Sesekali Dalam Sajak



SESEKALI DALAM SAJAK
Nawawee Mohamad


Maksud Sajak

Rangkap 1

Kehidupan dalam dunia tanpa sempadan. Seseorang mesti mempunyai prinsip hidup, bersikap tegas lebih baik daripada menurut membabi buta. Seseorang perlu bersikap menentang daripada menghormati tetapi mendatangkan kesusahan. Seseorang lebih baik mencerca daripada bersopan tetapi dihina. Kadangkala bersikap biadap lebih baik daripada taat seumpama hamba. Sikap tidak ikhlas lebih baik daripada memuji tetapi mengutuk di belakang. Seseorang perlu dipaksa melepaskan jawatan sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Seseorang perlu berpisah daripada hidup bersama tetapi mengundang masalah. Seseorang lebih baik berjauhan daripada bersama tetapi bergaduh.

Rangkap 2

Kebenarannya, baik yang berjiwa keras, yang berjiwa lemah lembut, yang sering menentang atau bersikap menghormati, suka memuji atau suka mengutuk, yang baik atau yang jahat, mestilah bertindak berpandukan syariat.

Rangkap 3

Dalam kehidupan setiap manusia tidak terlepas daripada berpandukan hukum wajib, haram, makruh, harus dan sunat yang memantau perjalanan hidup.

Rangkap 4

Sesuatu yang biasa kadang-kadang perlu dicabar tanpa mengira kedudukan, tempat dan masa. Namun begitu kita jangan sesekali mencabar fitrah apalagi mencabar hukum Allah.


MAKSUD KESELURUHAN

Sajak ini menyarankan agar manusia supaya berhati-hati dan berwaspada menjalani kehidupan seharian. Masyarakat perlu memiliki pendirian hidup yang berlandaskan hukum-hukum Allah. Setiap manusia harus bernaung dengan hukum agama yang dianuti.

TEMA

Tema keagamaan. Penyair mendapati orang yang berpendirian dan yakin dengan pegangan agama tidak akan melak,ukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah.
Contoh : baik mahupun buruk
Tiada siapa mutlak bebas
Melainkan hidup bersempadani syariat


PERSOALAN

Persoalan mempunyai pendirian dalam hidup. Dalam menghadapi realiti hidup, seseorang itu perlu memiliki pendirian yang kukuh untuk berjaya atasi sebarang cabaran dan dugaan.
Contoh:
Baik mahupun buruk
Tiada siapa mutlak bebas
Melainkan hidup bersempadani syariat


Persoalan keberanian berubah ke arah kebaikan. Pentingnya melakukan perubahan yang dapat membantu membina keperibadian lebih baik
Contoh:
Sesekali berpisah lebih baik daripada bersatu mengesan parut.

Persoalan setiap perbuatan akan menerima pembalasan yang setimpal. Sepanjang hayat seseorang itu akan dinilai dari segi wajib, haram, makruh, harus dan sunat
Contoh:
Tiada siapa berkecuali daripada wajib, haram, makruh, harus,
sunat

Persoalan tindak tanduk seseorang  bergantung kepada pegangan agama.
Contoh:
Melainkan hidup bersempadani syariat.


BENTUK

Sajak ini mempunyai 4 rangkap.

Bilangan baris dalam satu rangkap tidak sama.
Terdapat antara 3 hingga 17 baris serangkap.
Contoh : Rangkap 3 : 3 baris
Rangkap 1 : 17 baris

Bilangan perkataan dalam 1 baris tidak sama.
Terdapat antara 3 hingga 6 perkataan sebaris.

Contoh:
Baik mahupun buruk
(3 patah perkataan)

Tetapi sekali-kali tidak mencabar fitrah
(5 patah perkataan)

Rima akhir tidak sama. Contoh: abbc

Sajak ini merupakan sajak berbentuk bebas


GAYA BAHASA

Asonansi.
Hidup di dunia tanpa sempadan (pengulangan bunyi vokal ‘a’)

Aliterasi.
Menentang mahupun duduk (pengulangan bunyi konsonan ‘n’)

Responsi
 menentang mahupun tunduk
Memuji mahupun mengutuk

Inversi
daripada berlembut hidung dicucuk

Kata ganda
sekali-kali

Pemilihan kata / diksi
baik mahupun buruk


Paradoks
 menentang mahupun tunduk

Personifikasi
memantau setiap laluan hayat

Bahasa Asing
syariat (bahasa Arab)



NADA

Nada Sinis

Penyajak menyindir cara hidup masyarakat yang mengabaikan syariat Allah.
Contoh :
Tiada siapa berkecuali daripada
Wajib haram makruh harus sunat


PERASAAN / SIKAP

Penyajak mengingatkan kita supaya sentiasa mengingati Allah.

Penyajak menasihati kita agar sentiasa mengikut syariat yang ditetapkan.

Penyajak menyarankan supaya kita sesekali melanggar cara uutuk mendapat balasan yang lebih baik tetapi masih dalam syariat yang betul.

Penyajak memberitahu tiada kebebasan mutlak dalam hidup.

NILAI

Keberanian
Penyajak mengingatkan kita agar berani bersuara,bertindak sekiranya kita berada dalam landasan yang benar.


Beriman
Penyajak menyeru supaya kita menjalani kehidupan beriman berpandukan syariat Allah.

Tiada siapa mutlak bebas
Melaikan hidup bersempadani syariat

Bijaksana
Cth.: Penyajak menyeru supaya kita bertindak secara bijaksana percakapan, perbuatan, dan membuat keputusan agar tindakan memberi manfaat kepada semua.

PENGAJARAN

Kita hendaklah sentiasa bertindak secara rasional dan berfikir secara bijak dalam menangani sesuatu masalah.

Kita kadang kala perlu memiliki sikap terpuji ,jangan sesekali mengutuk seseorang yang didapati tidak secocok dengan kita kerana sikap yang baik harus dipuji.

Kita sepatutnya bersopan -santun dalam kehidupan kerana keterlaluan dalam hidup akan menyebabkan kita akan kehilangan kawan.

Kita mestilah melaksanakan amalan-amalan baik seperti yang disarankan oleh agama kita kerana semua agama menyeru kepada kebaikan

Kita mestilah melakukan sesuatu tindakan secara ikhlas.

Comments