Cikgu Apek


CERPEN CIKGU APEK
(SITI HAJAR MOHD ZAKI)


TEMA
Kegigihan dan kecekalan seorang seorang gadis dalam menyebarkan dakwah dan berbakti kepada masyarakat orang asli.
Contohnya Faduhah sanggup datang ke kampung orang asli suku Temuan dan menziarahi 32 buah rumah untuk berdakwah walaupun terdapat pantang larang yang menegah mereka masuk ke sesetengah rumah. Selain itu dia juga terpaksa berhadapan dengan cikgu Apek yang tidak senang dengan kedatangan dan pengajaran dakwah kerana menyebabkan pelajar tadikanya lupa ABC apabila telah diajar Alif, Ba, Ta.

PERSOALAN

Persoalan masyarakat yang kuat kepercayaan nenek moyang dan patang larang Contoh: Daripada 32 buah rumah yang di ziarahi oleh kumpulan pendakwah ada sesetengah rumah yang menegah kemasukan mereka kerana ada pantang larangnya.

Persoalan kesedaran tentang kepentingan ilmu.
Contoh: Ibu Cikgu Apek terkilan apabila Apek kembali tanpa berjaya dalam pengajiannya sehingga ibunya merajuk dan membawa diri ke hutan.

Persoalan Kasih sayang.
Contoh: Watak Faduhah, walaupun berasal dari Kuala Lumpur tetapi sayangkan kanak-kanak orang Asli. Dia mencium pipi seorang anak perempuan lalu menyikat rambutnya sambil mendukungnya. Begitu juga dengan Cikgu Apek yang sayangkan anak bangsanya dan mahu kanak-kanak di situ mencapai kejayaan dalam pelajaran.


Persoalan kebijaksanaan dalam menyebarkan dakwah.
Contoh: Farduhah menyebarkankan pendidikan agama islam kepada masyarakat orang asli dengan cara lembut dan secara tidak langsung kerana tidak mahu masyarakat menolak kehadiran mereka. Dia mulakan dengan tinggal bersama-sama masyarakatnya dan mendermakan pakaian, makanan dan mengubahsuai tadika di kampong tersebut.


WATAK DAN PERWATAKAN
Cikgu Apek
Seorang pemuda berusia 20-an dari Suku Temuan di Kg. Tohor.

Mendapat SPM gred tiga

Merupakan guru tadika, berambut kerinting halus, berdahi jendul, berkulit gelap, dan berbadan sasa.

Terlalu berpegang teguh pada cara hidup lama
Cikgu Apek tidak dapat menerima akan perubahan dalam dunia pembelajarannya iaitu di dunia kampus di tempat belajarnya. Keadaan di kampus gagal menjadi tempat untuk dia melupakan kampung halaman, hutan dan sungai.

Seorang yang bersikap tegas dan, berpegang teguh dengan kepercayaan dan pantang larang masyarakatnya.

Seorang yang mempunyai azam yang tinggi.
Contohnya dia menyahut seruan Farduhah dengan memohon belajar ke maktab perguruan.

Seorang yang hidup dalam penyesalan.
Cikgu Apek menyesal kerana telah menyebabkan ibunya mati dalam keadaan sedih. Ibunya telah mati dipatuk ular dalam hutan ketika ibunya masuk hutan merajuk kerana kegagalan Apek dalam pengajiannya di universiti.

Seorang yang sukar menerima perubahan
Contohnya apabila dia dihantar ke universiti, dia telah gagal kerana tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan yang berbeza dengan kampungnya.

Seorang yang pesimis
Cikgu Apek seorang yang bersikap pesimis ataupun seorang yang berfikiran sempit. Dia memandang sinis kedatangan Cikgu Faduhah buat kali kedua kerana niat baik Cikgu Faduhah untuk menyebarkan dakwah Islam kepada penduduk kampung itu dan membuat kebajikan kepada masyarakat di situ.

 Farduhah
Merupakan seorang pelajar Universiti dari Kampus Gombak, ahli Persatuan JASA, berasal dari Kuala Lumpur.

Seorang yang suka memberi nasihat.
Contoh : Dia telah berjaya membuka mata Cikgu Apek , untuk menyambung pelajaran dalam bidang perguruan.

Seorang yang penyayang.
Dia seorang yang menyayangi kanak-kanak. Contohnya Dia mendukung dan mencium pipi seorang anak perempuan sambil.menyikat rambut anak tersebut.

Seorang yang bijak
Contohnya Farduhah menyebarkankan pendidikan agama islam kepada masyarakat orang asli dengan tinggal bersama-sama masyarakatnya dan mendermakan pakaian, makanan dan mengubahsuai tadika di kampung tersebut

Seorang yang pintar dalam berdakwah
Bijak-apabila cuba mengubah pandangan negatif Cikgu Apek dengan beri penerangan baik tentang Agama Islam.

STRUKTUR PLOT

Permulaan.
Contoh: Cerita dimulakan dengan perbualan antara Apek dengan Farduhah. Pembaca dibawa mengenali watak Apek dan Farduhah. Daripada perbualan mereka juga pembaca dijelaskan tujuan Farduhah berada di kampung.

Perkembangan.
Contoh: Cerita dikembangkan dengan peristiwa dakwah yang dilakukan oleh kumpulan pelajar universiti. Mereka bermula dengan mendermakan pakaian dan makanan kepada penduduk. Seterusnya mengajar inak-inak menyertai bengkel menggubah bunga dan menjahit baju. Dalam perkembangan cerita juga latar belakang watak Apek diperkenalkan dan masyarakat kampung yang pentingkan pantang larang.

Puncak/ Klimaks.
Contoh: Klimaks cerita ini ialah ketika Apek mengunjukkan sepucuk surat daripada maktab perguruan kepada Farduhah.

Peleraian
Contoh: Cerita ini diakhiri dengan keinginan cikgu Apek untuk mempelajari agama islam semasa melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan nanti. Ini menunjukkan bahawa dakwah Farduhah di kampung telah membuahkan hasil.


TEKNIK PLOT

Pemerian.
Contoh: Pengarang menceritakan secara khusus tentang rupa fizikal Apek yang dilihat dari pandangan Farduhah. Contohnya “rambut keriting halus, dia berdahi jendul dan berkulit gelap. Berbadan sasa, dadanya bidang, otot-otot lengannya megah menimbul.”

Teknik Dialog.
Contoh: Perbualan antara Apek dan Farduhah tentang harapannya anak didik tadikanya Berjaya dalam pelajaran.

Imbas muka.
Contoh: Cikgu Apek menyatakan hasratnya untuk mencari kebenaran kata-kata Farduhah tentang keindahan agama islam semasa di Maktab Perguruan.

Teknik Imbas kembali.
Contoh: Pengarang menceritakan kembali tentang kegagalan Cikgu Apek dalam pengajiannya di universiti sehingga membawa kedukaan kepada ibunya.

Teknik suspen.
Contoh: Pembaca tertanya-tanya adakah cikgu Apek akan menerima agama islam atau tidak.

Monolog Dalaman.
Contoh: Farduhah terfikir dalam hatinya mengapa ada orang asli di kampong menggunakan nama Apek seperti orang cina.

LATAR 

Latar Masa.

Latar masa cerita ini mengambil masa lama iaitu berhari-hari. Memandangkan watak utamanya terpaksa tinggal di perkampungan dan sempat pula mengubah sikap cikgu Apek.

Waktu petang. Masyarakat kampung bergotong royong memasak nasi di dalam buluh

Masa perjalanan masuk ke kampong Tohor adalah dua jam dari perkampungan Melayu.


Latar Tempat.

Kuala Lumpur, tempat asal watak Faduhah , Kampus Gombak tempat Faduhah belajar.

Kampung, Chennah. Perkampungan Melayu tempat persinggahan sebelum ke Perkampungan Orang Asli, Kg. Tohor.

Kg. Tohor, kampung halaman Cikgu Apek, orang asli suku Temuan dengan tiga puluh dua buah rumah.

Latar Masyarakat.

Masyarakat Melayu terpelajar dari Kuala Lumpur (pelajar universiti).
Contoh: Diwakili oleh Faduhah merupakan masyarakat orang Asli, suku Temuan di Kg. Tohor iaitu Cikgu Apek.

Masyarakat yang mementingkan pelajaran/ pendidika.
Contoh: Cikgu Apek berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajar anak murid tadikanya supaya berjaya dalam pelajaran. Ini dapat dilihat apabila dia berkata tidak berguna sekiranya fizikal tadika berubah tetapi pemikiran anak-anak tidak berubah.


Masyarakat berpegagng kuat pada adat dan pantang larang.
Contoh: Sebilangan daripada mereka menolak kedatangan pendakwah ke rumah mereka kerana adanya pantang larang.

Masyarakat yang jauh daripada kemajuan.
Contoh: Semasa perjalanan dua jam ke kampung Tohor, jalannya berturap simen dan lekuk lekak. Apek juga gagal di universiti kerana tidak biasa dengan pembangunan di Bandar.


GAYA BAHASA :
Personifikasi Pengorangan.
Contoh: “…dia guru yang diburu cemburu kerana fikrah anak-anak….”
“…dakwah islam terang-terang menjengah ke kampung ini.”

Metafora.
Contoh: “Gunung tekad menuntut pendakian penuh kesabaran”.
“Pertanyaan itu sengaja kutimbulkan untuk mengubah mauduk perbualan”

Hiperbola.
Contoh: “Anak-anak disini masih rela berendam di sungai berjam-jam daripada disejukkan oleh pendidikan yang mengalir di tadika”.
“kata maaf meluncur dari bibir tebalnya”

Simile.
Contoh: “Definisi majlis kahwin pada mereka bagaikan pesta dan konsert”
“Hei…kenapa pandang macam nak makan orang?”

Bahasa Arab
“Bil haq” dan “uswah hasanah”(hal.133)

Peribahasa
Contoh : berkaki ayam


NILAI

Nilai Ketabahan
Farduhah cekal hati untuk berdakwah di kampung Tohor walaupun jaraknya dari jauh dari bandar. Ini terbukti kerana telah dua kali dia dan kumpulannya datang ke kampung tersebut.

Nilai Kasih sayang.
Faduhah menyayangi kanak-kanak. Dia meletakkan seorang kanak-kanak perempuan orang asli di atas ribanya, mencium pipi anak tersebut dan menyikat rambut kusut masai kanak-kanak tersebut.

Nilai Keinsafan.
Cikgu Apek mula insaf dan ingin mencari kebenaran tentang agama Islam sedangkan sebelum ini beliau marah jika kanak-kanak tadika belajar atau menghafal Alif Ba Ta dari ABC yang diajarnya. Di akhir cerita dia memberitahu Faduhah bahawa dia ingin mencari kebenaran tentang Allah.

Nilai Hormat menghormat
Farduhah dan kumpulannya berhati-hati apabila berdakwah di kampung iaitu dengan melakukan kebajikan supaya tidak menyakitkan hati orang kampung.

Nilai Kepentingan Ilmu.
Cikgu Apek sanggup melanjutkan pelajarannya ke universiti.



PENGAJARAN
Kita hendaklah gigih berusaha dan kuatkan semangat dalam usaha mencapai kejayaan.
Farduhah sanggup berusaha untuk berdakwah kepada masyarakat orang asli walaupun jauh dari Bandar dan banyak pantang larang. Akhirnya dia telah Berjaya membuka hati cikgu Apek.

Kita perlulah menghormati kepercayaan atau budaya orang lain.
Apabila Farduhah menjalankan dakwah dia kampung Tomoh dia dan rakan-rakannya melakukannya dengan berhati-hati kerana enggan menyakitkan heti atau melanggar pantang larang masyarakat orang asli.

Kita janganlah mudah berputus asa apabila menemui kegagalan.
Cikgu Apek menyambung pengajiannya ke maktab perguruan walaupun dia pernah gagal dalam pengajiannya di universiti.

Kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan.
Cikgu Apek sanggup menyambung pelajarannya membantu meningkatkan taraf hidup masyarakatnya.

Kita hendaklah menyayangi sesama manusia.
Fardhuhah menyayangi anak didiknya walaupun berlainan bangsa.

SUDUT PANDANGAN
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama untuk cerpen ini. Pengarang menggunakan kata ganti diri orang pertama iaitu “aku” yang merujuk kepada Farduhah. Pengarang hanya mengetahui perasaan watak “aku” tetapi tidak menyelami watak sampingan iaitu Cikgu Apek.

Comments