Muzikal Kampung Baru


MUZIKAL KAMPUNG BARU
(Hatta Azad Khan)

PEMIKIRAN
Pemikiran yang terdapat dalam drama Muzikal Kampung Baru karya Hatta Azad Khan ialah bertemakan isu kemasyarakatan. Isu pembangunan Kampung Baru ini telah menimbulkan polimik antara generasi muda dengan penduduk asal yang mengamalkan cara hidup secara konvensional. Gulam Russel dan rakan-rakannya telah membuat pelan dan perancangan membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh, lengkap dengan infrastruktur, latihan kemahiran penduduk serta agihan hartanah selepas dibangunkan. Apabila mereka mengemukakan cadangan tersebut, penduduk Kampung Baru, mereka mendapat reaksi pelbagai, yang bersetuju dan menentang perancangan mereka.

Cadangan pembaharuan yang dilakukan terhadap Kampung Baru oleh Gulam Russel telah mencetuskan konflik dan krisis dalam kalangan penduduk kampung, terutamanya Haji Palawan, Jalas, Nesan, dan Raja Molek.Akhirnya, Gulam Russel berjaya meyakinkan penduduk Kampung Baru untuk menerima pembaharuan yang mendatangkan kesan yang positif terhadap kehidupan mereka.

PERSOALAN
Persoalan keikhlasan hati
Gulam Russel dan rakan-rakannya ikhlas yang merancang satu projek pembangunan dan ingin menolong penduduk Kampung Baru dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka tanpa mengharapkan balasan .

Persoalan menghormati golongan tua
Haji Pahlawan seorang yang panas baran dan sukar dibawa berunding namun begitu Gulam Russel dan Joshua Ong begitu menghormati Haji Pahlawan walau hakikatnya apa yang diperkatakan oleh Haji Pahlawan banyak salah daripada benar tetapi mereka masih menghormati Haji Palawan.

Persoalan cinta akan tanah air ,
Semangat cinta akan tanah air ini jelas terpancar daripada watak Joshua Ong. Walaupun berjaya di luar Negara tetapi bangga menjadi rakyat Malaysia. Walaupun berketurunan China Joshua Ong begitu fasih berbahasa Melayu dan tidak pandai menggunakan bahasa China

Persoalan pengabaian kebersihan
Kampung baru digambarkan tempat membiaknya komuniti tikus yang semakin sihat, segar dan semakin besar. Masalah longkang atas tanah dan bawah tanah, melekat dan tersumbat memudahkan berlaku banjir kilat dengan air hitam pekat dengan bau yang meloyakan tekak

Persoalan berfikiran positif dalam mencapai sesuatu matlama
Gulam Russel dan rakan-rakannya berfikiran positif dalam merancang untuk membangunkan Kampung Baru demi memajukan negara

Persoalan manusia hipokrit dan mementingkan diri
Nesan dan Jalad cuba mengaburi penduduk kampung dengan pertolongan yang diberikan. Segala pertolongan sebenarnya berhasratuntuk menipu penduduk kampung dan menentang pembangunan yang ingin dilakukan oleh Gulam Russel dan rakan-rakannya

Persoalan jurang pemikiran antara golongan tua dengan muda
Haji Palawan yang mewakili golongan tua yang tidak mahu menerima pandangan dan cadangan golongan muda yang berilmu pengetahuan seperti Gulam Russel yang mahu memajukan Kampung Baru. Haji palawan lebih selesa untuk mempertahankan cara hidup yang bersifat konvensional berbanding dengan golongan muda seperti Gulam Russel yang lebih mementingkan budaya hidup yang selesa.

Persoalan asimilasi budaya hidup bermasyarakat/ perpaduan masyarakat.
Sikap keterbukaan keluarga Gulam Russel yang merupakan anak kacukan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berkahwin pula dengan Ratnasari yang berketurunan Cina dan India menjadikan Gulam Russel seorang yang memahami dan menghormati budaya kaum-kaum lain. Penduduk Kampung Baru menerima baik kehadiran warga Indonesia seperti Sulastri dan Pak Gito dan mampu berkomunikasi dengan baik dengan mereka.

Persoalan perkahwinan campur
Gulam Russel merupakan anak darah kacukan pelbagai keturunan. Neneknya Melayu dan datuknya Pakistan. Ibunya berkahwin dengan lelaki Inggeris, dan dia pula berkahwin dengan gadis keturunan campuran China dan India bernama Ratnasari

Persoalan kemajuan ICT
Kampung Baru yang bakal dibangunkan akan dilengkapi dengan kemajuan ICT.

Persoalan masalah sosial
Haji Palawan menyatakan bahawa masalah sosial seperti penagihan dadah, rokok dan arak, serta pencuri dan penipu harus dihindar oleh masyarakat.

PLOT

Plot dalam drama ini disusun secara kronologi.

Permulaan
Permulaan dalam drama ini bermula dengan nyanyian yang berkisar tentang suasana Kampung Baru oleh watak-watak yang terlibat dalam drama. Klip video berkaitan dengan pemandangan yang menjijikkan di sekitar Kampung Baru yang diambil oleh Rosemera telah berjaya menarik perhatian penduduk Kampung Baru. Rakaman video tersebut telah mencetuskan kemarahan beberapa penduduk kampung terutamanya Jalad dan Nesan kerana tidak berpuas hati dengan paparan tersebut. Gulam Russel dan isterinya Ratnasari cuba menerangkan dan mempertahankan tindakan Rosemera itu. Keadaan kembali reda apabila Cik Pa muncul dan menenangkan keadaan.

Perkembangan
Perkembangan dalam drama ini apabila Gulam Russel menerangkan tujuan kedatangannya ke Kampung Baru adalah untuk memajukan Kampung Baru. Tujuan murni Gulam Russel dan rakan-rakannya telah mendapat tentangan hebat daripada Haji Palawan, warga emas merupakan anak jati Kampung Baru. Haji Palawan mahu mengekalkan cara hidup yang konvensional dan menentang pembaharuan yang cuba dibawa oleh Gulam Russel dan rakan-rakan. Haji Palawan mempersoalkan keturunan Gulam Russel sebagai bangsa Melayu yang mahu membangunkan Kampung Baru.

Puncak/ Klimaks
Klimaks dalam drama ini ialah Jalad dan Nesan menghasut orang kampung untuk menentang usaha Gulam Russel dan rakan-rakan. Raja Molek telah termakan hasutan Jalad dan Nesan dengan meletakan beberapa syarat terlebih dahulu untuk menerima cadangan Gulam Russel dan rakan-rakan. Hal ini telah menyukarkan usaha Gulam Russel dan rakan-rakan untuk memajukan Kampung Baru. Seterusnya, konflik juga berlaku antara Haji Palawan dan Gulam Russel. Haji Palawan tetap dengan pendiriannya yang mahu hidup dengan cara yang lama. Haji Palawan turut mempertikaikan keturunan Gulam Russel.

Hasil hasutan daripada Jalad dan Nesan,menyebabkan Ratnasari dan Rosemera gagal mendapatkan persetujuan Raja Molek untuk membiayai pembangunan yang akan dijalankan di Kampung Baru. Sebaliknya, Raja Molek meminta mereka membayar wang pampasan seratus juta kepadanya, serta menabalkannya menjadi raja di Malaysia kerana Raja Molek mengakui asal usul keturunannya berdarah raja.

Penurunan
Penurunan dalam drama ini apabila kehadiran Haji Palawan dalam keadaan yang marah dan tidak berpuas hati terhadap pemimpin negara seperti Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman yang selama ini mengabaikan tanggungjawab untuk memajukan Kampung Baru ke rumah Gulam Russel telah memberikan peluang kepada Ratnasari untuk menceritakan semula sejarah pembinaan negara. Gulam Russel pula mengambil peluang tersebut untuk menerangkan rancangan memajukan Kampung Baru itu yang akan dibiayai oleh pemodal tempatan.

Peleraian
Peleraian dalam drama ini ialah pembentangan pelan perancangan memajukan Kampung Baru secara multimedia telah berjaya menarik minat penduduk Kampung Baru untuk menerima cadangan Gulam Russel dan kumpulannya. Raja Molek meminta Gulam Russel menceritakan bagaimana idea perancangan Kampung Baru itu diperoleh dan akhirnya mereka sebulat suara bersetuju untuk menerima cadangan tersebut


WATAK DAN PERWATAKAN

Haji Palawan
Berusia 69 tahun
Haji Palawan merupakan penduduk asal Kampung Baru .

Seorang yang sukar dibawa berunding
Haji Palawan tidak mahukan perubahan yang mahu dibawakan oleh Gulam Russel dan kawan-kawannya.
Haji Palawan menuduh Gulam Russel tidak layak menjadi orang Melayu kerana mempunyai darah campuran. Mahan orang Melayu sahaja yang beragama Islam .

Seorang yang degil dan tetap pendirian
Haji Palawan tidak mahu Kampung Baru berubah. Malah telah memberi amaran tidak ada sesiapa yang boleh sesuka hati mengatur hidupnya dan tidak akan berpindah dari Kampung Baru .

Seorang yang pemarah
Perwatakan panas baran ini terbukti apabila beliau marah terhadap pemimpin yang berjanji ingin membuat perubahan terhadap Kampung Baru

Mak Renong
Seorang janda
Berusia lewat 60-an
Seorang yang berpelajaran

Seorang yang berfikiran terbuka ,
Mak Renong menyokong pembaharuan yang dibawa oleh Gulam Russel dan rakan-rakannya untuk membangunkan Kampung Baru . Malahan sanggup kerahkan anak cucunya untuk turut sama membangunkan Kampung Baru .

Ratnasari
Berketurunan Cina dan India ( Cindia )
Isteri kepada Gulam Russel
Lulusan Jabatan Sejarah , Universiti Malaya dan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjan di School of African and Oriental Studies (SOAS) , Universiti London .
Pakar dalam sejarah Tanah Melayu sebelum merdeka dan Sejarah Asia Tenggara .

Gulam Russel
Anak kacukan pelbagai keturunan
Neneknya Melayu dan datuknya Pakistan
Ibunya berkahwin dengan orang Inggeris dan dia pula berkahwin dengan gadis keturunan campuran Cina India
Graduan Pengurusan Perniagaan dan Undang-undanag dari Univerisiti di United Kingdom

Seorang yang penyayang
Gulam Russel menenangkan sikap panas baran Jalad yang cuba untuk memecahkan kamera Rosmera iaitu adik Gulam Russel keran telah merakamkan rumah-rumah buruk dan longkang tersumbat di Kampung Baru

Seorang yang menjaga adat ketimuran ,
Walaupun Gulam Russel ialah seorang yang berketurunan darah caampuran dan belajar di luar negara nilai-nilai ketimuran tetap utuh dalam dirinya. Gulam Russel bersamalaman sewaktu berjumpa dengan Cik

Seorang yang menghormati orang tua ,
Gulam Russel secara bijaksana Haji Palawan untuk menerima pembaharuan terhadap Kampung Baru .

Seorang yang ikhlas ,
Gulam Russel bekerja secara sukarela di Kampung Baru tanpa mengharapkan keuntungan. Beliau hanya mahu membantu penduduk Kampung Baru.

Seorang yang berpandangan jauh ,
Gulam Russel merancang projek untuk menaik taraf Kampung Baru yang dikatakan terlalu kotor dan buruk . Malahan projek ini melibatkan semua Penduduk Kampung Baru dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat .


Nathan
Abang kepada Ratnasari
Lulusan Kejuruteraan Awam dari sebuah univerisiti tempatan

Rosemera
Adik perempuan Gulam Russel
Berkawan rapat dengan Nathan
Pakar multimedia dan bekerja sebagai penerbit berita dan hal ehwal semsa di sebuah stesen televisyen

Nesan dan Jalad
Dua orang pemuda yang sentiasa ligat dan mengambil kesempatan atas apa-apa sahaja peluang yang boleh menghasilkan keuntungan

Seorang yang panas baran ,
Ketika Rosemera merakamkan gambar Kampung Baru yang buruk dan memarahi Ratnasari yang ingin menceritakan perihal Kampung Baru kepada orang lain

Mempunyai tanggapan buruk terhadap orang lain ,
Nesan mempunyai tanggapan buruk terhadap kebolehan orang lain sehinggakan tiada seorang pun penduduk Kampung Baru yang berpelajaran tinggi yang dapat membantu meringankan beban penduduk kampung . Sedangkan Gulam Russel dan rakan-rakannya anak jati Kampung Baru merupakan orang yang berpelajaran tinggi sehingga ke luar negara .

Seorang yang pentingkan diri ,
Mereka sanggup melakukan kerja halal dan haram asalkan mereka mendapat keuntungan. Walaupun mereka membantu penduduk Kampung Baru namun hakikatnya mereka mengambil kesempatan terhadap pertolongan yang mereka berikan .

Cik Pa
Seorang bujang terlajak
Suka membawa gaya 60-an. Setia kepada skuter Vespa lama warisan daripada arwah datuknya

Rumahnya dijadikan sebagai pusat dan ibu pejabat sekumpulan pemilik skuter lama yang melantiknya sebagai ketua

Mereka memanggilnya Cik Vespa tetapi gelaran itu akhirnya diringkaskan menjadi Cik Pa

Penduduk Kampung Baru memanggilnya Mat Vespa , tetapi anak-anak muda yang meminatinya memanggilnya Abang Pa

Tulus
Kawan sekolah Gulam Russel sejak kecil
Anak jati Kampung Baru
Lulusan Sarjana Muda Pelancongan dari New Zealand
Joshua Ong
Seorang arkitek yang meminati bangunan Warisan Nusantara
Kawan baik Gulam Russel dan Ratnasari

Yam Marman
Peniaga warung nasi lemak ' WORLD CLASS '
Janda manis lewat 30-an yang diminati ramai lelaki termasuklah Cik Pa
Banyak dibantu oleh Pak Gito dan Sulastri

Pak Gito
Lelaki Indonesia lewat 40-an yang dibesarkan di Kampung Baru
Pekerja warung milik Yam Maryam \
Seorang yang pendiam

Sulastri
Pekerja di Indonesia bekerja di warung Yam Maryam
Anak gadis yang gemar menari dan menyanyi


Raja Molek
Penduduk asal Kampung Baru
Berusia 60-an , orang kaya ternama tetapi kurang pintar dalam banyak perkara
Seorang yang mementingkan kedudukan ,
Hal ini jelas apabila beliau meminta wang dengan banyak jika mahu perubahan dilakukan ke atas Kampung Baru dan beliau akan terus berpindah dari situ



LATAR

Latar Tempat
Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa . Antara latar tempat dalam drama Muzikal Kampung Baru ialah :

Kampung Baru :
Rosemera telah menunjukkan keadaan Kampungb Baru yang mundur dan tidak membangun walaupun berada ditengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur .

Luar kediaman Raja Molek :
Perbezaan pendapat mengenai pembangunan Kampung Baru antara Hj Pahlawan, Gulam Russel, Jalad, Nesan, Ratnasari

Warung Yam Maryam :
Mak Renong memarahi Jalad dan diperhatikan oleh Yam Maryam , Pak Gito dan Sulastri .

Rumah Raja Molek :
Jalad telah membawa Tulus , Joshua Ong , Ratnasari , dan Rosemera yang akan membincangkan mengenai rancangan terhadap Kampungb Baru .

Halaman rumah Gulam Russel :
Tempat yang dijadikan Ibu pejabat Perbadanan Kampung Baru yang yang telah didatangi Haji Pahlawan disambut oleh Gulam Russel , Ratnasari , Tulus , Joshua Ong dan Nathan .

Ruang tamu rumah warisan Gulam Russel :
Gulam Russel dan kawn-kawannya membuat lagi satu persembahan multimedia , lengkap dengan lakaran dan gambar-gambar yang terpancar pada skrin pentas .

Latar Masa

Berlaku pada tahun 2007 .

Latar Masyarakat

Masyarakat yang berpendidikan
Golongan berpendidikan ini terdiri daripada watak Gulam Russel , Ratnasari , Tulus , Joshua Ong , dan Nathan

Masyarakat yang mementingkan diri sendiri
Terdapat segelintir masyarakat penduduk Kampung Baru yang berdarah campuran contohnya Gulam Russel mempunyai darah campuran Pakistan dan Inggeris .

Masyarakat yang memahami adat resam dan budaya orang lain
Contohnya Joshua Ong amat memahami dan berpengetahuan mengenai adat resam orang Melayu walaupun berketurunan Cina . Namun begitu adat resam orang Melayu sebati dalam hidupnya .

Masyarakat yang inginkan pembangunan dan perubahan .
Gulam Russel dan Mak Renong yang mahu melihat pembangunan Kampung Baru.

Masyarakat yang masih berpegang kepada nilai ketimuran.
Haji Palawan mempertahankan nilai tradisi dan adat-adatnya lebih penting daripada pembangunan/ kemodenan.

Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Sikap Jalad dan Nesan yang gemar mengambil kesempatan dan mementingkan kepentingan peribadi daripada menjaga kebajikan penduduk Kampung Baru.

Masyarakat kampung yang melakukan aktiviti perniagaan.
Yam Mariam seorang peniaga nasi lemak dan dibantu oleh Pak Gito dan Sulastri.

Masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpelajaran tinggi.
Gulam Russel mempunyai kelulusan dalam bidang pengurusan perniagaan dan undang-undang dari universiti di United Kingdom.


GAYA BAHASA

Simile
Jalad: bukan nak cakap besarlah ! Semua tu kami yang tolong . Kedai nasi lemak world class Kak Yan ni pun tak akan hidup kalau kami tak bekalkan pekerja-pekerja luar macam Pak Cik Gito dan Sulastri !

Personifikasi
Kamera tak pernah berbohong

Hiperbola
Mak Renong : Nak sihat , nak senag saja . Makan minum jangan berlebihan , jangan makan makanan sejuk walaupun dipanaskan semula , makan banyak buah dan ulam , minum air suam , bukan air setan , tubuh badan mesti sihat .

Inversi
Nesan : baik-baik cakap Pak Aji , dan jangan menghina nama saya !


Sarkasme
Haji Palawan : Nesan ! Namanya Nesan ! Macam tak percayakan ? Nesan biasanya kaku dan tegak di tanah kubur ! Tapi Nesan ini melalak dan bergerak di serata Kampung Baru mencari mangsa ! .

Sinkof
Gulam Russel : saya bukan nak serahkan kampung ni pada orang lain ! Saya cuma nak majukan kampung ni . Tetapi sebelum tu , saya ada satu pengumuman : nama Kampung Baru akan bertukar menjadi Kampung Buruk ! Sebabnya dah tak ada yang baru di sini , semuanya buruk , lapuk , busuk , berhabuk , berkarat , berkulat , berkulat berulat !

Diksi
Kata-kata yang tepat digunakan pada tempat atau situasi yang sesuai . Pemilihan diksi yang tepat akan dapat memberi makna yang tepat dan berkesan untuk menyampaikan mesej pengarang dalam karyanya . Istilah-istilah bahasa inggeris banyak digunakan dalam drama ini

Ratnasari : excuse me ! Suami saya Gulam Russel dan kawan baiknya sejak kecil ni , Tudis namanya ialah anak kelahiran Kampung Bru ! Saya tahu mereka berdua ni lebih pandai daripada apa yang ...nama you siapa ?

Pengulangan
Nesan : cakaplah ! Cakap pasal pembangunan , pasal peningkatan ...ini orangnya yang serba tahu tentang kemajuan dan pembangunan . Kemajuan dan pembangunan ialah duit , duit dan duit ! Tak ada duit , jangan cerita panjang . Cakap pasal meningkatkan ekonomi ni dah basi sebenarnya ! Cakap di mulut atau kertas memang sedaplah !Tapi cakap saja...habuk pun tadak ! kami yang tolong tambah rezeki untuk dia orang !

Bahasa asing
Bahasa Inggeris: showroom, packaging (ms 208), loading bay (ms 209), diva, superstar
Spy! That’s interesting! (ms 163)

Hiperbola
Banjir kilat dengan air hitam pekat dengan bau yang meloyakan tekak

Dialek
Tok sah cari alasan (ms 211) [Dialek Kedah/jangan mencari alasan]
Pakai kot tengahari buta [Dialek utara/Memakai baju kot pada waktu tengah hari]
Perabis beras [ms 212]

NILAI

Nilai kerjasama
Gulam Russel , Joshua Ong dan Tulus berganding tenaga dan buah fikiran untuk memajukan Kampung Baru.

Prihatin
Gulam Russel, Ratnasari, Rosemera, Tulus dan Joshua Ong amat prihatin terhadap nasib penduduk Kampung Baru yang jauh ketinggalan daripada kepesatan pembangunan Kuala Lumpur dan telah menyediakan cadangan pelan perancangan untuk memajukan kampung tersebut.

Bersatu padu
Penduduk Kampung Baru yang tidak bersatu padu dalam melakukan usaha untuk memajukan Kampung Baru sebaliknya hidup berkelompok dan mementingkan diri sendiri

Kejujuran
Jalad dan Nesan tidak bersikap jujur dalam membuat perubahan untuk memajukan Kampung Baru sebaliknya mementingkan keuntungan peribadi terhadap setiap usaha yang telah dilakukan.

Berfikiran terbuka
Haji Palawan dan Raja Molek yang berfikiran sempit dalam menerima cadangan Gulam Russel sebaliknya mempersoalkan asal usul Gulam Russel yang merupakan anak kacukan daripada pelbagai bangsa.

SUDUT PANDANGAN
Drama ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Penulis sebagai pencerita dapat mengetahui segala perkembangan watak-watak secara zahir dan batin.
Contohnya: Ungkapan sudut pandangan orang ketiga adalah seperti berikut:

Semua terdiam dan memandang GULAM RUSSEL dengan pandangan marah dan geram. Suasana tegang dan senyap seketika. GULAM RUSSEL selamba. Tiba-tiba MAK RENONG bersuara. 


PENGAJARAN

Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara
Gulam Russel dan rakan-rakanya ikhlas untuk membangunkan Kampung Baru tanpa mengharapkan keuntungan semat-mata, sebaliknya ingin membantu penduduk Kampung Baru .
Kita hendaklah gigi berusaha untuk berjaya
Contohnya Gulam Russel gigih berusaha dengan membuat kajian untuk meyakinkan penduduk Kampung Baru menyokong projek pembangunan yang ingin dilakukan .

Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua ,
Contonhya Joshua Ong telah memberi hadiah kepada Haji Pahlawan tetapi tidak diterima. Joshua Ong menghormati pendirian Haji Pahlawan dan mengalah .

Kita hendaklah jujur dan amanah
Contohnya Gulam Russel yang sanggup melakukan apa sahaja untuk membangunkan Kampung Baru walaupun mendapat tentangan daripada Jalad dan Nesan.

Kita haruslah berfikiran terbuka
Gulam Russel seorang lelaki kacukan pelbagai keturunan iaitu Melayu, Pakistan dan Inggeris dapat membuahkan pelbagai idea demi memajukan Kampung Baru.

Kita hendaklah bersikap prihatin terhadap nasib mayarakat.
Gulam Russel, Ratnasari, Rosemera, Tulus dan Joshua Ong amat prihatin terhadap nasib penduduk Kampung Baru yang jauh ketinggalan daripada kepesatan pembangunan Kuala Lumpur dan telah menyediakan cadangan pelan perancangan untuk memajukan kampung tersebut.

Kita janganlah bersikap menyembunyikan kebenaran
Nesan tidak berpuas hati apabila Rosemera merakam video yang mengandungi rakaman rumah-rumah buruk, jamban gali, longkang tersumbat, tikus, lipas, lalat, anjing dan kucing di persekitaran Kampung Baru.

Kita hendaklah hidup bersatu padu dan saling bekerjasama
Penduduk Kampung Baru sebulat suara menerima pembangunan yang bakal dilakukan di Kampung Baru melalui pembentangan pelan pembangunan Kampung Baru.

Comments