Aksi Sang Jerut


AKSI SANG JERUT
(ZAID HAJI MOHD SAMAN)


TEMA

Cerpen Aksi Sang Jerut ini bertemakan kerakusan sikap manusia yang ingin mengaut keuntungan sehingga mengorbankan pihak lain.
Contoh: Tauke Wong rakus mengejar keuntungan untuk restorannya sehingga sanggup mempergunakan Ah Peng yang cacat dan lurus bendul untuk menangkap ular sawa hidup-hidup supaya boleh dijadikan makanan yang amat mahal dan menguntungkannya. Dia langsung tidak mempedulikan nyawa Ah Peng atau hidupan liar.

PERSOALAN
Persoalan memburu binatang liar /haiwan untuk tujuan komorsial.
Contoh: Tauke Wong meminta Ah Peng menangkap ular sawa hidup-hidup dan menjualkan kepadanya dengan harga RM1500 untuk dimasak di restorannya.

Persoalan eksplotasi ke atas golongan kurang upaya.
Contoh: Tauke Wong mempergunakan Ah Peng yang cacat dan lurus bendul, untuk menangkap Sang Jerut bagi kepentingan restorannya.

Persoalan persahabatan yang tidak jujur.
Contoh: Persahabatan antara Sang Jerut dan Ah Peng. Ah Peng hanya berbaik-baik dengan Sang Jerut sebagai sahabatnya hanyalah kerana niat dia untuk menangkap Sang Jerut kerana upah yang lumayan.

Persoalan sikap manusia yang materialistic/ mementingkan kebendaan.
Contoh: Ah Peng menipu Sang Jerut, sahabatnya semata-mata untuk mendapat ganjaran sebanyak RM1500.

Persoalan kemusnahan hutan akibat tindakan manusia.
Contoh: Hutan tempat kediaman Sang Jerut semakin kecil sehingga Sang Jerut susah untuk mencari tempat kediaman.


WATAK DAN PERWATAKAN :

Sang Jerut
Seekor ular sawa yang berbadan besar dan panjang. Mempunyai sikap pemarah dan amat mendendami manusia kerana manusia merosakkan habitatnya. Tinggal di hutan yang telah diterokai manusia.

Dia adalah binatang yang pendendam oleh itu bila berdendam, dia membunuh apa saja yang berkaitan dengan manusia.
Contoh: Memakan binatang ternakan milik manusia.

Sangat mempercayai sahabat:
Contoh: Ah Peng yang telah dianggapnya sebagai sahabat sehingga apabila Ah peng menyuruhnya masuk ke dalam guni pun dia sanggup kerana tidak menyangkah Ah Peng sanggup menipunya.

Memandang rendah terhadap keupayaan orang yang cacat.
Contoh: Dia mengandaikan dia dapat mengalahkan Musa Asli dengan mudah kerana lebih cacat daripada Ah Peng, tapi akhirnya dia telah dibunuh oleh Musa Asli.

Ah Peng
Seorang lelaki yang gila-gila bahasa dan bernafsu besar mengikut Sang Jerut. Sahabat Sang jerut yang bersikap individulistik dan materialistik. Sanggup menipu Sang Jerut sahabatnya semata-mata tamakkan upah lumayan daripada tauke Wong.

Seorang yang lurus bendul.
Contoh: Dia mudah terpedaya dengan kata-kata Sang jerut supaya melepaskannya daripada guni dengan alasan hendak mengurut Ah Peng seperti yang dijanjikannya dulu. Dia terus melepaskan Sang Jerut sehingga akhirnya dia mati dijerut.

Seorang yang boleh berbahasa ular sawa.
Contoh: Ah Peng boleh berkata-kata dengan Sang Jerut. Sang Jerut juga meminta Ah Peng sampaikan mesejnya kepada orang ramai supaya hentikan tindakan mereka memusnahkan hutan kerana hanya Ah Peng sahaja yang memahami bahasanya.

Tauke Wong
Seorang tauke Restoran Makanan Cina. Dia yang mengupah Ah Peng untuk menangkap Sang Jerut hidup-hidup dengan bayaran RM 1500.

Seorang yang tidak berperikemanusiaan.
Contoh: Dia sanggup menyuruh Ah Peng yang cacat melakukan pekerjaan yang berbahaya seperti menangkap ular sawa hidup-hidup tanpa memikirkan keselamatan Ah Peng.

Seorang yang materialistik
Contoh: Dia gembira apabila Ah Peng sanggup menangkap ular sawa untuk dijual kepadanya kerana dia akan dapat keuntungan berlipat ganda.

Seorang yang melanggar peraturan.
Contoh: Dia sanggup menangkap ular sawa untuk dijadikan makanan sedang dia telah melanggar peraturan Akta Perhilitan.

Musa Ali
Digelar juga sebagai Pahlawan Rimba. Lelaki kurang upaya kerana kakinya layur (lemah) dan tidak boleh berjalan tetapi bergerak dengan merangkak.

Seorang yang mempunyai keupayaan yang luar biasa.
Contoh: Mempunyai ludah yang berbisa. Mata Sang Jerut menjadi kabur setelah diludah Musa Asli. Kakinya yang layur juga berjaya mencabut nyawa Sang Jerut dengan sekali hentakan sahaja.

Seorang yang tidak mudah panik.
Contoh: Apabila badannya dijerut oleh Sang Jerut dia tidak menjerit kerana dia tahu menjerit akan melemahkan kudratnya, tetapi dia berdoa dan menunggu sehingga kepala ular sawa berdepan dengan mukanya.



PLOT
Permulaan.
Ceritanya dimulakan dengan perbualan antara Sang Kodok dengan Sang Jerut tentang perasaan marahnya terhadap manusia dan sebab-sebab kemarahan dan dendamnya itu timbul. Dendamnya ini akibat daripada perbuatan manusia yang rakus meneroka hutan sehingga ruang kediaman Sang Jerut semakin kecil.

Perkembangan.
Cerita ini dikembangkan dengan wujudnya konflik antara manusia dengan ular Sawa. Watak Sang Jerut mertancang hendak membunuh Ah Peng yang sering berlegar tidak jauh dari rumahnya. Pengarang juga memaparkan rancangan Ah Peng untuk menangkap Sang Jerut hidup-hidup supaya dijual dengan harga yang mahal kepada Tauke Wong. Cerita ini terus dikembangkan setelah Ah Peng dibunuh oleh Sang Jerut.

Puncak/ Klimaks.
Klimaks cerita ini berlaku semasa pergelutan antara Sang Jerut dengan Musa Asli. Musa Asli telah dijerut oleh Sang Jerut dan Musa Asli berusaha untuk hidup.

Peleraian.
Cerita ini dikembangkan dengan kejayaan Musa Asli mengalahkan Sang Jerut. Sang Jerut akhirnya mati dibunuh dengan parang Musa Asli.


TEKNIK PLOT

Teknik Pemerian.
Contoh: Letusan suara nafsu nesar seorang tauke, tanpa ada pun sedikit lintasan naluri perikemanusiaan.

Teknik Imbas Muka
Contoh: Sang Jerut mengandaikan dia akan kenyang tiga minggu selepas makan manusia.

Teknik Monolog.
Contoh: “Ah, tiga minggu akan kenyang. Daging manusia pastinya lebih enak sebab dosanya banyak.” Sang jerut bermonolog.

Teknik Imbas Kembali.
Dia teringat bahawa telah dua minggu dia tidak makan kerana manusia pandai dan tidak melepaskan ternakan mereka.

Teknik Dialog.
Contoh: “ Apa tu, Peng? Gembira nampaknya kau. Apa yang kau cakap sendirian itu, Peng? 1500 tu apa, Peng? Sang Jerut menduga lagi.

LATAR

Latar Masa.
Waktu pagi
Sang Jerut keluar mencari makan. Sang Jerut mengambil masa tiga hari memerhatikan gerak geri Musa Ali yang sering masuk ke hutan.

Latar Tempat.
Hutan
Hutan yang mula diterokai manusia dan merupakan habitat kepada Sang Jerut dan Sang Kodok. Contoh:

Kampung Putera
Tempat tinggal masyarakat orang asli dan Restoran makanan Cina milik Tauke Wong.

Latar Masyarakat.
Masyarakat terdiri daripada pelbagai bangsa.
Contoh: Masyarakat cina iaitu Ah Peng dan Tauke Guan, masyarakat orang asli diwakili oleh Musa Asli.

Masyarakat Kampung yang diwakili oleh Ah Peng dan Musa Asli.
Contoh: Musa Asli mencari rezeki di dalam kampung.

Masyarakat peniaga.
Contoh: Diiwakili oleh Tauke Wong, beliau mempunyai restoran.

Masyarakat binatang (haiwan liar) yang habitat mereka diganggu oleh manusia.
Contoh: Diwakili oleh Sang Jerut dan Sang Kodok.

Masyarakat yang lebih mementingkan kekayaan daripada alam sekitar.
Contoh: Hutan tempat kediaman ular sawa semakin kecil akibat daripada tindakan manusia yang asyik menebang hutan belantara.

GAYA BAHASA

Bahasa kesat/ sarkasme.
Contoh: “Tak sampai hati aku nak telan kau ni, Peng. Kenapalah kau manusia yang lurus ni menjadi mangsa eksploitasi manusia cerdik jahanam macam tauke Wong itu.

Bahasa pinjaman bahasa Inggeris.
Contoh: “best” “okey”.

Inversi:
Contoh: “Gembira nampaknya kau?”

Bahasa pengulangan.
Contoh: “Ada ke, Peng? Lu cakap-cakap ni, ada ke Peng?

Sinkof
Contoh: “Sebab apa pula dia nak tangkap kau?”

NILAI

Nilai Rasional.
Contoh: Sang Kodok menasihatkan Sang Jerut supaya jangan menjerut semua manusia kerana bukan semua manusia yang bersalah membinasakan hutan belantara.

Nilai setiakawan.
Contoh: Ah Peng dan Sang Jerut adalah sahabat, oleh itu Sang Jerut mempercayai kata-kata Ah Peng bahawa guni yang dibawanya adalah hadiah kelambu untuk sang Jerut.

Nilai keberanian.
Contoh: Musa Asli tidak berasa gentar atau takut ketika dijerut oleh Sang Jerut, tetapi dengan tenang berdoa dan berfikir cara mengatasi Sang Jerut.

PENGAJARAN

Kita janganlah kejam terhadap orang lain atau pada binatang kerana sikap ini adalah dilarang oleh agama.
Contoh: Tauke Wong sanggup menyeksa ular sawa dengan bercadang mendapatkan ular hidup-hidup supaya pelanggannya dapat menghirup darahnya hidup-hidup. Dia juga tidak mempedulikan keselamatan Ah Peng yang cacat dengan menyuruhnya menangkap ular sawa.

Kita haruslah menjaga alam sekitar kita supaya habitat haiwan tidak terganggu.
Contoh: Sang Jerut marah pada manusia kerana manusia telah membinasakan hutan tempat kediamannya.

Kita haruslah jujur dan ikhlas dalam persahabatan kerana pengkhianatan dalam persahabatan akan menyebabkan hilangnya kepercayaan antara dua insan.
Contoh: Sang Jerut telah hilang kepercayaan terhadap Ah Peng sahabatnya setelah mengetahui Ah Peng hendak menjualkannya kepada Tauke Wong. Akhirnya dia telah membunuh Ah Peng.

Kita haruslah menjaga makhluk Allah kerana pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan alam sekitar adalah tanggungjawab kita.
Contoh: Manusia telah merosakan hutan menyebabkan ular sawa marah dan bertindak terhadap manusia.

Kita jangan mudah panik apabila berhadapan dengan masalah.
Contoh: Apabila Musa Asli dijerut oleh Sang Jerut, dia tidak menjerit kerana dia tahu menjerit akan melemahkan kudratnya, tetapi dia berdoa dan menunggu sehingga kepala ular sawa berdepan dengan mukanya.


SUDUT PANDANGAN

Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas. Terdapat penggunaan kata ganti diri orang ketiga iaitu engkau, dia dan mereka. Pembaca hanya mengetahui perasaan Sang Jerut watak utama melalui perbualannya dengan Sang Kodok dalam cerpen. Watak-watak seperti Ah Peng, Tauke Wong dan hanya diceritakan secara ringkas sahaja. Perasaan dalaman watak Musa Asli hanya digambarkan ketika dia bergelut dengan Sang Jerut.

Comments