman moden dari Asia memang mempunyai kebolehan untuk mempelajari pengolahan teknik dari Barat, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana memperlihatkan keaslian, kesungguhan, dan kesegaran berkarya”.

Antara tahun 1962 dan 1983, Latiff telah beberapa kali mempamerkan hasil karya seni lukisnya, antaranya termasuklah di Bona, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London, selain Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur. Sebagai pelukis. Latiff pernah dianggap pelukis abstrak Malaysia yang mencerminkan pengertian terhadap alam setempat seperti mana yang terlihat dalam siri “Pago-Pago”nya.
Seperti juga dalam puisinya, pencarian Latiff terhadap `daerah tempatan’ menariknya ke arah alam dan kita dapati baik sebagai pelukis ataupun penyair, beliau adalah seniman yang cukup mesra dengan lingkungan semula jadinya.

Dari tahun 1963 hingga tahun 1969, Latiff amat giat dan tekun mencipta, merangkumi tiga bidang seni yang berlainan dalam pengucapannya. Dalam lukisan minyaknya, ukiran arcanya dan goresan cetaknya terdapat keselarasan yang luar biasa terhadap saluran-saluran yang berlainan alat atau bahan. Melalui siri-siri ciptaannya, “Pago-Pago”, “Mindscape” dan “Langkawi”, menjadikan Latiff seorang tokoh pelukis penting di negara ini.

Selain kegiatan mencipta puisi dan lukisan, Latiff pernah menjadi pemimpin tidak rasmi sekumpulan anak muda yang berbakat seni, yakni kumpulan “Anak Alam” di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Selepas berumah tangga, Latiff telah diberikan penghargaan sebagai Fellow Kreatif dan Seniman Tamu, masing-masing di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1977 – 1979) dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (1980).

Latiff pernah memenangi berbagai-bagai hadiah utama sastera, terutama Hadiah Karya Sastera/Hadiah Sastera Malaysia sejak tahun 1971. Beliau memenangi Anugerah Puisi Putera 1 anjuran Bank Bumiputera dan GAPENA. Pada tahun 1984, Latiff terpilih mewakili Malaysia menerima S.E.A. Write Awards di Bangkok. Mulai tahun 1986, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberi penghormatan kepada beliau menjadi penulis tamu dan untuk mengisi projek sebagai penulis tamu, Latiff telah menumpukan tenaganya kepada penulisan kembali pengalaman dan proses penciptaan seninya.

Dalam bidang seni lukis, beliau mula berkarya sejak tahun 1951. Melalui siri lukisannya seperti “Pago-Pago”, “Mindscape” dan “Langkawi”, Latiff diiktiraf sebagai antara pelukis penting di negara ini. Beliau telah mengadakan tiga puluh pameran perseorangan di Asia dan di Eropah. Latiff pernah mempamerkan hasil karya seni lukisnya di Bona, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London, selain Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.

Selain melakar, melukis, menulis, dan menghasilkan arca, beliau juga amat giat menterjemahkan karya-karya puitis pujangga, pemikir, dan ahli falsafah dunia seperti Rubaiyat Omar Khayyam, Puisi-Puisi Jalaluddin Rumi, Tao Te Ching Lau Tze, Gitanjali Tagore, dan Faust Goethe.

Selama menceburi pelbagai cabang seni, Latiff Mohidin menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah. Misalnya dalam bidang sastera, Latiff pernah memenangi Hadiah Karya Sastera/Hadiah Sastera Malaysia sejak tahun 1971. Beliau juga menerima Anugerah Puisi Putera 1 anjuran Bank Bumiputera dan GAPENA. Pada tahun 1984, Latiff terpilih menerima S.E.A. Write Awards di Bangkok.

Kini, Latiff Mohidin masih lagi aktif berkarya terutama dalam bidang seni lukis.
Karya Terbaru Latif Mohidin
 
KARYA PUISI
- Himpunan Sajak (anatologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969, 139 hlm.
- Sungai Mekong, Kuala Lumpur: No. 22, Jalan Bukit Bintang, 1972, 75 hlm.
- Kuala Lumpur (anatologi bersama), Kuala Lumpur: GAPENA, 1975, 57 hlm.
- Wayang Pak Dalang, Kuala Lumpur: Latiff Mohidin, 1977, 57 hlm.
- Serpihan dari pedalaman, Kuala Lumpur: Sistem Intermedia, 1979, 42 hlm.
- Pesisir Waktu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 62 hlm.
- Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 294 hlm.
- Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm
- Lagu Kehidupan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1983, 302 hlm.
- Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75 hlm.
- 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.
- Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 190 hlm.
- Garis: Dari Titik ke Titik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 229 hlm.
- Kumpulan Puisi Malaysia 1975 – 1985 (antologi bersama) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 167 hlm.
- Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm.
- Malaysia dalam Puisi (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 316 hlm.
- Rawa-rawa, Kuala Lumpur: Pustaka Cipta Sdn. Bhd., 1992, 42 hlm.
- Suara Rasa (Voice from Within) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm.
Karya Terbaru : Catatan

TERJEMAHAN
- Bantai Impian/Yukio Mishima, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 170 hlm.
- Gitanjali/Rabindranath Tagore, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, 85 hlm.
 

Latif Mohidin dapat ditemui di sini  : Catatan
Pameran 60 Tahun Latiff Mohidin di Balai Seni Visual Negara dari 26 Disember 2012 - 13 Jun 2013

Antara Hasil Seni Latiff Mohidin


Catatan Tambahan

Karya beliau In the Midst of Hardship menjadi bahan komponen sastera Bahasa Inggeris SPM

In the Midst of Hardship by Latiff Mohidin

At dawn they returned home
their soaky clothes torn
and approached the stove
their limbs marked by scratches
their legs full of wounds
but on their brows
there was not a sign of despair
The whole day and night just passed
they had to brave the horrendous flood
in the water all the time
between bloated carcasses
and tiny chips of tree barks
desperately looking for their son’s
albino buffalo that was never found

They were born amidst hardship

and grew up without a sigh or a complaint
now they are in the kitchen, making
jokes while rolling their ciggarete leaves

SYNOPSIS (OVERALL)
This poem is about a family who faces  hardship whereby their son’s albino buffalo is nowhere to be found. A flood occurs and they go out to find the buffalo. They reach home early in the morning without the buffalo and yet there is no  sign of despair in them. Meanwhile, they can still crack jokes and roll the cigarettes.
SYNOPSIS (ACCORDING TO STANZA)

STANZA 1
They returned home at day break and headed for the stove. This is probably because they were hungry. However, I have also received some feedbacks saying that they went straight to the stove to dry themselves as they were drenched with the flood water. Their clothes were soaking wet and tattered. Their bodies were covered with scratches and wounds. Yet, they did not display any signs of being worried.

STANZA 2
They were out in the flood the whole day and night. They were surrounded by dead animals and parts of trees that had been destroyed by the flood. We know that the animals were already dead because of the phrase ‘bloated carcasses’. They searched desperately for their son’s albino buffalo but were unable to find it.

STANZA 3
They were born into poverty and difficulty, but they do not complain about their suffer. Instead, they sit in the kitchen, cracking jokes while smoking cigarettes. This shows that they face difficulties all the time and this time there is no different. They have inner strength that makes them strong to face any hardship poses to them.

SETTING
The setting of the poem is in the house.

THEMES
  • Being resilience when facing hardship
  • Family love
  • Acceptance of way of life
MORAL VALUES
  1. We should learn to accept problems in life with a positive outlook.
  2. We must attempt to face and solve problem.
  3. Facing hardship is part and parcel of life.
  4. If we face a problem, do not feel despair.
TONE, MOOD, ATMOSPHERE
  • Understanding and sympathetic
  • Acceptance of situation
POINT OF VIEW
  • Third person pint of view.
LANGUAGE & STYLE
  • Language is simple and easy to understand.
  • The style is simple with no rhyming scheme.
POETIC DEVICES
  • Imagery – Gives picture of poet’s thoughts e.g ‘soaky clothes torn’ and ‘legs full of wounds’
  • Alliteration – e.g. ‘but on their brows’
  • Symbols – e.g. ‘horrendous flood’ and ‘bloating carcasses’
  • Diction – e.g. ‘stove’ and ‘brows
Sumber : Zahuren

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena