Di Bawah Langit Takut-Takut


DI BAWAH LANGIT TAKUT-TAKUT
(AMALIA FAUZA BOHARI)

TEMA
Penderitaan hidup yang dialami oleh masyarakat akibat peperangan.
Contoh: Masyarakat Moro di perkampungan Barangay Takut-Takut di Filipina dan di bandar Cobato sengsara danmenderita akibat perang selama hampir 30 tahun antara tentera kerajaan Filipina (AFP) dengan para pejuang Barisan Pembebabasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Mindanao. Kesan daripada peperangan ini, ramai kanak-kanak yang kehilangan bapa dan wanita sebahagiannya menjadi janda.

PERSOALAN
Persoalan Ketabahan menghadapi dugaan hidup.
Contoh: Keluarga Rini yang seramai 8 orang tinggal di sebuah rumah yang kecil tanpa kemudahan bekalan air dan elektrik, terpaksa mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-adiknya kerana bapanya telah meninggal dunia akibat peperangan dan ibunya terpaksa bekerja di Tawi-Tawi, namun mereka tabah menghadapi dugaan hidup.

Persoalan Kemiskinan hidup.
Contoh: Keluarga Rini yang seramai 8 orang tinggal di rumah yang seluas sepuluh meter persegi tanpa kemudahan bekalan air dan elektrik.

Persoalan Penubuhan Koperasi bagi menjaga kebajikan masyarakat setempat.
Contoh: Kedai-kedai koperasi telah ditubuhkan di setiap Wilayah Serantau Islam Mindanao (ARMM) seperti di Tawi-Tawi, Lano del Sur, Sulu, Davao dan di merata tempat bagi membantu masyarakat di situ.

Persoalan keprihatinan masyarakat dunia terhadap mangsa perang.
Contoh: Sekumpulan pelajar Akademi Seni Kebangsaan Malaysia yang menghabiskan musim cuti akademi dengan melakukan lawatan kebajikan di Wilayah Sulu, Filipina.

Persoalan pengeksploitasi tenaga buruh kanak-kanak.
Contoh: Rio dan Fitri yang berusia 16 dan 14 tahun adik kepada Rini terpaksa keluar bekerja untuk menampung kehidupan keluarga.

Persoalan keciciran dalam pelajaran.
Contoh: Kebanyan kanak-kanak dan remaja masyarakat Moro tidak berpeluang untuk mengikuti pendidikan formal.

Persoalan penyakit berjangkit.
Contoh: Sarah adik bongsu Rini telah meninggal dunia akibat wabak kolera.

Persoalan peranan wanita dalam masyarakat.
Contoh: Ibu Bariah merupakan penyelia Koperasi Yayasan Wanita Bangsa Moro yang banyak membantu masyarakat di sekitarnya.

Persoalan keikhlasan dalam membantu masyarakat.
Contoh: Nazim dan kawan-kawannya begitu ikhlas menjadi sukarela untuk menagihkan koleksi pakaian kepada penduduk di Barangay Takut-Takut.

WATAK DAN PERWATAKAN

ARDANI
Seorang pelajar di Akademi Seni Kebangsaan Kuala Lumpur dalam Jurusan penulisan kreatif.
Ahli sukarelawan Yayasan Sarang Bangun.
Menghidap penyakit migrain.

Seorang yang sensitif.
Contoh: Ardani sedih dan hilang selera apabila mengetahui kanak-kanak yang memandu di Isabela tempoh hari ditemui mati lemas di bawa arus deras.

Seorang yang prihatin.
Contoh: Ardani sanggup menghabiskan cutinya untuk menyertai ahli sukarelawan Yayasan Sarang Bangun ke Wilayah Sulu untuk membantu mangsa perang di sana.

Seorang yang mudah bersimpati.
Contoh: Ardani sangat bersimpati dengan masyarakat Barangay Takut-Takut yang hidup dalam kesengsaraan dan menderita.

Seorang yang ikhlas.
Contoh: Ardani ikhlas dalam membantu masyarakat Barangay Takut-Takut.



RINI
Gadis Filipina.
Merupakan anak sulung
Mempunyai 6 adik yang masih kecil
Seorang yang pendiam tetapi petah berbicara.
Telah kematian ayah kerana menjadi mangsa peperangan.
Bercita-cita untuk menjadi doktor.

Seorang yang bertanggungjawab
Contoh: Rini bertanggungjawab menjaga adik-adiknya apabila ibunya keluar mencari rezeki setiap hari.

Seorang yang bercita-cita tinggi.
Contoh: Rini bercita-cita untuk menjadi doktor.

IBU BARIAH
Seorang balu yang telah kematian suami akibat peperangan
Penyelia koperasi yang ditubuhkan oleh Yayasan Wanita Bangsa Moro.

Seorang yang tabah.
Contoh: Ibu Bariah tabah menghadapi kehidupan apabila terpaksa mengharungi kehidupan tanpa suami.

Seorang yang bertanggungjawab.
Contoh: Ibu Bariah bertanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak yang masih memerlukan perhatian.

NAZIM
Merupakan rakan kepada Ardani.
Seorang pelajar di Akademi Seni Kebangsaan dalam Jurusan teater.
Ahli sukarelawan yayasan Sarang Bangun.

Seorang yang mudah simpati.
Contoh: Nazim sangat bersimpati terhadap masyarakat Moro di Filipina.

PLOT
Plot cerpen ini adalah secara kronologi (mengikut urutan masa)


STRUKTUR PLOT
Permulaan.
Cerpen ini bermula apabila Ardani dan Nazim melawat ke sebuah perkampungan air di Barangay Takut-Takut, bagi memberikan bantuan kepada penduduk di sana. Tugas utama mereka adalah untuk membahagikan koleksi pakaian yang didermakan oleh masyarakat prihatin di Malaysia kepada penduduk di situ.

Perkembangan.
Plot ini berkembang apabila Ardani telah berkenalan dengan Rini dan keluarganya. Rini yang telah kehilangan ayahnya lanaran terkorban dalam peperangan menyebabkan dia terpaksa hidup dalam keadaan yang serba payah. Kesukaran hidup itu telah menimbulkan keinsafan terhadap Ardani.

Ardani dan rakannya telah berjumpa dengan Ibu Bariah yang merupakan pengerusi kepada koperasi yang ditubuhkan oleh Yayasan Wanita Bangsa Moro. Ibu Bariah merupakan seorang balu yang mengalami penderitaan dan kepayahan hidup kerana peperangan.

Puncak
Ardani mendapat berita bahawa kanak-kanak yang pernah ditugaskan memandu mereka di Isabela telah mati lemas dibawa arus deras dan Sarah, adik Rini telah terkorban akibat penyakit kolera.

Peleraian.
Penderitaan masyarakat Moro akibat perjuangan menuntut wilayah autonomi ini menyedarkan kumpulan pelajar berkenaan, terutamanya Ardani yang ingin berkunjung ke situ lagi untuk memberi bantuan.


TEKNIK PLOT
Teknik Pemerian.
Contoh: aku memberanikan diri untuk terus ke tebing.

Teknik Dialog.
Contoh: “Remy, cepat ambil gambar aku!”

Teknik imbas Kembali.
Contoh: Aku terkenangkan kata-kata salah seorang penduduk yang ku temui ini.

Teknik Imbas Muka.
Contoh: “Harap-harap malam ini hujan takkan lebat. Kalau tidak roboh rumah kami ini,” ucapnya pelahan dan mengharap.

Teknik Monolog Dalaman.
Contoh: ....... padanlah besar cita-cita Rini hendak menjadi seorang doktor.

Kejutan.
Contoh: Perkhabaran mengenai kematian kanak-kanak lelaki yang menjadi pemandu pump boat yang telah dinaiki oleh Ardani sebelum mereka berangkat pulang ke malaysia benar-benar telah mengejutkan Ardani yang pada ketika itu sedang menjamu selera.

Konflik.
Contoh: Rini berkonflik apabila bapanya meninggal dunia kerana dia terpaksa mengorbankan usia remajanya dan cita-citanya yang mahu menjadi doktor kerana terpaksa menjaga adik-adiknya yang masih kecil, manakala ibunya terpaksa keluar bekerja di Tawi-Tawi.

LATAR MASA
Hampir 30 tahun.
Contoh: masyarakat Moro hidup menderita akibat perang selama hampir 30 tahun.

Masuk hari yang ketiga.
Contoh: Ardani sudah mengenali keluarga Rini yang seramai lapan orang.

Pada waktu petang.
Contoh: Ardani telah meluangkan waktu dengan keluar berjalan-jalan sekadar mengambil angin.

Pada waktu tengahari.
Contoh: Ardani dan rakan-rakannya yang lain telah menjamu selera di sebuah restoran pada waktu tengah hari sebelum tiba di Bandar Cotabato.


LATAR TEMPAT
Di perkampungan Air Barangay Takut-Takut.
Contoh: kawasan penempatan masyarakat Moro yang hidup menderita akibat peperangan. Tempat ini dipilih oleh Yayasan Sarang Bangun yang menghantar sukarelawan dari Malaysia untuk memberikan bantuan pakaian yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia.

Di rumah Rini.
Contoh: Sebuah gebuk kecil yang terdapat di perkampungan Air Barangay Takut-Takut. Hadapan rumah Rini merupakan bahagian dapur yang tidak terurus keadaannya. Terdapat ruang kecil yang menempatkan bantal dan tikar untuk mereka tidur.

Di Bandar Cotabato.
Contoh: Terdapat kedai-kedai koperasi yang ditubuhkan di bandar ini bagi membantu masyarakat Moro yang hidup menderita akibat perang.

Di Kedai Koperasi ibu Bariah.
Contoh: Salah sebuah kedai koperasi yang ditubuhkan oleh Yayasan Wanita Bangsa Moro dan diseliakan oleh Ibu Bariah. Di Kedai Koperasi ini menjadi tempat Ardani dan rakan-rakannya menemubual ibu Bariah bagi mendapatkan maklumat mengenai kehidupan masyarakat di Wilayah Sulu, Filipina.

Di titi di persisiran sungai.
Contoh: Sebuah titi yang terdapat di jeti yang berhampiran dengan hostel Ardani menginap. Di titi ini juga Ardani berdiri di atasnya untuk melihat gambaran sebenar persekitaran kampung tersebut.

Di bandar Isabela.
Contoh: Tempat para sukarelawan diminta untuk memberikan latihan pendidikan kepada penduduk tempatan.

Di dalam kapal terbang.
Contoh: Ardani telah ditanya tentang keinginannya untuk turut lagi dalam aktiviti kemanusiaan oleh Nazim dan Ardani menyatakan kesanggupannya untuk menjadi sukarelawan lagi.



LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang menjadi mangsa peperangan.
Contoh: Penduduk di Wilayah Sulu di Filipina khususnya kaum Moro menjadi mangsa peperangan di antara tentera kerajaan Filipina (AFP) dengan para pejuang barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Mindanao. Kaum ini hidup dalam kesengsaraan dan menderita.

Masyarakat yang hidup daif dan serba kekurangan.
Contoh: Rini dan keluarganya terpaksa tinggal di sebuah gubuk kecil bagi meneruskan kehidupan tanpa kemudahan bekalan air da elektrik.

Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup.
Contoh: Rini sanggup tinggal dalam keadaan yang sangat daif dan mengorbankan kepentingan pendidikan dirinya dengan menjaga adik-adiknya kerana bapanya telah meninggal dunia dan ibunya terpaksa bekerja di Tawi-Tawi untuk mencari rezeki.

Masyarakat yang gigih berusaha mencari rezeki.
Contoh: Rio dan Fitri, adik Rini yang berusia 16 dan 14 tahun terpaksa bekerja mecari rezeki.

Masyarakat yang mengharapkan kepada kedamaian.
Contoh: Ardani yang mengingati semula perbualannya dengan salah seorang penduduk yang mengharapkan proses damai yang baharu menjangkau 15 bulan itu mampu mengubah corak kehidupan sedia ada mereka kepada kehidupan yang lebih baik.


GAYA BAHASA
Pemilihan diksi.
Contoh: Bahasa yang ringkas,padat dan ekonomis. Bahasa Inggeris seperti ‘Pumpboat’.

Ayat pendek.
Contoh: Aku terkejut.

Ayat panjang.
Contoh: Bertepatan dengan maksud Takut-Takut itu sendiri, dapat kurasakan bahawa perasaan itu tidak pernah lekang daripada jiwaku selama berpeluang menghabiskan musim cuti akademiku ke sini.

Personifikasi.
Contoh: Mataku menyelongkar ke sekitar rumah itu.

Metafora.
Contoh: Ada segarit senyuman tawar di sudut bibir gadis itu.

Simile.
Contoh: Perkampungan itu tidak ubah seperti perkampungan air di kota Kinabalu, Sandakan dan beberapa tempat di Sabah.

Hiperbola.
Contoh: Jelas kesedihan juga turut bersarang di ruang matanya.

Sinkof.
Contoh: “mengapa kau beritahu dia...?” tegur Zack lagi.

Kata ganda.
Contoh: Titi-titi yang diperbuat daripada buluh-buluh yang dibelah dua itu.

Peribahasa.
Contoh: Serkap jarang (hlm 144)

Pengulangan kata.
Contoh: Kita membantu mana-mana yang terdaya. Kita perlu berani.


NILAI
Nilai keinsafan.
Contoh: Ardani berasa insaf apabila melihat kesusahan dan kedaifan hidup masyarakat di perkampungan Barangay Takut-Takut.

Nilai ketabahan.
Contoh: masyarakat Moro tabah meneruskan kehidupan khususnya Ibu Bariah berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi wanita di sana.

Nilai kesyukuran.
Contoh: Ardani berasa sangat bersyukur jika dibandingkan dengan kehidupan masyarakat di Barangay Takut-Takut yang hidup dalam kedaifan.

Nilai tolong-menolong.
Contoh: Sekumpulan pelajar Akademi Seni Kebangsaan sanggup meluangkan masa cuti semester mereka untuk menjadi sukarelawan membantu Yayasan Sarang Bangun.

Nilai keprihatinan.
Contoh: Masyarakat Malaysia yang prihatin telah menyumbangkan koleksi pakaian kepada penduduk Moro yang rata-rata terdiri daripada balu dan anak-anak yatim.

Nilai kasih sayang.
Contoh: Rini menyayangi adik-adiknya dan sanggup menjaga adik-adiknya apabila ibunya keluar bekerja.


PENGAJARAN
Kita mestilah bersyukur kerana tidak hidup dalam keadaan serba susah dan daif.
Contoh: Ardani bersyukur kerana tidak hidup dalam keadaan serba susah dan daif seperti yang dialami oleh kaum Moro di Wilayah Sulu di Filipina.

Kita mestilah tabah meneruskan kehidupan walaupun hilang tempat bergantung.
Contoh: Ibu Bariah tabah meneruskan kehidupan walaupun kehilangan suami di medan pertempuran.

Kita mestilah berusaha meningkatkan taraf ekonomi.
Contoh: Ibu Bariah merupakan penyelia koperasi yang ditubuhkan oleh Yayasan Wanita Bangsa Moro.

Kita mestilah bertangggungjawab memenuhi keperluan ahli keluarga.
Contoh: Ibu Rini bertanggungjawab keluar bekerja untuk menyara anak-anaknya yang seramai 7 orang setelah kematian suaminya.

Kita janganlah mengeksploitasi kanak-kanak.
Contoh: Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan sepuluh tahun menjadi pemandu pump boat dengan bayaran dua peso atau 20 sen.


SUDUT PANDANGAN
Sudah pandangan orang pertama.
Pengarang menggunakan kata ganti nama diri orang pertama iaitu aku.
Contoh: Aku terkenangkan kata-kata salah seorang penduduk yang kutemui sebelum ini.


Bacaan Tambahan
Untuk memudahkan kefahaman terhadap cerpen ini, bersama ini disertakan beberapa catatan yang
menggambarkan suasana di selatan Filipina






Comments