Penggilap Rezeki




PENGGILAP REZEKI
(MOHD HASHIM OSMAN)

MAKSUD

Rangkap 1
Penyajak menggambarkan keadaan seorang kanak-kanak miskin yang menarik perhatian orang ramai di celah-celah kesibukan masyarakat.  Kanak-kanak itu sedang menyandang sebuah peti kecil, namun dia bukanlah seorang pengemis jalanan. Walaupun demikian, dia bersedia memberikan perkhidmatan kepada sesiapa yang memerlukan.  Dia juga bukanlah seorang pencopet / penyeluk saku yang diburu oleh pihak berkuasa, sebaliknya mengharapkan pengertian masyarakat sekeliling.

Rangkap 2
Kanak-kanak itu melaungkan perkhidmatan mencuci sepatu.  Ini menggambarkan bahawa kanak-kanak itu tidak berasa malu untuk mencari rezeki walaupun terpaksa mencuci sepatu dari sepasang kaki ke sepasang kaki.  Kerja tersebut dilakukan dengan penuh kesungguhan demi mendapatkan rezeki bagi menampung perbelanjaan persekolahan serta keperluan seharian.  Si pemilik kasut berasa puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Rangkap 3
Ketika melakukan pekerjaan tersebut, kanak-kanak itu  lebih merasa bimbang dengan keadaan kasut dan harga kasut pelanggannya daripada memikirkan tentang seliparnya sendiri yang telah terkoyak.

Rangkap 4
Kanak-kanak itu tidak terhindar daripada herdikan dan hinaan masyarakat sekeliling, malah semua hinaan itu menguatkan lagi semangatnya untuk meneruskan perjuangan hidup sebelum malam menjelma.

Rangkap 5
Pada waktu-waktu tertentu, kanak-kanak itu menyimpan azam untuk menjadi seorang imigran dengan berhijrah mencari rezeki lebih lumayan di negara jiran.  Di negara lain, kanak-kanak yang sebangsa dan sebaya dengannya tidak pernah mengenali berus penggilap walaupun untuk kasutnya sendiri.

MAKSUD KESELURUHAN

Sajak ini menggambarkan kehidupan kanak-kanak kecil yang terpaksa mencari rezeki dengan menjadi seorang penggilap kasut.  Dalam usahanya mencari rezeki, dia berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan.  Walaupun dihina dan diherdik oleh masyarakat sekeliling, dia tidak pernah patah semangat malah hinaan dan herdikan  itu ibarat simbahan baja yang menguatkan lagi semangat perjuangannya. Upah yang diterima merupakan rezeki untuk menampung keperluan seharian dan menjadi bekalan untuk perbelanjaan persekolahan.  Kanak-kanak tersebut menyimpan hasrat untuk berhijrah ke Negara jiran bagi mendapatkan rezeki lebih lumayan.

TEMA

Perjuangan untuk meneruskan kehidupan.  Seorang kanak-kanak terpaksa berjuang mencari rezeki untuk diri sendiri dengan menggilap kasut. Pelbagai dugaan yang dihadapi dalam usaha meneruskan perjuangan mencari rezeki tidak mematahkan semangatnya. 

PERSOALAN

Persoalan kemiskinan
Contoh :          Sekujur kecil bersalut kemiskinan

Persoalan kegigihan
Contoh :          itulah suara kegigihan

Persoalan cabaran / dugaan dalam kehidupan
Contoh :          herdik perli adalah simbahan baja

Persoalan kesedaran tentang kepentingan pelajaran
Contoh :          menyinar ruang sekolahan hari esok
Persoalan kesedaran / keinginan untuk mengubah nasib 
Contoh :          menabung azam mahu jadi imigran menggali emas di bumi seberang

Persoalan kesenangan hidup kanak-kanak di negara lain
yang anak-anak sebangsa dan sebayanya
tak pernah kenal berus penggilap
walau untuk sepatu sendiri

GAYA BAHASA

Asonansi
Contoh :          yang anak-anak sebangsa dan sebayanya

Aliterasi
Contoh :          yang menyuburkan ladang perjuangan

Kata ganda  Contoh :           
waktu-waktunya / anak-anak / celah-celah

Dialek Indonesia
Contoh :          Semir sepatu, pak!  Semir sepatu, bu!       

Perulangan frasa
Contoh :          dari sepasang kaki ke sepasang kaki

Kiasan / perbandingan terus
Contoh :          ladang perjuangan /  gubuk kelaparan / suara kegigihan

Personifikasi
Contoh            sebelum malam bertandang
                        itulah suara kegigihan

Sinkof
Contoh :          bu  / pak / tak

Inversi
Contoh :          rabik selipar

Perulangan baris      
Semir sepatu, pak! 
Semir sepatu, bu

BENTUK

Mempunyai 5 rangkap.

Setiap rangkap mempunyai  jumlah baris yang tidak sama / tidak sekata
Contoh :  
Rangkap 1 mempunyai  8 baris
Rangkap 2 mempunyai  9 baris
Rangkap 3 mempunyai  4 baris
Rangkap 4 mempunyai  4 baris
Rangkap 5 mempunyai  6 baris

Jumlah perkataan dalam sebaris adalah tidak sekata, antara 3 hingga 7 patah perkataan
Contoh :          tapi menagih pengertian
                        dia lebih khuatir pada kulit dan harga
Jumlah suku kata dalam sebaris adalah tidak sekata, antara 8 hingga 15 suku kata
Contoh :          se/be/lum  ma/lam  ber/tan/dang
                        da/ri/pa/da  ra/bik  se/li/par di/ ka/ki  sen/di/ri
Rima akhir tidak sekata / sama
Contoh :         
Rangkap 1 : abcdbbbb
Rangkap 2 : abcdeefge
Rangkap 3 : abcd
Rangkap 4 : abcd
Rangkap 5 : abcde

Keseluruhan bentuknya adalah bebas

NADA

Melankolik. Mengambarkan perasaan simpati penyajak apabila melihat seorang kanak-kanak terpaksa bekerja sebagai penggilap kasut    demi mendapatkan  rezeki bagi menampung keperluan seharian dan belanja persekolahan.
Contoh:     sekujur kecil bersalut kemiskinan
                melaung perhatian minta didekati

NILAI

Kegigihan mencari rezeki
Contoh :          itulah suara kegigihan

Ketabahan  menghadapi cabaran / dugaan dalam kehidupan
Contoh :          herdik perli adalah simbahan baja

Simpati
 Contoh :          sekujur kecil bersalut kemiskinan
melaung perhatian minta didekati

Bertanggung jawab
Contoh :          dia lebih khuatir pada kulit dan harga
sepatu di kaki orang lain

Kesedaran tentang kepentingan pelajaran
Contoh :          menyinar ruang sekolahan hari esok

Kesedaran / keinginan untuk mengubah nasib
Contoh :          menabung azam mahu jadi imigran
                       menggali emas di bumi seberang

UNSUR BUNYI

Asonansi
Contoh :          daripada rabik selipar di kaki sendiri 
menggali emas di bumi seberang 

Aliterasi
Contoh :          menabung azam mahu jadi imigran 

Rima akhir tidak sekata / sama
Rangkap 1 : abcdbbbb
Rangkap 2 : abcdeefge
Rangkap 3 : abcd
Rangkap 4 : abcd
Rangkap 5 : abcdef

SIKAP DAN PERASAAN

Gigih mencari rezeki
Contoh :          itulah suara kegigihan

Tabah / cekal  dalam perjuangan menghadapi dugaan daripada masyarakat sekeliling
Contoh :          herdik perli adalah simbahan baja
yang menyuburkan ladang perjuangan

Tidak malu untuk melakukan pekerjaan / mencari rezeki
Contoh :          dia merungkai segala rasa malu
                      dari sepasang kaki ke sepasang kaki

Bertanggung jawab terhadap keselamatan kasut pelanggan
Contoh :          dia lebih khuatir pada kulit dan harga
                       sepatu di kaki orang lain

Sedar / Kesedaran tentang kepentingan pelajaran
Contoh :          menyinar ruang sekolahan hari esok \

Bercita-cita untuk mengubah nasib dan keadaan hidup yang diselubungi kemiskinan dan
kesusahan dengan berhijrah ke tempat baru
Contoh :          Waktu-waktunya,  dalam diam anak itu
                        menabung azam mahu jadi imigran
                        menggali emas di bumi seberang

PENGAJARAN

Kita haruslah tabah dan bersemangat dalam menjalani dugaan hidup
Contoh :          itulah suara kegigihan

Kita hendaklah bersimpati dengan nasib orang lain
Contoh :          sekujur kecil bersalut kemiskinan
melaung perhatian minta didekati

Janganlah kita mengherdik atau memperli keadaan dan nasib orang lain yang lebih susah daripada kita.
Contoh :          Herdik perli adalah simbahan baja

Kita hendaklah mempunyai  kesedaran untuk maju dalam pelajaran.
Contoh :          menyinar ruang sekolahan hari esok

 Kita hendaklah bersedia melakukan apa jua pekerjaan yang halal tanpa rasa malu
Contoh :          dia bukan pengemis jalanan
                        tapi menjual perkhidmatan
                       dia bukan pencopet buruan
                       tapi menagih pengertian

Kita seharusnya mempunyai cita-cita untuk mengubah nasib masa depan ke arah  lebih baik.
Contoh :          Waktu-waktunya,  dalam diam anak itu
                       menabung azam mahu jadi imigran
                       menggali emas di bumi seberang 

Comments

  1. nma ayh sy bukan Mohd Hashim tp Mohd Hashim Osman... tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pembetulan diberikan
      maaf atas kesilapan

      Delete

Post a Comment