26 Jan 2013

Sejarah Cerpen


SEJARAH PERKEMBANGAN CERPEN DI MALAYSIA


Perkembangan Cerpen Sebelum Perang

Kedudukan cerpen dalam kesusasteraan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua berada pada zaman peralihan. Para penulis yang terlibat dalam penulisan mempunyai latar belakang tradisi lisan dalam masyarakat dan budayanya. Perkembangan yang jelas dalam pengertian tradisi ini ialah bukan semata-mata untuk berlucu di samping mengajar dan mula memperlihatkan perkembangan untuk mengutarakan segala masalah dan persoalan kehidupan yang lebih besar.


Tema

Cerpen-cerpen di sekitar tahun 20-an mengandungi unsur-unsur didaktiknya yang amat kental. Pada peringkat awal ini telah dapat dilihat persoalan-persoalan yang ada hubungannya dengan soal-soal ekonomi, moral dan kebebasan sosial ditekankan dalam cerpen. Jika ditinjau dari aspek sejarah, sebelum tahun 1920-an misalnya, kedatangan orang-orang bukan Melayu semakin ramai menduduki Tanah Melayu adalah sebagai akibat dan polisi pemenintahan penjajah yang membuka pintu luas kepada mereka. Bila kemudiannya mereka mula menguasai sebahagian besar ekonomi di Malaya, kecurigaan mulai timbul pada orang-orang Melayu yang mulai merasa bimbang akan nasib mereka kemudian kelak. Dengan sendirinya timbul kesedaran sebilangan orang-orang Melayu khususnya kauni penulis agar bangsa Melayu penlu men¬capai kemajuan. Apa yang diharapkan tidaklah semata-mata mem¬perlihatkan kemajuan dan segi pekerjaan malah di dalam hal mencari ilmu pengetahuan. Kesedaran untuk memberikan sokongan moral dan material di dalam segala aspek kegiatan dan penghidupan orang-orang Melayu mula dirasakan. Semangat semacam ini terdapat di dalam beberapa buah cerpen seperti “Perusahaan Yang Berpadan Buatlah Tauladan” (Majalak Guru, 1 Januan 1925) dan “Berusaha Itu Perbendaharaan yang Kekal” (Dunia Melayu. 20 Julai 1929).

Soal kebebasan sosial kemudiannya ditimbulkan antara lain adalah akibat dan pertembungan kebudayaan Timur dengan kebudayaan Barat. Misalnya telah lahir kecenderungan untuk memilih pasangan hidup sendiri, sambil mengemukakan tentangan terhadap kahwin paksa. Soal kahwin paksa ditimbulkan bagi memperlihatkan beberapa motif masyarakat Melayu sendiri seperti tujuan mendapatkan harta atau demi kepentingan pangkat dan darjat. Beberapa buah cerpen yang lahir dalam tahun 1920-an seperti “Cinta Melara” (Dunia Melayu, 20 Jun-20 Disember 1929) dan “Pengaruh Wang” (Malaya, Disember 1927-Mac-Julai-1928), menekankan masalab sosial yang diperkatakan itu.

Kisah percintaan anak-anak muda juga menjadi lumrah diper¬soalkan. Namun dalam persoalan yang sama sudah terlihat kecen¬derungan penulis melukiskan kisah anak-anak muda yang berlainan agama. Cerpen “Mencari Isteri” (Majalah Guru, 1 Ogos 1928-1 Mei 1922) misalnya, tersimpul di dalamnya tentang seorang pemuda Melayu yang mengalami percintaan dengan seorang gadis Tionghua. Penulis tidak saja menimbulkan masalah percintaan yang mereka hadapi, tetapi sekaligus menyentuh masalah ekonomi orang-orang Melayu.

Penulis Melayu sudah bersedia meneroka masalah-masalah yang cukup penting, sekalipun mungkin tidak terlalu ketara dirasakan kesannya pada ketika itu. Yang jelas bahawa usaha masyarakat penulis menyuarakan sesuatu yang agak kritis sudah mula menampak. Meskipun pada umumnya, cerita kelihatan berfungsi sebagai hiburan, namun tersimpan di dalamnya unsur-unsur pengajaran dan sinisme yang berkesan. Dan dalam peringkat perkembangannya, terutama bila menempuh tahun-¬tahun 1930-an, jelas dilihat penyuaraan penulis menjadi semakiri berani, lantang dan tegas. Persoalan ekonomi, misalnya, sudah sampai pada peringkat memberikan pandangan-pandangan yang lebih kritis di samping beberapa cadangan bagaimana orang-orang Melayu bisa membangunkan kembali segala kemerosotannya. Juga hal-hal yang berhubungan dengan kesedaran kebangsaan atau nasionalisme, pelajaran, maupun tentang soal moral dan kebebasan sosial, telah dibicarakan dengan begitu rupa untuk memberikan kesan yang mendalam. Tema tentang kebebasan sosial misalnya bertambab bila ditimbulkan juga kisah-kisah percintaan orang Melayu bukan saja dengan kaum Tionghua, tetapi dengan orang¬orang keturunan Arab atan keturunan Keling (DKA, DKK).

Tahun 1930-an sudah menampakkan kesedaran penulis terhadap kehidupan di kota yang cukup menarik menjadi bahan cerita. Namun begitu kota tidak diihat sama sekali sebagai lambang kepada kemajuan yang positif. Dan pembicaraan seperti judi, arak, kabaret, perempuan dan sebagainya, kota ditafsirkan sebagai tempat yang menjijikkan dan ini secara tidak langsung merupakan penentangan golongan penulis terhadap pemodenan atau perubah¬an baru yang membawa segala rupa keburukan. Beberapa buah cerpen seperti “Gelombang Hidup” (Bulan Melayu, Mei 1931), “Menyelam di Lautan Percintaan” (Bulan Melayu, Disember 1931), “Hantu Judi atau Isteri yang Berbakti” ( Warta Kinta, 24 Disember 1937-14 Januari 1938), “Salah Sendiri” (Warta Ahad, 23 Ogos, 1936), “Hantu Arak” (Majalah Cerita, Januari 1939) dan “Moden Barat Dituju ke Kuno Timur Sampainya” (Warta Malaya, 21 Mei 1938) membuktikan hal ini.

Para penulis memperlihatkan kebimbangan melihat kota itu sendiri dengan segala penghidupan manusianya yang nyata amat banyak berlawanan dengan ajaran agama Islam. Kekhuatiran penulis menjadi semakin meluas kerana mereka men¬dapati pengembang-pengembang agama Kristian yang begitu galak menyebarkan agama mereka di Tanab Melayu pada waktu itu. Gejala-gejala mi amat ketara diperlihatkan melalui cerpen-cerpen seperti “Siapa Salah?” (Warta Malaya, 28 Februari-3 Mac 1938), “Bertukar Agama Kerana Cinta” ( Warta Malaya 14 Mac 1938) dan “Tercabut Iman Kerana Cinta” (WartaAhad, 16 Ogos 1936). “Bertukar Agama Kerana Cinta” mengisahkan perhubungan Abdul Fatah dengan Miss Amelia. Abdul Fatah kemudian memeluk agama Kristian lalli menukar namanya kepada Mr. Mad. Tindakan Mr. Mad mi melukakan hati kedua ibu bapanya sehingga kedua orang tua itu merana dan langsung meninggal dunia. Di sini Abdul Fatah sebenarnya melambangkan manusia yang amat cetek dalam didikan agamanya. Malali penulis sekaligus menyentuh tentang pengajaran agama Islam yang tidak dititikberatkan dalam kuri¬kulum pendidikan oleh penjajah dan hal mi amat dirasakan lan¬taran sistem pendidikan agama di desa-desa juga belum mengalami perubahan-perubahan yang cukup radikal.

Kesedaran telah timbul di kalangan penulis-penulis Melayu pada ketika itu bahawa orang-orang Melayu tidak harus lagi hidup dikongkong oleh norma-norma dan nilai-nilai hidup masyarakat lama. Kesedaran adalah perlu kiranya Masyarakat Melayu ingin maju di dalam segenap lapangan kehidupan, dan sa¬lah satu kesedaran yang diharapkan ialah mengenai soal kebebas¬an. Dengan ini timbullah kisah-kisah yang menyuarakan bagai¬mana kebebasan yang dimaksudkan itu harus dipergunakan dan disesuaikan oleh orang-orang Melayu dalam berbagai aspek ke¬hidupan seperti kebebasan dalam memilih jodoh, bergaul dan se¬bagainya.

Kejayaan seseorang anak muda memilih pasangan hidupnya sendiri bergantung kepada sejauh mana antara keduanya berhubung; bertemu dan berkenalan. Suasana ini sebenarnya mem¬buka daerah baru setelah adanya kebebasan untuk bergaul antara muda mudi di zaman itu. Mereka yang berjaya lantas memulakan penghidupan baru. tetapi tidak kurang pula antaranya yang ter¬paska berkorban, misalnya anak muda harus mengembara mencari kekasihnya atau terpaksa menunggu kepulangan kekasih. Kisah-kisah cinta trajis menjadi tema cerpen seperti Putus Harapan Tetapi Tidak (Majalah Guru, 1 Oktober 1935), Kekasih Yang Setia atau Perjumpaan di Panggung Wayang (Warta Jenaka, 19 Oktober 1936), dan Ombak Perasaan (Majlis, 29 Jun-10 Ogos 1936).

Terdapat pula cerpen yang membawakan tema rumahtangga seperti rumah tangga yang dibina atas dasar cinta akhirnya tidak kekal, suami tidak jujur, isteri terlalu cemburu dan sebagainya. Sepanjang tahun 1930-an cerpen yang membawa tema rumahtangga seperti Isteri (Bulan Melayu, Mac - April 1931), Apa Boleh Buat Talak Sudah Gugur (Warta Jenaka, 25 November 1937), Hati Yang Bengkok Itu Memang Allah Balaskan (Majalah Guru, 1 Ogos 1934), Perdayaan Seorang Perempuan (Kehidupan Dunia Akhirat, 1 Mac 1937), Suami Yang Sabar (Warta Ahad, 15 Ogos 1937), Cik Tom Dengan Nasibnya (Al-Ikhwan, 16 Mei 1930), Siti Jamilah (Warta Ahad, 17-24 Disember 1939), dan Isteri Yang Setia Lagi Sabar (Warta Jenaka, 10 Mei 1937).

Cerpen bercorak pengembaraan dan detaktif turut dihasilkan oleh penulis-penulis cerpern 1930-an. Di antara cerpen-cerpen tersebut ialah “Panglima di Rimba” (Majlis, 23 November-28 Disember 1939), “Terbang ke Bulan” (Majlis, 19 Mei-26 Julai 1939) “Pelayaran yang Dahsyat” (Majalah Guru, 1 November 1930-1 Mci 1931), “Syaitan di Tengah Malam” (Sinar Malaya, Julai-Ogos 1931) dan “Pengembara di laut” (Majlis. 23-25 Ogos 1937) yang memperlihatkan pengembaraan yang menarik. Manakala cerpen-¬cerpen yang bercorak detektif seperti “lnspektor Black” (Majalah Cerita, November 1938-Januari 1939), “Musuh dalam Selimut” (Bumiputera, 20 Februari-17 Mac 1933), “Darihal Sekotak Cerutu Kosong” (Bumiputera. 25 Mac-17 April 1933), dan “Puteri Ipoh” (Warta Ahad, 22-29 Mei 1938). Memang ada usaha penulis untuk cuba menimbulkan ketegangan pada cerita tetapi apa yang sebenarnya dapat dirasakan bahawa ia lebih merupakan pengolahan kembali dalam bentuk cerpen berita¬berita akhbar yang menyjarkan tentang kecurian, rompakan, pem¬bunuhan dan sebagainya.

Perkembangan yang lebih menarik dan segi tema yang dikemukakan di dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang ialah di sekitar tahun-tahun 1940-an (1940-1941). Para penulis yang lebih tegas mengingatkan masyarakat, khususnya orang-orang Melayu supaya tahu pen¬deritaan yang sepatutnya tidak ditanggung oleh mereka dan supaya mereka semakin lama semakin sedar akan penderitaan itu. Bila kesedaran telah datang, terbukalah jalan baru bagi masyarakat un¬tuk mengubah nasib. Persoalan tentang nasionalisme orang-orang Melayu misalnya telah menjadi perbincangan hebat di dalam tema cerpen-cerpen sebelum perang. Menurut Hashim Awang hal ini lebih ketara setelah pertubuhan-pertubuhan politik Melayu berkembang subur, terutamanya di negeri-negeri Pahang, Selangor, Perak, Negeri Sem¬bilan dan Province Wellesley di antara tahun-tahun 1937-1939. Penubuhan Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1937, di Kuala Lumpur iaitu sebuah perkumpulan radikal yang ingin menuntut kemerdekaan tanahair tanpa bekerjasama dengan pemerintah, melainkan bergabung dengan Indonesia telah menjelmakan sikap antipenjajahan meskipun hal ini tidak terlalu ketara dikemukakan dalam cerpen-cerpen tetapi di dalam bentuk sindiran yang tajam.

Kedatangan dan aktiviti orang bukan Melayu melalui polisi terbuka Inggeris menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang Melayu. Orang Melayu merasa kedudukan mereka tercabar dan Inggeris mengamalkan penindasan dari segi ekonomi, politik dan pendidikan. Ishak Haji Muhammad menulis cerpen yang memperlihatkan rasa kurang senang tersebut menerusi cerpennya seperti Dari Perangkap Ke Penjara, kemudian lalu ke syurga (Utusan Zaman, 13 Julai – 10 Ogos 1940), Dolly – Bidadari dari Shanghai (Utusan Zaman, 24 Ogos – 21 September 1940), dan Rumah Besar Tiang Sebatang (Warta Ahad, 30 November – 7 Disember 1941. Sebuah cerpennya Awang Putat (Utusan Zaman 1-8 Disember 1941) mendapat perhatian para pengkritik. Cerpen ini jelas memperlihatkan bagaimana tipu muslihat Ah Kau yang cuba mempengaruhi Cikgu Majid Syah dan penghulu dengan memberikan buah tangan. Ah Kau menipu mata dacing dan mengambil kesempatan untuk menternak babi yang banyak merosakkan tanaman orang kampung. Awang Putat menyedari tipu muslihat Ah Kau dan berjaya menyedarkan orang kampung termasuk Majid Syah. Awang Putat dengan sokongan penduduk kampung berjaya menubuhkan syarikat kerjasama di kampung itu.

Tahun 1940-an memperlihatkan penulis semakin lantang membawakan tema antipenjajahan dan memperjuangkan cita-cita bangsa dan negara. Penulis mahu masyarakat merenung dan membuat pertimbangan berhubung dengan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Selain itu persoalan ekonomi orang Melayu semakin menonjol dengan persoalan berkaitan dengan kemiskinan dan kemelaratan orang Melayu. Watak-watak utama dalan cerpen digambarkan mengalami penderitaan dan kemiskinan akibat ketidakadilan penjajah. Terdapat cerpen-cerpen yang menyeru orang Melayu memperbaiki kedudukan ekonomi mereka seperti bekerja sendiri lebih baik dari makan gaji. Ini dijelaskan dalam cerpen Setia Berbuah Kejayaan (Warta Ahad, 1-15 September 1940), Kalau Sudah Kehendak Hati (Utusan Zaman, 18 Oktober 1941), dan Pantun Ekonomi (Utusan Zaman 19-26 September 1941). Kesedaran mengenai kebaikan tanah rancangan dikemukakan dalam cerpen Sudah Terang Lagi Bersuluh (Utusan Zaman, 25 Januari – 15 Februari 1941), dan Membuka Kampung Baru di Tanjung Karang (Warta Ahad, 6 Oktober 1940).

Isu pendidikan mendapat perhatian penulis terutama dari segi peluang pendidikan orang Melayu serta kelemahan pendidikan di sekolah Melayu berbanding sekolah Inggeris. Muhammad Dahlan Masud menulis Berpantang Mati Sebelum Ajal (Utusan Zaman 5 April 1941) berhubung dengan penubuhan tabung pendidikan orang Melayu. Dalam Hindun Seorang Murid Miskin (Utusan Zaman 16-23 Ogos 1941) karya Ariffin, meniupkan kesedaran bagi orang Melayu terhadap pendidikan.

Teknik dan Struktur

Apabila diteliti jalinan plot cerpen-cerpen sebelum perang ia amat ketara kuat dipengaruhi oleh struktur cerita-cerita tradisi, iaitu ada permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Permulaan cerpen atau exposition digunakan untuk mem¬perkenalkan watak atau sausana. Di bahagian pertengahan temui ketegangan-ketegangan yang menuju puncak (climax). Manakala pada bahagian akhir kita temui penyelesaian pengarang (denouemen)

Ada tiga corak pengenalan cerita yang terdapat dalam cerpen-¬cerpen sebelum perang. Yang paling digemari ialah yang bentuk memerikan (descriptive introduction). Keduanya ialah corak yang didahulukan dengan dialog dan ketiga terus melukiskan aksi watak-watak utama. Ketiga-tiga corak pengenalan ini terus terdapat dalam cerpen-cerpen sesudah Perang Dunia Kedua.

Cerpen Melayu bergerak dan berkembang dari asas cerita-cerita tradi¬nal, bentuk-bentuk pantun, syair serta ayat-ayat Quran banyak diturunkan sama ada sebagai pembuka sesuatu cerita atau mempunyai fungsinya yang utama iaitu menyimpulkan persoalan serta pengajaran yang boleh dipetik dalam cerita-cerita yang dipersembahkan. Walau bagaimanapun cara memulakan sesebuah cerpen tidaklah stereotaip kalau diambil contoh dari cerpen "Pencuri Bedebah?" (Warta Ahad, 12 Oktober 1941) umpamanya, di mana pada bahagian pertengahan cerita diletakkan di bahagian pembukaan, kemudian baru cerita disusun dari awal sampai akhir secara imbas kembali. Ini merupakan satu contoh pembukaan cerpen yang menarik, tetapi sukar ditemui. Para penulis cerpen sebelum lebih gemar memberikan suatu persoalan di peringkat awal dan kejadian-kejadian yang berakibat dari persoalan itu adalah bersusun mengikut waktu. Susunan sedemikian menjadikan sesebuah cerpen senang diikuti, dan mudah pula diselitkan dengan unsur-unsur pengajaran.

Tidak banyak cerpen yang membentuk pembinaan plot atau peristiwa¬ yang didasarkan atas sebab akibat yang konkrit sebagaimana pengertian plot dewasa ini. Apa yang banyak ditemui adalah penggunaan unsur-unsur seperti takdir Tuhan dan seumpamanya. Gejala ini lebih mendekati unsur deus ex machina yang mana pengaranglah yang hadir menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam bahagian pengakhiran cerpen-cerpen yang dihasilkan, terlihat kecenderungan kebanyakan penulis untuk `berkhut-bah’ malah mengemukakan langsung persoalan yang sebenarnya mahu dicapai oleh penulis untuk masyarakat pembacanya. Tidak hairanlah jika ditemui `khutbah' penulis yang kadang-kadang lebih panjang daripada cerita itu sendiri.

Dari segi perwatakan pula, watak-watak dalam cerpen-cerpen sebelum perang diperkenalkan sama ada secara langsung atau secara dramatik. Walaupun kaedah yang kedua amat menarik kerana pengarang hanya menunjukkan atau memberitahu pembaca secara suggestion namun kaedah ini tidak didapati dengan banyak dalam cerpen-cerpen sebelum perang. Yang banyak ditemui ialah pemerian watak secara langsung dilakukan oleh pengarang. Pewarnaan tokoh atau kehadiran tokoh-tokoh dalam cerpen¬-cerpen sebelum perang dapatlah dikatakan dikuasai oleh pe¬ngarang. Para penulis bebas memainkan peranannya terhadap tokoh-tokoh hingga kerap menampakkan tokoh-tokoh yang men¬jadi boneka. Dan cerpen sebagai karya dalam peringkat penge¬nalannya, memperlihatkan tokoh-tokohnya yang mempunyai perwatakan yang tidak jauh berbeza dengan tokoh-tokoh cerita tradisi. Dalam erti kata lain perwatakannya tidak rumit; iaitu sama ada diberi watak hitam (jahat) atau putih (baik). Di samping itu cer-pen-cerpen yang berunsur didaktik harus dengan mudah dapat menyampaikan pengajaran. Maka itu perwatakan tidak harus dipersulitkan, yang jahat menerima balasan yang setimpal clan yang baik menerima ganjarannya, atau tokoh-tokoh yang jahat menjadi insaf clan kembali ke pangkal jalan. Jelaslah dalam keadaan ini un¬sur-unsur didaktik amat diutamakan.

Perbezaan antara watak hitam clan watak putih selalunya dikenali sekurang-kurangnya melalui empat ciri yang berikut:
i. Watak putih selalunya terdiri dari orang-orang Melavu jati. Ini jelas kelihatan terutamanya dalam cerpen- cerpen tahun 1930-an clan 1940-41 yang mengemukakan tema politik. ekonomi dan sosial. Watak hitam selalunya terdiri dari orang-orang bukan Melayu seperti DKA, DKK dan orang-orang Cina.

ii. Melalui nama juga dapat dikenali sama ada sesuatu watak itu baik atau jahat. Nama watak yang berpasangan, um¬pamanya Basri clan Basriah atau Ramli clan Ramlah dianggap tokoh-tokoh baik, clan sebagai watak-watak protagonis. Nama¬nama bagi watak yang baik selalunya indah bunyinya, sementara watak buruk mempunyai nama yang agak jelek.

iii. Campur tangan penulis memberikan gelaran kepada watak-watak boleh menentukan sesuatu watak itu baik atau jahat. Umpamanya penggunaan panggilan Encik clan Cik kepada tokoh tokoh utama seperti Encik Murad atau Cik Aminah mem¬perlihatkan perwatakan mereka itu adalah baik, sedangkan panggilan Si umpamanya kepada Si Baba jelas menunjukkan bahawa Baba mempunyai perwatakan yang jahat.

iv. Pemerian pengarang terhadap seseorang tokoh misalnya mengenai kelakuan atau bentuk badan watak- watak yang baik selalu dilukiskan sebagai watak yang sempurna, menarik, bijak, bertimbang rasa, sementara watak-watak jahat mempunyai perangai serta bentuk tubuh yang sebaliknya.

Latar dalam sesebuah cerpen pula mempunyai peranan memberi suasana kepada peristiwa-peristiwa dan manusia-manusia yang terdapat dalam sesebuah cerita. Dengan adanya ruang, waktu dan suasana itu, peristiwa dan manusia menjadi konkrit dan tida dirasakan mereka berlaku dan wujud seolah-olah dalam vacum. Latar mempunyai beberapa fungsi yang saling berkait. Pertama ialah untuk membayangkan tempat yang sebenar di mana peristiwa itu berlaku. Kedua, untuk membayangkan pekerjaan dan cara hidup dari watak-watak yang terdapat dalam cerita. Ketiga, untuk membayang atau menunjukkan waktu atau zaman di mana peristiwa-peristiwa berlaku dan keempat, untuk membayangkan suasana umum mengenai watak-watak yang terlibat dalam cerita yang berkenaan. Dan kelima latar juga berperanan membentuk emosi pembaca supaya cerita menjadi lebih berkesan.

Kebanyakan cerpen-cerpen yang dihasilkan sebelum perang, mengambil latar tempat peristiwa-peristiwa di Tanah Melayu sendiri. Dengan demikian ia dapat memperlihatkan sikap penulis yang terikat kuat dengan kehidupan setempat. Para penulis menimba ilham dari kejadian-kejadian tempatan, sama ada yang berlatar belakang desa atau kota. Walau bagaimanapun, terdapat kisah-kisah yang mengambil latar luar negeri. Novel Hikayat Faridah Hanum mengambil latar Timur Tengah. Beberapa buah cerpen, terutamanya yang membawakan persoalan tentang moral adalah berlatarkan daerah di Timur Tengah - tempat berkembangnya Islam yang dianggap oleh orang-orang Melayu sebagai tempat yang suci. Maka latar ini dianggap lebih mudah dapat meyakinkan masyarakat pembaca sesuai dengan tema yang dikemukakan terutama yang berhubung erat dengan soal-soal keagamaan. Pemilihan latar ini juga dilakukan adalah semata¬-mata untuk disesuaikan dengan tema cerita. Misalnya penulis mengambil latar negara Indonesia bila mengemukakan soal-soal berhubung dengan politik atau semangat kebangsaan lantaran Indoensia memang dikenali sebagai mempunyai rakyat yang kuat semangat kebangsaannya memperjuangkan kemerdekaan. Begitu halnya bila mempersoalkan tentang masalah ekonomi atau soal kewangan maka cerita akan dikaitkan dengan kehidupan orang-orang China dan latar belakang negeri mereka.

Bagi cerpen-cerpen yang mengambil latar tempatan, peristiwa-¬peristiwa lebih banyak terlaksana di dalam sesebuah kota atau kampung. Di samping memperlihatkan kejelekan yang berlaku dalam masyarakat kampung, penulis lebih banyak menumpukan perhatian kepada masyarakat kota. Isi kota yang dianggap serba ghairah, dan kota sebagai tumpuan setiap golongan manusia, baik golongan politik, kaum cerdik pandai maupun para seniman, malah kota sebagai pusat berkembangnya pengaruh-pengaruh kemodenan atau Barat adalah sebagai tempat yang banyak melahirkan peristiwa-peristiwa yang menarik untuk bahan cerita.

Teknik mem¬persembahkan sesuatu latar atau tokoh oleh para penulis dikemukakan secara langsung oleh penulis dalam di mana penulis menceritakan segala-gala mengenai latar belakang cerita malah kadang-kadang sekaligus memberikan komennya. Apa yang sering dilihat penerangan tentang latar menjadi meleret-leret dan terlalu detail. Selalunya keadaan ini menjemukan pembaca. Akibatnya lukisan latarnya tidak lagi merupakan hasil dari imajinasinya, melainkan penerangan yang benar belaka sehingga nilai-nilai seninya tidak terasakan. Beberapa orang penulis yang kebanyakannya penulis-penulis guru memperlihatkan unsur-unsur yang demikian. Amat jelas pelukisan tentang latar tempat atau suasana ceritanya dipengaruhi oleh profesinya di mana terdapat pelukisan yang bukanlah gambaran latar yang berunsur sastera tetapi merupakan penerangan seperti yang biasa ditemui di dalam mata pelajaran Geografi atau Sejarah.

Penulis-penulis cerpen yang kebetulan juga penyair-penyair seperti Pungguk, Muhammad Yusuf Arshad, dan Harun Muhammad Amin memperlihatkan kecenderungan mereka menggambarkan sesuatu latar dengan demikian indah bukan saja kerana bakatnya tetapi juga kepandaian dan ke¬mahirannya memilih kata-kata yang sesuai dan men yegarkan. Selain daripada latar tempat dan latar tokoh, latar waktu juga ditimbulkan dengan fungsinya yang tertentu untuk membangkitkan semangat pada setiap zaman seperti penentangan, kepahlawanan, dan peperangan. Menurut kajian Hashim Awang, telah ditemui sebuah cerpen yang ditulis dalam tahun 1934, berjodol "Kononnya 50 Tahun Akan Datang" (Neraca, 1 Disember 1934-15 Februari 1935) karya Abdul Aziz Abdul Hamid yang bercorak "futuristic"." Ini menunjukkan bahawa terdapat usaha untuk membawa pembaharuan dalam penampilan latar dalam cerpen-cerpen Melayu di samping mengekalkan yang sedia ada.

Pembaharuan dan kemajuan dalam struktur cerpen-cerpen sebelum perang lebih ketara dalam aspek sudut pandangan. Tidak semua cerpen mengemukakan pencerita orang yang ketiga, tetapi ada juga yang mengemukakan orang pertama bercerita. Malah ada di antaranya yang mencuba teknik bercerita melalui kenang-kenangan tokoh atau surat kiriman - dua teknik yang menurut Hashim Awang agak terbaru buat zamannya. Sebagai contohnya cerpen-cerpen seperti "Hantu Arak atau Bencana Kehidupan" (Majalah Cerita, Januari 1939) dan “Lupakan Kira-kira Tolak" (Warta Ahad, 15 Februari 1937). Cerpen pertama itu diolah keseluruhannya melalui kenang-kenangan Hasnah, iaitu kisah bapanya yang telah menjadi kaki arak sehingga sanggup hendak membunuh ibunya dan kemudiannya mati sebab berpenyakit jantung akibat terlalu banyak minum arak. Teknik ini memperlihatkan ada persamaan dengan teknik yang di kenali hari ini sebagai stream of conciousness. Sementara sudut pandangan bagi cerpen ‘Lupakan Kira-kira Tolak" berdasarkan sudut pandnagan orang pertama pencerita, tetapi penceritaannya dikemukakan di dalam bentuk surat kiriman. Cerpen-cerpen yang menggunakan sudut pandangan orang pertama pencerita bolehlah dianggap sebagi pemisahan dari sastera tradisional yang memakai sudut pandangan serba tahu.

Walau bagaimanapun sesuai dengan corak cerpen-cerpen pada zaman sebelum perang yang amat kental dengan unsur-unsur didaktiknya, bercerita dari sudut orang yang ketiga adalah lebih ketara dan masih menduduki tempat utama. Ia sekaligus memperlihatkan lanjutan ciri-ciri struktur sastera Melayu tradisi. Teknik ini sebenarnya lebih memudahkan para penulis atau pencerita mengutarakan segala pengajaran melalui khutbah atau lainnya. Namun begitu telah dilihat bahawa perkembangan selanjutnya memperlihatkan percubaan-percubaan untuk membuat pem¬baharuan di dalam soal sudut pandangan akibat dari pelbagai pendidikan dan pengalaman yang dialami oleh penulis. Cerpen-cerpen yang menggunakan sudut pandangan orang pertama bercerita atau lainnya merupakan usaha yang lebih maju dan baru diukur pada zamannya.

Kemampuan seseorang penulis mengadunkan kata-kata di samping struktur-struktur yang lain adaiah satu hal lain yang dapat memberikan kesan keindahan seni pada sesebuah karya. Maka itu hal yang cukup menarik dilihat di sini ialah pemakaian bahasa oleh para penulis yang sekaligus melibatkan dan mencerminkan antara lain pendidikan dan pengaruh yang diterima oleh kaum penulis itu sendiri. Pendidikan para penulis itu sendiri amat kuat mempengaruhi diri mereka hingga terjelma di dalam gaya bahasa cerpen-cerpen mereka. Rata-rata para penulis cerpen sebelum perang ini mendapat didikan di sekolah Melayu dan Arab. Demikianlah yang dapat dilihat wujudnya gaya bahasa yang kuat memperlihatkan pengaruh gaya bahasa Arab dari penulis-penulis yang berkelulusan sekolah Arab dan dari penulis-penulis kelulusan sekolah Melayu ketara memperlihatkan gaya bahasayang lebih tulen Melayunya.

Tidak kurang pula terdapatnya gaya bahasa penulis yang dipengaruhi oleh profesinya sehari-hari. Misalnya selain daripada mereka yang terdiri dari guru-guru Melayu, tidak sedikit pula dari kalangan penulis datangnya dari golongan wartawan-sasterawan. Penulis-penulis seperti lshak Haji Muhammad, Abdul Rahim Kajai, Harun Muhammad Amin, sekadar menyebut beberapa nama, terbawa-bawa dengan gaya kewartawanannya dan gaya bahasa cerpen-cerpen mereka lebih merupakan gaya bahasa seorang wartawan. Di samping itu, penggunaan bahasa kuat dipengaruhi oleh hasil pembacaan para penulis sendiri. lni dapat dilihat dari kalangan penulis yang menerima didikan Inggeris. Maka itu, cerpen-cerpen mereka memperlihatkan gaya bahasa Melayu yang keinggerisan.

Pengaruh sastera tradisional masih ketara dalam kebanyakan cerpen-cerpen yang dihasilkan terutama dalam aspek gaya bahasa. Bentuk-bentuk pantun dan syair tidak saja berhasil memperlihatkan rasa keindahan di dalam gaya bahasa sesebuah cerpen tetapi mempunyai fungsi yang lebih jauh lebih penting iaitu sebagai saluran tempat mencurahkan segala nasihat dan pengajaran atau kesimpulan pengajaran yang boleh didapati dalam sesebuah cerita. Tidak dinafikan juga bahawa penggunaan pantun atau syair bertujuan untuk menghibur di samping memberikan gambaran keseluruhan persoalan yang ingin ditimbulkan oleh penulis. Amat jelas pengaruh-pengaruh hasil kesusasteraan Melayu tradisional sebagaimana yang sering diperlihatkan di dalam cerita¬-cerita penglipurlara Melayu masih terus mengalir dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang.

Para penulis cerpen umumnya cuba menggunakan gaya bahasa yang sesuai dengan tema dan amanat cerita. Para penulis amat jelas cuba memilih kata-kata yang tepat dengan suasana danpernyataan sikap dari penulis sendiri. Misalnya kata-kata yang bersifat romantik dan disulam dengan bentuk-bentuk puisi seperti pantun dan syair digunakan untuk cerita-cerita yang mempersoalkan tentang cinta perkahwinan. Gaya bahasa yang merayu-rayu, sedih, rindu, kecewa dan bimbang sehingga kadang-kadang pembaca turut pula bersimpati dengan cerita yang disajikan. Atau diselitkan pula dalam cerita dengan ayat-ayat Quran bila membawakan tema moral. Barangkali kata-kata yang berhubung dengan agama ini dirasakan lebih bermakna terutama untuk melahirkan kesan pengajaran kepada masyarakat pembaca.
Pemilihan diksi oleh masyarakat penulis ini menjadi lebih menarik diperkatakan lantaran ia bukan saja memperlihatkan aspek penulis itu sendiri dalam menghasilkan sastera kreatif tetapi aspek zaman yang saling pengaruh mempengaruhi. Hal ini memperlihatkan dua unsur utama, iaitu yang lama dan yang baru. Terdapat misalnya penggunaan bentuk metafora, per¬sonifikasi, hiperbola atau unsur-unsur sarkasma, pengulangan dan sebagainya bagi melahirkan nada sesebuah karya yang dihasilkan. Bentuk-bentuk atau unsur-unsur demikian dapat dikatakan begitu disedari oleh masyarakat penulis pada waktu itu. Ini menunjukkan bahawa struktur cerpen Melayu pada masa itu sedang di dalam proses transisinya dari yang lama kepada yang baru.
Kesimpulan

Ada beberapa faktor yang menyebabkan cerpen berkembang dengan subur sebelum perang. Dari tahun 1876-1941 terdapat sebanyak 153 akhbar dan majalah berkala yang kebanyakannya memuatkan cerita pendek. Kemunculan alat cetak yang mener¬bitkan akhbar dan majalah tidak syak lagi menjadi semacam penggerak perkembangan cerita pendek lantaran peranannya yang cukup penting sebagai alat penampungan clan pengedarannya untuk bacaan orang ramai. Penghasilan cerita pendek, yang kian bertambah itu memperlihatkan bahawa genre ini memiliki audien¬nya yang tersendiri. Hal ini mungkin berlaku kerana pendidikan bangsa Melayu yang semakin pesat, kemasukan bahan-bahan bacaan dari luar negeri serta penyebaran luas mass media itu sen¬diri yang sekaligus mampu mengundang bilangan pembaca dan penulis yang lebih luas.

Akhbar-akhbar yang awal, khususnya tahun 1920-an tidak memuatkan cerpen. Akhbar-¬akhbar tersebut hanya menerima clan memuatkan surat-surat dari pembaca dan juga rencana-rencana khas yang sedikit demi sedikit membawa akhbar melepaskan diri dari sifat berita semata-mata. Bila akhbar telah dapat melepaskan diri dari sifat penyam¬paian berita semata-mata itu, maka terbukalah kemungkinan yang lebih luas. Kritik sosial atau rencana-rencana umum misalnya sudah mula mendapat tempat dalam bentuk kreatif iaitu dalam bentuk cerpen atau puisi. Dan karya kreatif itu amat jelas menjadi wadah utama untuk menampung segala gagasan tentang kehidupan masyarakat Melayu.

Selepas majalah Pengasuh menyiarkan cerpen Melayu yang terawal, muncul beberapa buah akhbar dan majalah yang lain seperti Majalah Guru, Panduan Guru, Masa, Dunia Melayu, Penyuluh, Malaya, Jasa, Suara Melayu, AI-Ikhwan, Lem¬baran Guru, Cahaya Bintang dan Al-Raja. Dalam tahun 1930-an terbit lagi lima buah yang berperanan penting di dalam perkem¬bangan cerpen Melayu masa itu iaitu Warta Ahad, Majlis, Warta Jenaka, Warta Malaya dan Kehidupan Dunia Akhirat. Kemudian dalam tahun 1940-41 terdapat Utusan Zaman, Lembaga Malaya, AI-Hikmah, Mastika, Sahabat dan beberapa buah lagi yang lain.

Hasil karya penulis tempatan pada awalnya tidak mendapat tempat di akhbar mahu pun di kalangan audiennya. Perkara ini berlaku disebabkan tumpuan terhadap memperkenalkan sastera asing iaitu melalui terjemahan atau saduran. Kecenderungan menyiarkan cerita-cerita terjemahan adalah kerana lebih mementingkan cerita-cerita yang dapat memberikan pengajaran, tauladan dan panduan hidup bagi masyarakat Melayu. Karya-karya terjemahan ini melahirkan pengaruh dalam penghasilan kesusasteraan Melayu bukan saja memberi pengaruh kepada karya-karya Melayu yang mengambil latar belakang daerah luaran tetapi para penulis Melayu khususnya dengan secara tidak langsung dapat mengenali corak isi dan teknik penulisan dari hasil¬ sastera asing itu. Walaupun karya yang benar-benar memaparkan latar tempatan kemudiannya muncul di dalam Majalah Guru yang mula menyiarkan cerpen dalam tahun 1925 tetapi kecen¬derungan melukiskan kejadian yang berlatarkan daerah luaran itu tetap berlarutan di dalam penulisan cerpen malah sampai tahun 1941.

Zaman jni memperlihatkan kemunculan tokoh-tokoh sastera dalam bidang penulisan cerpen. Golongan penulis dari kalangan wartawan muncul dalam jumlah yang agak besar. Apa yang jelas ialah golongan sasterawan sebelum perang lahir di kalangan wartawan. Ini wajar kerana wartawan selain dari mempunyai kebolehan dan kemampuan menulis mereka juga adalah pelopor 'on the spot' dalam sesuatu peristiwa. Ini memberikan mereka banyak bahan. Di samping itu wartawan merupakan satu-satunya golongan yang berani membuat kritikan, teguran mahupun menyalurkan pendapat-pendapat baru kepada masyarakat dalam zamannya.

Sclain daripada itu tidak kurang pula di kalangan para penulis itu datangnya dari golongan guru-guru Melayu. Mereka mencuba bakat masing-masing dalam penulisan kreatif dan berjaya. Dalam sejarah penulisan cerpen, Hashim Awang telah membuat kesimpulan bahawa di dalam peringkat awal tahun-tahun dua puluhan, penulis cerpen sudah pun dirintis oleh penulis¬ seperti Nor bin Ibrahim dan Ismail Sulaiman, dan kemudiannya diikuti oleh Muhammad Yusuf Ahmad (Jentayu). awal tahun-tahun tiga puluhan pula kita menemui penuli-penulis berbakat seperti Yusuf Adil, Harun Muhammad Amin. Muhammad Yasin bin Makmur dan Abu Bakar Ali; sementara Abdul Rahim Kajai, lshak Haji Muhammad, Shamsuddin Salleh. Abdullah Sidek dan Muhammad Yusuf bin Arshad menulis cerpen di dalam peringkat pertengahan tahun-tahun tiga ¬puluhan dan 1940-1941. Di samping itu terdapat juga beberapa orang penulis yang amat gemar membawakan cerita-cerita yang bersiri-siri seperti Zaaba Ahmad, S.M. Idrus, Abdullah Yahaya. Muhammad Salehuddin, Abdul Samad Kelang, Ruslani dan Abdul Khalik M.B. Kuala Lumpur dan beberapa orang lagi.

Melihat pertumbuhan serta perkembangan cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, yang menyentuh tarikh awai penyiaran cerpen, akhbar dan majalah yang menjadi media utamanya, tujuan cerpen-cerpen dihasilkan, para penulis yang terlibat, sambutan masyarakat pembaca dan sebagainya, adalah lebih bererti kerana ia menjadi dasar kepada perkembangan cer¬pen-cerpen Melayu yang berlaku pada hari ini. Bahawa rahun 1920 telah menjanjikan suatu perkembangan yang menggembirakan dalam lapangan kesusasteraan Melayu khususnya dalam bidang penulisan cerpen. Kita telah melihat cerpen sebagai hasil kesusasteraan yang memenuhi kehendak, daya rasa dan dasar-dasar pemikiran golongan masyarakat Melayu pada zaman sebelum perang itu. Ia mengajak kita memahami corak dan kemahuan masyarakat pada ketika itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena