24 Jan 2013

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013


Kata Pemula
Rupanya jaringan alam bloggers jauh lebih bersimpang siur dari jalan terbentang sebagaimana jalinan lebuh raya. Jalan sepi akan menjadikan blog tak berpenghuni dan tinggal pegun dalam alam senyap maya. Tak terjenguk oleh khabar dan salam


Sedar atau tidak Taun Baru 2013 menjengah tiba. Saya berusaha untuk sama merasa denyut tahun baru ini dengan azam menjadikan  blog saya ini antara yang berpengunjung. Bukan mudah untuk menjadi laman yang dijenguk pengunjung, apa lagi dengan kemahiran dan kepakaran para bloggers yang dapat memancing pengunjung ke laman blog masing-masing. 

Trend perdana alam bloggers adalah keupayaan meningkatkan SEO. Ia menjadi titik penarik mengudang pengunjung. Cabaran Seo 3 Dalam 1 Happy New Year ini juga satu strategi melonjakkan blog untuk berada teratas dan tersohor dalam pemilikan keywords atau  kata kunci, yang menjadikan sesuatu laman  itu begitu mesra di  mata enjin pencari. Semakin ternama dienjin pencari menjadi petanda semakin meriahlah pengunjung ke laman berkaitan.

Alam blogging tak terlepas dari perkongsian, jaringan dan jalinan yang terbaik untuk menjadikan sesebuah blog memiliki pengunjungnya Ia boleh berlaku  melalui penyertaan kontes, membina rangkaian backlink, dan mengukuhkan identiti blog itu sendiri. 

Nota  hujung

Hanya itu yang dapat diungkapkan sebagai admin baru di dunia blogging ini.
Kalau salah tolong betulkan saya. Dapat  saya belajar dari  tegur dan nasihat itu
Terima kasih.




 





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena