4 Jan 2013

Sajak Anak Pulau


SAJAK ANAK PULAU
(A. AZIZ DERAMAN)

MAKSUD

Rangkap 1
Anak pulau atau nelayan yang cekal dan tabah meredah laut untuk mencari rezeki. Walaupun penuh cabaran dan bahaya serta tiada jaminan keselamatan dan hasil harus diharungi juga demi sesuap nasi.

Rangkap 2
Sebelum musim tengkujuh, sang ayah nelayan mencari rezeki di laut namun taidak pernah mendapat hasil yang mencukupi. Oleh itu kehidupan masih susah dan belum pernah merasa kesenangan.

Rangkap 3
Sejak merdeka masih mengharungi hidup mencari rezeki dan menginginkan perubahan namun tiada keampuan.

MAKSUD KESELURUHAN

Golongan nelayan yang terpaksa berjuang mencari rezeki di laut meski terpaksa berdepan dengan cabaran dan bahaya. Kehidupan mereka juga tidak pernah senang walaupun berkeinginan untuk hidup lebih baik namun tiada kemampuan.

TEMA

Cabaran dan keperitan hidup masyarakat nelayan.
Mereka terpaksa mencari rezeki walaupun diancam bahaya dan belum mampu mencapai kesenangan walaupun sudah merdeka.
Contohnya anak pulau terjun ke laut
berani dan cekal hati

PERSOALAN

1. Perjuangan dan cabaran hidup nelayan
Contohnya anak pulau terjun ke laut
berani dan cekal hati

2. Nasib nelayan yang tidak terbela
Contohnya mereka sejak merdeka
mengintai angin perubahan

3. Kemiskinan hidup
Contohnya bapa dilambung gelombang
Tidak ketemu erti kehidupan

4. Peranan dan tanggungjawab
Contohnya tenggelam timbul harapan
Tiada siapa menakul badan

BENTUK

1. Berangkap
Contohnya 3 rangkap

2. Bilangan baris dalam rangkap tidak sama
Contohnya rangkap 1 – 6 baris, rangkap 2 – 6 baris, rangkap 3 – 2 baris

3. Jumlah perkataan dalam baris tidak sama
Contohnya 3 hinggga 5 perkataan sebaris

4. Jumlah suku kata dalam baris tidak sama
Contohnya 8 hingga 11 suku kata sebaris

5. Rima akhir dalam baris tidak sama / bebas
Contohnya rangkap 1 abcdef, rangkap 2 abcdef, rangkap 3 ab

6. Kesimpulannya, sajak ini berbentuk bebas

KEINDAHAN BAHASA


1. Diksi yang tepat
Contohnya gelombang,laut

2. Asonansi
Contohnya tiada siapa menakul badan(pengulangan vokal a)

3. Aliterasi
Contohnya mereka sejak kemerdekaan(pengulangan konsonan k)

4. Inversi
Contohnya cekal hati (sepatutnya hati cekal)

5. Metafora
Contohnya angin perubahan

6. Personifikasi
Contohnya dibalut duka berpanjangan

7. Hiperbola
Contohnya dibalut duka berpanjangan

8. Imejan
Contohnya laut, gelombang

NADA

Nada Melankolik
Penyajak sedih dengan keadaan hidup nelayan yang terpaksa menempuh cabaran di laut demi mencari rezeki. Walaupun kemerdekaan sudah dicapai dan mereka cuba memperbaiki taraf hidup namun belum mampu merealisasikannya.

Nadas Sinis
Walaupun sudah merdeka tetapi kehidupan nelayan tetap tidak berubah.

NILAI

Prihatin
Contoh tenggelam timbul harapan
tiada siapa menakul badan

Kegigihan

Contoh kegigihan nelayan untuk mencari rezeki di laut demi keluarga

Kecekalan
Contoh berani dan cekal hati

PENGAJARAN

Kita hendaklah tabah dan cekal menghadapi cabaran hidup jika contohnya berani dan cekal hati

Kita haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup contohnya nelayan tetap
turun ke laut walaupun laut bergelombang untuk mencari rezeki

Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab contohnya tiada siapa menakul badan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena