Sinopsis Muzikal Kampung Baru


MUZIKAL KAMPUNG BARU
(Hatta Azad Khan)


Babak I

Masyarakat di Kampung Baru meraikan perayaan perletakan batu asas pembangunan kampung Baru. Selaras dengan pembangunan yang dikecapi negara, kampung Baru perlu dibangunkan dan di modenkan.Ini kerana kini masyarakat kampung Baru dalam keadaan sukar. Kampung baru juga dalam keadaan kotor. Ada impian agar pembangunan kampung Baru akan menjadikan kampung Baru dan masyarakatnya lebih maju. Rosemera, Gulam Russel dan Ratnasari membangkitkan permasalahan kampung baru dan masyarakatnya yang indah khabar dari rupa, membangun tapi masih banyak kekurangan. Neesa dan Jalad cuba menghalang dengan menyatakan kampung Baru dalam keadaan baik, tidak perlu pembangunan.

Babak II

Neesa, Jalad dan pengikutnya terus membangitkan perihal ada orang luar yang cuba merosakkan keharmonian kampung Baru dengan membawa pelbagai janji. Mereka menyatakan mereka telah berusaha membawa kemajuan dengan pelbagai aktiviti seperti kedai makan, cuci kereta dan memberi sewa tanah pada orang luar. Duit adalah segalanya bagi kampung Baru dan masyarakatnya. Namun Gulam Russel mengajak orang Melayu kampung Baru berubah menjadi maju dalam pelbagai bidang. Gulam Russel juga menjelaskan asal usulnya tidak penting tetapi niatnya tetap nak memajukan kampung baru. Hal ini disokong oleh Mak Renong yang mahu melihat pembangunan Kampung Baru. Tetapi bagi Haji Pahlawan, mempertahankan nilai tradisi dan adat-adatnya adalah sangat penting daripada pembangunan yang nyata akan mengubah segalanya. Tanah pusaka juga perlu dipertahankan hingga hujung nyawa.


Babak III

Di warung Yam Marman, Mak Renong memarahi Jalad kerana sering menjalankan perniagaan dengan tipu muslihat. Jalad melepaskan geramnya kepada Tulus, Ratnasari dan Rosemera dan berselisih pendapat mengenai usaha memenuhi keperluan pelancong yang berkunjung ke Kampung Baru dalam mengubah imej kampung berkenaan. Jalad meminta Tulus, Ratnasari dan Rosemera berjumpa dengan Raja Molek mengenai cadangan rancangan untuk memajukan Kampung Baru. Raja Molek, seorang yang berpengaruh di kampung itu dan juga waris kerabat Kampung Baru yang asal, bagi mengusulkan cadangan mereka untuk memajukan kampung berkenaan.

Nesan terlebih dahulu berjumpa dengan Raja Molek untuk memaklumkan mengenai cadangan Gulam Russel dan kumpulan untuk memajukan Kampung Baru. Raja Molek meletakkan syarat untuk menerima cadangan itu iaitu sanggup berpindah jika diberikan pampasan RM100 juta ataupun menabalkannya sebagai seorang raja.

Babak IV

Mak Renong, Sulastri dan Yam Marman menyanyikan lagu untuk mengingatkan penduduk Kampung Baru agar jangan mudah terpengaruh dengan percakapan orang yang baru dikenali. Di halaman warung Yam Marman, Gulam Russel dan kawan-kawannya, Joshua Ong dan Ratnasari, menayangkan pelan struktur dan pelbagai gambaran impresi artis mengenai cadangan pembangunan Kampung Baru menerusi skrin. Mereka mahu menjadikan Kampung Baru sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia yang dilengkapi dengan kemudahan seperti hotel, pusat makanan, permainan tradisi, perubatan berasaskan herba, pusat pakaian dan kemudahan pengangkutan yang kesemuanya mempunyai ciri-ciri budaya dan warisan budaya Melayu. Cik Pa dan kumpulan anak-anak muda peminat Cik Pa menyanyikan lagu “Maju Bersatu” yang menyarankan agar Melayu mesti maju, bersatu, berilmu dan menjadi penentu. Haji Palawan turut menyanyi menyetujui cadangan itu.


Babak V

Haji Palawan berkunjung ke rumah Gulam Russel yang dijadikan ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Kampung Baru. Beliau menyatakan rasa kurang senangnya terhadap pemimpin yang mempunyai kelas minda kelas ketiga. Cik Pa turut menyertai perbincangan bersama Mak Renong, Yam Marman dan Sulastri. Mereka turut menyatakan pendapat masing-masing menerusi nyanyian lagu “Hantu.” Gulam Russel menerangankan rancangan memajukan Kampung Baru yang bakal mendapatkan bantuan pakar luar negara, namun akan dibiayai oleh oleh penduduk kampung itu sendiri. Penduduk akan berfungsi sebagai pemodal dan mereka tidak akan memberikan peluang kepada pelabur asing. Joshua Ong yang baru pulang dari Indonesia dan Raja Molek turut serta dalam perbincangan itu. Joshua menghadiahi Haji Palawan, Raja Molek dan Pak Gito, kain pelekat. Haji Palawan tidak mahu menerima hadiah itu kerana berpandangan negatif terhadap orang bukan Islam. Raja Molek pula melakukan akad jual beli untuk meyakinkan Haji Palawan menerima kain pelekat itu.

Babak VI

Gulam Russel dan kawan-kawannya – Rosemera, Ratnasari, Nathan, Joshua Ong dan Tulus – membuat persembahan multimedia tentang cadangan projek pembangunan Kampung Baru di ruang tamu rumah Warisan Gulam Russel. Cadangan projek itu disindir dan ditentang oleh Nesan dan Jalad. Mak Renong dan Haji Palawan memberikan pendapat yang positif terhadap cadangan projek itu. Haji Palawan menyindir Nesan dan Jalad yang bercakap tentang maruah bangsa tetapi mereka sendiri yang tidak mahu perubahan kampung itu. Malah, mereka berdua mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan diri sendiri dengan membawa masuk pekerja asing ke Kampung Baru.


Babak VII

Di warung Yam Maryam, Haji Palawan mengamuk dengan menolak dan menerajang kerusi. Haji Palawan marah kerana pemimpin yang diundinya tidak membela penduduk. Haji Palawan teringatkan kata-kata Dato’ Onn yang berjuang untuk rakyat. Ratnasari, Cik Pa dan Gulam Russel mententeramkan Haji Palawan. Haji Palawan terus mempersoalkan peranan pemimpin
sekarang yang tidak membuat apa-apa untuk Kampung Baru.

Raja Molek diikuti Nesan dan Jalad, meminta Gulam Russel meneruskan cerita tentang Kampung Baru. Gulam Russel menjelaskan idea cadangan projek pembangunan Kampung Baru timbul daripada usaha arwah ayahnya yang menubuhkan satu akaun amanah untuk dirinya dan adiknya. Wang itu digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Kemajuan Kampung Baru (PKKB). Perbadanan itu dijalankan secara sukarela untuk memajukan kampung itu menjadi sebuah kampung Melayu bertaraf dunia (world class) yang boleh dikunjungi pelawat serata dunia. Raja Molek bersetuju dengan idea itu walaupun tidak dipersetujui oleh Nesan dan Jalad. Orang ramai di warung itu turut menyetujuinya.

Comments