Rindu Tanah Malaya


RINDU TANAH MALAYA
(HASHIM LATIFF)

TEMA
Bertemakan cinta antara dua insan yang berlainan bangsa dan negara.
Kisah cinta antara Seremaia Vakarusa, seorang tentera Fiji terhadap seorang gadis Melayu bernama Salmah semasa Seremaia Vakarusa bertugas di Tanah Melayu di bawah payung tentera Komanwel.

PERSOALAN

Persoalan keberanian para tentera.
Contoh: Seremaia Vakarusa dan sarjan Seman amat berani dalam perjuangan di medan pertempuran bagi mempertahankan kedaulatan sesebuah negara walaupun terpaksa berkorban nyawa.

Persoalan ketulusan budi.
Contoh: Salmah mempunyai budi pekerti yang tinggi sehingga menawan hati Seremaia Vakarusa semasa Salmah merawat kecederaan di bahu Seremaia Vakarusa.

Persoalan mempertahankan warisan kesenian dan kebudayaan.
Contoh: Sarjan Seman mempunyai kepakaran bermain gambus sehingga digelar Sarjan Gambus.

Persoalan khasiat khazanah alam.
Contoh: Salamh menggunakan daun-daun kayu untuk merawat kecederaan di bahu Seremaia Vakarusa.

Persoalan persahabatan.
Contoh: Sarjan Vakarusa dan Sarjan Seman berkawan baik walaupun berlainan bangsa dan negara.

Persoalan keikhlasan dalam memberi pertolongan.
Contoh: Salamah menolong merawat kecederaan Sarjan Vakarusa dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan sebarang balasan.


WATAK DAN PERWATAKAN

SEREMAIA VAKARUSA
Berbangsa Fiji.
Berpangkat Sarjan
Bekas tentera pejuang Panji Komanwel di Tanah Melayu pada tahun 1952-1956.
Kawan baik kepada Sarjan Seman.
Mencintai Salmah gadis Tanah Melayu.
Sudah berusia dan berperut buncit.

Seorang yang berani berjuang.
Contoh: walaupun dia bukan berasal dari Tanah Melayu, Sarjan Vakarusa tetap berjuang menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

Seorang yang tidak berputus asa.
Contoh: Sarjan Vakarusa kembali semula ke Malaysia demi cintanya kepada Salmah.

Seorang yang mementingkan persahabatan.
Contoh: Persahabatan antara Sarjan Vakarusa dan Sarjan Seman terjalin erat walaupun berlainan bangsa dan negara.

SARJAN SEMAN
Seorang sarjan askar diberi gelaran Sarjan Gambus kerana kepandaiannya bermain gambus.
Pernah bertugas bersama-sama Sarjan Vakarusa.
Mahir bermain gambus sehingga digelar sebagai Sarjan Gambus.

Seorang yang berani berjuang untuk tanah air.
Contoh: Sarjan Vakarusa mengakui bahawa Sarjan Seman seorang pejuang berjiwa tanah air.

Seorang yang menghargai dan mengkagumi warisan bangsa.
Contoh: Sarjan Seman menunjukkan penghargaannya kepada kesenian warisan Melayu dengan menyimpan dengan baik gambus dan keris yang dimilikinya.

Seorang yang mementingkan persahabatan.
Contoh: Sarjan Seman bersahabat baik dengan Sarjan Vakarusa, seorang askar dari Fiji yang bertugas bersamanya.

SALMAH
Gadis melayu.
Berambut panjang dan sentiasa berbaju kurung.
Lumpuh
Sudah tua
Seorang gadis yang sentiasa tersenyum.
Seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa.
Contoh: Semasa dia bercakap dengan Sarjan Vakarusa.
Membantu merawat kecederaan di bahu Sarjan Vakarusa semasa peperangan.



PLOT


STRUKTUR PLOT
Permulaan.
Seremaia Vakarusa teringat kembali peristiwa lepas semasa dia menjadi perajurit dan berjuang atas nama panji Komanwel untuk kemerdekaan Tanah Melaya.

Perkembangan.
Seremaia Vakarusa telah dirawat oleh Salmah kerana tercedera semasa peperangan. Kebaikkan budi Salmah telah membuat Seemaia Vakarusa jatuh cinta kepadanya dan hal ini dikongsi bersama dengan Sarjan Seman.
Seremaia Vakarusa telah berkongsi perasaan kasih sayangnya terhadap Salmah dengan Sarjan Seman. Sarjan Seman sependapat dengan penyataan seremaia Vakarusa tentang kebaikan dan kehalusan budi perempuan Tanah Malaya.

Puncak/klimaks.
Selepas peperangan berlalu dan Seremaia Vakarusa semakin tua, beliau datang ke Malaysia untuk mencari Salmah semula. Dengan bantuan Sarjan Seman, Seremaia Vakarusa dapat bertemu dengan Salmah semula dan cuba melamar Salmah untuk menjadi isterinya tetapi ditolak oleh Salmah.

Peleraian.
Salmah meminta Seremaia Vakarusa balik semula ke Fiji tetapi dia bertegas akan menetap di Malaysia.

TEKNIK PLOT
Pemerian.
Contoh: Sarjan Seman menyapu peluh yang berkaca di wajahnya.

Teknik kolaj (tampalan)
Contoh: Penggunaan puisi dalam cerpen muka surat 135.

Imbas kembali
Contoh: Sarjan Seman mengingati kembali lirik lagu Bula Malaya.

Monolog dalaman
Contoh: Dalam budaya Melayu, bisik hatinya. (ms 133)

Kejutan.
Contoh: Kedatangan kembali Sarjan seremaia Vakarusa ke Malaysia dan meluahkan perasaan cintanya kepada Salmah.

Saspen.
Contoh: Pembaca tertanya-tanya samada Salmah menerima cinta Sarjan seremaia Vakarusa.

LATAR MASA
Cerpen ini memakan masa yang agak panjang bermula pada tahun 1954 hingga sekarang. Iaitu hampir puluhan tahun.
Semasa peperangan dan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

LATAR TEMPAT
Tanah Malaya
Bahau

Labis – Seremaia Vakarusa mengalami kecederaan di bahu dan dirawat oleh Salmah.

Kota Tinggi - sarjan seremaia Vakarusa menjalani latihan perang.

Singapura – tempat pertama sarjan Sertemaia Vakarusa sampai setelah meninggalkan Fiji.

Padang Syria Park Nausori, Fiji – tempat perhimpunan angkatan tentera.

Rumah Seman – tempat perjumpaan semula Sarjan Seaman dan Sarjan Seremaia vakarusa.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat mengamalkan perubatan tradisional
Salmah mengubat luka Sarjan Seremia Vakarusa menggunakan daun-daun kayu

Masyarakat yang berani berjuang mempertahankan negara.
Contoh: Sarjan Seman dan Sarjan Seremaia Vakarusa berani berjuang mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Masyarakat yang sanggup berkorban untuk mendapatkan cinta sejati.
Contoh: Sarjan seremaia Vakarusa sanggup meninggalkan negaranya dan kembali semula ke Tanah Melayu untuk melahirkan perasaan cintanya kepada Salmah.

Masyarakat yang mementingkan persahabatan.
Contoh: Persahabatan antara Sarjan Seremaia dan Sarjan Seman terjalin erat walaupun berlainan bangsa dan negara.

Masyarakat yang berjiwa patriotik/cintakan tanah air.
Contoh: Sarjan Seman dikatakan seorang pejuang berjiwa tanah air oleh Sarjan Seremaia Vakarusa.

Masyarakat yang menghargai kesenian.
Contoh: Sarjan Seman menunjukkan penghargaannya kepada kesenian warisan melayu dengan menyimpan dengan baik gambus dan keris yang dimilikinya.. Sarjan Seman juga pandai memetik gambus semasa bersama-sama dengan tentera Komanwel sehingga digelar sebagai Sarjan Gambus.

GAYA BAHASA
Diksi.
Contoh: mengunakan bahasa yang puitis. Pandangannya menjalar ke kaki laut yang biru membiru.

Sinkof.
Contoh: Budi baiknya tak dapat kubalas.

Metafora.
Contoh: gugus keluhan, kota ingatannya, sekumtum senyuman.

Personifikasi.
Contoh: desiran daun-daun diterpa angin menusuk perlahan andas telinga Seremaia Vakarusa.

Hiperbola.
Contoh: wajah yang berkedut itu menyimpul seribu rahsia dan pengalaman waktu menuntut kemedekaan.

Simile.
Contoh: Raifalnya tetap tersangkut di bahu dan teguh ikhlas perjuangannya di Tanah Malaya seperti ikhlas teguhnya bukit-bukit di kaki Labis.

Bahasa asing – Bahasa Fiji.
Contoh: Bula Malaya, nama Josua Rabakuwaqa.

Ayat Pendek.
Contoh: “perempuan Tanah Malaya”


NILAI
Nilai kasih sayang.
Contoh: Sarjan Seremaia Vakarusa amat menyayangi Salmah sehingga sanggup datang semula ke Tanah Malaya buat kali kedua.

Nilai keberanian.
Contoh: Sarjan Seremaia Vakarusa dan Sarjan Seman berjuang di bawah Panji Komanwel di Tanah Malaya pada tahun 1952-1956.

Nilai keikhlasan.
Contoh: Salmah menolong Seremaia Vakarusa dengan ikhlas semasa Seremaia Vakarusa mengalami kecederaan di bahu.

Nilai persahabatan.
Contoh: Persahabatan antara Sarjan Seremaia Vakarusa dan Sarjan Seman terjalin erat walaupun berlainan bangsa dan negara.

Nilai cinta akan tanah air.
Contoh: Sarjan Seman berjuang untuk menuntut kemerdekaan.

PENGAJARAN
Kita hendaklah berani berjuang untuk mempertahankan negara.
Contoh: Semangat berani berjuang Sarjan Seman diakui oleh Sarjan Seremaia Vakarusa.

Kita hendaklah mengekalkan hubungan persahabatan walaupun berbeza agama, bangsa dan negara.
Contoh: Persahabatan antara Sarjan Vakarusa dan Sarjan Seman terjalin erat walaupun berlainan bangsa dan negara.

Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
Contoh: Salmah membantu merawat kecederaan Seremaia Vakarusa dengan ikhlas.

Kita hendaklah sentiasa mencintai tanah air dan menjaga kedaulatannya setiap masa.
Contoh: Sarjan Seman berjuang untuk menuntut kemerdekaan.

Kita perlulah sentiasa mempunyai budi pekerti yang tinggi sesama manusia agar dipandang mulia.
Contoh: Salmah digambarkan seorang gadis melayu yang cantik dan bersopan santun sehingga Seremaia Vakarusa jauh cinta kepadanya.

SUDUT PANDANGAN
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Hal ini kerana, pengarang bercerita melalui watak-watak yang terlibat malah pengarang serba tahu mengenai semua peristiwa.

Comments