Anak-Anak Pejuang



CERPEN ANAK-ANAK PEJUANG (GHAZALI LATEH)

Tema
Cerpen ini bertemakan semangat cinta akan tanah air yang dimiliki oleh generasi yang hidup sewaktu zaman pramerdeka demi mempertahankan kemerdekaan tanah air. Contoh: Pak Denan merupakan individu yang mewakili kelompok masyarakat melayu yang  masih menebal semangat cinta akan tanah air dalam dirinya selepas mengharungi detik yang sukar di bawah pemerintahan penjajah. Pak Denan telah lama berhasrat untuk turut serta dalam perarakan menyambut Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur walaupun dibatasi oleh usianya yang tua.     

PERSOALAN

Persoalan perbezaan pemikiran berhubung perjuangan
Contoh: Pak Denan lebih menghayati erti nilai-nilai kemerdekaan berbanding anak-anaknya Abd rahman dan Abd Razak.

Persoalan berhubung sikap mengambil berat perasaan orang tua.
Contoh: Aak-anak Pak Denan tidak memenuhi permintaan ayahnya untuk menyertai perarakan sambutan hari kemerdekaan.

Persoalan tentang pengalaman seseorang yang akan mencorakkan kehidupannya.
Contoh: Pak Denan memiliki perasaan cintakan tanah air yang mendalam kerana beliau merupakan pejuang kemerdekaan.

Persoalan berhubung nilai sebuah kemerdekaan.
Cotoh: Pak Denan menghargai kemerdekaan
Persoalan kesedaran terhadap erti sebuah kemerdekaan.Contoh: Abd Rahman dan Abd Razak akhirya tahu betapa pentingnya menghargai erti kemerdekaan.

WATAK DAN PERWATAKAN

Pak Denan
1.          Seorang pejuang kemerdekaan tanah air.
Contoh: Dia merupakan seorang pejuang kemerdekaan. Menjelajah ke seluruh kampung untuk memupuk semangat perjuangan dalam kalangan rakyat pada masa tersebut.
2.         Seorang yang berpendirian tegas. Contoh: Dia bertekad untuk pergi ke Kuala Lumpur kerana  menyertai Sambutan Hari Kebangsaan.
3.         Seorang yang suka membantu. Contoh:  Dia membantu Ah Yau dan anak-anaknya semasa darurat  dengan memberi perlindungan kepada mereka.
4.         Seorang pejuang yang tidak mementingkan sanjungan.
Contoh:  Dia tidak peduli walaupun namanya tidak tercatat  dalam buku sejarah sebagai seorang pejuang kebangsaan.
5.         Seorang yang tidak meminta dihargai.
Contoh: Pak Denan tidak pernah meminta sumbangannya dihargai.

Abdul Rahman
1.          Merupakan anak sulung Pak Denan.
2.         Abang kepada Abdul Razak.
3.         Seorang yang berpendidikan tinggi dan hidup mewah di bandar.
Contoh: Dia taksub dengan kehidupan mewah dan tidak menganggap perbuatan meraikan Hari Kemerdekaan sebagai sesuatu yang penting.
4.         Seorang yang tidak menepati janji. Contoh: Dia berpura-pura bersetuju untuk memenuhi permintaan ayahnya  membawanya menyertai perarakan kemerdekaan.
5.         Seorang anak yang tidak memahami perasaan orang tua.
Contoh: Dia tidak memehami perasaan ayahnya yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. 
6.         Seorang anak yang mementingkan diri sendiri. Contoh: Dia menganggap kehadiran ayahnya ke Kuala Lumpur  akan menyusahkan diri mereka.

Abdul Razak
1.          Anak bongsu Pak Denan.
2.         Adik kepada Abdul Rahman. Namanya juga diambil daripada nama salah seorang pemimpin Negara iaitu Tun Abdul Razak.
3.         Kematian ibu ketika berumur 5 tahun.
4.         Seorang yang tidak menghargai perjuangan bapa mereka sendiri.
Contoh: Tidak memenuhi hasrat Pak Denan untuk menyertai sambutan kemerdekaan.
5.         Seorang yang bersikap lepas tangan.
Contoh:  Menyalahka abangnya apabila mendapati Pak Denan hilang dari rumah.

Ah Bee
1.          Umurnya sebaya dengan Abdul Rahman. 
2.         Seorang peniaga sayur-sayuran di Kuala Lumpur.
3.         Anak kepada rakan Pak Denan iaitu Ah Yau.
4.         Seorang yang bersikap mengenang jasa.
Contoh: Ah Bee sentiasa membantu Pak Denan ketika kesusahan.
5.         Seorang yang prihatin terhadap orang tua. Contoh: Sanggup menghantar Pak Denan ke Kuala Lumpur

PLOT

Permulaan
Pak Denan menyatakan hasratnya untuk menyertai perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan kepada anak-anaknya. Anak-anaknya kurang bersetuju,, oleh itu mereka  terpaksa berbohong untuk menjaga perasaan Pak Denan.

Perkembangan
Pak Denan menunggu  kepulangan anak-anaknya sehingga menjelang malam. Akhirnya Pak Denan nekad pergi ke Kuala Lumpur bersendirian dengan meminta pertolongan Ah Bee. Kebetulan Ah Bee ingin ke Kuala Lumpur untuk menghantar sayur-sayurannya ke sana.

Puncak/Klimaks.
Keesokan harinya Abdul Rahman pulang ke kampung , namun didapati Pak Denan telah hilang. Dalam perjalanan pulang ke bandar, Abdul Rahman singgah di kedai kopi Maniam untuk bertanyakan tentang Pak Denan. Dia dikejutkan dengan sorakan orang kampong yang melihat kemunculan Pak Denan di kaca televisyen 

Peleraian
Abdul Rahman dan Abdul Razak menyesal akan sikap mereka yang tidak menghargai dan menghayati perjuangan bapa mereka

TEKNIK PLOT.

Pemerian. 
 Contoh: Pak Denan mundar-mandir di ruang serambi rumah tua dihujung kampung.

Diolog.
Contoh: “ Ayah nak ke Kuala Lumpur hujung bulan ini. ” Pak Denan memberitahu Abd Rahman.

Monolog Dalaman.
Contoh: Jika mereka tidak pulang mereka akan pergi. Nekad! Itulah yang tertulis dalam kotak fikirannya sejak petang tadi.

Imbas Kembali.
Contoh:  Pak Denan mengingati kembali bagaimana orang Melayu bangkit menentang rancangan MacMichael menggubal Malayan Union.

 Kejutan.
Contoh:  Abd Rahman dan Abd. Razak terkejut melihat kemunculan Pak Denan dalam televisyen semasa perarakan sambutan hari kemerdekaan.

LATAR

Latar Masa
1.          Latar masa sekitar tahun 2002. Menjelaskan negara kita sudah 45 tahun mencapai kemerdekaan.
2.         Zaman pramerdeka/ sebelum merdeka. Pak Denan menjelajah ke seluruh kampung untuk meniupkan semangat perjuangan menentang penjajah.
3.         Malam sebelum sambutan hari kemerdekaan. Pak Denan menunggu kepulangan anak-anaknya yang telah berjanji untuk membawanya ke Kuala Lumpur. sehingga malam. Ah Bee juga sedang memuatkan sayur ke dalam lorinya untuk dihantar ke Kuala Lumpur pada malam itu.
4          Siang Hari di Tugu Negara, kuala Lumpur. Pak Denan ditemui oleh anak-anaknya berada di hadapan Tugu Negara. Pak Denan menyindir anak-anaknya yang tidak mempunyai semangat perjuangan sehingga mereka menyesal dengan sikap mereka selama ini yang gagal memahami perjuangan ayah mereka.

Latar Tempat
1.          Di kampung. Pak Denan tinggal di kawasan kampung yang terletak di kawasan pedalaman dan telah mendiami kawasan tersebut lebih daripada 45 tahun  bersama-sama arwah isteri dan dua orang anaknya.
2.         Di rumah Pak Denan. Pak Denan tinggal di rumahnya sendiri di kampung.  

3.         Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Orang ramai berada di Dataran Merdeka untuk menyertai sambutan hari kemerdekaan.

4.         Di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Abdul Rahman dan Abdul Razak pergi ke Tugu Negara untuk mencari Pak Denan kerana menyesal dengan perbuatan mereka yang gagal memahami perjuangan ayah mereka. 

Latar Masyarakat 

1.          Masyarakat kampung yang hidup di kawasan pedalaman.
Contoh: Pak Denan tinggal di rumah kampung yang terletak di kawasan pedalaman

2.         Masyarakat Cina yang hidup dalam kelompok masyarakat Melayu dan saling membantu di antara satu sama lain. Contoh: Ah Bee dan Pak Denan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

3.         Masyarakat yang gigih mempertahankan kemerdekaan tanah air.
Contoh: Pak Denan sanggup menjelajah seluruh pelusuk kampong untuk menaikkan semangat rakyat dalam memperjuangkan kemerdekaan.

4.         Masyarakat yang ikhlas dalam perjuangan.             Contoh: Pak Denan tidak meminta namanya disanjungi ataupun mengharapkan imbuhan di atas usahanya memperjuangkan kemerdekaan.

5.         Masyarakat yang tidak menghargai menilai sebuah kemerdekaan. Contoh: Generasi yang hidup selepas merdeka seperti Abdul Rahman dan Abdul Razak sudah tidak menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan kerana diulit oleh kesenangan hidup di bumi merdeka.

6.         Masyarakat yang gagal memenuhi janji Contoh: Anak-anak Pak Denan membohongi bapa mereka kerana tidak sanggup menyusahkan diri untuk membawa Pak Denan ke Kuala Lumpur.


GAYA BAHASA

1.          Simile.  Contoh: Pokok-pokok getah seperti barisan askar yang berbondong-bondong menuju ke medan juang. (Halaman 70, baris 11- 13)

2.         Metafora.  Contoh: Lorong sejarah . (Halaman 71, baris ke- 25)

3.         Pengulangan Perkataan. Contoh: Kali ini mereka terpaksa mengakui bahawa mereka telah mengabaikan tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab terhadap bapa. Tanggungjawab terhadap negara.  (Halaman 77, baris ke -6 hingga ke- 7)

4.         Peribahasa.  Contoh: Darah daging. (Halaman 77, perenggan ke- 6)

5.         Sinkof.  Contoh: “ tak pejamlah mata ayah kalau tak dapat tengok sendiri sambutan Hari Merdeka tahun ini. (Halaman 73, baris ke – 8 hingga ke – 9)

NILAI

1.    Nilai Semangat Cintakan Tanah Air. Contoh: PaK Denan sangat mencintai tanah airnya.
2.   Nilai Kasing Sayang Contoh: Pak Denan menyayangi anak-anaknya Abd Rahman dan Abd razak.
3.   Nilai Menghormati Orang Tua.  Contoh: Ah Bee menghormati Pak Denan sebagai rakan bapanya.
4.   Nilai Tolong Monolong. Contoh: Ah Bee membantu Pak Denan ke Kuala Lumpur.
5.   Nilai Menghargai Kemerdekaan. Contoh: Abd. Rahman dan Abd. Razak akhirnya sedar betapa pentingnya erti penghayatan kemerdekaan
6.   Nilai Menghormati Orang Tua.  Contoh: Ah Bee menghormati Pak Denan sebagai rakan      bapanya

PENGAJARAN

1.     Kita hendaklah suka membantu sesiapa saja tanpa mengenal agama, bangsa dan keturunan . Contohnya Ah Bee yang suka menolong Pak Denan.
2.    Kita hendaklah mengenang jasa orang yang pernah membantu kita.   Contohnya Ah Bee yang sentiasa mengenang jasa Pak Denan.  
3.    Kita hendaklah memupuk semangat patriotik dalam perhubungan pelbagai kaum di Malaysia demi memastikan negara sentiasa aman.  Contoh: Pak Denan dan ayah Ah Bee mempunyai semangat patriotic yang tinggi.
4.    Kita hendaklah berjasa kepada negara tanpa mengharapkan balasan dan sanjungan daripada masyarakat.
6.    Contoh: Pak Denan ikhlas demi tanah air.Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang kepada anak-anak dan mendidik mereka sehingga berjaya. Contoh: Pak Denan mendidik anak-anaknya sehingga Berjaya.

SUDUT PANDANGAN

Menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas.  Pengarang tidak mengambarkan watak Pak Denan dengan jelas.

Comments