Drama



Drama
Othman Puteh

Genre drama juga tergolong ke dalam bentuk prosa atau cereka. Perkataan drama berasal daripada per-kataan Greek kuno iaitu “dran” yang mem¬bawa makna “melakukan”, “melakonkan” atau “mencapai”. Drama juga ditakrifkan sebagai karya berbentuk puisi yang cenderung menampilkan persoalan ke-hidupan dengan mengutamakan gerak (aksi) dan dianggap seni budaya yang menggambarkan realiti kehidupan.

Pernyataan ini amat bertepatan dengan pendapat Aristotle, seorang ahli falsafah Greek yang menyatakan bahawa drama se¬bagai “aksi manusia yang ditim” dalam kehidupan harian dan sekali gus men¬cerminkan bayangan realiti daripada ke¬hidupan insan itu sendiri. Konsep drama itu dapat dihubungkan kepada dua kategori.

Pertama, sebagai satu danpada genre sastera, drama berusaha menggambarkan kehidupan dan atau sebahagian danpada kehidupan insan dengan mengemukakan “konflik” melalui “aksi” dan “dialog” watak-¬wataknya.

Kedua, drama seorang dikaitkan de¬ngan pementasan sebagai satu hasil seni. Secara perbandingan pula, genre dmma lebih cenderung dan dominan “menyuguh¬kan cerita dengan aksi atau gerak” se-mentara cereka seperti genre cerpen dan novel “menyuguhkan cerita dengan ber¬cerita atau secara naratif’. Justeru dialog me¬rupakan ciri yang dominan dan signifikan serta melengkapi kepada gerak atau aksi adalah ciri formal (baku) daripada drama. Sedangkan dalam genre cereka yang utama ialah naratif atau pemerian langsung daripada pengarangnya. Genre drama juga dihasilkan tidak hanya untuk dibaca, akan tetapi sesebuah drama itu akan lebih signifikan dan di¬apresiasi apabila dipentaskan. Justeru, drama dapat ditelusuri daripada dua per¬spektif, iaitu: Drama sebagai naskhah bertulis atau text-play, dan drama sebagal teater atau performance

Pertama, drama sebagai teks bertulis merupakan hasil ciptaan sastera seseorang pengarang yang boleh dihayati oleh pem¬baca secara individu yang dikenali sebagai skrip sebelum dipentaskan. Sebuah skiip drama cenderung memberi gambaran me¬nyeluruh terhadap sesuatu peristiwa, latar, dan situasi melalui perantaraan dialog yang dihantar oleh watak. Hal ini amat relevan dengan ciri sesebuah teks drama itu di¬gerakkan oleh dialog. Berbanding dengan genre cerpen dan genre novel yang me¬nekankan naratif pengarangnya (individu) secara rinci terhadap peristiwa, latar, dan situasi.


Kedua, sesungguhnya drama tidak akan menemukan titiknya (selesai) sebagai teks bacaan. Drama boleh dikembangkan men¬jadi hasil seni secara kolektif yang dihayati bersama oleh khalayak penonton apabila dipersembahkan atau dipentaskan. Pe¬mentasan inilah dikenali sebagai teater.

Pernyataan ini boleh dirumuskan bahawa:
Drama sebagai teks bertaip (skrip) merupakan hasil karya seorang pengarang yang dihayati (dibaca) secara persendirian dan tidak memerlukan ruang pentas. Namun, apabila drama itu mahu di¬pentaskan (teater), drama memerlukan mang pentas, pelakon, dan gabungan multi¬seni lain (seni muzik, seni bina, seni tan, seni busana, seni lakon) yang boleh ditonton.

Sebagai hasil seni sastera yang lain, drama mempunyai komponen atau unsur yang membinanya iaitu:
• Pemikiran atau tema yang menjadi persoalan di samping perutusan yang diingin dihantar.
• Watak yang memainkan peranan dalam kelangsungan cenita yang dipaparkan.
• Latar yang memberi ruang waktu bagi watak-wataknya beraksi (gerak)
• Bahasa sebagai wahana komunikasi dua hala (dialog).
• Struktur dramatik (plot) yang memaparkan pelbagai peristiwa yang boleh mencetuskan konflik.


Kini, drama banyak diterbitkan dalam bentuk buku, ditayangkan melalui televisyen, diperdengarkan lewat radio, dan dipentaskan, terutama di Istana Budaya se¬bagai genre sastera yang intim dan hampir dengan masyarakat.

Comments

Post a Comment