Anak Gembala




CERPEN ANAK GEMBALA (ZAHARI AFFANDI)

TEMA
Cerpen ini bertemakan kegigihan dalam mempertahankan hak dan maruah diri. Contoh: Mat Seman digambarkan gigih mempertahankan haknya untuk memelihara kerbaunya di Lembah Bilut walaupun diarahkan oleh Penghulu Isa supaya berpindah. Mat Seman berusaha keras untuk mempertahankan haknya sebagai anak watan yang dibesarkan dalam keluarga yang pekerjaannya sebagai gembala kerbau daripada ditindas oleh pembangunan yang akan dijalankan di Lembah Bilut. 

PERSOALAN
Persoalan pengorbanan seorang ketua keluarga.
Contoh: Mat Seman yang berkaki sebelah sanggup bersusah payah memelihara enam puluh ekor kerbau sebagai punca rezeki setelah berhenti sebagai askar.

Persoalan generasi muda yang mewarisi kepakaran dalam memelihara kerbau.Contoh: Tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya dipotong. Mat Seman juga berani melepaskan kerbau peliharaannya bagi menghalang kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut.

Persoalan terhadap kecintaan terhadap ilmu.
Contoh: Sutinah berhasrat untuk menghantar kesemua anak- anaknya  ke universiti. Mat Seman pula berpandangan bahawa universiti adalah tempat untuk mendapatkan ilmu.Setelah berilmu mereka sendiri akan mewujudkan kerja.

Keberanian Seorang Lelaki.
Contoh : Mat Seman tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya dipotong dan berani melepaskan kerbau peliharannya bagi menghalang kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut.

Pemodenan dan pembangunan yang mengancam budaya hidup di desa.
Contoh: Bagi Mat Seman, pembangunan di Lembah Bilut akan mencemarkan   kesucian akhlah muda mudi di desa.

WATAK DAN PERWATAKAN

Mat Seman.
1.          Suami kepada Sutinah dan ayah kepada Sehak, Milah, Kiah dan Semah.
2.         Bekas seorang tentera yang memilih untuk menjadi gembala kerbau.
3.         Seorang yang memiliki ilmu memelihara kerbau yang diwarisi daripada arwah ayahnya dan datuknya.
4.         Seorang yang kudung sebelah kakinya.
5.         Seorang yang mementingkan maruah diri.  Contoh: Baginya kerja menjaga stor merendahkan maruah dirinya.
6.         Seorang yang mencintai ilmu. Contoh: Mat Seman bercita-cita supaya semua anak-anaknya belajar hingga ke universiti.
7.         Seorang Yang Berpandangan Jauh.
Contoh: Bagi Mat Seman pelajar lulusan universiti haruslah menjadi penternak moden seperti gembala lembu yang berkelulusan tinggi di Amerika Syarikat dan Australia.
8.         Seorang Yang Tabah. Contoh: Mat Seman seorang yang tabah. Walaupun kakinya putus dan bapanya meninggal dunia, Mat Seman tidak pernah mengalirkan air mata. Arwah bapanya dan datuknya telah mengasuh Mat Seman menjadi kuat.
9.         Mencintai Yang Berani.Contoh: Mat Seman Berani menentang pemodenan dan pembangunan yang akan mengancam budaya hidup didesa walaupun kakinya kudung.
10.       Seorang Yang Pemurah. Contoh: Mat Seman akan memberikan baja tahi kerbau kepada orang kampong sebagai baja tanaman sayur-sayuran. Dia juga akan menyembelih kerbau setiap tahun pada setiap Hari Raya Haji.

Sutinah
1.          Isteri kepada Mat Seman.
2.         Seorang yang pemalu serta pendiam.
3.         Seorang yang penyabar.Contoh: Sutinah sentiasa bersabar dengan karenah suaminya.
4.         Seorang yang mementingkan pendidikan anak-anak. Contoh: Sutinah mahu anak-anaknya masuk universiti dan bekerja di bandar. Sutinah tidak mahu anak-anaknya mewarisi kemunduran dan kemiskinan.
5.         Seorang yang memahami sikap suami.
Contoh: Semasa suaminya pulang dari kerja  dia menyediakan minuman kopi untuk menenangkan perasaan suaminya yang sedang marah. Dia juga berdoa supaya kemarahan suaminya tidak melarat.

Penghula Isa
1.          Ketua Kampung Desa Anggun Batu Sebutir di Lembah Bilut.
2.         Berhasrat untuk memajukan Lembah  Bilut sebagai sebuah pusat peranginan.
3.         Tidak berdiplomasi kerana mengambil keputuan untuk memugarLembah Bilut tanpa bebincang dahulu dengan Mat Seman. 

 STRUKTUR PLOT
Permulaan
Cerita dimulakan dengan menggambarkan watak Mat Seman sedang menunggu kerbaunya yang sedang meragut rumput di Lembah Bilut. Pada waktu itu dia terkenangkan kepakaran ilu kerbau yang dimiliki oleh datuk dan bapanya. Dia juga terkenangkan nasib dirinya yang terpaksa berhenti menjadi askar kerana terkena jerangkap samar.. Paling merunsingkan hatinya ialah permintaan ketua kampong supaya memindahkan kerbaunya daripada Lembah Bilut

Perkembangan
Cerita dikembangkan lagi dengan kehadiran ketua kampong untuk membincangkan perkara yang sama dan memaklumkan bahawa kerja-kerja pembangun  akan bermula di Lembah Bilut. Mat Seman merancang supaya kerbaunya tidak dilepaskan makan di Lembah Bilut keesokan harinya

Puncak/ Klimaks.
Keesokan harinya  sekumpulan pekerja bersama-sama dengan jentera penyodok telah datang untuk memulakan  kerja.Mat Seman telah melepaskan kerbaunya dengan tujuan untuk  menakut-nakutkan pekerja-pekerja tersebut.

Peleraian.
Akhirnya kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut tetap diteruskan. 

TEKNIK PLOT

Pemerian.
Contoh: Sudah lama Mat Seman tersandar disitu, tidak bergerak-gerak sejak pagi.

Dialog.
Contoh: “ Inilah salahnya, orang Tinah. “ Mak Seman memotong cakap isterinya dengan tiba-tiba.

Monolog Dalaman.
Contoh: Ini soal maruah! Mana-mana dia pergi apa-apa sahaja dia buat, tengah buang air besar, tengah kencing, tengah susun tayar buruk dia teringat, berbisik halus diulu hatinya.

Imbas Kembali.
Contoh: Dahulu, payah juga bagi Mat Seman apabila tiba masa untuk menghalau pulang, kalau seekor dua boleh dua juga dibedal punggung.

Kejutan.
Contoh: “ Ayah, ayah, kerata sodok dah sampai!.” Milah yang berdiri dipintu, menjerit.

Saspens.
Contoh: Apabila mendengar bising bunyi enjin kereta-kereta sodok itu, tiba-tiba sahaja kumplan kerbau itu berhenti, mengangkat kepala sekejap lalu memusing kebelakang.


LATAR

Latar Tempat

Di lembah Bilut.
Contoh: Tempat Mat Seman melepaskan kerbaunya untuk meragut rumput. Arwah datuk dan ayahnya juga menjadikan Lembah Bilut sebagai tempat meragut rumput bagi kerbau peliharaan mereka.

Di Desa Anggun Batu Sebutir.
Contoh: Tempat tinggal kelurga Mat Seman setelah  berpindah dari kem askar di Perak.

Kem askar di Perak. Contoh: Tempat Mat Seman sekeluarga tinggal ketika dia berkhidmat sebagai askar.

Rumah Mat Seman. Contoh: Penghulu Isa datang memohon supaya Mat Seman memindahkan kerbau-kerbaunya daripada Lembah Bilut.

Latar Masa.

Waktu petang.
Contoh: Mat Seman duduk di bawah pokok jambu air sambil mengawasi kerbaunya yang sedang meragut rumput di Lembah Bilut. Selepas itu dia mengarahkan kerbaunya  ke kandang apabila hamper senja.

Waktu pagi.
 Contoh: Sutinah dan anaknya keluar ke kandang untuk memberi makan batang-batang pisang kepada kerbau mereka. 

Latar Masyarakat

Masyarakat yang gigih bekerja walaupun cacat.
Contoh:  Walaupun kakinya putus sebelah, namun Mat Seman  tetap bersemangat waja untuk mencari rezeki.

Masyarakat yang dahagakan pemodenan. Contoh: Penghulu Isa menginginkan pembangunan dilaksanakan di kampungnya.

Masyarakat yang mencintai kesucian desa.
Contoh: Mat Seman beranggapan pembangunan yang dilaksanakan akan mencemarkan akhlak remaja kampung.

Masyarakat yang mentingkan ilmu pengatahuan.
Contoh: Mat Seman dan isterinya ingin anak-anaknya belajar sampai ke universiti.

Masyarakat yang sanggup berkorban mempertahankan kampung halaman.
Contoh: Mat Seman sanggup mengorbankan nyawanya sendiri untuk menghalang kerja-kerja pembangunan.

Masyarakat yang taat pada suami. Contoh: Sutinah taat dengan suruhan suaminya.

GAYA BAHASA

1.          Repitisi di akhir ayat.
Contoh: Kerbau demam dia tahu, kerbau cerah perut dia tahu, kerbau bunting seminggu pun dia sudah tahu, sampai kerbau hendak berbini pun dia tahu. (Halaman 80, baris I hingga 3)
2.         Simile.  Contoh: Ketika inilah Mat seman berasa puas, dia jadi macam seorang jeneral. (Halaman 81, baris 1 dan 2)
3.         Hiperbola.
Contoh: Hati Mat Seman sudah dibancuh dengan batu bukit sejak kecil. Halaman 84, perenggan kedua.
4.         Personifikasi. Malasnya kian menebal membungkus hatinya. Halaman 86,
5.         Sinkof.  Contoh:  “ Dahlah Tinah, aku taulah apa nak buat.”

NILAI

Nilai maruah diri.
 Contoh: Mat seman sanggup berhenti kerja kerana tugasannya sebagai penjaga stor dianggap merendahkan maruah dirinya.

Nilai Berilmu.  
Contoh: Mat seman dan Sutinah mempunyai keinginan yang kuat supaya anak-anaknya dapat menjejakkan kakike universiti.

Nilai ketaatan.
 Contoh: Sutinah taat dengan suruhan suaminya dan memahami sikap suaminya.

Nilai pengorbanan.
Contoh: Mat Seman sanggup mengorbankan nyawanya sendiri sehingga dirempuh oleh kerbau-kerbaunya untuk menghalang kerja-kerja pembanhunan di Lembah Bilut.

PENGAJARAN

1.          Kita janganlah menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk berjaya dalam hidup. Contoh: Mat Seman walaupun cacat tetap berjaya dalam hidupnya.
2.         Kita hendaklah gigih berusaha. Contoh: Mat Seman gigih berusaha meneruskan kehidupannya walaupun kudung sebelah kaki.
3.         Kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan kerana.
Contoh: Mat Seman mahu anaknya berjaya dalam pelajaran.
4.          Kita hendaklah mempertahankan budaya tradisi daripada dicemari.
Contoh: Mat Seman mempertahankan Lembah Bilut daripada dibangunkan.
5.         Kita hendaklah berpandangan jauh dan tidak terikat dengan pemikiran lama. Contoh: Tok Penghulu Isa berhasrat menjadikan Lembah Bilut sebagai pusat peranginan.
6.         Kita hendalah bertimbangrasa semasa menjalanka tanggungjawab sebagai seorang ketua atau pemimpin.
Contoh: Penghulu Isa tidak berbincang dahulu dengan Mat Seman semasa mengambil keputusan membangunkan Lembah Bilut

SUDUT PANDANGAN
Menggunakan sudut pandangan orang ketiga. 

Comments