Sidang Para Dukun


SIDANG PARA DUKUN DAN SINDROM
(HASAN ALI)

TEMA
Bertemakan kebijaksanaan seorang dukun Melayu menyelesaikan sindrom masyarakat dunia.
Contoh: Pak Badin berjaya mengemukakan idea bernas untuk mengubati pelbagai sindrom penyakit dan diterima oleh semua dukun yang membangkitkan masalah di Negara mereka.

PERSOALAN
Persoalan mengenai pengaruh budaya barat dalam masyarakat Melayu.
Contoh: Budaya Barat yang dibawa oleh Abdul Khalis menyebabkan anak-anak muda malu hendak bercakap dalam Bahasa Melayu. Abdul Khalis yang mendapat pendidikan dari Barat sudah tidak mahu berbahasa Melayu.

Persoalan mengenai memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Contoh: Penggunaan Bahasa Melayu digunakan dalam seminar Kelab Dukun dunia walaupun belum diisytiharkan sebagai bahasa dunia. Pak Badin bimbang dengan sikap anak-anak muda yang mula hilang jati diri Melayu.

Persoalan mengenai kebijaksanaan akal fikiran dalam menyelesaikan masalah.
Contoh: Kehebatan Pak Badin menggunakan kebijaksanaan akalnya menyelesaikan masalah dukun dari pelbagai negara termasuk dari Barat. Cadangan Pak Badin mendapat pujian daripada dukun pelbagai negara.

Persoalan mengenai masyarakat yang sukar menerima pendapat.
Contoh: Formula yang dikemukankan oleh Pak Badin bagi menyelesaikan sidrom yang melanda di kampungnya ditolak oleh Ketua Satu Sidang Kampung Melayu dengan alasan Pak Badin lebih pandai daripadanya.

Persoalan mengenai sikap manusia yang mudah menerima sesuatu tanpa usul periksa.
Contoh: Para dukun dari seluruh dunia berebut-rebut untuk mendapatkan belacan setelah terpengaruh dengan kehebatan Pak Badin memberikan pendapat yang bernas.

Persoalan mengenai sistem ekonomi Islam yang memberikan keadilan.
Contoh: Zakat dapat membantu menyelesaikan sindrom suka mengumpul harta dunia yang dihidapi penduduk di Barat. Malah dapat membantu golongan miskin.


WATAK DAN PERWATAKAN

Pak Badin
Seorang Dukun Melayu.

Seorang yang beriman.
Contoh : Pak Badin menunaikan solat Tahajud.

Seorang yang bijaksana.
Contoh: Pak Badin bijak memberi idea untuk menyelesaikan masalah dukun sedunia.

Seorang mempunyai jati diri yang tinggi.
Contoh: Pak Badin tidak mahu keturunan bangsa Melayu hilang di dunia.

Seorang yang tidak mudah berkecil hati.
Contoh: Pak Badin tidak berkecil hati apabila cadangannya ditolak mentah-mentah oleh Ketua Satu Sidang Kampung Melayu.

Seorang yang tidak suka mengadu.
Contoh: Pak Badin tidak suka mengadu ke mahkamah apabila tidak berpuas hati.

ABDUL KHALIS
Anak kepada Tuk Sidang.
Lulusan kejuruteraan dari Barat.
Bekerja sebagai jurutera.
Seorang yang mudah terpengaruh.
Contoh: Abdul Khalis telah membawa budaya Barat ke kampungnya setelah tamat belajar di luar negara.

STRUKTUR PLOT
Permulaan.
Seorang dukun bernam Pak Badin telah menghadiri satu seminar Kelab Dukun Dunia(KDD) bagi menyelesaikan masalah negara masing-masing. Seminar tersebut merupakan himpunan seluruh dukun-dukun dan dikenali sebagai Seminar Terbesar para dukun.

Perkembangan.
Pak Badin telah menunjukkan kehebatannya dengan menyelesaikan masalah yang diutarakan oleh dukun daripada pelbagai negara. Ideanya yang bernas mendapat perhatian seluruh dukun dan dia berasa bangga kerana cadangannya diterima. Pak Badin memberitahu rahsia otaknya yang geliga adalah makan belacan dan belacan boleh didapati di jalan Chow Kit. Seluruh dukun segera membeli belacan tersebut.

Pak Badin masih risau dengan sindrom baru di kampungnya iaitu cinta akan budaya barat yang di bawa oleh Abdul Khalis dan dia masih belum berjaya menyelesaikannya. Dia semakin risau kerana semakin banyak sindrom yang terdapat dalam masyarakat.

Puncak
Pak Badin menulis mimpinya ke atas kertas dan disampaikan kepada Ketua Kampung tetapi tidak diterima.

Peleraian
Pak Badin terus mempertahankan carannya itu.

TEKNIK PLOT

Pemerian
Contoh: Inilah kali pertama orang-orang kampung mendengar istilah sindrom

Dialog
Contoh: “Macam mana pendapat saya tadi?” Dukun Pendek mengulangi.
“Pendapat macam mana pula?” Pengerusi menerpa pandangan.

Monolog Dalaman
Contoh: Dalam hati Pak Badin berkata, mujur dia ingat tentang Antartika.

Imbas kembali.
Contoh: Dlam hati Pak Badin berkata, mujur dia ingat tentang Antartika. Sebab masa dia belajar darjah enam sekolah Melayu sebelum perang dulu, hal-hal peta dunia ini hafal dalam kepala.

Imbas Muka.
Contoh: daia akan terus mempertahankan kampung lamanya dengan jiwa raganya.

Saspen.
Contoh: Pembaca tertanya-tanya tentang formula otak berlian Pak Badin.

LATAR MASA
Siang
Contoh: Para dukun dunia menyerbu ke pasar Chow Kit untuk membeli belacan.

Malam
Contoh: pak Badin sembahyang tahajud.

LATAR TEMPAT
Dewan persidangan
Kampung Pak Badin
Pasar Chow Kit

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat melayunyang beragama Islam.
Contoh: Pak Badin mengerjakan solat tahajud.

Masyarakat yang berpendidikan.
Contoh: Abdul Khalis lulus kejuruteraan dari luar negara.

Masyarakat yang mudah terpengaruh dengan budaya asing.
Contoh: Abdul Khalis terikut-ikut dengan budaya barat setelah pulang ke kampung.

Masyarakat yang angkuh dan bodoh sombong.
Contoh:Ketua satu enggang menerima cadangan Pak Badin kerana tidak mahu Pak Badin berwibawa daripadanya.

Masyarakat yang berpegang kepada kepercayaan lama.
Contoh: Setiap negara percaya dengan keupayaan dukun untuk selesai masalah.

GAYA BAHASA
Diksi penggunaan bahasa yang mudah difahami
Contoh: Pak Badin cepat-cepat bangun.

Bahasa Arab
Contoh: Zakat, nisbah, haul, tahajud.

Pengulangan/ Repetisi
Contoh: Suara seperti melompat dari mulut ke mulut.

Sinkof.
Contoh: tak mengapa juga, tapi kadang-kadang dengan kawan sendiri, macam dah jadi hobi.

Simile
Contoh: Lampu-lampu berwarna kuning membuatkan peserta sidang kelihatan macam rupa mayat.

Peribahasa
Contoh: membuka pekung di dada.

Kata ganda.
Contoh: lintang-pukang

Ayat pendek.
Contoh: Tak puas-puas.

NILAI
Nilai tanggungjawab.
Contoh: Pak Badin mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi terhadap masalah yang berlaku dalam masyarakat di kampungnya.

Nilai kerjasama.
Contoh: Para dukun bersidang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di negara masing-masing.

Nilai cinta kepada bangsa.
Contoh: Pak Badin tidak mahu budaya barat menghakis budaya ketimuran di kampungnya.

Nilai kesabaran.
Contoh: Pak Badin tidak cepat melenting apabila cadangannya ditolak.

Nilai kebijaksanaan.
Contoh: Pak Badin dapat memberikan pendapat yang bernas bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dukun-dukun luar negara.

PENGAJARAN
Kita mestilah menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh: Pak Badin dapat memberikan pendapat yang bernas bagi menyelesaikan maslah yang dihadapi oleh dukun-dukun luar negara.

Janganlah mudah terpengaruh dengan budaya negatif dari luar.
Contoh: Abdul Khalis terikut-ikut dengan budaya barat setelah pulang ke kampung.

Kita hendaklah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah.
Contoh: Para dukun bersidang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di negara masing-masing.

Kita janganlah malu untuk mengakui kelemahan diri.
Contoh: Pak Badin tidak sanggup untuk meluahkan masalah yang dihadapi di kampungnya.

Kita sebagai seorang pemimpin hendaklah menerima pendapat orang lain dengan hati terbuka.
Contoh: Ketua sidang tidak mahu menerima pendapat Pak Badin yang dianggap telah mencabar kewibawaannya.

SUDUT PANDANGAN
Sudut pandangan orang ketiga serba tahu.

Comments