sinopsis hikayat indera nata


Sinopsis Hikayat Indera Nata


 1.    Si Batu Kembar menangis meminta tolong kerana kepanasan. Si Batu Kembar, baginda              raja dan Indera Jenaka dan dayang-dayang biti perwara telah mati terbakar.
*Peristiwa-Ketika belayar untuk mengambil buah-buahan dan bunga-bungaan di Pulau Pelanggam Cahaya Si Batu Kembar menculik Tuan Puteri Cenderawati lalu dibuang ke laut.Tuan Puteri Cenderawati telah bertemu dengan Bentara Gangga lalu diberi Gemala Hikmat Kesaktian.


2.    Indera Nata dan Tuan Puteri yang ketujuh sangat gembira kerana Raja dan Si Batu Kembar telah mati.

3.   Tuan Puteri Cenderawati merupakan ibu kepada Indera Nata memberitahu kepada anaknya bahawa Raja Rom yang dibunuh itu merupakan ayahanda beliau.

4.    Indera Nata menyuruh isterinya Tuan Puteri Cendera Kesuma mohon pertolongan tuhan untuk menghidupkan semula ayahandanya. Tuan Puteri Cendera Kesuma menggunakan Batu Hikmat Kesaktian pemberian daripada Betara Gangga serta memohon pertolongan Allah S.W.T, Raja Rom hidup semula lalu terpandang Tuan Puteri Cendera Kesuma(menantunya).Tuan Puteri Cendera Kesuma menceritakan semula peristiwa Si Batu Kembar menyihir Tuan Puteri Cenderawati menjadi orang Utan dan membuangnya ke laut dan bertemu dengan Betara Gangga yang memberikannya Batu Gemala Hikmat. Tuan Puteri Cendera Kesuma juga menceritakan semula peristiwa Indera Nata dan dirinya telah disuruh oleh ayahandanya itu mencari gajah bergandingkan emas.

5.     Raja Rom menginsafi kesilapannya lalu mahu berjumpa Indera Nata.Puteri Cendera Kesuma meminta dayang-dayang memanggil Indera Nata dan kesemua enam puteri (Tuan Puteri Nur Laila,Tuan Puteri Ratna Cahaya, Tuan Puteri Bayang-Bayang, Tuan Cendera Dewi dan Tuan Puteri Indera Dewi).

6.     Raja Rom bertemu Indera Nata, lalu berpeluk dan bertangis-tangisan saling memohon maaf menyatakan rasa insaf atas perbuatannya menganiaya anaknya Indera Nata, lalu bertanyakan tentang isterinya Tuan Puteri Cenderawati.Raja Rom bimbang sekirannya isterinya tidak mahu menerimanya atau memaafkannya, lalu menyuruh Indera Nata menjemput ibunya. Indera Nata menasihati ayahnya supaya pergi sendiri menjemput ibunya kerana mengikut adatnya lebih baik lelaki menjemput perempuan kerana sifat perempuan yang pemalu. Raja Rom mengajak Indera Nata pergi bersama-samanya.

7.     Raja Rom berasa malu ketika bertemu semula dengan isterinya.Tuan Puteri Cenderawati menyindir suaminya, sepatutnya Raja Rom duduk bersama Si batu Kembar ketika itu.Raja Rom mengaku kesilapan dan kebebalannya, lalu memohon maaf berkali-kali. Tuan Puteri memaafkan suaminya dan mengikut suami dan anaknya kembali ke Istana dengan menghelakan Jempana Emas(hal. 42).

8.     Raja Rom terlalu suka lalu member I sedekah emas keapada fakir dan miskin kemudian rakyatnya itu mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Raja Rom.

9.      Kisah Raja Mesir, Raja Iraq, Raja Siam, Raja Keling, dan Raja Peringgi mendapat berita puteri-puteri mera berada di negeri Rom lalu bercadang mengambil semula anak-anak mereka sekiranya gagal mereka bersepakat melancarkan perang.

10.    Raja Mesir menuju ke negeri Rom, bertemu raja-raja lain ditengah lautan. Semasa tiba di Rom mereka dijemput untuk menghadap Raja Rom.Indera Nata berperahu kecil menyambut mereka ditengah lautan. Semua raja tersebut kagum melihat keelokkan rupa parasnya lalu tunduk member hormat.indera Nata memohon maaf dan bersedia menyerahkan dirinya kerana telah merampas anak-anak raja tersebut dari Raksasa.

11.     Perbuatannya itu telah meredakan kemarahan raja-raja tersebut sebaliknya melahirkan rasa kagum melihatkan keelokkan tingkah laku Indera Nata.

12.     Indera Nata membawa isteri-isterinya ke dalam Istana berjumpa dengan ayahanda masing-masindg dan mereka bersuka ria selama tiga hari tiga malam.

13.     Ayahanda Si Batu Kembar yang murka dengan Indera nata yang menyebabkan kematian anaknya datang menyerang Rom. Indera Nata bersedia untuk berperang dan Tuan Puteri Cendera Kesuma memberi Batu Gemala Kesaktian kepada suaminya.Kemudian Indera Nata masuk ke hutan lalu bertemu sebuah gunung yang besar dan tinggi, tempat tinggal raksasa. Peristiwa penting(m/s 48)-Indera Nata mengajak anak-anak raja menggolekkan batu yang ada diatas gunung kebawah supaya raksasa yang tidur terus terjaga dan keluar dari gunung.

14,      Indera Nata bertemu dengan raksasa.Raksasa terlalu suka kerana menyangkakan akan dapat menewaskan Indera Nata. Selepas itu, berlaku pertarungan antara Indera Nata dan raksasa. Raksasa terlalu marah kepada Indera Nata lalu menangkap dan memamahnya tetapi gigi raksasa merasa ngilu sebaliknya Indera Nata tidak tercedera sedikitnya.Raksasa mengeluarkan Indera Nata daripada mulutnya lalu menghempaskannya kepada batu gunung, batu pecah berhamburan, tubuh Indera Nata juga dibaling ke gunung, gunung pula pecah.Indera Nata pengsan dan anak-anak raja semuanya menangis.Apabila Indera Nata tersedar semula beliau menampar pipi raksasa, rakasasa pengsan lalu dirantai oleh Indera Nata.Raksasa berusaha melepasakan diri daripada rantai lalu diberi peringatan oleh inderata Nata bahawa Allah S.W.T lebih memuliakan manusia daripada jin dan Syaitan  (hal. 51).

15      Indera Nata membawa balik raksasa ke istana Rom dan Raksasa mati dibunuh (hal. 53). Indera Nata mahu menyerahkan semula isteri-isterinya kepada ayahanda mereka  masing-masing tetapi puteri dan ayahanda keberatan meninggalkan suaminya. Semua raja membatalkan niat untuk membawa balik puteri-puteri mereka dan memberi nasihat kepada anak-anak puteri sebelum balik ke negeri masing-masing.

Comments