Cerpen

CERPEN

Istilah cerpen berasal daripada “cerita pendek” dan boleh didefinisikan sebagal cerita rekaan yang relatif pendek dan dihasilkan dalam bentuk prosa. Jika ditinjau daripada perspektif sejarah perkembangannya, genre cerpen muncul lebih awal daripada genre novel, drama, puisi moden dan sajak. Cerpen terawal di tanah air, muncul dalam majalah Pengasuh (4 Februari 1920) hasil karya Nor Ibrahim Madrasi dengan judulnya “Kecelakaan Pemalas”.

Genre kesusasteraan yang tertua ini popular dan diminati ramal. Genre cerpen telah melalui tahap perkembangan dan perubahan yang menarik dalam tempoh lebih lapan dekad usianya. Genre cerpen memiliki ciri-ciri yang khusus, mempunyal kualiti tertentu, dan menarik perhatian masyarakat.

Cerpen harus mempunyal ukuran pendek panjangnya yang tertentu. Lazimnya, di katakan sebuah cerpen itu mengandungi antara 500 hingga 15,000 patah perkataan. Perbezaan yang ketara dan segi jumlah perkataan ini memberi petunjuk bahawa memang terdapat bentuk cerpen yang sama dan dikenali sebagai “cerpendek” (cerpen pendek) dan “cerpan” (cerpen panjang). Justeru demikian citi luarannya, dikatakan juga cerpen boleh dihayati dalam tempoh waktu yang singkat iaitu dalam “sekali duduk”. Cerpen hanya memiliki satu makna, satu krisis, dan satu kesan keseluruhan iaitu ciri-ciri yang mem¬bezakannya dengan genre novel.

Dalam usaha dan upaya menghasilkan sebuah cerpen, lazimnya pengarang hams sedar dan sentiasa prihatin betapa dirinya berhasrat mengemukakan suatu isu atau hal secara terfokus dan tajam. Faktor mi menuntut pe¬ngarang cerpen bersikap ekonomi dalam penggunaan bahasa. Lantas, segala yang ingin dihantar haruslah terpilih, signifikan dan relevan, agar bahan yang dihantar itu dapat diterima oleh pembaca secara tepat dan menukik. Ketepatan dan tajam menukik (ber¬kesan) merupakan motifs utama penciptaan Dengan kata lain, menulis cerpen tidak me¬mungkinkan pengarang boleh merewang berbicara atau bertele-tele sesukanya. Situasi ini kepada individu tertentu merupakan suatu hambatan lalu mengakui betapa sukarnya untuk mencipta sebuah cerpen yang berupaya meninggalkan kesan kesatuan yang tajam.


Ciri-Ciri Cerpen

Genre cerpen walaupun mempunyai titik persamaan dengan genre novel, namun perbezaannya masih tetap wujud dan menyerlah, teutama daripada unsur yang membina struktur dalamannya. Antaranya:

• Cerpen lebih mengutamakan watak dengan saiz jumlah dan aksi yang terbatas, berbanding novel yang lebih banyak watak yang beraksi.
• Cerpen menampilkan latar yang terhad dengan lokasi yang tidak banyak, jangka waktu yang penting dan tertumpu pada kelompok sosial yang khusus.
• Plot dalam cerpen tidak mencetuskan banyak konflik-konflik yang kompleks.
• Tema cerpen cuma satu dengan dampingan persoalan yang sedikit. Berbanding novel, walaupun tema tetap tunggal namun persoalannya banyak dan bervariasi serta kompleks.

Cerpen pada zaman terawal kehadirannya iaitu pada tahun 1920 atau era sebelum ter¬cetusnya Perang Dunia Kedua lebih dikenali dengan istilah “cerita”, “ceritera”, ataupun “hikayat”. Pengarang yang menghasilkan cerpen pada ketika itu cenderung untuk menghiburkan dan mendidik pembacanya. Unsur hiburan dan dedaktik mi dikatakan sebagai unsur dualisme.
Pada zaman pemerintahan Jepun fungsi kesusasteraan tidak terkecuali genre cerpen berubah dan ditambah dengan unsur propa¬ganda. Begitu kritikan dan protes sosial tetap hadir dalam cerpen, terutama di tangan pe¬ngarang Ishak Haji Muhammad dan A. Samad Ismail. Bentuk cerpen dikatakan menjadi mantap dan menepati definisi dan konsep itu terlaksana pada zaman selepas Perang Pasifik, ditandai dengan kemunculan Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50. Hal mi menjadi cukup ketara pada karya cerpen di tangan Keris Mas seperti “Kedai Sederet di Kampung Kami,” ‘Kejadian dalam Estet”, “Pemimpin Kecil dari Kuala Semantan”; “Menjelang Merdeka”, “Mereka Tidak Mengerti”, “Runtuh” dan “Salah Pimpinan.” Hanya sesudah merdeka, sekitar tahun 1960-an barulah genre mi memperoleh nama “cerita pendek” dan kemudiannya “cerpen”. Genre cerpen terus berkembang pesat, me¬ngalami banyak perubahan pengisian muatan dan luaran, sesuai dengan transformasi yang dituntut berlaku dalam masyarakat. Yang terbaru menarik dan amat signifikan ialah pengajaran dan pemelajaran penulisan genre cerpen mula mendominasi secara formal dalam kurikulum pada peringkat sekolah me¬nengah.

Comments

  1. Suka baca cerpen...sbb cerpen lebih ringkas citernye berbnding novelkn... Hee

    ReplyDelete

Post a Comment