Dongeng Sang Puteri


Dongeng Sang Puteri
(Wan Ahmad Ismail)

Sinopsis


Babak  1
Babak  4 


Permulaan babak ditunjukkan tentang Mamat dan Putera sedang berkejar-kejar kerana Mamat mengambil topeng dan kipas Putera. Kemudian ditunjukkan watak Puteri yang sedang tidur dan disisinya ialah Nenek Kebayan iaitu nenek Puteri. Apabila sedar dari tidur Puteri menceritakan tentang mimpinya yang menyuruhnya erkahwin dengan lelaki dan lelaki tersebut akan mengikut segala kata-katanya. Namun Puteri mengatakan kepada Nenek Kebayan yang mimpinya tidak bagus , keran dia tidak patut menyuruh lelaki mengikut kata-katanya. Kemudian Kebayan dan Puteri menjamu selera, Puteri bertanya dari mana makanan tersebut, dan Kebayan menjawab dari seorang pemuda. Sedang mereka makan, Mamat yang juga kawan aik Puteri datang memberikan makanan  yang sama dia juga membawa pakaian dan subang yang hanya ada sebelah sahaja. Sebelahnya lagi entah kemana. Puteri mencuba pakain tersebut dan memakai sebelah subang setelah Mamat memintanya pakai. Babak satu ditutup dengan Puteri, Kebayan dan Mamat berlari mencari tempat berteduh kerana hari hujan.

Babak 2
Babak kedua dimulakan dengan Kebayan mengejtkan Puteri di tempat selalu Puteri tidur. Namun bukanPuteri yang tidur di tepi Putera. Putera bangun dan menyatakan dia tidak sempat solat subuh. Kemudian Kebayan menceritakan tentang kehidupannya yang tinggal ditempat itu. Dia tidak mahu meminta simpati terhadap orang lain. Selagi terdaya dia akan menjaja demi mencari makanan buat dia dan Puteri. Putera mengajak Kebayan ikutnya sarapan di kedai mewah, namun ditolak oleh Kebayan kerana malu akan dirinya. Tetapi Puteri tetap mengajak dengan mengatakan tak semestinya orang kaya sahaja dapat pergi kedai mewah, kadang-kadang mereka juga berhutang dengan bank. Kemudian Mamat datang dengan basikal untuk menemani Kebayan menjaja . Mamat melihat Putera dan mengatakan dia kenal dengan Putera, kerana Putera telah memberikannya makanan , pakaian dan sebelah subang. Namun, Putera mengatakan dia tidak kenal Mamat, dia juga mengajak Mamat ke kedai untuk makan dengannya dan Kenayan . Tetapi Kebayan risau akan Puterinya yang tidak juga muncul lau mengatakan dia mahu menunggu Puteri . Puteri datang tidak lama selepas itu dan mengatakan dia memasuki istana dan sudah makan disitu apabila Puteri menolak perlawaan Putera untuk ikut sama makn di kedai . Putera tetap mengajak supaya Puteri boleh bercerita panjang disana nanti

Babak 3
Pada babak ini , Sultan Mahmud detang berbual-bual dengan Puteri dan mengajak Puteri tinggal bersamanya. Puteri mengatakan dia akan ikut tinggal bersama Sultan Mahmud, jika nenek dan Mamat ikut serta . Sultan Mahmud tidak keberatan jika Nenek Kebayan ikut juga, cuma Mamat tidak dibenarkan kerana Mamat bukannlah keturunannya. Puteri berasa pelik, kerana dia juga bukan keturunan Sultan Mahmud , teatpi Sultan Mahmud memberitahu Puteri yang dia ialah ayahandanya dan Puteri adalah anaknya yang telah hilang sejak 18 tahun dahulu . Sultan Mahmud mengatakan  bahawa Nenek Kebayan tahu akan segalanya, dan menyatakan bahawa sebelah lagi subang yang pernah diberikan olehnya kepada Puteri ada pada Nenek Kebayan.

Kebayan mencerikan tentang asal usul Puteri, di mana bondanya pernah bekerja sebagai perempuan joget di kelab malam. Kemudian dia berkahwin dengan Tengku Mahmud, tetapi dihalau selepas Sultan Mahmud tahu siapa diri bondanya ketika dulu. Bondanya dihalau pada ketika itu, bondanya sedang mengandungkan Puteri. Selepas setahu melahirkan Puteri bondanya pergi ke Singapura. Bekerja sebagai perempuan kelab malam dan berkahwin dengan orang sana. Tiga tahun selepas itu, terdengar khabar mendengarkan bondanya mati. Puteri sedih apabila mengetahui bondanya mati sebagai penari kelab malam juga. Namun, neneknya mengatakan bahawa ibunya mati di bilik sembahyang di kelab itu. Sultan Mahmud tang kembali mengajak Puteri dan Kebayan tinggal denganya, namu Puteri tidak mahu kerana neneknya tidak mahu lagi dihina. Dia lebih rela tinggal di situ, Sultan Mahmud tidak memaksa dan memberikan tempoh kepada Puteri dan Kebayan memikirkan hal ini. Tidak lama selepas Sultan Mahmud pergi, Mamat datang mengajak Pteri mendengar cerita Putera. Mamat mengatakan juga bahawa Putera menuggu mereka di Rumah Besar dan kemudian akan membawa mereka ke rumah sakit kerana Tengku Mahmud sakit Leukimia.

Pemikiran
Perbezaan darjat antara golongan istana dengan rakyat biasa. Ayahanda Puteri iaitu Tengku Mahmud, golongan istana, telah berkahwin dengan bondanya iaitu seorang penari kelab malam dan tinggal di kawasan setinggan yang kotor dan busuk. Bonda Puteri telah dihalau keluar dari istana oleh keluarga Tengku Mahmud kerana perbezaan darjat antara mereka.

Persoalan
Persoalan kemiskinan hidup masyarakat.
Contoh: Nenek Kebayan dan Puteri hidup di dalam keadaan daif di kawasan setinggan.

Persoalan penguasaan ekonomi oleh pendatang.
Contoh:Nenek Kebayan hidup merempat di tanah air sendiri berbanding dengan golongan penjajah.

Persoalan isu pemerdagangan manusia.
Contoh: Mamat berasa risau apabila mendapati puteri hilang. Dia risau jika puteri di culik atau diperdagangkan .

Persoalan kasih sayang dalam keluarga.
Contoh:Tengku Mahmud amat menyayangi anaknya dan berusaha mencari anaknya walaupun sudah 17 tahun tidak berjumpa.

Persoalan mementingkan darjat, status.
Contoh: Ibu Puteri dihalau keluar oleh keluarga Tengku Mahmud yg berketurunan istana setelah dia adalah penari kelab malam.


Watak dan Perwatakan

Puteri Lelawati Ayu
Seorang yang penyayang
Contoh : Puteri amat menyayangi Nenek Kebayan

Seorang yang suka merendah diri
Contoh : Puteri selalu merendah diri dengan menyatakan dirinya hodoh,walhal dia seorang yang cantik. Hal ini diakui oleh Nenek Kebayan dan Mamat.

Seorang yang setia
Contoh : Puteri tetap setia bersama neneknya untuk tinggal di kawasan setinggan, walaupun ayah kandungnya iaitu keturunan istana mempelawa untuk tinggal di istana.

Seorang yang tidak suka meminta-minta
Contoh : Puteri berpendapat bahawa orang yang suka meminta-minta merupakan ahli neraka.

Seorang yang tabah
Contoh : Puteri tabah menghadapi kehidupan yang miskin di kawasan setinggan yang busuk dan kotor.

Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain.
Contoh : Puteri tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku Mahmud bahawa baginda merupakan ayahanda Puteri. Puteri menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran kata-kata Tengku Mahmud tersebut

Nenek Kebayan
Seorang yang penyayang
Contoh, dia amat menyayangi puteri dan bonda puteri

Seorang yang tabah.
Contoh : Nenek Kebayan tabah menghadapi dugaan hidup walaupun hidup dalam zaman penjajahan Jepun.

Seorang yang taat kepada perintah Allah.
Contoh : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan solat, selalu membaca Al-Quran, dan patuh pada hukum hakam agama.

Seorang yang suka bercerita
Contoh : Nenek Kebayan bercerita keperitan hidup pada zaman pemerintahan Jepun.

Seorang yang tidak suka meminta-minta.
Contoh : walaupun hidup menderita pada zaman Jepun akibat kekurangan makanan dan kezaliman Jepun, Nenek Kebayan tidak meminta-minta.

Seorang yang bertanggungjawab.
Contoh : Nenek Kebayan sangat bertanggungjawab menjaga Puteri dari kecil hingga besar seperti cucunya sendiri.

Tengku Mahmud Baginda
Seorang yang bertimbang rasa
Contoh: Baginda tidak mendesak Puteri untuk tinggal bersama-samanya di istana tetapi baginda memberikan masa untuk Puteri berbincang dengan neneknya dan berfikir tentang tawaran baginda tersebut.

Seorang yang tidak berani
Contoh: Baginda tidak dapat mempertahankan isterinya yang telah disingkirkan dari istana hanya kerana isterinya merupakan seorang penari joget.

Putera Zainal Abidin
Seorang yang bijak menyamar
Contoh: Putera telah menyamar sebagai pemungut barang buangan sewaktu baginda ingin mendekati Puteri dengan nenaknya.

Seorang yang pemurah
Contoh: Putera ingin membelanja nenek Puteri, Mamat dan Puteri makan sarapan di kedai makan besar.

Seorang yang berkebolehan
Contoh: Putera memiliki kebolehan bermain sandiwara, membuat topeng, kipas dan terompah.

Mamat Besar Jalil
Seorang yang baik hati
Contoh: Mamat selalu mengutamakan Puteri iaitu apabila dia membawa makanan kepada Puteri.

Seorang budak lelaki yang nakal
Contoh: Mamat pernah mencuri topeng kepunyaan Putera.

Seorang yang penyayang
Contoh : Mamat menyayangi Puteri.


Plot

Permulaan
• Putera mengejar Mamat yang telah mencuri topeng dan kipas yang merupakan barangan jualan Putera.

Perkembangan
• Puteri bermimpi mendengar suatu suara yang mengkehendakinya berkahwin dengan anak raja dan menjadi menantu raja.
• Puteri menerima subang sebelah dan sepersalinan baju daripada seorang lelaki yang tidak dikenali melalui Mamat.
• Tengku Mahmud Baginda mengupah Putera Zainal Abidin untuk mencari Puteri (anaknya) yang telah terpisah selama 18 tahun.
• Tengku Mahmud Baginda mengidapi penyakit leukemia

Klimaks/Puncak
• Tengku Mahmud Baginda mengakui bahawa Puteri adalah anak kandungnya dan disahkan oleh Kebayan.
• Tengku Mahmud Baginda mempelawa Puteri untuk tinggal bersamanya di istana.

Peleraian
• Puteri membuat keputusan untuk tinggal bersama nenek Kebayan di kawasan setinggan.

Teknik Plot
Dialog
Contoh :
Putera : Bagaimana, Ku?
Mahmud : Bagaimana apa?
Putera: Penyakit leukemia Ku?
(Dongeng Sang Puteri - halaman 255)

Pemerian
Contoh :
MAMAT mengeluarkan bungkusan kecil dari saku bajunya. Di berikan kepada Puteri ......Dia mendapati ada sebentuk subang.
(Dongeng Sang Puteri – halaman 239)

Saspens
Mamat : Kan Tengku Mahmud sakit leukemia, waktu untuknya hampir mati. Puteri tidak diberitahu?
(Dongeng Sang Puteri – halaman 280)

Imbas Kembali
Contoh:
Nenek Kebayan teringat kembali kesusahan semasa zaman penjajahan Jepun di mana dia terpaksa makan ubi kayu. Mereka juga di paksa minum air sabun dan dipijak perut mereka.
(Dongeng Sang Puteri – halaman 234)

Imbas Muka
Contoh :
Bangun untuk menjadi puteri raja yang boleh menitah supaya lelaki yang ingin mengahwini kamu menghantar sedulang darah nyamuk....
(Dongeng Sang Puteri – halaman 231)


Latar Masa
Waktu Siang,
Ketika Putera mengejar Mamat kerana Mamat telah mengambil topeng Putera

18 tahun dahulu
Ketika Puteri masih bayi , Nenek mendodoikan Puteri tentang 'Dongeng Puteri'

Tiga tahun kemudian
Dimana ibu Puteri meninggal selepas tiga tahun meninggalkan Puteri kepada Neneknya
Ketika itu Puteri masih bayi .

Waktu Petang
Ketika Nenek dan Puteri sedang bercerita di bawah pokok .

Semalaman
Peristiwa ini berlaku apabila Puteri tidak pulang semalaman kerana  Puteri dijemput ke Rumah Besar milik Tengku Mahmud .

Tengah hari
Contohnya: Sewaktu Kebayan Kembang    Kasturi mengejutkan Putera Zainal Abidin yang tidur di tempat Puteri Lelawati Ayu .
            
Latar Tempat
Kampung Setinggan
Tempat tinggal Puteri dan Kebayan
Tempat di mana Kebayan membesarkan Puteri

Rumah Besar
Rumah Besar merupakan rumah Tengku Mahmud dan Puteri pernah memasuki rumah  tersebut kerana telah dijemput oleh Tengku .

Kelab Malam
Dimana tempat ibu Puteri bekerja sebelum berkahwin dengan Tengku Mahmud. Kemudian mereka bercerai, ibunya kembali bekerja semula di kelab malam

Singapura
Di mana tempat kelab malam ibu Puteri bekerja dan berkahwin dengan orang di sana .

Masjid
Ibu Puteri mati ketika sedang solat di dalam masjid yang dekat dengan tempat kerjanya di kelab malam.

Latar Masyarakat
Masyarakat istana / golongan bangsawan
Tengku Mahmud Baginda ialah dari golongan bangsawan / istana.

Masyarakat melayu setinggan
Puteri dan Kebayan ialah penghuni rumah setinggan yang daif dan kotor.

Masyarakat penyayang
Tengku Mahmud sangat menyayangi anaknya, walaupun terpisah 16 tahun, baginda tetap mencari anaknya.

Masyarakat yang suka bersedekah
Mamat dan Puteri menerima makanan dan pakaian dari sedekah seseorang yang baik hati.

Masyarakat yang mentaati perintah Allah
Ibu Puteri telah meninggal dunia semasa sedang solat walaupun dia seorang penari kelab malam

Masyarakat yang melakukan aktiviti kraf tangan
Putera melakukan kerja kraf tangan untuk menyara hidup seperti membuat topeng, terompah.

Masyarkat miskin
Kebayan menjaga Puteri dalam serba kekurangan di kaasan setinggan yang kotor dan daif.

Masyarakat yang suka tolong menolong
Mamat sentiasa membantu Puteri dan Kebayan.


Nilai
Nilai kasih sayang
Contoh: Puteri yang begitu menyayangi nenek (Kebayan) hingga dia sanggup tinggal bersama nenek itu di kawasan setinggan yang kotor dan busuk demi kasih dan sayangnya terhadap nenek itu.

Nilai ketaatan kepada agama
Contoh: Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan sembahyang, selalu mengaji Al-Quran, mengikut hukum-hakam dan perintah Allah.

Nilai ketabahan
Contoh: Nenek Kebayan merupakan seorang wanita tua yang tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian dalam kehidupannya. Meski hidup dalam kemiskinan di kawasan setinggan, Nenek Kebayan tetap membesarkan Puteri walaupun mengalami kesempitan hidup.

Nilai kerajinan
Contoh: Nenek Kebayan rajin berusaha untuk memperoleh rezeki yang halal. Walaupun dia hanya berjaja, tetapi pekerjaan itu tidak pernah disesalinya, malah dia lebih suka berjaja kerana akan mendapat sesuatu yang baik dalam hidupnya.

Nilai bertanggungjawab
Contoh: Nenek Kebayan ialah seorang yang bertanggungjawab kerana telah membesarkan Puteri dengan baik selama 16 tahun setelah ditinggalkan oleh bondanya.

Pengajaran

Kita hendaklah menghindari sikap mementingkan darjat atau kelas dalam kehidupan kerana akan mendatangkan kesan negatif kepada kita.
Contohnya : Pihak istana tidak bersetuju apabila Tengku Mahmud Baginda telah mengahwini anak Kebayan Kembang Kasturi yang merupakan seorang penari joget. Kesannya telah menyebabkan isterinya disingkirkan dari istana.

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan kepada kita.
Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi telah memelihara Puteri Lelawati Ayu selama 16 tahun setelah kematian bondanya.

Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama.
Contohnya : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan sembahyang dan selalu membaca Al-Quran.

Kita hendaklah sentiasa mengawal pergerakan anak-anak kita agar mereka tidak melakukan perkara yang tidak sihat.
Contohnya : Watak ibu kepada Puteri Lelawati Ayu telah menjadi penari joget tanpa pengetahuan Kebayan Kembang Kasturi disebabkan kelalaiannya dalam mengawasi pergerakan anaknya itu.

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita.
Contohnya : Kebayan Kembang Kasturi tabah menghadapi penderitaan hidup sewaktu zaman penjajahan Jepun suatu ketika dahulu.



Gaya Bahasa
Personifikasi
Cerita mimpi nek, mimpi bodoh (hlm233)
Jangan lanjutkan cerita yang pilu

Simile
Cantiknya macam bonda kamu (ms 240)
Tentunya cantik semacam neneknya itu (ms 247)
Metafora
Contoh : Lembah buangan (hlm 238)

Hiperbola
Contoh : Jambatan emas (hlm 231)
Sinkof/sinkope nek (hlm 233) [nenek]
tak (hlm 238) [tidak],
nak (hlm238) [hendak]
aja (hlm 239) [sahaja]
ni (hlm 343) [ini]
tu (hlm 246) [itu]

Bahasa asing
bahasa Hindi: Maharaja Mughai Shah Jahan, Taj Mahal, Jamunadi Agara, Khurram, (hlm 232)

Bahasa Inggeris
Penggunakan kata coke, burger (ms 236)

Bahasa istana
Beradu
bertitah (hlm 1)

Peribahasa/ Simpulan bahasa Anak buangan (hlm 233)
Memilih bulu (hlm 245)

Inversi
Suara siapa itu? (hlm 233)

Repitisi / Pengulangan
Lakukan bagaimana? Suara itu hanya menyuruh. Suara siapa itu? (hlm 233)
Barangan mana? Barangan itu? Barangan itu bukan barangan yang terbuang. (hlm 246)

Sudut Pandangan
Drama ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Penulis sebagai
pencerita dapat mengetahui segala perkembangan watak-watak secara zahir dan batin.
Contohnya: Ungkapan sudut pandangan orang ketiga adalah seperti berikut:
Contohnya: KEBAYAN diam seketika. Dia resah, dia gelisah. Dia mundar mandir untuk memberikan jawapan. PUTERA dan PUTERI memerhatikan saja gelagat KEBAYAN itu.

Comments